|
Waiting ni kak |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by isaura. at 27-12-2014 03:44 PM
dalam pada anak akak tu on and off diganggu di rumah, suami akak pula didapati tak sihat...muntah-muntah darah...
suatu malam akak terbangun tengah malam dan terkejut bila melihat seekor POCONG elok berdiri tepi akak memerhati kami tidur gayanya.
Mula-mula akak ingat mainan tidur, pejam mata dulu..buka semula, eh ada lagi...pejam mata lagi (sempat dalam hati cakap aku ni mimpi je ni), buka mata.....eh, ada lagi!!!
Masa tu akak dah start tak keruan, akak keras kejung sampai nak bernafas pun tak berani. Hairannya kali ni tak pulak kena tindih, so akak bacalah apa-apa yang patut sehinggalah akak tertidur (boleh pulak tertidur ).
Akak ceritakan pada sepupu dan sepupu akak tanya soalan cepumas 'kau nampak tak muka pocong tu?'. Gila ke apa akak nak pergi check muka benda tu, yang akak sempat nampak hitam lompong je mukanya. Sepupu akak cakap kalau akak tarik tali ikat pocong tu, akan ditunjukkan wajah sebenarnya. Sorry lah, tak teringin nak buat....senang betul cousin akak ni bagi cadangan, cuba kalau dia yang jumpa?
Ok, tu selingan cerita je....korang bersabarlah dengan cerita akak yang bersimpang siur ya.....akak menaip ni ikut mana story sampai diingatan dulu.
Macam akak cakap, anak akak keraplah kena ganggu, so disebabkan sebegitu akak paksa juga suami bawa anak berubat. Disitulah bermulanya secara rasmi kami dapat tahu keluarga disihir sekian lama dan kini meleret-leret sehingga ke anak-anak pun kena.
Pada suatu petang hari Ahad (akak ingat sangat sebab kami baru lepas shopping), kami semua keletihan so masing-masing tertidur. Waktu lepas Asar pulak tu selalunya memang tak tidur, tapi entah mengapa hari itu nak dijadikan sebab 1 keluarga tertidur. Akak dan suami serta anak bongsu tertidur di ruang tamu. Anak akak yang sulung ni dan adiknya seorang lagi tidur di dalam bilik.
Tengah syok-syok tidur, kami dikejutkan dengan jeritan sekali lagi dan berdesuplah kami suami isteri masuk ke biliknya. Bila kami masuk bilik, anak akak sedang dalam selimut mengeletar dan menangis - bukan sebab takut, tapi sebab dah marah sangat dengan lembaga hitam tu.
Menurutnya, sedang dia asyik tidur, katilnya digegar kuat. Jadi dia ingat adiknya yang seorang lagi tidur ganas sangat sampai bergegar katil tetapi bila dia lihat adiknya nyenyak tidur dia relax dan sambung tidur. Kemudian katilnya digegar lagi lebih kuat, bila buka mata dilihatnya 1 bilik bergegar-gegar jadi anak akak panic sebab dia takut kalau-kalau ditimpa gempa bumi (imaginasi kita pun akan terfikir macam tu jugak kot).
Maka bergegaslah dia buka pintu nak panggil kami, dan membatalkan niat bila dilihat kami bertiga di ruang tamu elok je tidur dengan aman (waktu tu biliknya masih bergegar-gegar). Jadi anak akak dah tahu something is not right, dan tiba-tiba ada satu suara jeritan seperti jeritan seorang perempuan yang sangat nyaring ditelinganya!
Kerana panic, instead of berlari keluar, anak akak pi tutup pintu dan panjat katil, tarik selimut. Waktu itulah dia ditindih oleh lembaga hitam dan cuba menjerit. Dalam pada dia bergelut tu, dia terdengar satu suara jeritan yang lain - suara seorang perempuan lain yang berkata "Engkau lepaskan dia sekarang, sebelum aku panggil orang-orang aku!".
Lembaga hitam tu berdesup melarikan diri, dan tak lama lepas tu kami pula masuk ke dalam bilik.
Esoknya akak bawak jumpa ustaz. Ustaz kata dia pun geram dan hairan juga kenapa lembaga hitam ni asyik mengganggu anak akak. So, akak tanya ustaz , siapa suara perempuan yang seolah-olah melindungi anak akak tu dan siapa lelaki yang selalu bersolat dalam bilik anak akak tu? Ustaz hanya jawab wallahualam. Namun ustaz ada berpesan pada anak akak, sekiranya diganggu lagi dengan lembaga hitam tu, pesan pada lembaga hitam itu untuk jumpa ustaz.
Akak terkejut jugak bila ustaz pesan kat anak akak macam tu. So, akak tanya kenapa ustaz berpesan begitu. Jawapan ustaz: "saya geram dan nak tahu apa lembaga hitam tu nak dengan anak akak?"
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by isaura. at 27-12-2014 03:53 PM
Gerak hati akak kuat mengatakan suara perempuan yang marahkan lembaga hitam itu ialah 'opah' yang suruh akan azan sewaktu diganggu hantu raya semasa anak dara.
Mengapa?
Sebabnya ialah selepas akak tukar campus, akak dah pandai nakal. Dah pandai ada boyfriend, dah pandai dating, pandai disco. Akak dah tak jumpa langsung 'opah' ni tetapi gangguan di dorm tetap ada.
Semasa akak mengandungkan anak sulung, akak nampak semula 'opah' ni mundar mandir dalam bilik. Kadangkala dari bilik solat menuju ke dapur. Kadangkala sewaktu akak sedang tidur berseorangan. Kadangkala tengah tengok tv, elok je akak nampak kelibat 'opah' ni dalam rumah.
Selalunya bila nampak kelibat 'opah' ni, akak tak rasa takut langsung...cuma bila logic mula take over, ha...masa tu segala saknika bulu tegak berdiri.
Selepas akak bersalin akak tak nampak 'opah' ni lagi.
Cuma yang akak perasan, waktu mengandung anak sulung akak sangat-sangat rajin mengaji dan solat. Jiwa bagai meronta-ronta nak mengaji sentiasa dan solat-solat sunat.
Sehingga kini akak tak tahu siapa 'opah' ini. Pernah juga akak tanyakan pada ayah. Jawapan ayah akak buat akak pening kepala je - lain kita tanya, lain dia jawab. Jawapan ayah asyik kata tak ada apa-apa tu, mungkin ada hamba Allah datang saja nak bantu.
Atas jawapan ayah akak itulah akak selalu check dengan ustaz-ustaz jika ada sebelah ibu atau ayah akak dan juga sebelah keluarga suami yang ada saka atau pendamping tetapi jawapannya tiada - wallahualam.
|
|
|
|
|
|
|
|
Bru baca kisah akak ni..seramm gilerr.. |
|
|
|
|
|
|
|
ala..ni dah masuk 3 cerita tak masuk ni....
nampak gaya kena type ke notepad jugaklah jawabnya.... |
|
|
|
|
|
|
|
aik, tadi post ada...sekarang dah hilang.....
takpe, kita sabar sampai forum dapat dibetulkan ya.........dah 4 cerita dah ni sekejap ada sekejap hilang.. |
|
|
|
|
|
|
|
ye kak...forum ni sedang di downgrade kan....ehhhh upgrade katanya |
|
|
|
|
|
|
|
penat taip pepanjang smlm nak komen. satu pon x keluar..
xpe lah.. i jadi pembaca setia cerita akak.
|
|
|
|
|
|
|
|
akak..copek la kak.. lamo tunggu hah |
|
|
|
|
|
|
|
penjaga jenis baik nih..
memang setengah orang ada. dia datang tanpa dipinta.
kemungkinan keturunan sebelah mak / ayah akak.
dia x mintak kita jamu..
kadang sapa yg ada penjaga nih, naluri & 6th sense memang tajam..
orang nak buat jahat kat kita pon x lepas.
kadang boleh scan perangai orang..
|
|
|
|
|
|
|
|
kak is oooo akak....jangan merajuk lama2 kak, ke akak mogok? huhu |
|
|
|
|
|
|
|
menarik2! tp betul... org ckp kalau dah selalu sgt kena... kita jadik marah... dah tak takut dah... bukan dlm kes angker je... dlm ape2 kes pung... especially kalau ganggu org2 yg kite sayang...
aku xde experience pun... org ckp... |
|
|
|
|
|
|
|
Ayah akak ada ajar dulu, katanya bila bulu roma berdiri sebenarnya itulah interaksi roh kita dengan alam.
ni takut betul betul ke
atau saja2 je niiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii
lagipun siayah yg ngajor anaknye kan
tentulah yg baik baik punya tauuuuuuuuuuuuu
cba tanya si ayah, adakah si ROH berinteraksi
sampai sibulu pun berdiri!!!
tanya dgn penuh sopan santun yeeee.....tq
|
|
|
|
|
|
|
|
sebenarnya akak rasa ayah akak ajar macam tu sebab time tu akak tanya banyak sangat, 'tak kuasa' nak jawab lebih-lebih agaknya...so dia bagi shortcut je.
akak ni kalau bulu roma berdiri (kalau kat satu-satu tempat), akak memang laju je nak keluar dari tempat tu - takdenya nak kaji-kaji elok ke tak elok.
kalau boleh bagi bulu roma 'benda tu berdiri dan dia yang cabut lari kan best
|
|
|
|
|
|
|
|
tu kan hajimex maknanya, dah 'putus suis'.....akak kadang-kadang putus suis jugak bila dah melampau-lampau sangat benda-benda ni menimbulkan diri tapi lebih banyak suspens dari putus suis
|
|
|
|
|
|
|
|
mogok gak kejap dik, akak dah post, keluar kejap...sikit lagi hilang terus.....4 cerita dah sebenarnya...
tapi takpe nanti akak cerita story lain (sbb nanti cerita yang sama takut bila dah dibetulkan forum kang keluar plak berulang-ulang)
sabar ya, story is on the way.....
|
|
|
|
|
|
|
|
bab penjaga-penjaga ni yang akak takut sebenarnya.....sebab kita ni ilmu takde, setakat alif ba ta je tu boleh lah...so kita tak tahu..
cuma satu je akak pegang....sebaik-baik penjaga hanyalah Allah SWT - itulah tempat pergantungan sebenar.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by isaura. at 29-12-2014 04:12 PM
TUAN KAU DAH SALAH ORANG, SO SILA KELUAR!
Ingat tak kisah yang akak pergi tengok rumah lama, dan kemudiannya ada yang mengikut balik ke rumah baru dan ajak 'ehem-ehem'? Selepas incident itu perut akak on and off buncit
Mungkin kebetulan. Perut akak selalu kembung....kadang-kadang macam orang perempuan mengandung 5 bulan, lepas mood buncit ni macam angin pus-pus ikut suka suki dia je. Kadang-kadang buncitnya macam perempuan sarat mengandung 7-8 bulan! Macam akak kata, ikut suka suki je...rasa nak kempis, perut kempis...rasa nak buncit, perut buncit sampai sendat-sendat baju dan shirt.
So ini dilemma akak hadapi berbulan-bulan. Puas jumpa doctor, sampai akak check liver dan segala-galanya. Risau juga kalau kita kena penyakit. Bukan pergi kat 1 tempat je, sampai jumpa pakar. Jawapan yang diberikan akak ni tak ada apa-apa. Kembung angin je kot kata doktor. Ibu akak pulak dah bising-bising so kerja akak asyik pergi jumpa doktor je. Stress tau sebab bila perut macam orang mengandung ni, tegang merening je rasa especially time nak solat sangatlah tak best bila sujud perut cecah lantai.
So perkara ini berlaku on and off dan akak ni pun puaslah makan ubat buang angin dan apa sahaja yang doktor supply untuk buang angin dalam badan (sebab check dari sudut lain doktor tak jumpa).
Satu hari tu akak outstation dengan suami. So bercadang nak tumpang bermalam rumah anak saudara. Anak saudara dah tunggu dah dibandar. So, akak drive kereta bawa isterinya dan anak termasuk anak-anak akak sekali. Suami akak naik 1 kereta dengan anak buah. Maka akak pun drive...pecut la jugak sebab konon nak tunjuk kat anak buah dan suami yang orang perempuan pun terror bawak kereta.
Kawasan rumah anak buah akak ni masih baru lagi (sebenarnya akak dah pergi banyak kali so memang dah tahu jalan nak ke rumahnya). Akak dah pecut jauh tinggalkan kereta anak buah. So kitorang ni yang dalam kereta kecoh lah bergossip bagai - riuh rendahlah dalam kereta. Bila nak hampir ke rumah anak buah ni kami melewati padang kecil dan tiba-tiba mata akak terpandang 1 kepala kusut masai dan ada benda berjurai-jurai sedang menyeberang jalan dan terus ke pokok kecil. Jarak kami dengan benda tu lebih kurang macam 15 langkah dari kereta (so agak dekat jugak kan?).
Bini anak buah akak ni tak perasan sebab dia sedang asyik berbual sambil pandang akak. Akak ter'break' mengejut la jugak sekejap. Lepas tu akak dengan selamba cakap jom baca ayat Qursi. Serta merta semua terdiam. Lepas tu ramai-ramai la baca ayat qursi. No more gelak sakan dah. Semua muka dah pucat lesi. Walaupun mereka tak nampak, tapi rasanya mereka tahu akak dah ternampak sesuatu.
Sampai kawasan rumah (masa tu sekitar hampir 1 pagi) kami tak berani keluar dari kereta. Sanggup tunggu anak buah dan suami sampai dulu - tulah, eksen sangat nak pecut laju-laju kan, padan muka kami sendiri).
Malam tu, akak tak cerita dengan sesiapa pun tetapi telinga akak berdesing sehingga sakit - ada bunyi macam tebuan tetapi nyaring sangat. Malam tu juga akak kena tindih.
Esoknya, waktu tengahari tiba-tiba akak rasa baju akak sendat sehingga akak rasa sesak nafas. Bila tukar shirt, wife anak buah tegur 'kenapa perut macam orang mengandung ni?' . Akak pun explain la pasal angin. Dia kata ni bukan angin ni, ni dah macam orang mengandung sarat!. Bila dia dah tegur macam tu akak pun rasa sangatlah tak best sebab petangnya akak ada meeting..dah tak dapat nak bergaya kalau dah semua baju sendat.
bersambung....
|
|
|
|
|
|
|
|
salam sis, best cerita ni... walaupun penakut tapi ku gigihkan juga membacanya... |
|
|
|
|
|
|
| |
|