CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: NaylaArisha

[Novel] Jangan Biarkan Dia Pergi

[Copy link]
 Author| Post time 24-6-2014 12:00 AM | Show all posts
Fie
Hahaha… kesah ke aku?

+60123456789
Stupid

Fie
Hahaha… c u 6 month. Owh ya, I will request to abg Hairi untuk duduk serumah dengan you.

+60123456789
Damn it. Don’t you dare to do that?

Fie
Try me!!

Afiza tersenyum sendiri. Dia semakin tidak sabar untuk meneruskan rancangan perkahwinannya. Puteri harus menerima pembalasan atas perbuatannya merampas Hairi. Di benaknya sudah terbayang-bayang syarat-syarat yang akan di masukkan dalam dokumen perjanjian perkahwinannya dengan  Hairi.  Deringan telefon mengejutkan dia daripada angan-angan kosongnya. Telefon dicapai tanpa melihat nama pemanggil.

“Assalamualaikum.” Sudah menjadi kebiasaan Afiza memberi salam terlebih dahulu.

“Waalaikumsalam sayang.” Jantungnya berdegup kencang. Dia kenal suara itu.

“Maaf saudara salah nombor. Saya Afiza.”

“Walau wajah sudah berubah tapi suara mu tak akan mungkin berubah.” Si pemanggil tertawa riang.

“Maaf saudara sekali lagi saya beritahu, saya bukan orang yang saudara cari. Nama saya Afiza.” Afiza rasa tubuhnya menggigil.

“Sayang, orang lain mungkin tertipu tapi bukan aku. Hahhaha.” Afiza menutup talian telefonnya. Dia bangun dari pembaringannya. Ligat otaknya memikir siapa pemanggil yang menghubunginya sebentar tadi. Dicapai semula handphone dan dia hanya menekan nombor 1 dan talian terus bersambung.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-6-2014 12:02 AM | Show all posts
Bab 7

“Damn you Rania.” Denial menampar Rania. Hatinya sakit apabila melihat kemesraan Rania dengan Ariff. Rania adalah miliknya bukan Ariff ataupun lelaki-lelaki lain.

“Danny…. Lepaskan Nia. Sakit.” Rania cuba melepaskan pegangan Danial.

“Kau milik aku Nia. Milik aku faham!” Danial menengking Rania. Kewarasannya sudah di pengaruhi amarah. Tangannya merentap blouse yang di pakai Rania. Amarahnya semakin menggila dan kini dia di kuasai nafsu. Walaupun selama ini Rania ada di depannya tapi dia tidak pernah menyentuh Rania.

“Danny jangan, Nia adik abang. Adik kandung abang.” Rania merintih.

“Adik? Kau bukan adik aku. Kau kepunyaan aku.”

“Buka mata Danny. Ini Nia adik abang.”

“Diam!.” Denial menendang pintu biliknya dan mengheret Rania masuk. Di humbannya Rania dengan kasar ke atas katil miliknya. Dia mahu menjadikan Rania miliknya yang mutlak.

Kasih yang di tunjukkan oleh Danial selama ini membuatkan dia hanyut dalam mainan perasaan sendiri. Kerana dia tidak mempunyai kekasih dan menganggap Rania sebagai kekasihnya bukan sebagai adiknya. Sebelum ini Rania duduk dengan ayah dan ibunya tetapi dia memujuk Rania yang baru habis belajar untuk tinggal dengannya kerana dia rasa kosong tanpa Rania. Perasaannya cuba di sembunyikan walaupun setiap detik hatinya bergetar melihat Rania. Namun peristiwa pagi tadi membuatkan dia rasa marah kerana Rania sudah menduakan kasihnya.

Rania cuba melepaskan dirinya daripada pelukan erat Danial. Dia tidak mahu terjebak dengan hubungan terlarang. Dia takut melihat sikap abangnya yang berubah sekelip mata selepas dia mengenalkan Ariff pagi tadi. Malah apabila Ariff menyentuh tangannya tadi abangnya hampir sahaja menumbuk Ariff. Walaupun dia sedar abangnya sayangkan dia tapi hubungan mereka adalah adik dan abang. Dengan kekuatan yang ada dia menendang padu ke bahagian intim abangnya. Melihat Danial yang terkedang kesakitan membuatkan Rania berlari keluar dari bilik abangnya.

Rania mencapai kunci kereta dan beg tangannya di atas meja. Dia mahu melarikan diri daripada kegilaan Danial. Air matanya laju membasahi pipi. Pagar yang di harap tapi pagar yang hampir merosakkan padi.

“Rania…… Nia jangan tinggalkan abang.” Denial mengejar Rania yang menuju ke kereta.

“Get lost.” Rania menjerit kebencian pada Danial.

“Nia, jom kita masuk. Abang janji abang tak akan sakitkan Nia lagi.” Danial cuba memujuk Rania.

“Nia nak balik rumah ayah. Nia tak nak duduk sini lagi.”

“Nia sayang, inikan rumah kita.” Mendengar Danial mengistilahkan rumahnya sebagai ‘rumah kita’ membuatkan Rania semakin nekad untuk keluar dari rumah tersebut.

“Ini rumah abang. Nia ni adik abang bukan isteri abang.” Mencerlung mata Danial mendengar kata-kata Rania. Dia menggelengkan kepalanya.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-6-2014 12:03 AM | Show all posts
“Rania milik abang. Selamanya milik abang, abang tak akan benarkan orang lain menyentuh Nia. Tubuh dan cinta  Nia hanya milik abang.” Rania merentap tangannya dari pegangan Danial tika dia terleka.

Rania menghidupkan enjin kereta dan meninggalkan Danial dalam angannya sendiri. Dia tidak sangka begitu sekali obsess abangnya terhadap dirinya. Dia teringat kata-kata kawan baiknya Donna yang mengatakan Danial itu sebenarnya mempunyai perasaan cinta terhadap Rania. Dia menyangkal tuduhan temannya itu dengan beranggapan yang Donna cemburu melihat Danial melayan dia persis seorang puteri.

Kini baru dia sedar kenapa dan mengapa Danial selalu bergaduh dengan teman-teman lelakinya sebelum ini. Rupanya Danial cemburu kerana menganggap Rania adalah miliknya. Dia kesal kerana mengikut cadangan abangnya untuk tinggal sekali dengan alasan memudahkan dia ke tempat kerja. Alasan sebenarnya kerana dia ingin memiliki Rania dengan cara jijik. Rania menghentikan kereta di bahu jalan. Dia menangis semahunya.

‘Ariff…..’


Di masa yang sama Ariff terkejut dari tidurnya. Dia bermimpi Rania sedang menangis dan memanggil namanya. Hatinya berdebar kuat mengatakan Rania sedang bersedih. Ingin sahaja dia menemui Rania tetapi memikirkan masa yang semakin lewat dia membantutkan keinginannya. Lagipun Rania dari awal sudah menyatakan abangnya Danial tidak mengizinkan Rania keluar malam. Malah telefonnya pun di tutup kerana Danial tidak suka Rania bergayut pada waktu malam.

Perlahan-lahan dia bangkit dan menuju ke bilik air untuk mengambil air sembahyang. Dia mahu menyerahkan dirinya kepada Ilahi.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-6-2014 12:04 AM | Show all posts
Bab 8

Danial melemparkan gelas di tangannya. Bertahun dia cuba mendapatkan Rania, setelah Rania sudi tinggal bersamanya semua rancangannya punah kerana sikap cemburu. Dia memang menginginkan Rania menjadi miliknya tetapi bukan dengan paksaan seperti tadi. Kini harapan dan angannya musnah sekelip mata. Pasti Rania membenci dirinya.

“Semua ini salah kau Ariff!!” Satu tumbukan padu di lepaskan atas meja kaca di ruang tamu rumahnya. Berderai serpihan kaca-kaca di lantai. Impiannya hanya satu kemusnahan Ariff untuk dia memiliki Rania selamanya.

Dia masuk ke bilik Rania dan berbaring atas katil Rania. Dia memeluk gambar Rania seperti sedang memeluk Rania. Sekali lagi dia tenggelam dalam dunianya sendiri. Dunia yang diciptanya untuk Rania. Hanya dia dan Rania.

“Abang…”

“Abang….”

“Abang…..”

Dia melihat Rania sedang tersenyum manja kepadanya. Rania menghulurkan tangannya kepada Danial. Denial mengucup lembut tangan Rania. Perlahan-lahan dibawa ke dalam pelukannya. Di belai Rania penuh mesra. Tangannya mula menjalari ke seluruh tubuh Rania. Mereka hanyut dalam hangatnya asmara. Betapa Rania menghairahkannya. Dia ketawa riang akhirnya Rania menjadi miliknya.

“Rania sayang..”

“Ya abang..”

“Abang terlalu menyintai Rania…. Abang sanggup lakukan apa sahaja demi Rania dan demi anak-anak kita.” Itulah impiannya. Walaupun ramai wanita yang menempel tapi matanya hanya melihat Rania. Senyum Rania, tawa Rania, tangis Rania semuanya memenuhi segenap ruang hatinya.

“Rania cintakan abang kan?” Soalan di lontar kepada Rania. Tetapi bayangan Rania semakin menjauhi Danial.

“Rania… Nia jangan pergi. Abang sunyi sayang.”

Denial masih dalam keadaan yang sama. Tidur sambil memeluk gambar Rania. Tubuhnya di biarkan terdedah kerana fikirannya tadi dia sedang bersetubuh dengan Rania. Rania yang hanya muncul dalam dunia ciptaannya.

“Danny…. Wake up.” Satu suara mengejutkan Danial.

“Kenapa kau biarkan Rania pergi?” Bisik suara itu lagi.

“Dia lari dari aku. Dia takut.”

“Kenapa dia takut pada kau?”


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-6-2014 12:06 AM | Show all posts
“Aku nak rogol dia tadi. Aku terlalu marah melihat dia membenarkan lelaki lain menyentuh tubuhnya.”

“Bodoh. Dia ada depan kau kenapa kau tak goda dia, bukankah sekarang peluang untuk kau dapatkan dia adalah kosong. Kosong.” Suara itu bergema menaikkan kemarahannya semula.

“Aku akan dapatkan Rania dengan cara apa sekalipun.”

“Rania dah pergi. Kau dah tak ada peluang lagi. Bagaimana kalau dia beritahu kepada ibu dan ayah kau yang kau nak memperkosa Rania? Kau akan mati Danial. Mati.”

“Tidak.” Bersama dengan jeritan itu suara asing tadi menghilangkan diri. Denial bangkit dari tidurnya. Dia mahu mencari Rania. Dia yakin kereta yang di pandu Rania pasti berhenti di mana-mana kerana minyak kereta itu hanya cukup untuk dia keluar beberapa kilometer saja dari rumahnya.

Dia cuba menjejaki Rania menggunakan GPS yang ada pada kereta Rania. Dia mahu mendapatkan Rania sebelum Rania sampai ke rumah ibu bapa mereka. Sisi hitamnya tidak boleh di ketahui oleh ayahnya lagi-lagi ibunya. Dia berjaya mendapatkan lokasi Rania. Tetapi Rania tiada di situ. Hanya kereta yang di tinggalkan di tepi jalan menuju ke Mutiara Damansara.

“Shit.” Dia menendang tayar kereta Rania. Dia sudah terlepas jejak Rania. Dia menghubungi ibunya untuk mengetahui kedudukan Rania.

“Assalamualaikum ibu.”

“Waalaikumsalam Danny. Kenapa telefon ibu tengah-tengah malam ni?”

“Err… Rania dah sampai ke ibu?”

“Kenapa dengan Rania? Esok kan Nia kerja?” Hati Hajjah Salbiah tidak keruan mengenangkan satu-satunya anak gadisnya Rania.

“Tadi Nia cakap dengan Danny nak balik rumah sana. Rindu katanya dengan masakan ibu.”

“Mungkin Nia masih dalam perjalanan tu. Ya lah dari Damansara nak ke Rawang ni bukannya dekat. Yang kamu tu bagi lepas Nia memandu seorang kenapa? Si Nia pun satu tak boleh tunggu sampai hujung minggu ke?” Bukan niat untuk membebel tapi memikirkan masa yang sudah agak lewat tapi bayang Rania pun belum kelihatan membuat hati tuanya risau.

“Tak apa lah ibu, kalau Nia dah sampai suruh dia telefon Danny yer.” Talian dihujung sudah di letakkan. Tapi di mana Rania.

“Rania…………………………………” Suaranya bergema dalam kereta. Dia rasa kehilangan. Kalau dia tidak berkasar pasti Rania tidak akan meninggalkan dia.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-6-2014 12:18 AM | Show all posts
Bab 9

Afiza melajukan langkah menuju keretanya. Dia sudah berjanji untuk makan tengah hari bersama ayah dan ibunya. Walaupun dia hanya anak angkat tetapi kemesraan dan kasih sayang mereka tidak berbelah bagi. Apatah lagi setelah pemergian Rania 4 tahun lepas. Dan kerana kasihnya pada Rania dia bersetuju menggantikan tempat Rania menjadi tunangan Hairi. Dia sanggup melakukan apa sahaja demi keluarga Rania.

Ketika dia sampai ke Restoran Cinta Kasih di Kota Damansara, dia melihat ada orang lain di sisi ibu. Orangnya sangat tampan. Kalah Hairi tapi Bos tetap nombor satu. Haha… mengarut sudah pemikirannya. Apatah lagi sejak hubungannya dengan Hairi semakin tegang.

“Hah.. sampai pun Fia. Mari sini duduk sebelah ibu.” Hajjah Salbiah menarik kerusi di sebelah kiri untuk Afiza. Membuatkan dia duduk bertentangan dengan Danial. Dia mencapai tangan Hajjah Salbiah dan Haji Baharin. Perlahan di kucup menandakan rasa hormatnya kepada mereka.

“Fia… ini Danial abang arwah Rania.” Afiza di perkenalkan kepada Danial. Tajam pandangan mata Danial menerjah segenap wajahnya. Afiza menundukkan kepalanya tanda tidak senang dengan renungan Danial.

“Tak pernah nampak pun ibu. Abang Danial belajar ke sebelum ni?”

“Abang Danny kamu ni baru balik dari luar Negara. Ambil angin katanya.”

Mereka saling bertukar cerita. Sedikit pun tidak menyentuh mengenai Rania. Ruang bicara sepenuhnya mengenai Afiza dan Danial. Bagai dapat di baca mesej yang di sampaikan oleh Danial melalui pandangan matanya. ‘Kau masih cantik sayang’. Dia kehilangan kata-kata apabila melihat Danial semakin tajam merenungnya. Dia tidak mahu tingkahnya sumbang. Pasti akan di sedari oleh mata helang Danial.

“Fia tahu Hairi dah menikah dengan anak majikannya?” Afiza terkesima. Dia tidak sangka Haji Baharin akan membincangkan mengenai Hairi. Afiza hanya menjawab dengan anggukan kepalanya.

“Kita putuskan pertunangan Afiza dengan Hairi ya? Walaupun ayah memang nak berbesan dengan sahabat baik ayah iaitu ayah Hairi tapi ayah tak sanggup membiarkan kamu di madukan tanpa alasan.” Tegas Haji Baharin.

Semakin hangat bicara mereka. Denial menyampuk sekali sekala tetapi matanya tidak lepas merenung Afiza. Perasaan ingin tahunya semakin membuak. Siapa Afiza? Kenapa keluarganya mengambil berat akan Afiza? Matanya tidak mungkin berbohong. Suara dan tingkah Afiza saling tak tumpah seperti Rania. Mungkinkah Afiza itu adalah Rania?

“Susah-susah kita nikahkan saja Afiza dengan Danial, pa.” Hampir sahaja air yang di minum Afiza tersembur mendengar cadangan Hajjah Salbiah. Tidak mungkin dia akan menerima cadangan mereka.

“Danny pun tak kisah pa, Afiza ni boleh tahan jugak orangnya.” Denial semakin galak merenung Afiza.

“Biah, si Fia ni dah macam anak kita sendiri. Walaupun dia anak angkat tapi saya tak nak menjawabnya di akhirat nanti. Berdosa besar.”

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 24-6-2014 12:20 AM | Show all posts
“Eh abang ni, Fia ni anak angkat kita bang… bukan anak kandung tak ada dosanya kalau mereka berdua ni kita kahwinkan.”

Haji Baharin dan Hajjah Salbiah saling meningkah kata. Nampak  seperti mereka saling menyatakan pendirian masing-masing. Puncanya kerana Haji Baharin tidak bersetuju dengan cadangan Hajjah Salbiah untuk menjodohkan mereka berdua.

“Fia terima sahaja keputusan ayah dan ibu. Mungkin abang Danny jodoh sebenar untuk Fia”

“Kamu yakin Afizah? Jangan buat keputusan membuta tuli.”

“In Sha Allah. Afizah serahkan segalanya kepada Allah.”

Afizah menanggalkan cicin pemberian Hairi kepada Haji Baharin. Mudah lagi sekiranya Haji baharin sendiri yang memulangkan cincin tanda tersebut. Dia sebolehnya tidak mahu bertemu dengan Hairi lagi. Afizah pandang Danial di hadapannya. Dia berserah andai itulah jodohnya. Sudah 3 kali dia melakukan isthikharah. Sebelum ini dia yakin yang lelaki dalam mimpi itu adalah Hairi tapi apabila terpandang Danial keyakinannya mulai luntur.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-6-2014 12:21 AM | Show all posts
Bab 10 tengah renovate. Nanti senang nay sambung.. Enjoy your reading....

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-6-2014 07:34 AM | Show all posts
mcm cite psiko plk Nay... seram plk dgn si danny ni...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-6-2014 07:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Zamzam2013 posted on 24-6-2014 07:34 AM
mcm cite psiko plk Nay... seram plk dgn si danny ni...

Thanks zam for reading....  mcm tau je nay update semalam ...

Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2014 08:13 AM | Show all posts
Niceee....

Teruskan usaha anda. Eceh.

Iols nak buat speku awal tapi.....nanti-nantilah....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-6-2014 08:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Nicki_Meow posted on 24-6-2014 08:13 AM
Niceee....

Teruskan usaha anda. Eceh.

Hahaha nak speku apa?

Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2014 09:18 AM | Show all posts
byk watak mcm2x konflik
mcm tgk drama korea   
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2014 09:44 AM | Show all posts
NaylaArisha posted on 24-6-2014 07:53 AM
Thanks zam for reading....  mcm tau je nay update semalam ...

dh budget Nay... msk office every working day mesti kena buka ruangan ni... sbb dh suka baca novel kan...
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2014 11:33 AM | Show all posts
Mula2 faham lepas tu x faham. Mgkin sbb byk watak. Kena ulang baca...

Part Hairi... dia kena paksa kahwin dgn Puteri ke? Tak cinta tp ehem2 gak kan?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-6-2014 11:50 AM From the mobile phone | Show all posts
ladyFinger12 posted on 24-6-2014 11:33 AM
Mula2 faham lepas tu x faham. Mgkin sbb byk watak. Kena ulang baca...

Part Hairi... dia kena paks ...

Hahaha

Rezeki depan mata

Mana kucing tolak ikan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-6-2014 12:17 PM | Show all posts
cerita best

tapi xfaham plak bab yg baru ni..

kenapa afiza nk kawen dgn danial..errr afiza bukn rania kan..
baik afiza kawen dgn bosnya..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-6-2014 12:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Hehe tnggu kejutan haha
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2014 02:05 PM | Show all posts
NaylaArisha posted on 23-6-2014 11:32 PM
Bab 3

Tengku Asna sedang memilih menu sambil menunggu anaknya di restoran makanan segera di

yang duduk depan tengku asna lelaki ke perempuan nay??
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-6-2014 02:19 PM From the mobile phone | Show all posts
anna-zara posted on 24-6-2014 02:05 PM
yang duduk depan tengku asna lelaki ke perempuan nay??

Bkn nay ada describe ke?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 05:24 AM GMT+8 , Processed in 0.045265 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list