|
|
Edited by EJALTI at 10-9-2015 02:25 AM
Ahli Umno kecewa Najib tidak muncul di pintu depan PWTC
OLEH NABIHAH HAMID
Published: 9 September 2015 11:07 PM
http://www.themalaysianinsider.c ... di-pintu-depan-pwtc
Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin mendapat sambutan dan sorakan hangat penyokong ketika tiba dan pulang daripada menghadiri mesyuarat Majlis Tertinggi di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 9 September, 2015.
Kelibat Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak yang tidak kelihatan di perkarangan ibu pejabat parti di Menara Dato' Onn, Kuala Lumpur hari ini, sebelum dan selepas mesyuarat Majlis Tertinggi, menimbulkan pelbagai tanggapan di kalangan akar umbi, kata seorang ahli parti.
Kecewa dengan perkara itu, ahli Umno Kedah Datuk Seri Zaienal Abidin Omar berkata, kejadian ini yang pertama berlaku dalam sejarah parti.
"Pelbagai tanggapan timbul apabila perdana menteri tidak masuk dan keluar dari pintu utama Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) seperti kelazimannya.
"Ramai ahli Umno, rakyat dan media tertunggu-tunggu," katanya kepada The Malaysian Insider, menyifatkan tindakan Najib hanya menampakkan ‘ketakutan’ dalam dirinya.
Ahli Umno Kedah Datuk Seri Zaienal Abidin Omar kesal Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak tidak kelihatan di perkarangan bangunan Menara Dato' Onn hari ini untuk bertemu akar umbi parti. – Gambar The Malaysian Insider, 9 September, 2015
Zaienal membandingkan keadaan itu dengan 3 pemimpin lain - Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin, Naib Presiden Datuk Mohd Shafie Apdal dan ahli MT Datuk Mukhriz Mahathir - yang hadir di depan orang ramai dan menerima sambutan hangat daripada mereka.
"Apabila 3 tokoh - Muhyiddin, Shafie dan Mukhriz - mendapat tepukan gemuruh, presiden yang mewakili 3 juta ahli Umno 'dinampakkan' perasaan takut dan tidak yakin beliau berdepan ahli," katanya.
Perdana menteri hari ini tidak kelihatan di perkarangan bangunan ibu pejabat tersebut dan dipercayai menggunakan pintu belakang.
Keadaan itu berbeza dengan pimpinan Umno lain seperti 3 pemimpin yang sebelum ini dispekulasi akan dipecat hari ini, serta naib presiden yang juga Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, yang menggunakan laluan pintu depan menghadiri mesyuarat tersebut.
9 September, 2015. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|