|
|
[Tempatan]
Harga rumah naik 3-4% kerana GST- REHDA
[Copy link]
|
|
|
|
patutlah byk big company bt renovation tahun ni.. sbb harga bahan akan naik tahun depan.. kaya la kontraktor2 kt malaysia ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Oh please malaysia bukan sesatu negara amal gst.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
CiliPadiSedap posted on 12-9-2014 12:06 PM 
oh bini rosmah
kamu nie suka puja dia lah....
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
MelahJanda posted on 12-9-2014 02:36 PM 
Haritu ada agensi pengawal foreign investment committee fic, gomen shut down. Lepas tutup fic menc ...
kerajaan pun untung hasil kutip duit duti setem  |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
naik lagi..
turun bila agaknya.hehe |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Kastam nafi kenaikkan 4% harga rumah.
Sistem SST skrg cukai jualan sebanyak 10% spy jubin..kayu..pipe DSB..
Sistem gst cukai 6%..so..ada penjimatan 4%...bukan naik 4%.
Redha nak kencing pembeli rumah latu. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
nebulagazer posted on 12-9-2014 10:22 AM
Naikla lagi sampai tadek sape beli
Tp kalo dia open pd org luar ttp ada org beli jgk |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Kan..dulu kerajaan ckp xkn ada effect pon..payah...cz faktor multiplier effect... |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
supply & demand...spekulasi harga rumah...cetuskan rasa panik bakal pembeli...jual rumah skrg  |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Belum GST pon hrga mcm org gila.
Kondo bina atas lobong tinggal pon boleh dijual cecah 700k - 800k |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Aduh, barang dah naik.
Mula GST lagi banyak benda naik, sekarang rumah plak lagi teruk
Jangan jangan akan seperti Hong Kong, di mana rakyatnya tak mampu beli rumah disebabkan harga rumah terlalu tinggi |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Tell me how to jimat more?
Nak suh mkn roti hari2 ke cmne? |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Jangan buat tuduhan melulu - REHDA
Oleh Fauzi Jaafar
[email protected]
FD Iskandar FD Mansor
KUALA LUMPUR 15 Sept. - Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) menjelaskan bahawa masih terlalu awal untuk meramalkan berlakunya kenaikan harga rumah hasil daripada pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) kerana perbincangan berhubung perkara itu masih belum dimuktamadkan lagi.
Presiden REHDA, Datuk Seri FD Iskandar FD Mansor berkata, sebanyak 20 perkara termasuklah berhubung pelaksanaan GST untuk sektor hartanah masih belum diputuskan oleh pihak Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM).
Beliau berkata, REHDA dalam isu itu turut meminta supaya pembeli pertama dan rumah mampu milik di bawah RM400,000 sebuah dikecualikan (GST) bagi membolehkan lebih ramai rakyat Malaysia memiliki rumah yang selesa.
"Dalam 20 perkara itu, kami turut menekankan supaya ada penguatkuasaan terhadap pembekal agar mereka tidak mengenakan harga yang tinggi kepada pemaju dan tanpa kos tambahan, sudah tentu harga hartanah tidak mengalami kenaikan.
"Persatuan ingin mengulangi pendirian bahawa kami menyokong Kerajaan Pusat dalam GST kerana ia adalah sistem percukaian yang baik dan telah diterima pakai oleh lebih 160 negara di dunia,'' kata beliau kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau berkata demikian bagi menjelaskan beberapa dakwaan seperti menuduh REHDA berniat jahat semata-mata mahu mengaut keuntungan dalam masa singkat.
FD Iskandar berkata, dalam isu harga hartanah, pembekal memainkan peranan penting kerana kos bahan mentah yang tinggi menyebabkan pemaju tidak boleh menyerap kos tambahan yang melampau dan akhirnya akan menjejaskan keupayaan pembeli.
Mengulas isu harga hartanah, beliau berkata, Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (Napic) telah mengeluarkan kenyataan bahawa harga hartanah di Lembah Klang akan mengalami kenaikan sebanyak lima hingga 15 peratus setiap tahun bergantung kepada lokasi.
"Sudah tentulah jika anda membeli rumah, anda mahukan rumah itu mempunyai nilai yang tinggi pada masa depan. Peningkatan harga itu merupakan nilai kekayaan pemilik,'' jelas beliau lagi.
FD Iskandar menambah, kerajaan Pusat banyak membantu pemaju hartanah dalam membendung kenaikan harga.
Ini katanya, termasuklah kawalan terhadap harga barangan mentah seperti besi dan simen serta ancaman spekulator yang menyebabkan kenaikan harga hartanah.
"Persatuan amat menghargai dan menyokong usaha kerajaan ini,'' katanya lagi.
Pada masa yang sama beliau menyelar tindakan kerajaan negeri seperti Selangor yang mengenakan pelbagai tekanan kepada pemaju hingga menyebabkan harga hartanah meningkat tinggi.
"Di Selangor, harga untuk menukar taraf tanah telah naik sehingga 300 peratus dan itu belum termasuk bayaran infrastruktur, yuran dan sebagainya,'' kata beliau.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/ ... REHDA#ixzz3DUF04S4K
© Utusan Melayu (M) Bhd |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Rumah mampu milik bwh 200k je... |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|