CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: shalola

[Tempatan] GAJI ATAS 5K HANYA NIKMATI SEPARUH SUBSIDI?

[Copy link]
Post time 28-10-2014 12:25 AM | Show all posts
shalola, banyak point yang saudari ketengahkan amat bernas. Sepatutnya tidak perlu diwujudkan kasta atau golongan2 mewah,pertengahan dan miskin.. seolah2 wujud jurang diantara rakyat. Bila ini di implementasikan, kita boleh lihat dari sudut sosiologi di mana berlaku kepincangan dalam masyarakat. Golongan rendah yang paling teruk terkesan bilamana mereka seolah-olah dipandang rendah oleh golongan mewah. Saya tidak berkata yang fenomena ini baru tetapi bila sistem ini dilaksanakan, kesannya lebih terasa..

Sepatutnya golongan mewah membantu golongan miskin melalui tax yang mereka bayar kepada kerajaan sebagai sumber ekonomi negara dan sebagai balasan, mereka juga berhak merasa subsidi minyak as a part of privillage as Malaysian citizen..

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-10-2014 12:26 AM | Show all posts
Anak_Nogori posted on 28-10-2014 12:16 AM
Bukan ke kita sedang bincang tentang subsidi minyak..privilege tu perkara lain.

saya rasa saudara tak faham point saya. saya tekankan di sini masih banyak penjimatan yang perlu dipertimbangkan instead of kacau subsidi minyak sebab kesan berantai dia sangat tidak sihat. since kerajaan cuba mengambil langkah menarik subsidi minyak, maka sewajarnya kita melihat dan bersedia untuk membincangkan kesannya kerana yang terkesan secara langsung bukann sahaja mereka yang berpendapatan 5k ke atas, tetapi melibatkan ramai pihak lain yang secara langsung turut memberi kesan kepada low income earners bawah 5k walaupun mereka ini golongan sasar yang kononnya ingin dibantu kerajaan. Kalau penarikan subsidi ini tak memberi kesan sampingan buruk yang lain, silakan...memang rakyat pasti akan mengalu-alukannya. Namun hakikatnya kesan berantai yang saya tekankan sejak dari awal akan meruwetkan lagi masalah kos sara hidup yang tinggi dan akan memburukkan lagi lanskap ekonmi negara.
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2014 12:36 AM | Show all posts
shalola posted on 28-10-2014 12:01 AM
saudara, pendapatan 5k ke 10k rasa saya masih belum boleh mewakili golongan berpendapatan tinggi l ...

betol,takat 5k tu pendapatan tggi ke?tercungap jgk weh htg berderet,rmh,ank kete...mostly yg gaji 5k klo mkn gaji umur around 40 keatss...yg komitmen tggi melangit..spe yg ajr kerejee gaji rm5k golongan kaya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-10-2014 12:36 AM | Show all posts
storyboard posted on 28-10-2014 12:25 AM
shalola, banyak point yang saudari ketengahkan amat bernas. Sepatutnya tidak perlu diwujudkan kasta  ...

terima kasih di atas respon saudara. saya suka menyentuh pengalaman yang dikutip semasa belajar di UK. walaupun income tax yang dibayar sgt tinggi hampir 20 peratus namun isu ini ditutup oleh kebijaksanaan kerajaan UK mengawal inflasi. apa yang saya lihat, jurang sosiologi langsung tidak terpamer di kalangan rakyat UK. LEbih banyak pendapatan dijana, lebih banyak sumbangan yang diberikan kepada negara. Saya rasa ini lebih adil. Saya setuju sekiranya kerajaan ingin mengambil semula subsidi yang terbeban atau menaikkan tax tetapi dalam masa yang sama segala bentuk cukai dan hasil yang dijana perlulah balik semula kepada rakyat. Contoh di UK, anak2 diberi elaun sara hidup ataupun 'benefit', tol tidak dikenakan, harga kereta yang sangat murah walaupun tax agak tinggi dan harga barangan dikawal agar inflasi berada dalam julat yang tidak menggugat nadi ekonomi negara. Apa yang saya sempat rasa, harga barang mentah di sana memang tersangat murah jika pendapatan mereka diambil kira. 1000 pound lebih daripada cukup untuk saya berbelanja di sana. Cuba bandingkan dengan nilai 5k di MAlaysia, semmenagnya tidak cukup bernafas dibuatnya. Sementelah pula gaji yang diterima mereka lebih banyak.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-10-2014 12:41 AM | Show all posts
saya sebenarnya lebih rela bergaji sedikit tetapi cukup disebabkan kos sara hidup yang terkawal daripada berpendapatan berbelas ribu sekalipun tetapi terpaksa menanggung beban kos sara hidup yang semakin menggila. Wallahuaklam
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-10-2014 12:44 AM | Show all posts
nordin84 posted on 28-10-2014 12:36 AM
betol,takat 5k tu pendapatan tggi ke?tercungap jgk weh htg berderet,rmh,ank kete...mostly yg gaji  ...

betul tu, setiap orang mempunyai tanggungjawab yang berbeza2, kadang2 gaji 2k cukup untuk kehidupan di luar bandar walaupun ramai anak2 dan kadang2 6k belum tentu cukup untuk yang menetap i bandar2 pesat walaupun hanya beranak satu atau dua. sebab itu saya tekankan tsukar untuk mencari mekanisme universal yang jitu untuk memastikan weightage yang diguna pakai adil
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-10-2014 12:56 AM | Show all posts
Malah sekarang ini pun kesan berantai tu dah jelas kelihatan.. apatah lagi bila subsidi minyak ditarik berkuatkuasa thn hadapan. Jika di teliti, perlaksanaan GST bulan Mei, subsidi minyak ditarik juga bulan Mei dan suka saya nak selitkan disini, penguasaan larangan cermin gelap kenderaan juga bulan Mei.. adakah ini kebetulan atau dirancang? Semua yang saya nyatakan di sini secara langsung atau tidak menjerus kepada fokus kepada rakyat. Saya tidak berminat nak bercakap tentang politik, tapi saya melihat dari consumer point of view..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-10-2014 01:01 AM | Show all posts
storyboard posted on 28-10-2014 12:56 AM
Malah sekarang ini pun kesan berantai tu dah jelas kelihatan.. apatah lagi bila subsidi minyak ditar ...

very well said. saya setuju sekali. dalam hal ini bukan sentimen kepartian atau isu politik yang cuba dijaja tetapi ini melibatkan kelangsungan kemaslahatan rakyat malaysia yang saya lihat semakin dibobrokkan oleh keputusan yang sangat tidak mesra rakyat.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-10-2014 01:11 AM | Show all posts
saya nak share pengalaman saya di singapore.. walaupun GST telah di implement di sana, tetapi saya melihat tahap kehidupan rakyatnya terjaga.. barangan murah (kecuali kereta dan rumah).. sebagai contoh, minuman teh tarik atau nescafe satu gelas berharga 80 cent.. nasi lemak berlauk $1.40.. saya menggunakan MRT dari Joo Koon terus ke Changi airport melalui 24 buah stesen hanya dikenakan bayaran kurang dari $3.00.
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2014 01:23 AM From the mobile phone | Show all posts
5 ribu tu tinggila... Taraf hidup kat mesia ni kan rendah... Minyak murah, groceries murah, rumah murah, kereta murah, perkhidmatan pengangkutan awam pun mudah dan murah... Tipu jerla kalau korg ckp x cukup sbb semua mahal...miahahhaha
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2014 01:24 AM | Show all posts
nasib badan.. br1m x dpt, pr1ma x layak, rumah low cost x layak, subsidi minyak separa, income tax kena bayar.. golongan 'pertengahan' mmg tersepit tengah2..
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2014 03:15 AM | Show all posts
oh okay it is okay...
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2014 03:20 AM | Show all posts
CrowneGlory posted on 28-10-2014 01:23 AM
5 ribu tu tinggila... Taraf hidup kat mesia ni kan rendah... Minyak murah, groceries murah, rumah mu ...

Yerlah
skrg ni banyak nak bayar
Rega rmh teres pun dah 400k


Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2014 03:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Vellfire posted on 28-10-2014 03:20 AM
Yerlah
skrg ni banyak nak bayar
Rega rmh teres pun dah 400k

Sarcasm je..
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2014 03:43 PM From the mobile phone | Show all posts
saki_kawaii posted on 28-10-2014 01:24 AM
nasib badan.. br1m x dpt, pr1ma x layak, rumah low cost x layak, subsidi minyak separa, income tax k ...

Kalau ikut pemikir2 unggul ekonomi bawah jibby ko ni dh taraf jutawan ..tu psl semua x layak..
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2014 03:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Redha jelah.
Xsuka..sila kuar mesia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-10-2014 03:55 PM | Show all posts
janagn dia naikan harga RON 97 dah . harga minyak dunia dah turun kan usd 80 setong kalu tak silap ron 97 tak turun pun
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2014 04:08 PM | Show all posts
pemberian subsidi sekarang memang tak capai kepada golongan sasar. pukul rata semua dapat subsidi minyak. ko kaya.. ko sederhana.. ko anak 5.. smua dapat. tak sesuai. tinggi beban kerajaan yg dh lembik ni. better hapuskan subsidi minyak. sediakan 1 mekanisme seperti baucar buku 1M tu utk golongan sasar. tapi bukan pukul rata semua orang miskin dapat. kang... acik naik motor gi kebun sebelah kampung dapat baucar minyak 100 sebulan.. buat apa. tu yg ada orang lain amik kesempatan nanti.

sesiapa yang dikenalpasti melalui pusat zakat ke.. JKM ke.. itu mungkin bole terima automatik. bagi mereka yg miskin bandar... mungkin kene apply for that baucar / kupon / kad debit ke ... perlu tunjuk penyata gaji n pengesahan bagai.

oh ya... tak bole buat kad diskaun minyak. klau diskaun... tanpa limit.. mereka yg ada kad ni bole salah guna.. pass kt orang lain utk isi minyak. baik buat mcm top up card. ada value dalam tu. ko baik ati bagi orang lain pinjam or guna.. ko yg rugi. so dari awal lagi.. sape yg layak dapat kene kaji betul2.. and jumlah dia layak dapat juga bukan pukul rata sama utk semua orang.
Last edited by talapia on 28-10-2014 04:10 PM

Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2014 04:13 PM | Show all posts
storyboard posted on 28-10-2014 12:25 AM
shalola, banyak point yang saudari ketengahkan amat bernas. Sepatutnya tidak perlu diwujudkan kasta  ...


Saya sokong pandangan storyboard   


Shalola,        
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2014 09:59 PM | Show all posts
kalau ikut cc kereta berbaloi ke...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2024 02:23 PM GMT+8 , Processed in 0.142277 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list