CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: GhostWalking

[Tempatan] Ummu Jah Telah Meninggal Dunia #86

[Copy link]
Post time 21-10-2015 10:56 AM | Show all posts
menarik cerita ni..mek tak tahu apa apa pasal arqam ni..mungkin bukan zaman mek kot..kalau bukak tread atau ada mana mana tread yang bercerita pasal arqam ni bagi link please..mek nak baca..btw daripada Allah kita datang, kepada Allah kita pergi..tapi nama ustazah sahara tu macam pernah dengar..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-10-2015 11:03 AM | Show all posts
so sheols dah boleh mengeseks dengan abuya kat sorga ke sis??
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2015 11:19 AM | Show all posts
MissNigga replied at 20-10-2015 07:22 PM
persis macam buih teh tarik kan uols

oiiii gelilah iols!!
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2015 11:22 AM | Show all posts
MissNigga replied at 20-10-2015 04:58 PM
ini molot berbuih .... bukan mulut menjuih






tu pun xreti nk beza ye
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2015 11:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Innalillah...Semoga dipermudahkan dan dosa2 nya diampun Allah
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2015 11:28 AM | Show all posts

kekeke .. tapi mmg betul ar .. naper some ppls biler bercakap.. buih berkumpul kat tepi bibir erk ... goli khenz
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-10-2015 11:29 AM | Show all posts

abam abuk tu mmg .. dia tau jer tapi saja jer nak tayang mamat bermolot buih tue
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2015 11:41 AM | Show all posts
iols x bersapa tahu sgt psl al arqam ni tp biase dgr psl abuya.. abuya ni kawin ramai eh (sb baca komen ade ygtanya mne bekas2 bini yg lain).

berbalik kpd artikel... ucap taubat pun kat Hotel Concorde kau... fuh...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-10-2015 01:17 PM | Show all posts
jangan sampai ada yg nanti keluar hukum baru kata syarat sah taubat kena sign contract n buat di hotel sudahlah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-10-2015 04:58 PM | Show all posts
Bekas pengikut al-Arqam penuhi ruangan ICU
MOHAMAD FAKHRI MOHD ALI
                                                                 21 Oktober 2015                                 

Share on facebook Share on twitter Share on google_plusone_share More Sharing Services0

                  


                                                            Ummu Jah



                                                                                                                                                                          ALOR SETAR – Ramai bekas pengikut kumpulan al-Arqam yang diharamkan mula memenuhi ruang menunggu di bilik Unit Rawatan Rapi (ICU) sebuah hospital swasta, di sini, hari ini.

        Tinjauan Sinar Harian mendapati kebanyakannya mula menunggu seawal jam 8.30 pagi untuk menziarahi balu bekas pemimpin al-Arqam, Allahyarham Ashari Muhammad yang kini dalam keadaan tenat.

        Hatijah Aam atau lebih mesra dengan panggilan ‘bonda Ummu Jah’ dimasukkan ke sebuah hospital di Australia Khamis lalu sebelum dipindahkan ke hospital berkenaan pada Sabtu.

        Doktor yang merawatnya mengesahkan bahawa Ummu Jah mengalami koma akibat kematian otak (brain death) dan terpaksa bergantung kepada mesin bantuan pernafasan.

        Menurut sumber, keadaan Ummu Jah kini masih tenat dan tidak menunjukkan sebarang perkembangan positif berbanding hari sebelumnya.

“Hospital masih menanti keputusan ahli keluarga terdekat untuk menghentikan mesin bantuan pernafasan itu sebelum menghantarnya pulang ke Kampung Temalang, Mukim Putat, Jitra,” katanya kepada Sinar Harian.

        Semalam, Sinar Harian melaporkan keadaan Ummu Jah berada dalam keadaan tenat di sebuah hospital swasta di Alor Setar.

        Ummu Jah sebelum ini berada hampir empat bulan di Australia atas urusan kerja dan bertemu bekas pengikut kumpulan berkenaan.

        Bagaimanapun, keadaan kesihatannya kurang memuaskan sebelum dimasukkan ke sebuah hospital di sana.





http://www.sinarharian.com.my/semasa/bekas-pengikut-al-arqam-penuhi-ruangan-icu-1.442828
[url=]



[/url]
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2015 06:02 PM | Show all posts
tak penting nak tau pasal wanita ni.
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2015 06:10 PM | Show all posts
puak nih mana mengaku yg abuya tu dah mati, cuma diangkat ke langit je...

beberapa tahun lalu otw nk gi kg aku, siap naik banner lagi kat markas global ikhwan tu.... kami menantikan kepulanganmu abuya.....
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2015 11:27 PM From the mobile phone | Show all posts
GhostWalking replied at 20-10-2015 07:26 AM
Antara kontrobesi2 yang dulu

                                                           

Aku pernah ikot cmpany aku buat csr kat one of rumah anak yatim ni.. Bersihkan rmah tu semua lah... Aku sedar yg rumah tu dibangunkan oleh ex2 al arqam ni sbb gambar2 abuya diorang ni pnuh di dinding... Lepas wat keje aku berehat la kat blakang sofa... Satu bdk pompuan ni tanya kat ustazah yg jaga situ pasal ape entah pastu ustazah ni kluar hal buku taat suami ni segalanya...paling aku tak leh trima dia kaitkan dgn Nabi S.A.W... Keterlaluan sgt aku rsa...

Tak dinafikan ekonomi islam jadi bagus zmn al arqam tp keterujaan ahli melampaui batas sgt... Mane taknya zikir2 pon ditujukan kpda abuya dia... Bukan untuk Allah n rasul... Ade aje kat youtube...
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2015 11:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak baik kutuk org dah mati.
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2015 11:47 PM | Show all posts
Sayang seribu kali sayang bila teringat balik kegemilangan ekonomi yg diterajui set2 al arqam time tu

Kalaulah mereka x terpesong akidah
Kemungkinan senario ekonomi hari ini akan lebih bervariasi

Aku perati je modus operandi penjual2 agama masa kini...ala2 nk tiru al arqam
Tapi jual benda yg aneh2...hahaha
Al arqam dulu jual mee, kuey tiaw bagai

Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2015 11:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau dia kena pancung kat arab saudi hari tu better dr mati otak ni kan

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-10-2015 12:00 AM | Show all posts

anak - anak beliau di bawah ada mewarisi genetik mulit juih ni ker tak?
genetik berpoligami sudah mereka warisi.

                                                        Bukan mudah untuk terima hidup bermadu                                                                                                                                                                                12                                        Jan                                                        
               
                                                Harian Metro
syeikh-fakhrur-razi-dan-isteri-isterinya-bersama-syeikh-nizamuddin-dan-isteri-isterinya

KUALA LUMPUR: “Bohonglah saya jika mengatakan tidak sedih apabila tahu suami mahu berkahwin lagi. Pada mulanya memang saya menangis, tapi saya tetap tabah dan kuatkan semangat.
“Saya yakin pada janji Tuhan bahawa jika kita taat dan melakukan kebaikan, ganjarannya juga baik, sama ada di dunia atau akhirat,” kata Norlia Ahmad, isteri pertama Fakhrurrazi Ashaari, 48, yang memiliki tiga isteri.
Norlia, 45, juga mengaku pada mulanya bukan mudah untuk dia menerima madu, lebih-lebih lagi wanita itu teman sepejabatnya.
“Apabila suami memaklumkan dia bakal berkahwin buat kali kedua dengan rakan sepejabat saya, saya terkejut tapi cuba menerima perkhabaran itu dengan dada yang lapang.
“Saya dan madu memang rapat di pejabat. Saya kemudian memberi sedikit penerangan berkaitan suami serta perkara berkaitannya sebagai tips kepada bakal madu,” katanya yang mempunyai sembilan anak hasil perkongsian hidup dengan Fakhrurrazi yang juga anak sulung pengasas Al-Arqam, Ashaari Muhammad.
Bagi isteri ketiga Fakhrurrazi, Latifah Abdul Kahar, 42, semuanya bermula apabila dia bertugas di pejabat GISB di Indonesia.
“Saya tidak pernah kenal Fakhrurrazi secara peribadi, tetapi menerima jodoh itu dengan hati terbuka kerana Allah SWT dan yakin pasti ada balasan baik sebagai ganjaran daripada-Nya.
“Kini saya gembira dapat bersama dua lagi madu menguruskan rumah tangga, tugas di pejabat, anak dan semua yang ada di sekeliling kami.
“Saya dan madu kini rapat dan terasa seperti kehilangan apabila seorang daripada kami tiada di sisi,” katanya.
Sementara itu, Fakhrurrazi yang juga Timbalan Pengerusi Eksekutif GISB serta Penasihat Kelab Poligami Ikhwan (KPI) berkata, mustahil tiada masalah berlaku dalam hubungan suami isteri serta antara madunya.
“Pasti berlaku perkara kurang manis, tetapi kami menggunakan pendekatan dalam al-Quran dan sunnah iaitu berbincang serta memohon petunjuk daripada Allah SWT.
“Syukur semua masalah, daripada yang kecil hingga besar, mampu kami selesaikan dengan penuh berhemah, malah ia menjadi tali penguat antara saya serta isteri, selain hubungan mereka sebagai madu,” katanya yang memiliki 23 anak.
Fakhrurrazi berkata, jodoh dengan semua isterinya bukan dicari sendiri, tetapi dipilih secara peribadi oleh bapanya.
Perkara sama juga berlaku kepada adik beradiknya yang lain serta anggota GISB, malah tidak boleh berpoligami secara suka-suka kerana semua ditentukan Ashaari yang dibantu jawatankuasa pengawasan serta pemantauan.
Adik Fakhrurrazi, Mohd Nizamuddin Ashaari, 47, yang juga pengarah KPI turut beristeri empat. Beliau mempunyai 23 anak, tiga menantu dan seorang cucu.

Syeikh Nasrullah Ashaari bersama isteri-isterinya

Bagaimanapun, pergerakannya terbatas kerana berdepan masalah berkaitan jantung, kesan daripada kejadian kemalangan di Makkah pada 2002 yang turut menyebabkan ibunya meninggal dunia.
Isteri ketiga Mohd Nizamuddin, Nor Sakinah Rahmanuddin, 43, berkata dalam keadaan suami sakit, mereka bergilir-bergilir menjaganya.
“Selepas berpuluh tahun hidup bersama, kami tahu tanggungjawab kami. Bukan saja suami, anak turut dijaga bersama,” katanya.
Menurut Nor Sakinah, mereka juga sangat akrab dan menghormati antara satu sama lain.
“Saya selaku isteri ketiga tahu batasan masing-masing, begitu juga madu saya yang lain,” katanya.
Madu Nor Sakinah ialah Sukainah Hamzah, 46 (isteri pertama), Laila Ahmad, 43 (isteri kedua) dan Umaimah Abd Majid, 41 (isteri keempat).


Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2015 01:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Mcmana nama ank2 abuya ni blh ada sheikh eh
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2015 01:06 AM | Show all posts
ummu jah?!
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2015 01:45 AM | Show all posts
dah bawak balik rumah ke ummu jah ni? ke dah meninggal?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 01:48 PM GMT+8 , Processed in 0.068450 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list