CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234
Return to list New
Author: GhostWalking

[Tempatan] Buku Pendidikan Kesihatan Tahun 5 dedah proses seks

[Copy link]
 Author| Post time 15-1-2015 08:43 AM | Show all posts
Pendidikan seks di usia muda tidak bertentangan dengan Islam
Antara keratan gambar kartun berserta dialog mengenai seks yang diambil dari  buku teks Pendidikan Kesihatan Tahun 5.


[size=100%]KUALA LUMPUR, 15 Januari:
Tiada larangan di dalam Islam untuk mendedahkan  pendidikan seks di awal usia.

Penceramah bebas, Dr Zahazan  Mohamed berkata demikian bagi mengulas mengenai silibus Pendidikan  Kesihatan Tahun 5 yang menjadi viral sejak semalam.

Menurutnya, menuntut ilmu dalam Islam hukumnya  adalah harus, namun dalam konteks ini, ia harus disusuli dengan penjelasan yang  teliti dan teratur bagi mengelakkan kesulitan pada masa akan datang.

“Dalam hal begini, pendidik harus main peranan  untuk menjelaskan dengan betul berkenaan pendedahan seks ini. Sebab dalam Islam  sendiri memang ada sebut sperma, ovum dan sebagainya yang boleh membawa kepada  kehamilan.

“Jadi menjadi tanggungjawab untuk menjelaskan  kepada murid berkenaan perkara tersebut beserta dengan keburukan dan  kebaikannya.

“Sekiranya pendidikan itu akan membawa kebaikan  seperti pengawalan kepada zina dan sebagainya, ianya harus. Tetapi jika ia akan  membawa kepada keburukan, itu harus dikawal,” katanya ketika dihubungi The  Rakyat Post.

Jelasnya, Islam telah mengajar mengenai  pendidikan sebegini seawal usia 10 tahun lagi apabila mengikut syariat anak  lelaki dan perempuan perlu diasingkan tempat tidur pada umur tersebut.

Ini termasuk adab-adab untuk masuk ke bilik ibu  bapa sesudah mummayiz, menutup aurat sebaik akil baligh dan sebagainya.

“Jadi pada saya tidak ada masalah selagi mana  ibu bapa tahu peranan mereka untuk menjaga dan mendidik anak-anak.

“Dan tanggungjawab itu tidak terhenti di situ,  di mana pendidik juga mempunyai tanggungjawab yang sama untuk mendidik anak  murid mereka,” jelasnya.
Terdahulu, The Rakyat Post melaporkan  kekecohan di laman Facebook berhubung keratan gambar kartun berserta dialog  mengenai seks yang diambil daripada buku teks Pendidikan Kesihatan Tahun 5.

Dalam Facebook PenMerah.com, pengguna  bernama Ustaz Syed Bakri memuat naik satu gambar yang menjelaskan proses  hubungan kelamin.
Rata-rata pembaca tidak bersetuju dengan isi  kandungan buku itu yang disifatkan terlalu awal untuk murid berusia 11  tahun.

Dalam pada itu, Kementerian Pendidikan Malaysia  akan menyemak semula dakwaan buku teks Pendidikan Kesihatan Tahun 5 yang  dikatakan menyentuh mengenai pendedahan proses seks kepada murid sekolah.

Timbalan Menteri Pendidikan II, P. Kamalanathan  berkata pihaknya akan menyemak semula dakwaan tersebut sebelum memberi  keterangan.
“Kami ingin tahu pendedahan apa yang dimaksudkan  dan menyemak semula sebelum memberi keterangan,” katanya.



TRP
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2015 08:52 AM From the mobile phone | Show all posts
saladin780 replied at 14-1-2015 11:12 AM
amik pendapat2 pengomen page2 mengarut kat FB tu pastuh dijadikan berita buat apa..semua komen menga ...

Wartawan skang kan sume stok2 pemalas...sbb tu kualiti berita esp news dr utusan dan metro semakin hazab
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2015 08:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku rasa content buku tu ok jah
lagipun pakai gambo kartun...bukan gambo maria ozara pun
Abih tu takkan la nak pakai buku kamasutra or permata yang hilang sbg buku teks?
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2015 09:52 AM | Show all posts
pada sy pun ok jew..
apa pun dia ada pro and contra nya. guru disekolah pun perlu memainkan peranan, ibu bapa dirumah pun perlu memainkan peranan.
budak2 sekarang tak sama dah mcm dlu. teknologi dah sgt maju. tektik jenayah pun dh byk sampai ada yg terbayang tektik yang digunakan.
so xsalah pendedahan basic diberikan. sebagai langkah berjaga-jaga.
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2015 09:58 AM | Show all posts
Bg aku budak perempuan ok kot sbb cepat matang
Mcm anak aku lelaki, darjah 4 dah ada pasal ihtilam
Sibuk tanya datuknya bila nk ihtilam
Terkebil2 abah aku xpernah dengar perkataan ihtilam pun.
Pastu tgh tido bila nk terkencing siap kejut aku tanya ni ihtilam ke apa.
So bg aku agak susah kot nk explain pd  boys ni.
Bila kita terangkn mata terkebil kebil makin xpaham.
Girls i dunno,mungkin lebih senang kot.
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2015 10:49 AM | Show all posts
bellaa replied at 14-1-2015 05:22 PM
Masa kecik, ingat cium cium teros dapat beby.

inesen giler
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-1-2015 10:56 AM | Show all posts
matahari7001 replied at 14-1-2015 09:35 AM
boley tak pendidikan seks ni diajar dalam subjek agame.. biar selari..

sepatutnya begitu lah. sains dalam islam, halal dan haram
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2015 11:08 AM From the mobile phone | Show all posts
qronaldo7 replied at 15-1-2015 10:49 AM
inesen giler

Bila dah besar,baru tahu. Kena keluar masok keluar masok

Baru dapay beby.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2015 11:18 AM | Show all posts
aku dah cek buku anak aku drjah 5....first topic pasal reproduktif organ beserta gambar2 yg tak keterlaluan....selebihnya biasa2 ajer....oklah...COP!....aku luluskan.....
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2015 11:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Zaman aku sekolah dlu cikgu aku penah ajar ms kelas alam dan manusia xsilap ms darjah 4.
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2015 12:50 PM | Show all posts
kalau bagi program budak2 ni jaga baby
baby robot yang boleh detect & record budak2 ni pandai jaga ke tak tu..

bagi jaga selama seminggu atau sebulan atau berbulan2..
program robot baby tu menangis sbb kena tukar lampin, susu, sakit dll...
tengok lepas tu dieorang nk wt benda2 s** ni ke tak...

sekurang2nye...mungkin boleh kurangkan gejala s** ni...
dieorg mesti rase bebanan kesan dari wt benda-benda s**
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2015 04:05 PM | Show all posts
alumalu replied at 14-1-2015 09:06 AM
saya rasa darjah 5 tu sesuai dah untuk topic subject ni. byk negara2 asing pun sudah implement topic ...

Betul tu.
Sekolah agama pun belajar jugak perkara yang sama seperti mandi wajib, haid, nifas, zina dan sebagainya.
Itupun sebahagian drp pendidikan seks jugak.
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2015 05:52 AM | Show all posts
Lega baca komen kat sini. Cayalah ahlul forum.cari.
Berita macam ni, tak patut bunyi macam  sensasi.
"Terjumpa anasir sex dalam buku sekolah rendah."
Padahal memang patut di ajar sikit2 dgn cara mendidik la.
Lagi 10 tahun, cara lain pulak.
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2015 05:56 AM | Show all posts
nalinputeri replied at 15-1-2015 09:52 AM
pada sy pun ok jew..
apa pun dia ada pro and contra nya. guru disekolah pun perlu memainkan peranan ...

apa kaitan Yahudi dalam hal ni?

Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2015 10:58 AM | Show all posts
Jerambut posted on 17-1-2015 05:56 AM
apa kaitan Yahudi dalam hal ni?

yahudi?? mcm xde ayat yahudi pun kat komen kite tu
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2015 06:18 AM From the mobile phone | Show all posts
mmg patut diajar.... budak2 skg dah byk dorang tau sebelum naik tingkatan, thanks to the internet, thanks to the idiotic parents. banyak kes budak sekolah bw hp dlm gambar2 lucah lepas tu bagi tgk kawan2. budak darjah satu pun ada.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-1-2015 06:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Nape nak terkejut? Kalau kita tahu yg bebudak kita ni dah bereksperimen seawal usia tujuh tahun surely lagi takut. At least ini akan bg penerangan kt memana budak yg masih blur tu jgn sesukati bg org buat mcm2 kat diri. Rasanya dlm buku year 1 pun ada cerita pasal jangan sentuh saya. Maksudnya dh diajar untuk membela diru
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2015 01:53 PM | Show all posts
olaoliolu replied at 21-1-2015 06:38 AM
Nape nak terkejut? Kalau kita tahu yg bebudak kita ni dah bereksperimen seawal usia tujuh tahun sure ...

betul..betul..betul..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 11:52 PM GMT+8 , Processed in 0.071542 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list