|
Filemografi ND : chowrasta akan mula ditayangkan pada 3 Disember 2015.
[Copy link]
|
|
Keserasian Nora Danish Adi Putra
Oleh SITI ATHIRAH DZULKIFLY [email protected]
17 Mei 2015 12:35 PM
SIAPAKAH pasangan selebriti yang paling digemari ramai dalam kategori gandingan terbaik sebagai hero dan heroin di layar perak?
Percayalah, dalam banyak nama, Nora Danish dan Adi Putra adalah antara pelakon yang paling memenangi hati peminat drama dan filem, tambahan pula gandingan mereka tidak pernah gagal dalam menzahirkan watak sebagai pasangan kekasih atau suami isteri.
Selepas kali pertama digandingkan dalam drama Tentang Dhia dan kemudian filem Aku Terima Nikahnya, Nora dan Adi terus mengekalkan momentum ‘percintaan’ mereka di layar perak menerusi filem terbaru, Suami Aku Ustaz .
Sudah memulakan tayangannya sejak 16 Mei lalu, Suami Aku Ustaz sekali lagi menyaksikan keserasian Nora dan Adi dalam jelmaan watak Alisa dan Hafiz yang mendapat reaksi positif daripada peminat dan pembaca novel tulisan novelis Hannah Dhaniyah itu.
Bercerita mengenai keserasian itu Nora dan Adi dalam satu sesi fotografi yang dijalankan bersama Pancaindera senang melayangkan pujian antara satu dengan lain.
Saling mengagumi dengan profesonalisme sebagai seorang aktor dan aktres, Nora dan Adi berkongsi cerita dan pengalaman masing-masing sepanjang menongkah arus hidup sebagai seorang anak seni.
Nora bongkar sifat diri
Merupakan antara aktres paling laris dan diminati, bintang yang seorang ini seringkali dilihat sebagai pelakon yang sinonim dengan watak-watak perempuan baik dan lembut selain sering menjual wajahnya yang polos dalam kecantikan semula jadinya itu.
Perwatakan seperti itu sememangnya tidak pernah lari jauh daripada Nora sehingga ramai yang beranggapan di luar set juga Nora adalah seorang wanita seperti mana yang dipaparkan di dalam karya drama tersebut.
Pun begitu, Nora mengakui, seringkali dia juga gagal meyakinkan peminat bahawa apa yang digalas itu tidak sama dengan wataknya yang sebenar.
“Tidak banyak yang saya boleh kaitkan antara diri saya dengan watak Alisa dalam filem Suami Aku Ustaz selain sifat degil yang dimilikinya. Sebenarnya, selalu sangat orang ingat, saya di luar dengan saya di dalam layar perak adalah sama.
“Entah kenapa, saya tak boleh elak perkara itu. Orang selalu ingat saya wanita yang lembut dan semua yang baik-baik tu ada pada saya.
“Sebenarnya saya adalah orang yang sangat berbeza daripada apa yang anda tonton di TV. Kalau anda tak kenal, memang anda tak akan tahu karakter saya yang sebenar,” katanya.
Menyifatkan dirinya seorang yang keras kepala, pendiam dan kadangkala agak moody, Nora bukanlah mahu membuka pekung di dada, tetapi adakalanya dia merasakan persepsi orang terhadap dirinya terlalu tinggi sehingga dia bimbang jika ada tempat dan waktu yang sesuai, dia tidak boleh menjadi diri sendiri.
“Saya juga manusia, adakala saya pun moody. Dulu ya saya seorang yang banyak bercakap, tetapi setelah usia meningkat, saya dapati saya lebih banyak berdiam diri. Satu lagi, saya juga bukanlah seorang peminat sukan lasak.
“Bahkan, saya tak pernah buat aktiviti lasak. Namun untuk watak Alisa, saya kena gambarkan diri sebagai seorang budak sekolah yang kuat memberontak, kasar dan lasak,” katanya.
Menganggap ia sebagai satu cabaran, kata Nora, permintaan Adi dan Ghaz Abu Bakar sebagai pengarah dalam filem ini, dia berusaha memberikan yang terbaik sekali pun terpaksa berdepan dengan kesukaran untuk membawa bot laju.
“Ada babak yang memerlukan saya membawa bot laju. Saya pada mulanya tak diberitahu pun kena bawa bot. Rasa macam terkena pun ada.
“Tetapi, jenis saya pula, degil. Tak mahu cakap tak boleh, maka saya bawa juga bot tu. Nasib baik tiada apa yang berlaku. Ingat senang nak bawa bot laju dengan sekali tunjuk ajar saja.
Teringin anugerah
Dalam pada itu, kata Nora, dia yang bersyukur kerana kini ramai yang semakin menerima baik gaya dan cara lakonannya, bagaimanapun masih merasakan bahawa ada sesuatu yang kurang dalam dirinya dalam ghairah orang menjulang dirinya sebagai seorang pelakon.
Bagi Nora, berapa banyak filem yang dilakonkan oleh seseorang bintang itu tidak akan benar-benar memberi makna sekiranya dia tidak berpeluang merangkul anugerah dalam kerjaya seninya.
Meletakkan dirinya sebagai pelakon yang belum sampai ke tahap itu, kata Nora, anugerah bukan untuk mencanang populariti atau menjadi bukti betapa hebatnya seseorang pelakon itu.
Tetapi baginya, anugerah adalah sebagai tanda pengiktirafan industri terhadap bakatnya sebagai seorang pelakon sejati.
“Ya, saya pernah memenangi anugerah sebelum ini antaranya anugerah Janda Hot, Hot Chick dan sebagainya, Tetapi itu bukanlah anugerah yang saya benar-benar mahukan.
“Paling saya impikan adalah anugerah seperti Festival Filem Malaysia, Anugerah Skrin atau Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL). Bukanlah nak kata saya hadap sangat nak anugerah. Tetapi saya tak nafikan, di sudut hati kecil teringin nak dapat pengiktirafan sebegitu yang penuh prestij dan benar-benar mengangkat nilai lakonan kita,” katanya.
Bersyukur kerana rezekinya dalam bidang lakonan tidak pernah putus, Nora juga melahirkan rasa kesal seandainya ada segelintir pihak yang mempertikaikan keputusannya untuk turut terlibat dalam naskhah filem yang dianggap terlalu mudah atau ringkas.
“Sebenarnya tak semestinya dengan watak berat sahaja seseorang pelakon itu dapat belajar, menerusi watak kecil dan filem yang ringkas juga sebenarnya banyak membantu saya untuk memperbaiki cara lakonan saya dari semasa ke semasa.
“Lakonan ni tak akan terus menjadi kalau setakat satu atau dua filem sahaja. Bak kata orang, kena terus buat latihan. Sebab itulah saya tak mahu terlalu memilih sebab setiap kalinya adalah satu pelajaran dan pengalaman baru untuk saya sebagai pelakon,” katanya.
Adi sebagai pengarah
Pelakon yang mengakui serasi bergandingan dengan Nora ini sebenarnya pertama kali terlibat sebagai pengarah dan menghasilkan sebuah filem berdasarkan adaptasi novel baginya bukanlah sesuatu yang boleh dipandang ringan.
Tidak menafikan bahawa ia sudah menjadi trend terkini, filem Suami Aku Ustaz bagaimanapun berjaya menggerakkan hatinya untuk menjadikan ia sebagai sebuah filem kerana ia ringkas namun punya mesej tersirat.
Berkali-kali menolak bahawa ia bukanlah sebuah filem Islamik, kata Adi, Suami Aku Ustaz adalah karya yang sangat dekat dengan kehidupan seharian orang Islam.
“Penonton sekarang ramai yang skeptikal bila dengar filem yang diadaptasi daripada novel. Jangkaan mereka tinggi dan bila tak menepati jangkaan itu, mereka persalahkan pembikin filem kerana gagal mencapai kepuasan mereka.
“Sedangkan apa yang mereka tak tahu, pembikin-pembikin filem ini di belakang tabir telah berusaha dan bertungkus-lumus memberikan yang terbaik walaupun tidak 100 peratus sama dengan apa yang dibaca dalam novel.
“Untuk filem ini saya juga mengolah sebahagian daripada babak. Ia untuk memberi pengertian kepada penonton bahawa ini bukanlah sebuah filem Islamik secara totalnya. Saya tak mahu penonton salah faham dengan hanya membaca judulnya sahaja,” katanya.
Berkongsi mengenai dunia pengarahan, kata Adi, dia tidak terlintas untuk menjadikan pengarahan sebagai kerjaya sepenuh masanya memandangkan lakonan adalah keutamaannya buat masa ini.
Mengakui ada sedikit kekhuatiran di dalam dirinya, kata Adi, halangan utama bukan soal kemampuan atau kebolehannya untuk mengarah, tetapi kekangan masa yang barangkali tidak dapat diseimbangkan dengan baik andainya dia memilih untuk melakukan kedua-dua pekerjaan itu serentak.
“Saya masih seronok dengan dunia lakonan dan rasanya banyak lagi watak yang belum saya terokai. Sebab itulah pengarahan tidak menjadi fokus utama saya buat masa ini sebab saya bimbang tak boleh seimbangkan waktu dan kudrat kalau saya mahu buat semuanya dalam satu masa.
“Kalau saya tak berlakon, ya, mungkin saya akan mengarah. Sebab itu jugalah saya gunakan kepakaran Ghaz untuk bergabung dengan saya untuk filem ini. Saya percaya ia akan lebih menjadi kalau berlakunya kombinasi kepakaran kami.
“Berbanding saya buat seorang diri, rasanya saya tak termampu,”katanya.
Perubahan diri Adi
Sengaja diajukan pertanyaan kepada Adi mengenai perwatakannya yang kini dilihat gemar menyarung jubah. Bukan apa, ada yang beranggapan mungkin ia kerana tuntutan watak, mempromosi filem semata atau sengaja mahu berlagak alim di khalayak ramai.
Tenang memberi penjelasan, kata Adi, sejak sekain lama dia sememangnya selesa mengenakan jubah dan ia bukan dilakukan pada waktu sekarang kerana sekadar mahu mempromosi wataknya sebagai Ustaz Hafiz.
Jauh sekali mahu menunjuk dirinya alim, kata Adi sama seperti ketika dia bergelar Haji, ramai yang hadir dengan pandangan bahawa Adi perlu menjaga batas dan lebih selektif dalam watak yang dibawa.
Sedangkan, kata Adi, gelaran itu tidak wajar dijadikan penghalang untuk orang sepertinya kerana lakonan adalah kerjaya.
“Saya bekerja sebagai pelakon dan pekerjaan itu adalah satu ibadah untuk saya. Sepatutnya tidak ada had dan ramai yang beri komen dan beranggapan, oh kalau dah pergi Haji, saya tak boleh itu ini.
“Apa bezanya sebelum dengan selepas Haji? Haji adalah perlaksanaan ibadah. Sebelum Haji saya adalah seorang Muslim dan selepas Haji juga saya tetap seorang Muslim.
“Maka, yang haram tetap haram, larangan tetap larangan. Bukannya saya dilahirkan sebagai seorang mualaf. Ini berbalik kepada mentaliti masyarakat kita gemar tersalah tafsir,” katanya.
Menganggap isu bersalaman dengan Nora dalam filem juga bukan satu halangan hanya kerana dia seorang pelakon bergelar Haji, kata Adi, dia juga punya penjelasan mengenai hal itu. Saya lihat ia sebagai satu tanda penghormatan kepada seorang yang lebih berusia daripadanya.
“Dalam dunia artis, hal-hal seperti ini akan cepat menangkap perhatian umum sedangkan kalaulah diletakkan saya sebagai orang biasa, ia tidak menjadi isu.
“Orang bersalam, lihat pada keadaan dan situasi, adalah tanda dia menghormati. Satu sikap yang kurang baik jika kita menolak tangan yang menghulur atas niat menghormati kita sebagai seorang yang lebih tua daripadanya.
“Jangan terlalu laju memberi komen, sedangkan bagi saya lebih elok kalau mereka lihat dan nilai dulu sebab suntikan negatif adalah bahaya untuk mereka manakala pahala untuk saya,” katanya.
http://www.utusan.com.my/hiburan/selebriti/keserasian-nora-danish-adi-putra-1.92886
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by ira_229 at 18-5-2015 11:05 AM
nora nak keluar dari MIG baru bakat dia boleh meyerlah...
Pengarah2 luar dari MIG nak ambik nora kena fikir 2x sebab nak kena bayar pada MIG utk ambik nora berlakun...
harap2 lepas ni nora tamatkan kontrak dgn MIG unless MIG bersedia keluarkan filem yg berkualiti...
|
|
|
|
|
|
|
|
wowwwwww...byk komen2 positif psl SAU...bagus2... |
|
|
|
|
|
|
|
nowakan awet mudo..
kalasepie Ks: Tahniah @noradanish .. lakonan u memang menjadi dalam #suamiakuustaz .. usia xmenjadi penghalang untuk watak 17tahun😎😎.. suppepp!! Goodjob #kopixoxo .
|
|
|
|
|
|
|
|
noradanish I'm speechless. Tq family, friends & Sujak's family for Ur support. With Ur Bz schedule U still make time to watch this movie. I'm so touched & blessed. Tq Tq Tq. Much love. Not forgotten my babylove Tq for making this happen. #SuamiAkuUstaz #sujaksfamily #dimoriancrew #friends #
biar gambar berbicara
|
|
|
|
|
|
|
|
noradanish @bossned_ bought 40 #SuamiAkuUstaz movie tickets for tonites show !! Tq #sujaksfamily #dimoriancrew & friends for Ur support. N Tq baby for everything. #bismillah
noritasujak Tahniah sayang @noradanish Enjoyed the movie n you were superb ! Thank u so much for thr tickets son @bossned_ 5h
|
|
|
|
|
|
|
|
wowwww.. no 4...
|
|
|
|
|
|
|
|
kannnn mahalnya..xperlu dgr gosip2 pun..
|
|
|
|
|
|
|
|
ohhhhh baru aku fhm napa org tu upload trending twitter(ke ig?)... saiko sungguh pangai...
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by kerekarlu at 19-5-2015 12:21 PM
tuuuuu diaa!! bakal sedara mara bagi support. kalau macam ni kata keluarga masing2 tak setuju diorang bercinta tak tahu lah nak kata apa. nak kata buta ka, nak kata bebal ka or indenial. entah lah....
|
|
|
|
|
|
|
|
noritasujak Tahniah sayang @noradanish Enjoyed the movie n you were superb ! Thank u so much for thr tickets son @bossned_ 5h
|
|
|
|
|
|
|
|
haip haip haip..
kehkehkeh
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by kmelankolia at 19-5-2015 08:05 PM
bertuahnya nora, famili ps noora pun sayang, famili ps norita pun sayang, org yg berbuat baik & sentiasa positif akan dibalas kebaikan jua |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 19-5-2015 09:50 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
achik2009 replied at 19-5-2015 09:35 PM
So sweet depa ni. Sayang lagi....
|
|
|
|
|
|
|
| |
|