|
Fatwa Dr. Yusuf al-Qaradhawi??? Gelatin babi halal???
[Copy link]
|
|
Wakiwaki posted on 12-6-2014 01:19 PM ![](static/image/common/back.gif)
Face palm..
Memang la ikan tak payah sembelih. Kalau ikutkan ikan tu da jadi bangkai mati x ...
Saya pernah tanya seorang ustaz tentang asbabun nuzul ayat alquran yang mengharamkan daging babi. Baru kelmarin ustaz tersebut menafsir ayat Al Baqarah 172-173 sempena kes cadbury baru2 ni.
Back to asbab penurunan ayat ni. Apabila ayat ni diturunkan, takde explanation khusus daripada rasulullah. Pada pemahaman saya, ianya perintah classic jenis kami dengar dan kami taat, tiada penjelasan dan tiada soalan. Cumanya masa ayat ni diturunkan, daging babi dan segala jenis benda dan binatang dijual dipasar madinah ka mekah (tempat ayat ni diturunkan). Malah mekah atau madinah masa tu juga menternak babi secara komersil.
Cuma ulama2 lepas tu la dok justify, ditambah dengan penemuan sains etc. So, nak kata babi tu takdak leher menjadikan ia binatang yg x layak disembelih dansebab tu Allah decides jadikan ia haram, itu bukan pengetahuan dari rasulullah, sahabat, tabiin, kita je la pandai2 buat andaian.
Just sharing.
Wallahualam. Last edited by baulu on 15-6-2014 11:11 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
zamkumis posted on 12-6-2014 10:37 AM ![](static/image/common/back.gif)
Najis muhallazoh ni ada dua sahaja Iaitu anjing dan Babi. Pusinglah kot mana pun, trasform ke atom t ...
Just nak share dari kelas tafsir semalam.
Jika dilihat dari ayat al Baqarah 172-173, daging babi yg turut disenaraikan menjadi "harus" dimakan sekadar perlu dalam situasi darurat (dah berhari tak makan, takde benda lain dan taklah bercadang nak masak kari dengan daging tersebut). Walaupun babi tahap najis mughallazah, kerna sertu bagai.
Namun, arak, menurut jumhur ulamak 4 mazhab juga adalah najis, hanya sekadar samak. Namun dari sudut ke-daruratan, daruratlah tera mana pun, ulama dulu telah menghukum, baik mati dahaga dari minum arak sekiranya arak saja available atas dunia masa tu. Maksudnya, tiada keadaan darurat pada arak dan hukumnya tidak akan berubah dari haram jadi harus dlm keadaan darurat.
Wallahualam |
|
|
|
|
|
|
|
Salam.
Saya sentuh isu cuka dan minyak kasturi.
Jika cuka itu datangnya dari tumbuh2an. Maka cukuplah hukum yg telah baginda Rasullullah saw nyatakan.
Ingatan kepada para ilmuwan. Tumbuhan dan haiwan hidup di alam yg berbeza2 dan sudah tentu syarat utk memahami perlu melihat kpd salasiah unsur yg hendak dihalalkan.
Adapun tentang minyak kasturi yg dtgnya dari binatang kijang, maka syarat sembelihan wajib dipatuhi. |
|
|
|
|
|
|
|
mnm77 posted on 12-6-2014 10:00 AM ![](static/image/common/back.gif)
Ya tak perlu timbulkan polemik sampai tuan buka bebenang baru di CI sampai Admin generate artikel ...
tak taw la nak kata KHILAF KECIL KE KHILAF BESAR.. tapi Yang kata ada proses ISITHALAH ni pon mcm masih SYUBHAH
|
|
|
|
|
|
|
|
baulu posted on 15-6-2014 11:26 AM ![](static/image/common/back.gif)
Just nak share dari kelas tafsir semalam.
Jika dilihat dari ayat al Baqarah 172-173, daging bab ...
Setuju dgn tulisan tuan tentang arak tu. Pendapat klasik yg biasa diajarkan memang membolehkan minum arak atas darurat, tapi ia bukan pendapat yg berasaskan kajian extreme survival rasanya.
Kalau kira based on observation pada peminum arak masa kini, memang tak logik lah pendapat boleh minum arak jika darurat.
Kena tahu juga adakah dgn minum arak boleh hapuskan dahaga atau tambah dahaga dan hilang akal.
Saya tak pernah minum arak tapi saya tengok org minum arak bukan utk hapuskan dahaga. Tambah dahaga adalah. |
|
|
|
|
|
|
|
mrarifufu posted on 10-8-2014 01:26 AM ![](static/image/common/back.gif)
tak taw la nak kata KHILAF KECIL KE KHILAF BESAR.. tapi Yang kata ada proses ISITHALAH ni pon mcm masih SYUBHAH
Ya.... proses istihalah tu proses yang didakwa berlaku dalam 'manufacturing' (pembuatan) yang mana BUKAN dalam bidang kepakaran Ulama Fiqh, dan Ulama hanya dapat memberi hukum berdasarkan maklumat dari pakar dan penyelidik berkaitan proses 'manufacturing' yang dimaksudkan...
Maka perlu 'consensus' (persetujuan umum) dari penyelidik-penyelidik Islam untuk menjernihkan khilaf tentang isu Istihalah tersebut.... jika hanya seorang Ulama yang popular (Al-Qardhawi) berfatwa berdasarkan kenyataan yang asing dari seorang penyelidik, itu dikira fatwa yang bersandarkan pendapat yang asing, dan boleh diragui tambahan pula bertentangan dengan pendapat beberapa Ulama lain termasuk fatwa Al-Qardhawi sendiri yang terdahulu, malah fatwa yang terdahulu itu LEBIH KUAT kerana dipersetujui secara 'consensus'. Maka, fatwa yang terdahulu itu fatwa yang lebih 'jernih' berbanding fatwa kontroversi yang baru yang dianggap khilaf dan macam masih dalam lingkungan shubhah.
WAllahu a'lam
Last edited by mnm77 on 11-8-2014 08:19 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
Dari Jabir bin Abdullah beliau mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda pada tahun penaklukan Mekkah dan beliau waktu itu berada di Mekkah: “Sesungguhnya Allah telah mengharamkan jual beli khamr, bangkai, babi dan patung-patung.” Lalu ada yang bertanya: “Wahai Rasulullah Apakah boleh (menjual) lemak bangkai, karena ia dapat digunakan untuk mengecat perahu dan meminyaki kulit serta dipakai orang untuk bahan bakar lampu?” Maka beliau menjawab: “Tidak boleh, ia tetap haram.” Kemudian Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda lagi ketika itu: “Semoga Allah memusnahkan orang Yahudi, sungguh Allah telah mengharamkan lemaknya lalu mereka rubah bentuknya menjadi minyak kemudian menjualnya dan memakan hasil penjualannya.” (HR. Bukhari dan Muslim)
Setiap pendapat(fatwa) mesti berlandaskan HUJJAH yang tepat dan boleh diterima.. Tegaknya hujjah, maka tegaklah pendapat! Setiap pendapat atau fatwa yang keluar dari ulamak2 BESAR sekalipun, ulamak2 yang BERKELAYAKAN(ada degree,PHD dan seumpamanya!) sekalipun, sekiranya HUJJAH yang menyokong pendapat itu meragukan atau kurang tepat! maka kita mesti TOLAK! janganlah kita menerima pendapat membabi buta, atas alasan KEWIBAWAAN ulamak2 tersebut!
Kalaupun ada kajian sains yang menyatakan gelatin babi itu bersih dan suci murni untuk dimakan sekalipun, janganlah kita cepat MENGHALALKANNYA! yang HARAM tetap HARAM! maka patuhilah perintah Allah!
inilah akhir zaman....ulamak2 kita mula menghalalkan sesuatu yang haram dan mengharamkan sesuatu yang halal...![](static/image/smiley/default/huffy.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
SILA BACA DENGAN TELITI DAN FAHAMKAN….
Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, dan darah, dan daging(لَحْمُ ) babi, dan binatang-binatang yang disembelih tidak kerana Allah maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak pula melampaui batas (pada kadar benda yang dimakan itu), maka tidaklah ia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(Al-Baqarah 2:173)
Diharamkan kepada kamu bangkai , dan darah , dan daging(لَحْمُ) babi, dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah, dan yang mati tercekik, dan yang mati dipukul, dan yang mati jatuh dari tempat yang tinggi, dan yang mati ditanduk, dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih (sebelum habis nyawanya), dan yang disembelih atas nama berhala; dan (diharamkan juga) kamu merenung nasib dengan undi batang-batang anak panah. Yang demikian itu adalah perbuatan fasik. Pada hari ini, orang-orang kafir telah putus asa (daripada memesongkan kamu) dari agama kamu (setelah mereka melihat perkembangan Islam dan umatnya). Sebab itu janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepadaKu. Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redhakan Islam itu menjadi agama untuk kamu. Maka sesiapa yang terpaksa kerana kelaparan (memakan benda-benda yang diharamkan) sedang ia tidak cenderung hendak melakukan dosa (maka bolehlah ia memakannya), kerana sesungguhnya Allah maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(Al-Maaidah 5:3)
Katakanlah (wahai Muhammad): "Aku tidak dapati dalam apa yang telah diwahyukan kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya melainkan kalau benda itu bangkai, atau darah yang mengalir, atau daging(لَحْمُ) babi - kerana sesungguhnya ia adalah kotor - atau sesuatu yang dilakukan secara fasik, iaitu binatang yang disembelih atas nama yang lain dari Allah". Kemudian sesiapa yang terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak melampaui batas, maka sesungguhnya Tuhan mu Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(Al-An'aam 6:145)
|
Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, dan darah, dan daging(لَحْمُ) babi, dan binatang yang disembelih tidak kerana Allah maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak melampaui batas (pada kadar benda yang dimakan itu, maka tidaklah ia berdosa), sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(Al-Nahl 16:115)
Empat ayat Quran diatas menyebut mayat(bangkai), darah dan daging(لَحْمُ) babi adalah jelas HARAM dimakan. Apa sahaja jenis mayat tidak kira mayat binatang itu jenis haram atau halal, ia tetap HARAM dimakan. Begitu juga darah. Apa saja jenis darah yang datangnya dari binatang yang haram atau halal, ia tetap HARAM dimakan..Namun babi berbeza! Kempat2 ayat diatas menyebut hanya DAGING(لَحْمُ) babi HARAM dimakan. Tiada satu pun ayat yang menyatakan KESELURUHAN babi itu adalah HARAM!
Sebagaimana HARAMnya seluruh darah. Binatang yang sudah jadi bangkai(mayat) pula bersih untuk dimakan, asalkan ia mati melalui SEMBELIHAN..Tapi tidak semua sembelihan itu HALAL dimakan.Ia menjadi HARAM dimakan apabila ia disembelih atas nama SELAIN ALLAH!
Persoalanya, kenapa mayat, darah dan daging babi itu HARAM dimakan? Jawapannya ada dalam ayat Al-An'aam 6:145. Kerna ketiga2nya adalah KOTOR atau NAJIS(رِجْسٌ).. Dan sudah pastilah SESUATU BENDA YANG KOTOR ITU MEMBERI MUDARAT kepada manusia jika dimakan.
Jadi dapat disimpulkan bahawa:
1.DARAH – HARAM MUTLAK dimakan tidak mengira ia dari darah binatang halal atau haram. Pasti mudarat kalau dimakan.
2.MAYAT(bangkai) – HARAM dimakan kalau tiada proses sembelihan(mengeluarkan darah yang hukumnya HARAM MUTLAK dimakan!) binatang yang mati tercekik,terpukul dan sebagainya itu menunjukkan darah yang ada dalam tubuh binatang itu tidak KELUAR! Maka ia HARAM lagi MUDARAT kalau dimakan. Sekiranya disembelih, mayat ini bersih dari segi fizikalnya untuk dimakan kerna darah(membawa mudarat!) sudah keluar..Tapi harus diingat, meskipun darah yang membawa mudarat itu sudah keluar dan bersih untuk dimakan, tidak bermakna ia tidak membawa mudarat kepada KEROHANIAN bagi siapa yang memakannya.. Tambah lagi kalau binatang itu disembelih atas nama BERHALA(perbuatan keji bersumberkan setan!) Sebab itulah ia WAJIB disembelih atas nama Allah, agar binatang itu bersih dari segi fizikal dan rohani. . Maksudnya bersih dan selamat ZAHIRUN dan BATINUN..
Disini terdapat 2 kategori HARAM, iaitu HARAM disebabkan MUDARAT..Haram jenis ini sama dengan HARAMnya dengan KHAMAR yang membawa mudarat..namun pada khamar terdapat HARAM disebabkan kejahatan/setan juga.. Kemudian HARAM yang disebabkan kejahatan(perbuatan keji/setan!). HARAMnya jenis ini adalah sama dengan HARAMnya RIBA! Kesan daripada perbuatan RIBA itu diumpamakan, seseorang yang berdiri seperti KERASUKAN SETAN! Kesan kerohanian!
3.DAGING BABI –HARAM MUTLAK sebagaimana HARAM MUTLAK darah! Ini kerana MUDARAT terletak pada DAGING! Meskipun babi itu disembelih untuk mengeluarkan darah(yang membawa mudarat), ia TETAP membawa mudarat..meskipun tiada satu titik pun darah yang tinggal(habis keluar!).kerna DAGING BABI ITU SENDIRI YANG MUDARAT! Tiada maaf disini..meskipun babi itu disembelih dengan nama Allah sekalipun, MUDARATnya TETAP tak mahu hilang. Sebab DAGING(لَحْمُ) BABI itu TETAP MUDARAT! MUDARAT seMUDARAT2nya! Full stop! Maka DAGING BABI adalah HARAM MUTLAK! HARAM seHARAM2nya dimakan!
Bagaimana kalau daging babi berkenaan diperoses melalui bahan kimia atau diubah bentuknya mengunakkan teknologi? Adakah ia juga HARAM? YA! HARAM tetap HARAM! Namun ia menjadi Halal sekiranya ia diperoses melalui sunnahtullah! Kerna tiada teknologi yang mampu menandingi teknologi(sunnahtullah!) ciptaan Maha PENCIPTA! Umpamanya daging babi itu dibiarkan mereput diatas tanah dan menjadi baja kepada pokok2 disekitarnya untuk mengeluarkan buah..Buah itu sudah pasti HALAL dimakan!
Jadi bagaimana dengan SELAIN DARI DAGING ATAU DARAH BABI? Seperti kulit dan tulang babi? Adakah HARAM juga?
a.Kulit BABI
Contohnya kasut dan barangan2 kulit! Ia mesti dikaji/ujian hingga TERBUKTI ia bersih. Namun ujian bukan hanya setakat itu sahaja.. Barangan2 daripada kulit itu mesti diuji semasa ia dipakai oleh pengguna dalam masa bertahun2..Boleh jadi ia akan kembali memudaratkan jika berterusan dipakai! Atau kuman2 penyakit mudah membiak pada barangan berkenaan.. biasanya barangan2 kulit ini kalau terkena air/basah, kuman cepat membiak! Ini sudah pasti memudaratkan! Sekiranya kulit babi ini TERBUKTI bersih dengan kajian saintifik dan ujian2, ini tidak bermakna ia HALAL! Ulamak kita sepatutnya tidak boleh cepat menghukumnya HALAL!
b.Lemak Babi
Kajian menunjukan lemak yang berasal dari haiwan mengandungi tahap kolestrol yang tinggi..Maka,ia memudaratkan! Ia tetap HARAM!
c.Tulang
Begitu juga tulang..jika ia dirawat dan terbukti kajian saintifik tidak memudaratkan,maka ia boleh dikatakan BERSIH.. Atau pun terbukti tulang babi itu mengandungi ubat contohnya.. Namun ini tidak bermakna ia HALAL.. sekali lagi, ulamak2 kita tidak boleh cepat menghukumnya HALAL! Kerna ada lagi perkara2 lain yang perlu dipertimbangkan! Bersih suci TIDAK SEMESTINYA HALAL sekiranya ia datang dari SUMBER BINATANG!
Jadi bagaimana dengan hadis dibawah tentang haramnya babi?
Telah menceritakan kepada kami Ahmad bin Shalih telah menceritakan kepada kami Abdullah bin Wahb telah menceritakan kepada kami Mu'awiyah bin Shalih dari Abdul Wahhab bin Bukht dari Abu Az Zinad dari Al A'raj dari Abu Hurairah bahwa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Sesungguhnya Allah telah mengharamkan khamer dan uang penjualannya, mengharamkan bangkai serta uang hasil penjualannya, serta mengharamkan babi dan uang hasil penjualannya.
(Abu Daud: Hadis-3024)
Hadis ini menunjukan babi dan hasil jualan babi itu adalah HARAM kerna kita telah menjual kepada orang lain SESUATU BARANG YANG MEMBERI MUDARAT kepada manusia! Hukumnya adalah sama seperti kita menjual DADAH yang TERBUKTI MEMUDARATKAN! Setiap perbuatan yang membawa kemudaratan kepada orang lain adalah DITEGAH dan DILARANG! Maka ia adalah HARAM.
HARAM MUDARAT dan HARAM yang disebabkan KEKEJIAN.
Haram mudarat dalam isu babi ini boleh berubah sekiranya dalam keadaan TERPAKSA! Namun HARAM yang disebabkan KEKEJIAN atau ia bersumberkan dari SETAN kedudukannya lebih TINGGI. Selalunya Allah mengharamkan apabila ia berkaitan dengan kejahatan, keingkaran atau perbuatan2 setan! Contohnya dalam perkara sembelihan! Kita diwajibkan menyebut nama Allah ketika menyembelih binatang.. jika kita tidak patuh perintah Allah, maka binatang itu HARAM dimakan disebabkan KEINGGKARAN…
Berbalik kepada isu DAGING BABI.. ia memang jelas dalam quran HANYA DAGING BABI yang diHARAMKAN..tapi berdasarkan hadis dibawah agak berlainan:
Dari Jabir bin Abdullah beliau mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda pada tahun penaklukan Mekkah dan beliau waktu itu berada di Mekkah: “Sesungguhnya Allah telah mengharamkan jual beli khamr, bangkai, babi dan patung-patung.” Lalu ada yang bertanya: “Wahai Rasulullah Apakah boleh (menjual) lemak bangkai, karena ia dapat digunakan untuk mengecat perahu dan meminyaki kulit serta dipakai orang untuk bahan bakar lampu?” Maka beliau menjawab: “Tidak boleh, ia tetap haram.” Kemudian Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda lagi ketika itu: “Semoga Allah memusnahkan orang Yahudi, sungguh Allah telah mengharamkan lemaknya lalu mereka rubah bentuknya menjadi minyak kemudian menjualnya dan memakan hasil penjualannya.” (HR. Bukhari dan Muslim)
Hadis ini menunjukan SELURUH MAYAT itu HARAM.. TIDAK Kira ia diambil sebagai makanan atau bukan makanan..maka sudah pasti SELURUH DARAH juga HARAM! Dan SELURUH DAGING BABI itu HARAM..harus diingat hanya DAGING BABI sebagaimana yang tertulis dalam quran! Yang selain dari daging adalah TERKECUALI..
Jadi, persoalannya…apakah ini alasan ulamak2 kita untuk menghalalkan tulang,lemak atau kulit babi?? Dalam perkara ini ulamak2 kita sepatutnya BERHATI2……..
Dalam Hadis diatas, ulamak2 atau pihak JAKIM dan umat islam sepatutnya berhati2… ambil contoh, adakah hanya KULIT BABI HARAM? Kulit binatang lain itu HALAL? Kulit lembu akan menjadi HARAM sekiranya ia diambil dari lembu yang TIDAK DISEMBELIH atas NAMA ALLAH!...ini kerna lembu yang tidak disembelih mengikut cara ISLAM akan diketegorikan sebagai BANGKAI yang HARAM! Maka jatuh untuk keseluruhan binatang itu HARAM.. Tidak kira ia dimakan atau dijadikan barang2 lain seperti barangan kulit...oleh itu produk2 kulit yang sumber kulitnya diperolehi dari PENTERNAK/PENYEMBELIH/PEMBEKAL yang bukan islam(tidak disembelih cara islam!) adalah HARAM..jadi, sebagai langkah berjaga2…belilah kasut yang diperbuat dari getah atau kain….elakkan membeli barangan kulit! Kerna bukan kulit babi je haram…
Bagaimana dengan KULIT babi? Kerna HANYA DAGING BABI je yang diharamkan? Apakah ia menjadi HALAL sekiranya babi itu disembelih dengan cara islam?
Sila berbalik kepada HUKUM ASAL PENYEMBELIHAN.. kita disuruh menyembelih binatang sebelum memakannya..sedangkan kita menyembelih BABI BUKAN UNTUK MAKANAN… kerna haram makan daging babi! Oleh itu TIADA HUKUM PENYEMBELIHAN CARA ISLAM untuk BINATANG JENIS BABI! DAN ALLAH MENCIPTA BABI ITU SEOLAH2 TIADA LEHER! Sesiapa yang menyembelih BABI, bermakna sudah melanggar HUKUM PENYEMBELIHAN meskipun dengan cara islam! Inilah maksud TERSIRAT sesiapa yang tidak sengaja/terpaksa MELANGGAR HUKUM pada ayat Quraan itu..ia bukan hanya bermaksud melanggar hukum memakan sahaja seperti yang diketahui umum..ia bermaksud melanggar HUKUM PENYEMBELIHAN! TIDAKKAH ANDA MELIHAT BERTAPA CANTIKNYA TINGGI HIKMAHNYA AYAT2 QURAN ITU….
Sepatutnya ulamak2 kita tidak tersilap dalam perkara babi ini…..jadi SELURUH BABI ITU ADALAH HARAM! HARAM se HARAM HARAMNYA….
|
|
|
|
|
|
|
|
ISTIHALAH KHINZIR TIDAK BOLEH DISAMAKAN DENGAN ARAK MENJADI CUKA DAN HALAL.....
Setiap ulama' ada pendapat masing2...nmn bg aku,yg berasaskan babbi dan anjing WAJAR DIJAUHKAN..
Kita belum darurat spt zaman Jepun....malah zaman Jepun pn nenek moyang kita makan ubi kayu... |
|
|
|
|
|
|
|
Salam.
Saya nak tambah sikit aje. Jika kambing atau lembu yg tidak sempat disembelih mati dilanggar lori, maka kulit bangkai berkenaan BOLEH digunakan dan HALAL jika mahu menjual kulit berkenaan utk perhiasan luaran dan bukan pula utk dimakan sekiranya haiwan berkenaan MILIK anda atau diberi kebenaran oleh pemilik haiwan berkenaan utk mengambil kulit haiwan berkenaan bagi mengelakkan pembaziran.
Anjing dan babi TIDAK TERMASUK apa yg dinyatakan di atas ini.
Just pandangan aje k? |
|
|
|
|
|
|
|
Salam.
Saya nak tambah sikit aje. Jika kambing atau lembu yg tidak sempat disembelih mati dilanggar lori, maka kulit bangkai berkenaan BOLEH digunakan dan HALAL jika mahu menjual kulit berkenaan utk perhiasan luaran dan bukan pula utk dimakan sekiranya haiwan berkenaan MILIK anda atau diberi kebenaran oleh pemilik haiwan berkenaan utk mengambil kulit haiwan berkenaan bagi mengelakkan pembaziran.
Anjing dan babi TIDAK TERMASUK apa yg dinyatakan di atas ini.
Just pandangan aje k?
salam bro...
kena berpegang pada hadis yang jelas diamallan rasullulah bro...perkara ini tiada isu pembaziran...isunya adalah KEPATUHAN....
Dari Jabir bin Abdullah beliau mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda pada tahun penaklukan Mekkah dan beliau waktu itu berada di Mekkah: “Sesungguhnya Allah telah mengharamkan jual beli khamr, bangkai, babi dan patung-patung.” Lalu ada yang bertanya: “Wahai Rasulullah Apakah boleh (menjual) lemak bangkai, karena ia dapat digunakan untuk mengecat perahu dan meminyaki kulit serta dipakai orang untuk bahan bakar lampu?” Maka beliau menjawab: “Tidak boleh, ia tetap haram.” Kemudian Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda lagi ketika itu: “Semoga Allah memusnahkan orang Yahudi, sungguh Allah telah mengharamkan lemaknya lalu mereka rubah bentuknya menjadi minyak kemudian menjualnya dan memakan hasil penjualannya.” (HR. Bukhari dan Muslim)
Hadis ni jelas bro seluruhnya HARAM jika binatang itu tidak disembelih...
Jangan keliru dengan SUSU atau BULU yang diambil dari binatang...untuk mendapatkan SUSU atau BULU tak perlu penyembelihan...Tapi nak dapatkan KULIT, binatang mesti disembelih....jangan keliru...
|
|
|
|
|
|
|
|
حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ حَدَّثَنَا اللَّيْثُ عَنْ يَزِيدَ بْنِ أَبِي حَبِيبٍ عَنْ عَطَاءِ بْنِ أَبِي رَبَاحٍ عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا أَنَّهُ
سَمِعَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ عَامَ الْفَتْحِ وَهُوَ بِمَكَّةَ إِنَّ اللَّهَ وَرَسُولَهُ حَرَّمَ بَيْعَ الْخَمْرِ وَالْمَيْتَةِ وَالْخِنْزِيرِ وَالْأَصْنَامِ فَقِيلَ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَرَأَيْتَ شُحُومَ الْمَيْتَةِ فَإِنَّهَا يُطْلَى بِهَا السُّفُنُ وَيُدْهَنُ بِهَا الْجُلُودُ وَيَسْتَصْبِحُ بِهَا النَّاسُ فَقَالَ لَا هُوَ حَرَامٌ ثُمَّ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عِنْدَ ذَلِكَ قَاتَلَ اللَّهُ الْيَهُودَ إِنَّ اللَّهَ لَمَّا حَرَّمَ شُحُومَهَا جَمَلُوهُ ثُمَّ بَاعُوهُ فَأَكَلُوا ثَمَنَهُ
قَالَ أَبُو عَاصِمٍ حَدَّثَنَا عَبْدُ الْحَمِيدِ حَدَّثَنَا يَزِيدُ كَتَبَ إِلَيَّ عَطَاءٌ سَمِعْتُ جَابِرًا رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
Telah menceritakan kepada kami Qutaibah telah menceritakan kepada kami Al Laits dari Yazid bin Abi Habib dari 'Atho' bin Abi Rabah dari Jabir bin 'Abdullah radliallahu 'anhu bahwasanya dia mendengar Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda ketika Hari Penaklukan saat Beliau di Makkah: "Allah dan RasulNya telah mengharamkan khamar, bangkai, babi dan patung-patung". Ada yang bertanya: "Wahai Rasulullah, bagaimana dengan lemak dari bangkai (sapi dan kambing) karena bisa dimanfaatkan untuk memoles sarung pedang atau meminyaki kulit-kulit dan sebagai bahan minyak untuk penerangan bagi manusia?. Beliau bersabda: "Tidak, dia tetap haram". Kemudian saat itu juga Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: Semoga Allah melaknat Yahudi, karena ketika Allah mengharamkan lemak hewan (sapi dan kambing) mereka mencairkannya lalu memperjual belikannya dan memakan uang jual belinya". Berkata, Abu 'Ashim telah menceritakan kepada kami 'Abdul Hamid telah menceritakan kepada kami Yazid; 'Atho' menulis surat kepadaku yang katanya dia mendengar Jabir radliallahu 'anhu dari Nabi shallallahu 'alaihi wasallam.[BUKHARI:2082] |
|
|
|
|
|
|
|
Hmmm...suka saya merujuk peristiwa kambing atau lembu yang mati dilanggar lori adan tidak sempat disembelih:
kenapa perkara ini berlaku...? pastinya ia berlaku untuk kerna Maha Pencipta hendak MENGUJI HAMBA2NYA, adakah kita PATUH atau sebaliknya..
Bagi pemilik lembu atau kambing yang PATUH... sudah pasti tidak memakan daging atau mengambil kulit berkenaan.meskipun mereka sudah kerugian!..Ini kerna lembu /kambing itu sudah menjadi BANGKAI..meskipun ia dianggap PEMBAZIRAN, namun KEPATUHAN mengatasi segalanya..Dan bukanlah pemilik kambing/lembu itu sengaja melakukan PEMBAZIRAN!
Manakala bagi pemilik kambing/lembu yang INGKAR...sudah pasti ia akan memgemukakan berbagai alasan..dengan mengatakan KULIT itu bersih digunakan..kerna kita tidak MEMAKANNYA! juga denga alasan: dengan mengatakan "jika dibuang bermakna pembaziran"...maka mereka mengambil kulit untuk dijual untuk mengelak kerugian, kerna tak dapat jual daging! tetapi mereka TIDAK SEDAR bahawa mereka sedang melanggar KEPATUHAN....
ini berlaku hanyalah UJIAN untuk hamba2-NYA... apakah mereka PATUH atau INGKAR...![](static/image/smiley/default/smile.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Abangcute posted on 13-8-2014 12:19 PM ![](static/image/common/back.gif)
Salam.
Saya nak tambah sikit aje. Jika kambing atau lembu yg tidak sempat disembelih mati dilangg ...
Kulit disamak utk dipakai luaran.
Gelatin yg dibincangkan ni utk dimasukkan ke dalam badan manusia. |
|
|
|
|
|
|
|
Gelatin babi hanya untuk negara bukan Islam, Qardawi
Syeikh Dr Yusuf Al-Qaradawi
Oleh Sinar Harian isu DNA Babi
SEREMBAN – Kenyataan kontroversi dikeluarkan Syeikh Dr Yusuf Al-Qaradawi menerusi sebuah portal, baru-baru ini sebenarnya bertujuan menjawab kemusykilan umat Islam yang mendiami darul harbi atau negara bukan Islam dan sukar mendapat produk halal.
Timbalan Mufti Negeri Sembilan, Nor Azamir Alias berkata, perkara tersebut hanya disedari beliau selepas membuat penelitian terperinci terhadap laman web ulama tersohor berkenaan, semalam.
“Jelas sekali, jawapan diberikan beliau membabitkan penggunaan gelatin babi adalah berasaskan kepada persoalan dihadapi umat Islam yang tinggal dalam darul harbi sahaja dan bukannya untuk negara Islam.
“Beliau mengambil kira kesukaran mereka untuk mendapatkan produk halal di negara terbabit, di mana kebanyakan produknya mengandungi gelatin babi atau haiwan yang tidak disembelih,” katanya di sini, semalam.
Beliau berkata, atas sebab berkenaan, maka kaedah qadhiyyatul istihalah atau transformasi bahan iaitu bahan yang tidak halal apabila sebati menjadi makanan halal, maka hukumnya juga bertukar kepada halal, telah disarankan oleh Dr Yusuf untuk diguna pakai penduduk Muslim negara itu.
“Ini mungkin berasaskan kepada kaedah fiqh iaitu addharuratu tubihuk mahzuurah iaitu kerana darurat, sesuatu yang haram diharuskan dan addharuratu tuqaddaru bi qadariha iaitu kadar keharusan itu pula mengikut keadaan daruratnya, sekali gus menunjukkan ia bukanlah terbuka dengan seluas-luasnya.
“Kesimpulannya, kaedah qadhiyyatul istihalah tidak boleh dipraktikkan di negara Islam atau negara bukan Islam yang senang mendapatkan produk dan bahan-bahan halal,” katanya.
Beliau berkata, ia berdasarkan hadis Rasulullah SAW antaranya yang bermaksud, “(bahan) yang halal itu jelas (dinyatakan)” dan “setiap bahan yang haram banyaknya, maka sedikit pun menjadi haram juga”.
“Kaedah fiqh juga menyatakan yang maksudnya, “apabila bercampur di antara bahan yang halal dengan haram (dalam satu transformasi), maka bahan itu dikira haram”.
“Perlu diketahui, babi merupakan tergolong dalam najis ‘ainiyyah iaitu zatnya dapat dilihat, dicium dan dirasa berdasarkan nas al-Quran, dalil dan al thubut yang qat’ie. Maka tahwil yang diusahakan untuk menukar babi kepada benda lain sama sekali tidak merubah kenajisannya,” katanya.
Justeru, beliau berharap penjelasan diberikan dapat merungkai kekeliruan sesetengah pihak yang mungkin beranggapan bahawa daging atau gelatin babi apabila ditransformasikan dan menjadi sebati sebagai makanan, maka statusnya menjadi halal dan harus dimakan.
“Bagi mendapatkan maklumat lanjut, orang ramai bolehlah melayari laman sesawang Dr Yusuf atau merujuk kepada Fiqh Al-Jaaliyat Al-Islamiyyah Fil Gharb (Fiqh Untuk Penduduk Islam di Negara Barat),” katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
AwgSagi posted on 13-8-2014 04:23 PM
Kulit disamak utk dipakai luaran.
Gelatin yg dibincangkan ni utk dimasukkan ke dalam badan manu ...
iyer. Saya pernah terdengar hadis yg mana menyentuh hal ehwal kulit bangkai yg boleh digunakan pada zaman Rasullullah. Itupun hanya utk kegunaan luaran spt yg tuan katakan.
Tuan ada tak hadis2 yg berkenaan hal ini utk tatapan umum? |
|
|
|
|
|
|
|
Abangcute posted on 13-8-2014 06:01 PM ![](static/image/common/back.gif)
iyer. Saya pernah terdengar hadis yg mana menyentuh hal ehwal kulit bangkai yg boleh digunakan pad ...
Saya tak ada hadis2 yg tuan maksudkan.
Saya tulis berdasarkan konklusi pelajaran2 yg diperolehi setakat umur saya. |
|
|
|
|
|
|
|
habakuk posted on 13-8-2014 01:55 PM
Hmmm...suka saya merujuk peristiwa kambing atau lembu yang mati dilanggar lori adan tidak sempat dis ...
Apa yg tuan katakan ada kebenarannya. Kerana halal itu berkait langsung dgn perkara yg pasti menjadi darah daging manusia.
Pun begitu terdpt klausa utk sesetengah perkara (mansukh) yg dikategorikan halal melibatkan kulit bangkai haiwan yg tidak disembelih dan haiwan yg jelas diharamkan tidak termasuk dlm hal ini.
Kerana pernah terjadi peristiwa kulit bangkai yg boleh digunakan utk kegunaan luar pada zaman Rasullullah dan perkara ini tidak boleh diharamkan tanpa melihat kondisi2 tertentu.
Contoh : Ali memeihara kambing. Salah seekor kambingnya eksiden dan mati sebelum disembelih. Maka dibolehkan utk menyamak kulit utk membuat kasut atau pakaian dan bahagian dalaman bangkai berkenaan tetap haram dimakan.
Maka, menjual kulit bangkai dibolehkan jika perlu utk maslahat umat.
Di dlm Alquran saya tidak meragui apa jua kenyataan yg diterangkan. Cuma kisah kulit bangkai utk kegunaan luar pernah berlaku pada zaman Rasullullah yg menyentuh hal ehwal pembaziran.
Apapun tq for sharing information.
Semoga Allah mengampunkan kita semua. |
|
|
|
|
|
|
|
abbyhoney posted on 13-8-2014 04:49 PM
Gelatin babi hanya untuk negara bukan Islam, Qardawi
Syeikh Dr Yusuf Al-Qaradawi
Oleh Sinar Harian ...
Maaf kerana saya ingin menyuarakan pandangan.
Memfatwa sesuatu yg jelas diharamkan kpd halal TIDAK dibenarkan dlm agama. Kerana yg halal itu jelas, dan yg haram pun jelas.
Jika terdpt perkara syubahat, perkara yg jelas haram TIDAK BOLEH SAMA SEKALI dihalalkan kpd format syubahat.
Contoh : Judi itu diharamkan olehNya. Maka tidak dibolehkan utk berjudi ke atas org yg beriman samaada suka ataupun tidak.
Adapun perkara2 mansukh dari dalil Alquran yg merupakan Sunnah Rasullullah dan juga perkara2 kesinambungan kefahaman Alquran yg merujuk kpd perkara Sunnah, maka dalil digunakan berdasarkan apa yg berlaku di zaman Rasullullah dan juga dalil2 kesinambungan Sunnah para khulafa Ar Rasyidi Al Mahdiyin.
Perkara yg jelas haram itu jika diambil boleh memudaratkan hati. Sesuatu yg jelas haram tidak mungkin boleh disyubahatkan samaada suka ataupun tidak suka.
Sebaik2 iman itu mendengar dan taat. Memansukhkan sesuatu perkara perlu kpd perkara2 Sunnah yg jelas supaya hati para muslimin dan muslimat terpelihara dari fitnah. Fitnah itu Fitrah ke arah Kemusnahan.
Wallah Hu'alam Last edited by Abangcute on 13-8-2014 07:53 PM
|
|
|
|
|
|
|
| |
|