CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234
Return to list New
Author: the_killer

[Tempatan] Pecat MB 'tak guna', kata Jeff Ooi

[Copy link]
Post time 26-4-2014 09:11 AM | Show all posts
Anak_Nogori posted on 26-4-2014 09:07 AM
Khalid tempelak Jeff Ooi
Oleh ABDUL YAZID ALIAS

Mcm budak2 lak aku tengok dia org ni gaduh

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-4-2014 09:13 AM | Show all posts
aku dah ckp bnyk kali. we want water. x kira la sapa jd menteri besar pun...

Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2014 09:29 AM | Show all posts
Hari tu Yeo Bee Yin DAP Damansara Utama basuh Khalid sampai tergagap2 tak berani nak lawan..lani dibasuh plak oleh Jeff Oii dari DAP jugak....hahahahahahahahahaha....amik kooooo...politikkan isu air lah lagi Khalid oiii..ko terima lah bahananya sekarang.

Dasar pemberian air percuma tidak efektif dalam menguruskan air - ADUN DAP

SHAH ALAM 14 April  - Seorang Anggota Dewan Undangan Negeri daripada DAP meminta kerajaan negeri Selangor mengkaji semula pemberian air percuma kepada rakyat negeri ini.
Yeo Bee Yin (DAP-Damansara Utama) berkata, pemberian air percuma dilihat hanya satu dasar populis dan bukan keputusan yang paling bijaksana dan efisien untuk menguruskan air di Selangor.

Katanya, kerajaan negeri membelanjakan hampir RM1 bilion untuk membiayai pemberian air percuma 20 meter padu bagi setiap rumah sejak dilancarkan pada 2008 dan dana itu sepatutnya dilaburkan kepada perbelanjaan modal (Capex) bagi menurunkan kadar air tidak berhasil (NRW) ketika ini yang berada pada kadar 35 peratus.

``Penurunan NRW akan menurunkan permintaan air mentah, menjimatkan wang melalui pengurangan kos rawatan dan pengagihan air, selain mengawal tarif air,'' katanya ketika membahaskan rang undang-undang perbekalan tambahan 2014 dalam sidang Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.

Yeo berkata, jika empat tahun lepas kerajaan negeri membelanjakan peruntukan negeri untuk Capex dan membina lebih banyak projek Hybrid Off River Augmentatiom System (Horas),  beliau pecaya masalah air ketika ini mungkin tidak akan berlaku.

``Saya harap kerajaan negeri perlu mengkaji semula sama ada perlu terus menggunakan tujuh peratus daripada hasil tahunan negeri untuk membiayai air percuma ini atau melabur dalam Capex.

``Kita sepatutnya mengutamakan jaminan bekalan air kepada rakyat terlebih dahulu sebelum mahu memberikan air percuma,'' katanya.

Sementara itu, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim  ketika menggulung perbahasan mengenai rang undang-undang perbekalan tambahan berkata kerajaan negeri akan membuat keputusan dalam masa terdekat sama ada hendak melanjutkan tempoh catuan air di negeri ini memandangkan kenaikan paras air di beberapa empangan.

Pelan catuan yang bermula sejak 2 Mac lepas melibatkan enam daerah iaitu Gombak, Kuala Lumpur, Petaling, Klang/Shah Alam, Kuala Selangor dan Hulu Selangor.  - BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2014 09:31 AM | Show all posts
Selain Jeff Ooi, Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin menerusi sebuah portal berita, www.astroawani.com hari ini dilaporkan turut mempersoalkan kredibiliti Abdul Khalid dan bersedia untuk menamakan calon yang layak menggantikan Menteri Besar Selangor.

P/s;- Ketua wanita PKR pun gaduh ngan MBnya sendiri.....hahahahahahahahahahahaha..
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2014 09:34 AM | Show all posts
zach2008 posted on 26-4-2014 09:11 AM
Mcm budak2 lak aku tengok dia org ni gaduh

bende ni berkait2 zach..ingat tak isu rampasan bible..Anwar suruh Khalid pulangkan...Khalid enggan..so..DAP marah lah..dijadikan isu air ni utk serang Khalid..

Last edited by Anak_Nogori on 26-4-2014 09:37 AM

Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2014 09:36 AM | Show all posts
otai_g posted on 26-4-2014 09:13 AM
aku dah ckp bnyk kali. we want water. x kira la sapa jd menteri besar pun...

kenapa tak ada yg pi baring tengah jalan, jilat tar panas tuntut Khalid bagi Air?..

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-4-2014 10:15 AM | Show all posts
Anak_Nogori posted on 26-4-2014 09:36 AM
kenapa tak ada yg pi baring tengah jalan, jilat tar panas tuntut Khalid bagi Air?..

janganlah jadi bodoh saudara.

adakah dgn baring tgh jalan and jilat tar air akan ada? kalo takder air buat la usaha lain, pegi cr sungai ke, gali telaga ke, tadah air hujan ke dan bukannya buat bnd bodoh seperti yg saudara pikirkan...

Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2014 10:23 AM | Show all posts
otai_g posted on 26-4-2014 10:15 AM
janganlah jadi bodoh saudara.

adakah dgn baring tgh jalan and jilat tar air akan ada? kalo tak ...

sebab mentaliti sebahagian dari rakyat Malaysia macam tu...tak puas hati mereka ke jalanan..baring tengah jalan, jilat tar panas...itu je yg mereka tahu.

tapi dlm isu ini...tak dengar plak mereka nak baring tengah jalan dan jilat tar panas....pelik plak saya..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-4-2014 10:26 AM | Show all posts
Pemimpin PKR Selangor 'dayus’ tidak pertahan MB

SHAH ALAM 25 April - Pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor disifatkan seolah-olah bersikap ‘dayus’ kerana bersikap berdiam diri apabila seorang pemimpin kanan DAP secara terbuka mendesak Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meletak jawatan.

Bekas Setiausaha Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor, Wan Indra Putra Ahmad berkata, tindakan pemimpin kanan DAP terbabit, Jeff Ooi mengkritik pentadbiran Abdul Khalid itu sepatutnya dipandang serius kerana bukan sahaja menjurus kepada Menteri Besar Selangor itu tetapi melibatkan PKR di Selangor secara keseluruhannya.

"Bagaimana pemimpin PKR Selangor sanggup berdiam diri apabila Menteri Besar mereka dikritik seorang pemimpin yang bukan mewakili rakyat di Selangor tetapi di Pulau Pinang. Saya difahamkan Jeff Ooi turut mengkritik kerajaan ne­geri yang gagal menguruskan isu catuan bekalan air di Selangor.

"Apakah pemimpin PKR di Selangor tidak berani untuk mempertahankan seorang Menteri Besar dalam kalangan mereka sendiri. Ini yang perlu dijelaskan oleh para pemimpin PKR di negeri itu," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Jeff Ooi yang merupakan Ahli Parlimen Jelutong menerusi laman Facebooknya dilaporkan secara terbuka menyatakan hilang kepercayaan terhadap Abdul Khalid dan menggesa beliau dipecat sebagai Menteri Besar Selangor kerana didakwa gagal menangani isu air di negeri ini.

Wan Indra yang merupakan Pesuruhjaya Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI) Selangor dan Wilayah Persekutuan itu tidak menolak kemungkinan tindakan Jeff Ooi seolah-olah mempunyai kaitan dengan politik khususnya melibatkan pihak-pihak yang tidak berpuas hati dengan populariti Abdul Khalid dalam PKR.

Ini kerana berdasarkan pemerhatian beliau, Abdul Khalid dilihat berada dalam kedudukan selesa lebih-lebih lagi pada pemilihan parti itu pada Mei ini berbanding pencabar­nya yang turut bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR.

"Justeru Jeff Ooi mungkin berperanan sebagai ‘kaki pukul’ oleh pihak-pihak tertentu yang tidak berpuas hati dengan Abdul Khalid. Dari segi logiknya, wajarkah seorang ahli Parlimen dari Pulau Pinang mengeluarkan kenyataan yang seolah-olah mencampuri urusan pentadbiran di Selangor.

"Mungkin juga kerana Abdul Khalid sebelum ini bertindak menandatangani memorandum persefahaman (MoU) pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 dengan Kerajaan Pusat sebelum ini telah menimbulkan rasa tidak senang pemimpin dalam pakatan pembangkang. Mereka mungkin menganggap Abdul Khalid seorang Menteri Besar yang mesra dengan Kerajaan Pusat," katanya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/ ... an-MB#ixzz2zxIIxhjQ
© Utusan Melayu (M) Bhd
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2014 10:47 AM | Show all posts
Anak_Nogori posted on 24-4-2014 02:13 PM
bukan ke masa isu langat 2 timbul..Khalid kata..air diselangor cukup sehingga 2016..





“Adalah dipercayai bahawa kedua menteri tersebut telah dikelirukan sehingga mempercayai bahawa krisis air akan berlaku pada 2014.

http://www.malaysiakini.com/news/137794
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2014 10:59 AM | Show all posts
carbike posted on 26-4-2014 10:47 AM
“Adalah dipercayai bahawa kedua menteri tersebut telah dikelirukan sehingga mempercayai b ...

ohhhh bukan cukup sampai 2016..tapi 2019...

See nampak tak...

=== kita bleh lihat beza antara pemimpin yang pandai dan bodoh, yg boleh berfikir dan tak berakal.... dan itulah perbezaan nyata antara pemimpin PR dan umngok busuk tuh....


link dia..

http://mforum.cari.com.my/forum. ... &extra=page%3D1

Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2014 01:05 PM | Show all posts
carbike posted on 26-4-2014 10:47 AM
“Adalah dipercayai bahawa kedua menteri tersebut telah dikelirukan sehingga mempercayai b ...

banyak la dia punya cukup!

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 03:56 AM GMT+8 , Processed in 0.242875 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list