CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234
Return to list New
Author: Lorra2411

(Update 62#) Izreen Azminda belum sedia bercinta

[Copy link]
Post time 8-1-2015 09:55 AM | Show all posts
kaklehot replied at 6-1-2015 05:02 PM
eh..kojek la..lelaki tu berlakon dlm citer cinta ilahi pgg watak kojek kwn si johan ashari dlm citer ...

si johan tu pulak yang lebeih2 dlm tu..buat2 sangat bila dia duk nyebut "adumaaakkk ai"....annoying gile karekter la konon
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-1-2015 09:57 AM | Show all posts
from kosmo ualls


http://www.kosmo.com.my/kosmo/co ... iburan&pg=hi_02.htm

Izreen Azminda belum sedia bercinta



Belum padam panas ekoran putusnya percintaan dengan pelakon Amar Baharin, pelakon berstatus janda, Izreen Azminda kini terbakar sensasi pula dengan seorang pelakon baharu yang dikenali sebagai Nazrief Nazri.
Kontroversi tersebut timbul beri-kutan tindakannya memuat naik gambar mesra bersama pucuk muda tersebut sehingga mendatangkan desas-desus mengatakan dia sedang menjalin hubungan istimewa dengan pelakon berusia 21 tahun itu.
Tampil menafikan dakwaan tersebut, Izreen bagaimanapun mengakui mengenali pemuda itu namun untuk bercinta, fasa itu jauh daripada jangkauan. Tegas Izreen, mereka hanya kawan biasa bahkan jejaka itu dianggap tidak lebih seperti adik sendiri.
Tidak berniat untuk mempunyai hubungan istimewa dengan mana-mana lelaki dalam masa terdekat, tambah Izreen, pengalaman lalu banyak mengajarnya untuk lebih berhati-hati untuk memulakan semula hubungan serius dengan mana-mana lelaki pada hari muka.
Mendapatkan respon daripada tuan empunya badan, Kosmo! cuba menyelongkar pemilik hati pelakon yang pernah membintangi drama rantaian Gelora Di Hati Sara itu.
Kosmo!: Baru-baru ini, Izreen ada memuat naik gambar bermesra bersama dengan seorang pelakon baharu yang dikenali sebagai Nazrief Nazri. Benarkah dakwaan yang mengatakan kalian kini sedang dalam fasa percintaan?
Izreen: Desas-desus tersebut sama sekali tidak benar. Status hubungan saya dengan Nazrief Nazri hanyalah teman biasa. Mana mungkin saya bercinta dengannya kerana jarak umur antara kami berdua jauh sekali, malahan, umur dia (Nazrief Nazri) sama dengan adik saya. Kami berkawan sahaja dan tidak lebih daripada itu. Saya juga mempunyai hak untuk keluar dengan mana-mana lelaki kerana saya tidak terikat dengan mana-mana hubungan serius.
Apakah reaksi anda setelah mendapat tahu isu itu timbul menjadi kontroversi?
Saya sangat terkejut dan tidak menyangka hal ini boleh menjadi besar. Saya hanya memuat naik sekeping gambar. Jadi, pada mulanya saya rasa ia tidak akan menimbulkan spekulasi, namun, ia masih diperkatakan oleh orang. Saya tidak faham mengapa orang ramai selalu menggembar-gemburkan perkara yang tidak betul.




Advertisement




AKSI mesra bersama Nazrief yang dimuat naik Izreen mengundang pelbagai spekulasi daripada peminat.


Mungkin hal itu sedikit sebanyak memberi pengajaran kepada anda?
Saya tidak pernah serik untuk memuat naik gambar bersama lelaki. Bagi saya, tidak salah jika saya ingin berkawan dengan mana-mana lelaki. Namun, untuk masuk dan berada dalam sebuah perhubungan yang serius, saya masih belum bersedia sepenuhnya.
Adakah anda kini sudah mempunyai kekasih hati?
Buat masa sekarang, saya masih lagi belum bersedia untuk berada dalam sebuah perhubungan yang serius dengan lelaki. Saya kini mahu tumpukan sepenuh perhatian kepada karier dan anak, Muhammad Adrian Umar yang kini berusia 18 bulan. Tidak mungkin saya akan bercinta dalam masa terdekat ini kerana kehidupan selepas bercerai baru sahaja stabil. Tambahan pula, pengalaman dan kesilapan lalu banyak mengajar saya untuk lebih berhati-hati dalam memilih pasangan.
Apa pandangan anda apabila ramai orang yang cuba mengaitkan diri anda dengan mana-mana lelaki walaupun lelaki itu hanya teman biasa?
Sebelum ini saya boleh terima jika ada orang cuba mengaitkan saya dengan mana-mana lelaki, tetapi semakin lama ia membuatkan saya berasa rimas. Kalau boleh, hentikanlah.
Bagaimana dengan perkembangan karier seni anda?
Saya kini sedang menjalani penggambaran sebuah drama bersiri berjudul Pergilah Air Mata bersama aktor Kamal Adli untuk siaran RTM. Selain itu, saya juga sudah bergelar pengacara program Mahligai Cinta yang bersiaran setiap hari Khamis pada pukul 11 pagi di sebuah stesen swasta. Saya sangat teruja dapat mengacarakan program tersebut kerana ia memberi satu dimensi baharu kepada kerjaya saya. Setakat ini saya selesa bergelar hos.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0108&pub=Kosmo&sec=Hiburan&pg=hi_02.htm#ixzz3OBuLp0XE
Hakcipta terpelihara

Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2015 02:47 PM | Show all posts
wahai forumers sekalian, aku tgk komen korang kt dia sgt membina berbanding kat fazura ke retis2 lain, apa kata korang tulis surat terbuka kt dia? harus ditegur dia ni sebelum terlambat..aku tak kaki nonton tv sgt, taktaw plak dia ni berbakat ke ape ke..tp aku taw dia cun pakai tudung..
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2015 11:47 PM | Show all posts
Edited by saphirra282 at 15-1-2015 11:48 PM

kalau erra fazira, trademark dia ialah hair wigs.

izreen punya trademark  ialah headband yg ada riben kat kepala dia. oh dear...it is soo-yesterday.

sangat lah  tidak sesuai untuk perempuan yang dah matang usia.

satu lagi, ada reporter interview dia dan amar baharin..oittt izreen senyum malu2 kucing seperti anak dara yang tengah syok asyik bercinta.


Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2015 01:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah jd pengacara mahligai cinta ganti jovian... Sgtla membosankn.. Tgk dia mengacara kejadahla penerbit pilih dia yg mahligai retak seribu... Dah la rupa cam cik pon episod td...
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2015 02:14 AM | Show all posts
Cari duit dan cari laki yg lebih berjenih Cik Izreen oi
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-1-2015 02:40 AM | Show all posts
putusnya percintaan dengan pelakon Amar Baharin
uiks... sebila bercinta?   bukan kata kawan jek ke...

Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2015 02:13 PM | Show all posts
apa-apa pun aku suka lakunan si izreen ni...  
selama ni memang ingatkan dia bercinta ngan amar bahrain... tapi tak nampaknya..
amar pun sejak citer En Sotong nampak 'rapat' ngan Amyra ... tak tau la hanya sebagai kawan rapat jer kut..
tak kira la dengan siapa pun si izreen ni nanti berjodohan... yang penting pilih la elok2 supaya pisang
tak berbuah 2-3 kali....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2026 01:30 AM GMT+8 , Processed in 0.062223 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list