|
[Jenayah]
PM, Jangan berdolak dalih, nyatakan akaun wujud atau tidak - Bekas Peguam Negara
[Copy link]
|
|
Penafian dari Ambank dan Bank Negara Malaysia Mana?
PM Najib dan penyokong nya lakukan apa yang biasa dilakukan oleh mereka yang terperangkap. Nafi segala nya. Itulah yang dia buat.
Itu hak dia dan dia mesti diberi segala ruang dan peluang untuk mempertahankan diri nya. Nasib baik, dia mempunyai sumber yang tidak terhad.
Tapi Najib ialah interested party. Penafian darinya sendiri tidak releven dan tidak ada nilai. Ianya dibuat semata mata untuk konsumsi orang kampung supaya terus mempercayai nya.
Dukacita saya lapurkan bahawa jumlah orang yang percaya pada PM makin berkurangan.
Dua pihak yang paling releven tidak buat penafian mengapa? AMbank- dimana 3 akaun itu disebut tidak menafikan kenapa? Ambank mesti boleh tegaskan bahawa akaun2 ini yakni 2112022011880 dan 2112022011906 dan 2112022009694 BUKAN akaun Dato Najib Tun Razak.
Habis cerita.
Kenapa pihak Ambank tidak menafikan nya?
Bank negara yang menjaga transaksi dan aliran wang tidak lapur mengapa?
Jika RM2,573.82 (USD681)juta masuk dalam akaun si fulan dalam Ambank, BNM mesti diberitahu.
Ada atau tidak pihak ambank lapurkan dan ada atau tidak BNM memperakui nya?
Jika lah akaun itu kemudian nya ditutup dan wang dipindah keluar negara, transaksi ini pun mesti dilapurkan kepada Bank Negara. Ada atau tidak?
Dua pihak ini yang sepatutnya tampil kehadapan dan memberi jawapan. bukan Najib, bukan Salleh Said keruak, bukan KJ, Bukan Zahid Hamidi dan jelas sekali bukan Harun Din.
Dan Najib hendak berterima kasih kepada Harun Dun mengapa? Kebenaran sesuatu melepasi batang tubuh Harun Din, Najib dan kita semua. Perakuan dari Harun Din tidak akan membersihkan Dato Najib.
Tapi cuba bayangkan perkara ini. Bank ada rekod, orang2 lain ada rekod bank statement. Jika bank nafikan nya sekarang, kalau kemudian muncul salinan penyata dan butiran bank macam mana? Dengan bank2 sekali masuk lokap.
Jika bank enggan menafikan, saya rasa lojik nya ialah mereka sedar dokumen mengenai butiran bank ada dalam tangan ramai orang. WSJ ada dokumen tersebut dan mereka sudah tentu membuat salinan dan menyimpan nya dengan peguam. Mereka mungkin juga telah memberi salinan kepada ejensi berita lain supaya jika Najib mahu menyaman atau mengambil tindakan mahkamah, dia terpaksa menyaman suatu sistem industry penyiaran di Amerika.
Siaran berita NBC tidak akan menyiarkan berita ini jika tidak ada bukti dan dokumen sokongan yang mantap. Ini bukan stesyen siaran picisan.
Bayangkan kemungkinan ini.
Dokumen itu ada dalam tangan ramai orang tempatan- katalah Dr Mahathir dan beberapa orang lain. Bukan setakat itu- apa Najib hendak kata jika dokumen berkenaan, butiran bank dan transaksi nya ada dalam tangan pihak2 istana?
Apa Najib hendak buat jika dokumen itu ada pada peguam negara, ada pada ketua hakim, ada pada IGP atau pada SPRM? Ada pada gabenor, ada pada MB2 dan ada pada pemimpin2 lain?
Dan kenapa mahu confine desakan mendedahkan apa yang Najib lakukan dibuat oleh Dr Mahathir sahaja? Apa jadi jika ada pihak seperti istana mungkin yang berminat mendedahkan apa yang Najib lakukan?
Apa kata jika sumber pendedahan itu dirancang oleh mereka yang ambisius dalam UMNO sendiri?
Kerana dokumen dan fakta mengenai butiran bank dan transaksi sudah berada dalam ‘pasaran’ , maka bank seperti Ambank enggan menafikan akaun itu tidak ujud atau akaun itu bukan Najib yang punya.Melakukan demikian seperti membunuh diri.
Bank Negara pun enggan menafikan nya. Kerana ia sedar salinan dan dokumentasi transaksi sudah tersibar.
Dalam scenario ini, saya tidak hairan lansung jika PM Najib dan soldadu nya mengenakan tekanan yang berat untuk institusi2 ini supaya mengikut kemahuan nya. Yakni dari bank – menafikan segala nya. Dari BNM, menafikan berlaku pemindahan wang.
Maka jawapan Najib yang berkata kalau dia hendak guna wang curi dia tidak simpan dalam bank dalam negeri tidak ada kesan lansung. Takde orang minat pun dengan penafian Najib lagi.
Malah orang akan counter, PM berani melakukan demikian sebab dia ingat dia kebal kerana menguasai semua dalam negara. Itu sebab dia lakukan.
Dan kepada mereka yang kata tak lojik, sukalah saya jawab melakukan benda mungkar mana ikut hukum lojik?
-dato sak- |
|
|
|
|
|
|
|
all4rez replied at 6-7-2015 03:39 PM
Pehal RM3? RM7 la sempena PM ke-7....
Naik 200% tu dah lebih dari gst dah tu...hahaha |
|
|
|
|
|
|
|
Agak2 kalau kita bank in RM50 akaun di atas, dia keluar nama tak di skrin atm/cash deposit machine. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau dah jadi bekas baru nak heboh baik tak payah dah terlambat. Masa ada kuasa dulu lain plk labun nya. Semua pun sama
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalau orang tak salah,...dia jawap mcm ni
Bank Account
1. Several blogs have given space to a scurrilous statement that I, my wife and my children, have USD 199.45 million and S $ 42,000,000 in fixed deposit in the Israeli National Bank in Singapore.
2. The scum who alleges this does not have the guts to give his name.
3. UMNO can make a statement about the money I gave to Dato Abdullah when I stepped down. Better still Dato Abdullah can explain how much of the 1.4 billion Ringgit in cash, shares and property that my staff and one of his Ministers handed over to him is still with him.
4. I give full permission for the Israeli National Bank to make public these accounts so that I can claim the money said to belong to me and my family.
6. As for the anonymous scum, give your true name, I/C and address so that I can sue you.
Tak dak putaq sana putaq sini blaming others
|
|
|
|
|
|
|
|
Kan kata WSJ akaun tu telah ditutup... lepas 3 transaksi
|
|
|
|
|
|
|
|
pacik ni as usual will buying time...
melayu mudah lupooo katanyaaa....
ko tengokla jap lagiiii musti kuor isu baru yg diadakannn oleh macai2 nyaaa
pastu kita sebok berporem mencaci makiii
alih2 lupa kes akaun mamat nihhh haiiii geramm aku... |
|
|
|
|
|
|
|
hzln replied at 6-7-2015 03:44 PM
Penafian dari Ambank dan Bank Negara Malaysia Mana?
khalid brahim kata dorang senyap bisu sbb bafia..x leh dedah profile akaun...bg aku kalo senyap maknanya betul laa sbb kalo x betul sure ambank akan nafikan |
|
|
|
|
|
|
|
dah israeli national bank tu memang x wujud pon...
|
|
|
|
|
|
|
|
Sbb orang yg buat cerita pun tak tau.... just taram saja. Nak banding dgn WSJ yg mmg of courselah ada panel lawyers yg advise especially kalau melibatkan tuduhan penuh isi kat pemimpin negara lain- pemimpin no 1 pulak tu..... yg mmg diketahui close ally dgn US ni...
|
|
|
|
|
|
|
|
usahkan nak bawak sekali gabenor bnm dgn ceo ambank duk skali dgn dia dan nafikan semua ini, nak jawab soklan reporter semalam pun x berani...takat bagi stetmen AKAN saman saja, no questions allowed....hanya mampu merintih pedih di fb saja ini semua fitnah jahat tak berasas, ini semua sabotaj blablabla...
|
|
|
|
|
|
|
|
Akak berharap dia tak.berlari ke masjid sultan abu bakar pekan untuk buat sumpah laknat... |
|
|
|
|
|
|
|
Dalam solat Istiqarah,Najib tak nampak jalan
Or mungkin hanya nampak muka Kak Mah |
|
|
|
|
|
|
|
vandergooh replied at 6-7-2015 12:13 PM
Akak berharap dia tak.berlari ke masjid sultan abu bakar pekan untuk buat sumpah laknat...
Itu langkah terakhir kak untuk dapatkan support dari ummah 47% |
|
|
|
|
|
|
|
sesaper yg bersubahat..aku harap Allah memberikan pembalasan sama berat dgn org yg zalim. |
|
|
|
|
|
|
|
oooo adakah sebab ni makanya personal data protection act yg bertahun2 plan tu baru di approved 2013.
sbb abe jib takut kantoi pas buat onar "ambik" duit 1mdb/kwap?
tapi mana boleh ambank ke nk disclose senang2. sebab tertakluk pada akta bank (financial services act) |
|
|
|
|
|
|
|
Ehh bolehka najis p ejas accaount dia tu bg cantik2 pastu reveal yg acct dia bersih ..posible x? Sbb aku rasa dia tgh ejas acct dia utk buat bukti x besalah tu...brapa hari dah kan... |
|
|
|
|
|
|
|
March 21st 2013 - Najib AmBank account received a deposit of USD620millions.
March 22nd 2013 - AmBank founder Hussain Ahmad reported to Bank Negara Malaysia that a significant amount of money was deposited into Najib personal account.
March 25th 2013 - Najib AmBank account received a deposit of USD60millions.
March 26th 2013 - AmBank founder Hussain Ahmad reported to Bank Negara Malaysia that a significant amount of money was deposited into Najib personal account.
Breaking News
Watch this CNBC live TV news item today on "Probe finds 1MDB money in Malaysian PM's accounts:WSJ".
Here Martin Soong interviewed Ken Brown, WSJ HK Bureau Chief.
http://video.cnbc.com/gallery/?video=3000393721
May 5th 2013 - Malaysia General Election.
Every Month AmBank reported to BNM that sinificant amount of money was withdrawn from the Najib account.
28th July 2013 - AmBank founder went to file a police report on the matter above due to BNM non action.
29th July 2013 - AmBank founder Hussain Ahmad was shot dead in a car park.
30th Aug 2013 - All Najib accounts in AmBank was closed and money transfer overseas.
Sept 2013 - At AmBank all IT department heads was sack and replace. |
|
|
|
|
|
|
| |
|