|
Yeeaaa..dh ada update..heheheh |
|
|
|
|
|
|
|
sabar2.. heheh.. time kaseh sudi baca.. =) =)
|
|
|
|
|
|
|
|
thanks shalola sudi baca.. kita joget utk awak..
oh yeahh.. =)
|
|
|
|
|
|
|
|
thanks suery sudi baca.. =) =)
|
|
|
|
|
|
|
|
Adakah Naufal itu roh yang bergentayangan mahu meminta bantuan?
Next please.... |
|
|
|
|
|
|
|
baru aku nak tanya soklan yang sama...
|
|
|
|
|
|
|
|
Mana hapdetnya tt? jiwa meronta2 nak tahu. Nak terjun bangunan ar camni. |
|
|
|
|
|
|
|
hmm.. =) =)
thank u sudi baca..
|
|
|
|
|
|
|
|
thank u sudi baca.. =) =)
|
|
|
|
|
|
|
|
insyaAllah malam ni ye.. =) =)
|
|
|
|
|
|
|
|
Ujian terakhir selepas dua minggu tamat diiringai dengan loceng rehat.
“aku jaga bilik kaunseling harini. Nanti tapaukan aku karipap 3 tau?” aku memberitahu Dani yang ligat mengemas mejanya yang dipenuhi alat tulis.
“benda lain tak mau?”
“tak nak. Aku gerak dulu aa,” aku berjalan meninggalkan Dani.
Komputer depan mata aku renung. Kalau buka pun, bukan ada apa-apa pun. Aku tarik nafas panjang sebelum bangun dari kerusi dan berjalan ke rak buku yang terletak bersebelahan pintu masuk. Kebanyakannya majalah sekolah tahun-tahun yang sudah. Satu per satu aku tengok. Satu majalah sekolah aku tarik dan belek. Tahun 2002. Menarik. Meh usha tengok kot ada yang kacak bergaya muka dipenuhi nur keimanan. Aku parking dikerusi tepi rak buku. Sehelai demi sehelai muka surat majalah tersebut aku belek. Boleh tahan jugak senior aku ni. Siap ada buat muzikal hari guru. Gempaklah ni agaknya. Banyak gambar cikgu-cikgu tengah lap air mata, hembus hingus. Baru nak selak muka surat baru, terdengar bunyi pintu kaca diluncurkan. Aku telek dari tepi. Terjongol kepala lelaki.
“ceh. Kau ke beng. Ingatkan ada yang mintak nak kena basuh tadi,” aku kembali membelek majalah.
“nah, karipap kau,” satu plastik kuning dihulur kepada aku. Dengan senyum lebar penuh keikhlasan aku sambut plastik tu.
“terima kasih daun keladi. Kau dah makan?” seketul karipap aku gigit. Hilang separuh.
“dah. Kau sorang ke harini? Adik kau mana?” adik merujuk kepada junior yang patut jaga bilik ni dengan aku.
“adik hek kau. Mana entah. Tadi cakap nak pergi jamban. Lemas agaknya,”
“bongok,” sambil tergelak kecil Hafiz berjalan ke meja komputer.
“eh, bongokkan aku pulak,” aku perhati gerak geri Hafiz. Ingatkan nak tidur. Dua buah buku latihan ditangan dibentangkan atas meja belajar. Ceh. Nak meniru Add maths rupanya. Aku terus menikmati karipap dan membelek majalah. Tiba-tiba mata aku tertancap pada wajah lembut seseorang yang tak asing pada minda aku di ruangan gambar pasukan ragbi sekolah. Aku perhatikan nama yang terdapat dibawah gambar. Karipap yang dipegang jatuh ke lantai.
“Apis, tolong jagakan bilik ni kejap. Aku nak pergi bilik guru,” aku bangun dan keluar meninggalkan Hafiz yang tercengang. Aku berjalan laju ke bilik guru. Majalah masih di tangan. Sampai di bilik guru, lengang. Kebanyakan cikgu sedang berehat atau makan. Aku berjalan kearah meja yang paling hujung. Insan yang dicari ada ditempatnya.
“Assalamualaikum, ustazah,” Ustazah Zalizan yang sedang membaca mengangkat mukanya dan tersenyum.
“Waalaikumussalam, Khaireen. Ada apa saya boleh tolong?”
“Maaf mengganggu, ustazah. Saya nak tanya. Ustazah kenal dia?” majalah sekolah aku bentangkan di hadapan beliau dengan jari telunjuk aku arahkan kepada gambar seorang pelajar lelaki. Lama ustazah pandang gambar tu sebelum menarik nafas panjang dan mengangguk perlahan.
“semua cikgu yang lama kat sekolah ni, kenal dia,” tenang suara ustazah.
“siapa dia?” ustazah menarik nafas panjang. Tiada lagi senyuman di bibirnya.
KRINGGG!!!
Loceng tamat waktu rehat berbunyi.
“lepas sekolah, saya jumpa ustazah, boleh?” ustazah angguk.
“saya tunggu awak di bilik kaunseling.”
Aku melangkah lemah. Suara Ustazah Zalizan terngiang-ngiang di telinga. Kalau betul apa yang ustazah cakap tadi, apalah maksud mimpi kau selama ni? apa aku nak buat? Patut ke aku cerita pasal ni kat diorang? patut ke? Allahu. Apa aku nak buat ni?
“oi,” terasa bahu dilanggar. Aku berpaling.
“kau apasal ni? Jalan senget rupa orang mabuk ni. Apahal?” Aku tarik nafas panjang. Muka Hafiz aku tatap. Tak semena-mena air mata aku gugur dipipi.
“oi, Som? Kau apahal ni? siapa buat kau ni?” aku mencangkung depan Hafiz dan menangis teresak-esak.
“Apis, aku tak tahu apa nak buat,”
“kau kenapa ni Som? Ada problem ke?” aku menggogoi seperti anak kecil yang kehilangan ibu. Tudung sekolah mula basah dek air mata. Hafiz berdiri disebelah. Mungkin panik. Atau mungkin risau. Atau mungkin tak tahu apa reaksi yang patut ditunjukkan. Esakanku makin rancak. Aku buntu. Aku tak tahu apa yang patut aku buat. Aku tak tahu. hampir 10 minit kami begini.
“Som, jom balik,” Hafiz berkata perlahan setelah tangisan aku reda. Aku berdiri perlahan.
Malamnya, seperti yang dah diplankan minggu lepas, kami ke Warung Mak Cik Melah. Asyraf nak tengok Anugerah Juara Lagu. Lain sikit selera budak seorang ni.
“Wei, stor sukan lama ada apa ha?” kopi ais aku sedut.
“takde apa dah. Semua barang dah pindah. Cikgu Azli lah cakap,” Pedot jawab.
“aku nak mintak tolong satu benda ni kat korang,” semua mata menumpu ke arah aku kecuali Asyraf.
“ada benda aku nak cari,” semua diam. Aku pandang Hafiz yang duduk berdepan dengan aku. Tak lama. Malu teringat pasal petang tadi.
“kat stor sukan lama tu,” aku sambung ayat. Asyraf tarik nafas panjang. Tahu sangat dah perangainya mamat tu. Buat-buat tak dengar tapi dia lah yang paling peka.
“weekend,” aku senyum dengar suara Asyraf yang matanya masih tertancap pada kaca TV.
“nanti aku try kawtim ngan Abang Man,” makin lebar senyuman aku.
“wei, aku dengarkan, stor tu ‘something’ tau,” Piza mula buka cerita.
“isy, tak payahlah nak bercerita pulak. ‘sejuk’lah malam-malam gini,” Bella yang paling penakut antara kami memeluk tubuh. ‘Sejuk’ merujuk kepada seram. Pedot ketawa.
“Bella, malam-malam sejuk ni, cerita ni lah kena dengar. Nak-nak lagi malam Jumaat,” Pedot menyakat. Bella buat muka sambil menggelengkan kepala. Kami ketawa kecuali Asyraf. Matanya langsung tak bergerak dari TV bila Alyah menyanyi. Suka betul dengan Alyah. Memang lain selera budak ni.
(sambung....)
|
|
|
|
|
|
|
|
Es bkn nak poyo ke apa.
Kebanyakannya
majalah sekolah tahun-tahun yang sudah.
Satu per satu aku tengok. Satu majalah
sekolah aku tarik dan belek. Tahun 2002.
Menarik. Meh usha tengok kot ada yang
kacak bergaya muka dipenuhi nur keimanan.
Aku parking dikerusi tepi rak buku. Sehelai
demi sehelai muka surat majalah tersebut aku
belek.<< dari perrnggan ni, es dpt agak yang dia akan jumpa gambar laki tu dlm majalah coz es kan writer so es tahu.
Let me guess, the ending, Khaireen akan tolong semadikan mayat naufal kan? Unless, @sr_killa nak buat plot twist.
|
|
|
|
|
|
|
|
well.. kalo gitu, no apdet from now on la.. kire tamat je la cite ni..
thank es.. =)
|
|
|
|
|
|
|
|
Jahat sr! Saya expect je! Hahaaaa
|
|
|
|
|
|
|
|
Alaaa.. komen gitu, dah nak stop hapdet. Rilek ler sis! Kamu boleh putar belitkan ending apa? haha |
|
|
|
|
|
|
|
dik..bz ke? jgn pulak merajuk tau..huhu..biasa la...komen org mcm2..jadikan all those comments as your motivation..bukan pemati semangat..jgn lupa update ye nnt.. |
|
|
|
|
|
|
|
haah kak.. bz.. viva da dekat sangat.. xmrajuklah.. hahahha.. but, common sense kan kalo dah tau, senyap je la.. kalo pandai pk ape nak tulis for ur karya, then mesti pandai pk jugak apa nak tulis for other people's karya.. lol
after viva insyaAllah sye apdet semula kak.. =p
|
|
|
|
|
|
|
|
ini boleh kategori novel remaja...teruskan menulis..
|
|
|
|
|
|
|
|
xsabar nk menunggu next entry.. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|