|
Nape rs cm watak Rafeeq ni encem je erk? lebih rs nk mengenali Rafeeq dr Rayyan... kikikiiii....
Dr Rafeeq vs Rayyan the playboy... ahaks!
|
|
|
|
|
|
|
|
i rasa lps ni mesti rayyan ajak aireen kawin...
dh la nk ajak kapel jenuh memujuk dan 'mengugut'... hehehe...
|
|
|
|
|
|
|
|
cik wannie...
sambung la byk2... buat ganti sabtu n ahad ni...
|
|
|
|
|
|
|
|
yezzzzaaa... smbg jgn x smbg, i tau mesti Rayyan tgh jeles tuh! y plg nk tahu psl Amir! who is Amir??? |
|
|
|
|
|
|
|
wawawaaaah....
ramai y speculate Rayyan ajak Aireen kawin nieee, huhuhuuu...
nt kan jawapannya tidak lama lg, cewah! |
|
|
|
|
|
|
|
17
DIA keluar dari bilik seminar itu dan seorang wanita yang berselisih dengannya sempat menghirup bau harum minyak wangi yang melekat di tubuhnya. Terpusing kepala wanita itu cuba untuk menatap wajahnya. Namun, dia tak ambil peduli dan hanya terus melangkah. Tak langsung diperasankan betapa ramai mata wanita yang ada di situ mengekori langkahnya.
Siapa yang tidak terpegun, dia dilahirkan ke dunia ini dengan punya segala kelebihan. Dia bertuah dianegerahkan wajah yang kacak, terpelajar dan memiliki segala apa yang lelaki idamkan. Tubuhnya tinggi dan tegap. Kulitnya licin dan tiada langsung cacat cela pada setiap inci tubuhnya itu. Rayyan Hafizi Bin Musa Ong Abdullah. Lelaki kacukan Melayu-Cina yang bisa mencairkan mana-mana wanita yang diinginkannya. Cuba tengok macam sekarang ni. Kalau dia mahu, mana-mana perempuan dia boleh tegur dan berkenalan. Tak sampai lima minit, sudah pasti akan ada yang jatuh ke dalam perangkap manis mulutnya berkata-kata.
Tetapi ketika ini, jelingan-jelingan wanita yang mengiringi langkahnya tidak langsung membuatkan dia berasa bangga. Senyuman-senyuman yang diberikan juga tidak lagi menarik perhatian untuk dia membalasnya. Habis saja seminar, dia mahu bergegas keluar. Habis saja agenda hari ini, dia mahu segera pulang. Dia tak ada semangat nak bermain mata sekarang ni, dia tak ada mood nak senyum-senyum dengan perempuan lain sekarang ni. Semuanya gara-gara Siti Aireena. Semuanya atas sebab gadis yang dikenalinya beberapa bulan lepas.
Flying kiss girl… dah lama pula rasanya tak menyebut nama gelaran yang diberikan untuk gadis pujaan hati tersebut.
Rayyan memandu pulang ke rumah. Di dalam kenderaan, tak habis-habis dia terbayangkan kisah malam kelmarin. Dia cuba untuk melupakan, tapi tak mampu. Dia cuba untuk tidak mengingati, tapi tak berdaya. Wajah itu, kata-kata itu, sentiasa bermain-main di kotak pemikirannya. Berlegar-legar di segenap pelusuk kepalanya.
“I missed you, Reen. I missed you so much.”
Damn! Suara lelaki tu bergema lagi!
“Beratus-ratus kali I dah cakap, Siti Aireena. I suka dan cinta pada you.”
Aduh… kenapa suara lelaki tu meluahkan perasaan dekat Aireen tak habis-habis nak bermain dekat dalam kepala otak ni. Macam main kaset dan ulang-ulang kali diputar.
“I nak kahwin dengan you. Kenapa susah sangat you nak faham?!”
Walaupun seluruh perbualan kedua-dua mereka tidak dapat didengari dengan jelas dan sepenuhnya, tetapi beberapa baris ayat ini memang masuk ke dalam gegendang telinganya penuh lengkap dan jelas. Ya Allah. Kenapalah mesti aku dengar ayat-ayat yang menyakitkan hati ni? Kenapa mesti aku dengar ada lelaki yang ajak Aireen kahwin? Dan yang tak faham. kenapa aku sakit hati, sedih dan susah hati bila tahu ada lelaki lain yang beria-ia nak melamar Aireen.
Kenapa? Aku betul-betul suka dekat Aireen ke?
Lelaki berkaca mata. Lelaki sama yang dilihat ketika menghendap Aireen di restoran suatu ketika dulu. Ketika itu, lelaki itu meluahkan perasaan secara tiba-tiba tentang kecewanya hati bila lamaran ditolak mentah-mentah oleh si gadis. Dan malam kelmarin, dia mendengar perkara yang sama juga. Perkataan kahwin juga yang dia dengar diluahkan oleh lelaki tersebut. Bersungguh-sungguh kedengarannya. Beria-ia lagaknya.
Adakah lelaki itu sememangnya betul-betul nak kahwin dengan Aireen? Siapa lelaki tu? Boyfriend Aireen? Atau bekas teman lelaki? Bekas tunang? Atau tak ada kena-mengena tapi meminati Aireen dan berangan mahu mendampingi gadis itu ? Perasan nak ajak kahwin, tapi Aireen tak nak pun sebenarnya.
Tapi kalau Aireen tak nak, kenapa kelihatannya wajah dan air muka Aireen seperti lain macam aje kelmarin? Masa mula-mula sampai tempat karaoke, lagaknya bukan main happy dan ceria. Tapi, lepas saja berjumpa dan bercakap dengan lelaki tu, terus moodnya berubah. Tidak seligat dan seceria sebelum itu. Aireen duduk di dalam bilik, tapi fikirannya seakan-akan melayang pada orang di luar. Aireen berbual dan senyum dengan mereka yang berada di situ, tapi mungkin ingatannya berpusat pada lelaki itu.
Rayyan ketuk stering kereta. Kalau betul Aireen teringat dan terbayangkan lelaki tu, macam mana pula dengan aku? Bukankah sekarang ni kami dalam istilah bercouple? She’s girlfriend, his boyfriend. Dah sama-sama mengaku bercinta, takkan dia nak bayangkan lelaki lain pulak?
Hello brother. It’s only boyfriend and girlfriend, okay? Bukannya perkara besar sangat pun! Kuat sangat ke istilah couple tu sampaikan yakin sangat yang dia takkan terbayang dan terfikir tentang lelaki lain. Lagipun kau sendiri bukannya tak pernah bercinta dengan orang lain, tapi terbayang dan terkenangkan perempuan lain. Biasalah tu. Bercinta aje kut. Itu pun percintaan kau dengan dia baru cecah dua bulan. Entah-entah dengan lelaki tu, Aireen dah berkawan berbulan-bulan dan bertahun-tahun. Silap-silap, sekarang ni Aireen kononnya bercinta dengan Rayyan, tapi tak alih-alih akan naik pelamin dengan Rafeeq.
Ha, Rafeeq! Nama itulah yang dia dengar Aireen sebut malam kelmarin. Aduh. pangkal nama pun sudah sama hurufnya R. Kena pula masing-masing mahukan perempuan yang sama juga sekarang ini. Bezanya, Rafeeq tu mahukan Aireen untuk dijadikan isteri dan dia pula mahukan Aireen, untuk apa? Sekadar untuk menambah senarai teman wanita yang sudah sedia panjang berjela tu? Memanglah pernah beberapa kali dia ucapkan perkataan kahwin, tapi sejujur-jujurnya adakah dia memang maksudkannya?
Rayyan dilanda kegelisahan. Betul-betul panas seluruh anggota badannya sekarang ini. Panas hati sebab tahu ada orang yang nak kahwin dengan
Aireen dan panas punggung sebab tak sabar-sabar nak berjumpa dengan Aireen dan bertanyakan tentang hal tersebut. Kalau boleh dia nak tanya terus pada malam kelmarin, sebaik saja dia terdengar perbualan Aireen dan Rafeeq. Tapi tak jadi. Dibiarkan saja kerana dirasakan seperti tiada kepentingan.
Tapi entah kenapa, semakin lama dipendam, semakin menjadikan hatinya sesak pula. Siang malam asyik teringat perbualan mereka berdua. Tak putus-putus terbayangkan kesungguhan lelaki itu meluahkan perasaan. Tak habis-habis hatinya berkata sendiri, kalau dibiarkan lama-lama, memang betul Aireen kahwin dengan Rafeeq. Kau pula, duduk melopong! Hai… tak boleh jadi!
Perkara ini mesti diselidik pada tuan yang empunya badan. Hal ini mesti dikorek sedalam-dalam dan sebetul-betulnya. Sekarang ni aku boyfriend dia, mesti aku ada hak nak tahu semua benda tu kan?
Lantas telefon bimbit dicapai. Mencari nombor yang diingini, lalu menekan punat hijau. Beberapa saat talian tersebut berjawab.
“Reen... malam ni kita dinner?” Soal Rayyan apabila beberapa ketika mereka berbual dan bertanya khabar tentang diri masing-masing. Satu hari tak jumpa, rindu juga dia dengan gadis itu.
“Malam ni I tak bolehlah. dah ada janji,”
“Janji? Janji dengan siapa?”
“Dengan kawan. Kita jumpa esok, boleh?”
Diam. Di dalam hati bagaikan rasa kecewa.
“Kawan mana yang you dah janji nak jumpa malam ni?” Soalan tadi dibiarkan tidak berjawab, lalu disoal dengan pertanyaan yang lain.
“Kawan lama. Sorry. nanti esok kita dinner sama-sama. Ok?”
Dia diam lagi. Rasa macam tak puas hati.
“Ray, kenapa diam? I mintak maaf sangat-sangat. kalau I tahu you nak ajak dinner malam ni, I tak janji dengan orang lain. Baru aje tadi kawan I tu ajak keluar sebab dah lama jumpa. Sorry…” kedengaran begitu manja suara itu memohon maaf dan simpati.
“Alamak Ray, ada polis dekat depan! I tengah drive ni. Nanti kena saman pulak. I hang up dulu eh? Nanti malam lepas balik dinner, I call atau SMS you, okey?”
Diam tak berjawab.
“Ray, I letak tau! Okey bye.”
“Wait! I nak ikut…”
Talian dimatikan. Rayyan mengeluh. Belum habis dia nak bercakap, Aireen dah letak telefon. Tak sempat-sempat!
Urgh! Dah ada agenda lain pulak si Aireen ni. Baru ingat nak jumpa dan luahkan gelisah dalam hati, nampaknya kena tunggu dulu. Entah kawan mana yang dia nak jumpa malam ni. Ramai sangat kawan-kawan dia tu. Kawan lama konon. Kawan yang ajak keluar tu, kawan perempuan ke, kawan lelaki? Entah-entah kawan dia yang malam kelmarin, si Rafeeq!
Alamak.... entah-entah dia dah berjanji nak berjumpa dengan Rafeeq untuk berbincang pasal nak kahwin. Manalah tahu. Mungkin kelmarin Aireen belum setuju nak kahwin tapi malam ni, tiba-tiba dia berubah fikiran pula. Kalau betul, macam mana ni?
Ish... tak mungkin! Kelmarin nampak gaya macam Aireen dah tak nak berjumpa atau bercakap dengan si Rafeeq tu lagi. Bukankah Aireen minta agar si Rafeeq tu beri dia masa dan ruang? Itu tandanya dia tak nak diganggu oleh lelaki itu. Jadi kalau bukan Rafeeq, siapa pula yang Aireen dah berjanji malam ni?
Mungkin Amir!
Aduh… siapa pulak Amir ni? Masa jumpa lelaki yang nama Mus, nama Amir terlepas sebut, dan malam kelmarin pun, nama Amir juga yang disebut-sebut oleh Aireen dan Rafeeq. Siapakah gerangan Amir itu? Apa hubungan antara Amir dan Aireen. Kenapa si Rafeeq pun boleh tahu, kenal dan sebut nama Amir? Rafeeq nak kahwin dengan Aireen, si Amir pun sama juga ke?
Ya Allah, berapa ramai lelaki dalam hidup Aireen ni? |
|
|
|
|
|
|
|
*****
RAYYAN duduk silang kaki sambil lempar pandangan pada orang-orang yang tengah sibuk menari di tengah lantai tari. Rasanya macam dah lama juga dia tak jejak kaki dekat sini. Dua bulan dia sibuk berkepit dengan Aireen, dua bulan jugalah tempat-tempat seperti ini dilupakan. Pernah juga dia mengajak Aireen ke sini, tapi ditolak oleh gadis itu.
Katanya, dia tak sesuai dengan tempat sebegini. Dia tak minat masuk disko, kelab atau segala mak bapak yang berkaitan dengan tempat-tempat macam ni. Jadi bila Aireen tak suka, dengan dia sekali jadi terikut sama. Pelik dengan gadis tu, nampak moden tapi tak sesuai dengan kelab malam? Sebenarnya bagus juga, sekurang-kurangnya sejak berkawan dengan Aireen kurang sikit dosa. Tak masuk disko, tak cari perempuan untuk jadi mangsa. Kan pengaruh yang positif tu?
Dari jauh Rayyan nampak Fahmi yang sedang menapak menuju ke arahnya. Rayyan senyum. Geleng kepala bila melihat gadis seksi yang sedang diusung bersama dengan Fahmi. Rasanya baru-baru ni Fahmi kata macam nak tukar cita rasa cari gadis bertudung, tapi nampak gayanya tak mampu juga nak tahan dari peluk perempuan-perempuan seksi.
“Bro!” tegur Fahmi sebaik saja sampai. Dia angkat tangan kanan.
“What’s up, bro.” Sambut Rayyan tersengih-sengih.
Fahmi dan perempuan tersebut duduk berdepan dengan Rayyan.
“Lawa awek kau, bro.” puji Rayyan sambil angkat kening sebelah.
Fahmi ketawa. “Biasalah. macam tak tahu taste aku.” Balasnya.
“Fifi, ini Rayyan. Rayyan, Fifi.” Dia memperkenalkan mereka berdua.
Perempuan tersebut hulur tangan dan Rayyan menyambut mesra. Di dalam hati, dia memuji kecantikan wanita tersebut. Pandai betul si Fahmi ni pilih chikaro. Sudahlah lawa, putih pulak tu. Seksi jangan cakaplah. Siapa yang memandang, memang berderau seluruh urat dalam badan ni.
“Kau sorang, bro? Tak bawak Aireen sekali?” Soal Fahmi.
Rayyan geleng kepala. “Dia tak minat tempat-tempat macam ni,”
“Oh... itu pasal kau dah lama tak muncul sini.”
Rayyan ketawa kecil. Sambil-sambil itu masih mencuri pandang pada wanita disebelah Fahmi. Tengok perempuan tu senyum, semakin bergelora dalam hati.
Seterusnya mereka bertiga berbual-bual. Dari dialek Fifi, rasanya dia berasal dari Sabah. Dapat juga beberapa kali Rayyan menangkap jelingan-jelingan manja dari wanita seksi tersebut. Sentiasa tersenyum dengan penuh menggoda. Ini yang bahaya ni. kerana, setiap kali wanita itu menjeling, setiap kali itulah dia bagaikan rasa tidak tentu arah. Dia bagaikan mengerti maksud disebalik senyuman dan jelingan manja wanita itu. Bahasa isyarat perempuan-perempuan macam ni, semuanya dah tersimpul rapi dalam kocek!
Tapi, yang peliknya setiap kali perempuan tu senyum, setiap kali itu jugalah wajah Aireen turut datang menjelma. Sampaikan bercelaru kepala otaknya. Aireen, Fifi. Aireen, Fifi. aduh! Pening kepala!
“Kau kenapa, bro? Aku tengok lain macam hari ni?” Soal Fahmi apabila dapat menangkap keadaan Rayyan yang nampak gelisah. Waktu itu Fifi meminta diri untuk berjumpa teman-temannya sebentar.
“Kau teringat Aireen ke?” Soal Fahmi lagi dengan tersengih-sengih.
“Tak adalah. mana ada!” Rayyan menafikan.
Fahmi ketawa. “Kau rindu dia ni, bro.” Fahmi mengusik.
Rayyan turut ketawa. Buat-buat macam tak layan dengan usikan Fahmi itu. Aku rindu Aireen? Alah, setakat aku saja yang rindu dekat dia, nak buat apa? Si Aireen tu pun rindukan aku jugak ke? Entah-entah dia tak heran pun! Manalah tahu kalau-kalau sekarang ni si Aireen tu tengah sibuk bercakap dengan Rafeeq pasal rancangan mereka nak kahwin. Kalau bukan dengan Rafeeq, mungkin dia ada dengan Amir sekarang ni.
Rafeeq lah, Amir lah. entah mana satu si Aireen ni. Aku ni pulak, nak letak mana? Hei… aku ni tengah rindu tahu tak, rindu! Kau sedap-sedap keluar dengan orang lain!
Rayyan ketap bibir. Memang sakit betul hati dia sekarang ni. Apa yang Aireen tengah buat, dekat mana Aireen sekarang, memang betul-betul membuatkan dia rasa tak senang hati. Rasa macam nak telefon dan tanya, tapi takut pula Aireen cakap dia ni kaki cemburu buta. Lagipun, jatuhlah imej dia. Tak pernah-pernah dia ambil kisah pasal apa yang perempuan-perempuan lain nak buat. Jadi takkanlah dengan Aireen dia nak sibuk-sibuk ambil tahu pula? Lantak dialah nak buat apa pun! Ada aku kisah?
Aireen boleh buat apa yang dia nak, dia boleh jumpa dengan mana-mana kawan yang dia nak, dan dia boleh dating dengan mana-mana jantan yang dia suka! Rafeeq, Amir, lantaklah. selama ini memang aku dah biasa jalinkan hubungan yang terbuka. Kau hal kau, aku hal aku. Jadi, apa bezanya dengan Aireen kali ni? Kalau dia boleh bersuka ria sekarang ni, aku pun boleh. Kalau dia dengan Rafeeq, aku boleh dengan Fifi. Kalau dia dengan Amir, aku boleh pilih sepuluh lagi perempuan lain yang ada dekat sini!
“Bro, si Fifi tu memang awek kau ke?” Soal Rayyan pada Fahmi bila nampak Fifi yang sudah meninggalkan kawan-kawannya dan datang menuju ke arah mereka.
“Awek? Tak adalah. Aku baru kenal dia tadi,” Jawab Fahmi. Namun kemudian dia angkat kening. “Kenapa? Kau berkenan?”
Rayyan sengih. Turut angkat kening.
Kali ini Fahmi ketawa besar. “Aku ingatkan sekarang ni kau berkenan dekat Aireen sorang aje.”
“Hei. kau kenal aku, bro.”
Fahmi masih lagi ketawa. Makin besar ketawanya. Begitu juga dengan Rayyan. Dan bila Fifi datang menyertai mereka semula, Rayyan mula masuk jarum. Daripada jelingan manja Fifi sebentar tadi, rasanya bukan susah sangat nak masuk lubang. Setakat perempuan macam ni, sekali buka mulut aje, dah terus boleh kena ngap!
“Ray, malam ni hantar I balik, boleh.?”
Rayyan tersengih-sengih bila dengar soalan tersebut keluar dari mulut Fifi. Begitu mengerti maksud disebalik pertanyaan itu. Well, what else can I say? |
|
|
|
|
|
|
|
Rayyy |
|
|
|
|
|
|
|
kantoi x?... |
|
|
|
|
|
|
|
haiz, few days mmg dok meratib kes mh370, x smpt nk update story, sowi ya? hikhikhik... |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
18
DIA berdiri betul-betul menghadap cermin. Menayang-nayangkan badannya yang tegap dan sasa itu. Sesiapa pun yang menatap wajah itu sudah pasti akan jatuh cinta. Berbekalkan wajah ala-ala Pan-Asia, selayaknya dia menjadi model. Nescaya serata dunia dia mampu jelajah dan terokai berbekalkan anugerah ini. Anugerah yang sungguh sempurna. Dan dengan kesempurnaan inilah belum pernah lagi ada gadis yang mampu melarikan diri daripada jatuh cinta dengan kekacakannya. Selama ini juga belum pernah lagi ada gadis yang belum tewas di tangannya.
Rayyan tersenyum. Setelah puas dia menilik wajah dan badan di hadapan cermin, dia melangkah malas dan menghempaskan badan ke katil. Terbayang-bayang apa yang dilalui malam tadi.
Fifi!
Wanita berketurunan Melayu-Kadazan itu memang cukup hebat. Bukan setakat hebat sebagai pegawai pemasaran, malah dia juga hebat beraksi. Tak sia-sia bawa balik malam tadi. Kalau bukan sebab pagi ini si Fifi perlu keluar awal atas urusan kerja, sudah pasti ketika ini mereka masih lagi berselimut bersama.
Rayyan ketawa sendiri. Dia pusing badan dan keluarkan telefon bimbit dari kocek seluar yang bersepah di atas lantai. Eh, ada panggilan yang tidak dijawab. Bila masa pula telefon ni berbunyi? Tak dengar pun!
Rayyan melihat nama dan nombor yang tertera. Alamak. Aireen! Aireen ada call malam tadi? Macam mana boleh tak dengar dan perasan bunyi telefon ni? Lima panggilan yang masuk, lima-lima kali tidak berjawab. Aduh. ini mesti kes dah sibuk sangat dengan si Fifi, sampai bunyi telefon pun tak dengar!
Rayyan cepat-cepat mendail nombor Aireen. Pagi-pagi sudah rasa rindu pada gadis itu. Agaknya mesti Aireen kecewa bila panggilannya tidak berjawab malam tadi. Baru malam tadi rasa sakit hati dengan Aireen, tapi bila melihat ada panggilan yang datang dari gadis itu, terus sakit hatinya hilang. Aireen telefon, tandanya malam tadi Aireen teringatkan aku.
Lama Rayyan menunggu panggilan yang dibuat dijawab, namun hampa. Akhirnya masuk ke dalam peti simpanan suara. Dia mencuba lagi. Mungkin Aireen baru keluar bilik air, tak sempat nak angkat. Tapi kali ini juga panggilan tersebut tidak juga dijawab. Ditunggu beberapa minit dan diulang panggil pun masih juga tidak berangkat. Hai, tengah sibuk ke? Tak apalah. nanti tengah hari sikit, cuba telefon lagi! |
|
|
|
|
|
|
|
*****
RAYYAN mengeluh panjang. Apa ni? Dah beratus-ratus kali telefon, tak angkat-angkat pun? Takkan sibuk sangat sampai angkat telefon pun tak boleh? SMS pun tak balas. Geram betullah!
Rayyan capai telefon lagi. Walaupun baru tadi dia berasa geram, tapi masih belum berputus asa untuk mendail nombor yang sama sekali lagi. Harap-harap kali ini akan berjawab. Sudah dua hari panggilannya langsung tidak diangkat oleh Aireen. Sudah tidak terkira berapa banyak panggilan yang sudah dibuat. Sudah tidak terlarat nak mendengar nada talian yang tidak bersambut.
Pagi semalam telefon, tak angkat. Tengah hari, pun sama. Petang lepas balik kerja, masih lagi begitu. Malam sebelum tidur, bangun dari tidur, berpuluh-puluh kali telefon, pun tak berangkat. Hari ni pun begitu juga. Pagi, tengah hari, petang, sampailah sekarang ni dah masuk waktu makan malam, tak jawab-jawab!
Rayyan menunggu. Nada yang panjang dibiarkan hingga terputus sendiri. Tak jawab jugak! Aduh… sepuluh kali berturut-turut aku telefon, kenapa kau tak angkat? Apa masalah si Aireen ni? Tiba-tiba tak angkat telefon pulak. Kalau sibuk, bagilah SMS cakap sibuk. Tak adalah aku geram dan gelisah macam ayam berak kapur dekat sini. Kan senang!
“Bro, kau kenapa? Tengok muka merah semacam aje ni.”
Rayyan angkat muka. Tengok Saiful yang terkebil-kebil memandang. Zairee yang berada di sebelah Saiful turut melempar pandang pada dia yang tengah tahan geram.
“Aireen... aku telefon, dia tak angkat-angkat. Geram aku!”
Kedua-dua sahabatnya itu mengangguk.
“Aku baru lepas jumpa dia petang tadi,” sebaris dialog dari Saiful terus menggamit perhatian Rayyan.
“Dekat mana?”
“Tempat biasalah. Gim,”
Rayyan angguk. Lupa pula yang Saiful dengan Aireen bersenam di tempat yang sama. “Kau jumpa dia, dia tak ada tanya apa-apa pasal aku?”
Saiful geleng.
“Dia tak tanya ke, kenapa aku tak jawab call dia malam semalam?”
Saiful geleng lagi. “Kenapa kau tak jawab call dia? Kau buat apa malam semalam?”
Rayyan diam. Takkanlah nak cakap dekat Saiful apa yang dia buat malam semalam. Kang tak pasal-pasal Saiful marah dan bocorkan rahsia pada Aireen pula. Sudahlah orang tu baru saja nampak macam nak restu hubungan antara dia dan Aireen. Kalau Saiful tahu, dihasutnya Aireen yang bukan-bukan pulak!
“Aku lepak dengan Fahmi dekat kelab, tak dengar bunyi telefon. Biasalah. bising!” Rayyan beralasan.
“Lepak aje?”
“Yalah!”
“Lepas tu?”
“Lepas tu, aku balik rumahlah! Yang kau tiba-tiba bersoal macam-macam ni, kenapa? Kalah mak aku!”
Saiful sengih. Tak sambung soalan lagi sebaliknya terus sumbat burger dalam mulut. Rayyan tengok Saiful makan dan rasa macam nak tanya lagi pasal Aireen. Tapi takut pula si Saiful ni syak yang bukan-bukan, jadi abaikan sajalah. Dia tengok telefon bimbit Saiful ada atas meja, lalu terfikir pula satu idea.
“Bro, aku pinjam telefon kau kejap!” Terus telefon bimbit Saiful dicapai.
Saiful tak kata apa dan terus biarkan Rayyan guna telefon dia.
Rayyan tekan punat. Mendail nombor Aireen. Lima kali nada berdering, terus saja panggilan tersebut dijawab. Aik? Pakai telefon Saiful cepat pula dia angkat telefon?
“Helo,”
“Helo,” Rayyan bangun. Sengaja menjarakkan diri dari Saiful dan Zairee. “Aireen?”
Aireen diam tak terus menjawab panggilan nama dari Rayyan.
“Helo, Aireen…” sekali lagi Rayyan memanggil.
“Rayyan?”
“Yup! I ni. You tengah buat apa?”
“Err... I tengah tolong Zubai buat kek. Kenapa you call pakai nombor Epul?”
“Saja. I call you dari semalam tak berangkat, kenapa?”
“Oh. ya ke? Sorry, dua hari ni I sibuk. Semalam dengan hari ni kena ikut bos pergi mesyuarat dekat luar. Tak teringat nak call you balik,”
“Hai. sibuk sampai tak ingat nak call boyfriend sendiri?”
Dengar suara Aireen ketawa. Ketawa yang seolah-olah dibuat-buat.
“Err... Ray. I kena letak phone dululah. Zubai panggil, nanti hangus kek dia. Lepas ni I call you balik eh?”
“Ha? Dah nak letak?”
“A’ah. Sorry! I’ll call you back, later ok? Bye!”
Serta-merta talian diputuskan.
Rayyan termangu-mangu. Aik? Letak telefon terus macam tu aje? Tak tunggu aku cakap bye? Takkan sibuk sangat buat kek sampai tak sempat-sempat nak cakap telefon? Tak sampai seminit, terus dah tak sabar-sabar nak letak. Lepas tu, yang peliknya kenapa dua hari aku telefon dia tak angkat, tapi bila pakai nombor Saiful, cepat pulak dia angkat telefon? Hairan betul. |
|
|
|
|
|
|
|
*****
DIA betul-betul rasa tak senang duduk. Resah gelisah sepanjang masa. Gundah-gulana setiap saat. Apa yang dibuat, semuanya rasa tak betul. Apa yang difikirkan, semuanya rasa tak tentu arah. Apa yang dia tahu, perasaannya sekarang ini ialah tak sabar-sabar nak tunggu matahari terbenam. Jiwa bukan main berkobar-kobar nak tunggu malam. Dan hati pun bukan main tak sabar-sabar nak melihat jam bergerak ke arah angka 8.00 malam. Bukan sebab tak sabar nak tengok bintang, tapi tak sabar sebab malam ni ada temu janji dengan Siti Aireena!
Yes! Sudah berhari-hari wajah Aireen tidak ditatapnya. Sudah berhari-hari jugalah suara Aireen tidak dapat didengarinya. Entah kenapa bukan main susah pula hendak menghubungi gadis itu beberapa hari ini. Berpuluh panggilan yang dibuat, satu pun tidak diangkatnya. Begitu juga dengan kiriman-kiriman SMS yang dikirim. Bukan main banyak lagi perkataan rindu yang dia hantar, tapi satu pun langsung tak berbalas. Tak tahulah apa yang disibukkan sangat sampaikan tak sempat langsung nak jawab telefon dan berbalas SMS. Sebelum-sebelum ni tak pernah pula begini.
Nasib baik hari ni panggilannya akhirnya dijawab juga. Setelah dicuba dari pagi hingga ke tengah hari, akhirnya panggilan yang entah keberapa ratus kali diangkat oleh Aireen. Tapi itu pun sekejap sangat bercakap. Seperti malam hari tu, kali ini Aireen tergesa-gesa juga hendak meletakkan telefon. Nasib baik sempat dia ajak berjumpa malam ni. Dan selagi Aireen tak beri kata setuju untuk keluar, dia tak mahu letak telefon. Nak ajak keluar pun bukan main payah!
Pelik juga kenapa Aireen tiba-tiba buat perangai? Adakah Aireen ada merahsiakan apa-apa masalah yang disorokkan daripada pengetahuannya? Nantilah, malam karang waktu berjumpa, akan disoal gadis itu mengapa dia berperangai pelik tiga empat hari ni. Dan yang lebih penting, akan diutarakan persoalan mengenai dua nama yang tak putus-putus bermain-main di kepala otak sejak dua menjak ni. Rafeeq dan Amir! Siapa Rafeeq dan siapa pula Amir. Dia ingin tahu. Dia inginkan kepastian dan dia inginkan jawapan yang sebenar-benarnya.
Tak sabarnya nak tunggu malam! |
|
|
|
|
|
|
|
*****
KALAU ikut hati, rasanya macam nak dibaling sahaja telefon bimbit ni ke dinding! Sakitnya hati, hanya Tuhan saja yang tahu. Orang dah bukan main berkobar-kobar, boleh buat hal pulak. Kita dah siap-siap nak keluar rumah, boleh tak jadi pulak. Bodoh!
Telefon bimbit di tangan dibelek. Sekali lagi membaca kiriman SMS yang dihantar oleh Aireen. Katanya maaf, temu janji malam ni terpaksa dibatalkan. Sakit perut, demam, tak sihat.
Argh… tiba-tiba pula sakit! Bila tiba waktu nak keluar, penyakit pula datang menyerang. Petang tadi dengar suara ok aje. Tak ada tanda-tanda macam orang sakit pun? Sakit apa sebenarnya? Sakit perut atau demam? Yang mana satu datang menyerang Aireen secara tiba-tiba? Kalau boleh diterajang penyakit tu, nak aje kasi flying kick puas-puas. Kenapa datang menyibuk time orang nak keluar sama-sama ni? Esok-esok tak boleh ke? Geram betul!
Rayyan mundar-mandir. Tak tahu apa yang nak dibuat sekarang ni. Dia sudah bersiap-siap. Tinggal nak melangkah keluar aje, tapi tup-tup dapat SMS tak jadi pulak. Bila ditelefon untuk dapatkan penjelasan dengan lebih lanjut, untuk ke sekian kali, masih juga tidak diangkat. Hai... agaknya telefon bimbit si Aireen tu patut dicampak dalam lombong aje. Tak guna pakai telefon bimbit tapi bila orang telefon tak dilayan.
Bila temu janji yang dirancang dibatalkan, Rayyan pun terus hilang semangat nak keluar rumah. Dia duduk depan TV, kunyah biskut sambil layan berita. Bila berita habis, dia tukar siaran. Mula-mula tv1. Bila tak ada cerita menarik dia tukar tv2, lepas tu tv3, Ntv7, 8tv, Astro, Al-hijrah dan macam-macam siaran yang ada dekat dalam TV tu dia tengok. Bosan! Memang bosan! Bila hati tengah kacau, memang apa pun tak boleh nak concentrate. Bertukar-tukar siaran, tak ada satupun yang boleh buat dia lupa pada sakit hati tak jadi keluar makan dengan Aireen.
Tak boleh jadi! Kalau telefon susah sangat nak dapat, baik pergi terus rumah dia, senang cerita. Kalau betul dia sakit, boleh juga dibawa ke klinik. Manalah tahu sakitnya itu teruk, kang tak pasal-pasal melarat pula. Daripada duduk tercongok depan TV tapi kepala otak asyik terbayang dia saja, baik puaskan hati dengan betul-betul tengok muka dia depan mata. Muka sakit pun sakitlah, janji lega dalam hati.
Rayyan cepat-cepat tutup televisyen dan terus berlari keluar. Cepat-cepat dia menyusur keluar menuju ke kawasan perumahan apartmen yang disewa oleh Aireen bersama-sama dengan sepupu-sepupunya. Memang tidak sabar benar rasanya nak menatap wajah tersebut. Harap-haraplah sakit perut atau demam yang dialami oleh gadis itu tidak seteruk mana. Risau juga kalau-kalau Aireen tengah sakit teruk sekarang ni.
Sampai di Pandan Perdana, Rayyan terus memakir kenderaan dan menapak ke tingkat tiga. Diketuk pintu rumah Aireen yang tertutup rapat. Sambil-sambil itu dia memberi salam. Malangnya, pintu tersebut tidak langsung dibuka walaupun setelah berkali-kali diketuk. Salam yang diberi juga tidak disahut oleh sesiapa.
Aik? Tak ada orang? Mana perginya si Aireen, Zera, Hanisa dan juga Anis? Semuanya pergi bawa Aireen ke klinik ke?
Tak puas hati, Rayyan turun satu anak tingkat. Menuju rumah Zubaidah yang terletak di tingkat bawah rumah Aireen. Diketuk dua tiga kali, lalu pintu rumah Zubaidah terbuka luas.
“Eh, Ray!” Sambut Azrul dengan wajah sedikit terkejut melihat kelibat Rayyan. Lantas pintu gril dibuka.
“Apa kau buat dekat sini? Masuklah!”
Rayyan mengangguk. Melangkah masuk ke dalam rumah tersebut. Manalah tahu kut-kut Aireen ada tengah berehat dekat sini.
Rayyan masuk lalu duduk di sofa putih di ruang tamu.
“Zubai, Ray datang.” Azrul memanggil isterinya yang ketika itu sedang berada di dapur. Tak sampai beberapa saat, Zubaidah keluar dan dia juga nampak seperti terkejut melihat kehadiran Rayyan yang tiba-tiba datang tanpa diundang.
“Ray, apa mimpi datang sini malam-malam?” Tegur Zubaidah.
Rayyan sengih. “Saja. datang nak tengok Aireen.” Jawabnya.
“Tengok Aireen? Kalau nak tengok dia, pergi tingkat ataslah. dah salah rumah ni,” Balas Azrul sambil duduk di sofa yang sama dengan Rayyan.
“Dah naik dah. tapi rumah atas tak ada orang. Ketuk-ketuk tak ada sesiapa yang buka pintu. Ingatkan semua lepak sini,”
“Oh... dia orang pergi makan agaknya. Kadang-kadang kalau malas masak, dia orang makan sini. Tapi hari ni, aku pun tak masak. Jadi dia orang pergi makan luar la tu.”
Rayyan pandang Zubaidah. “Pergi makan? Aireen pun?”
“Dah kalau dia pun tak ada, sekali la tu.”
“Larat ke dia pergi demam-demam tu?”
“Demam? Bila pulak dia demam? Tadi tengok sihat walafiat aje.”
Kali ini Rayyan diam. Tidak lagi memanjangkan dialog di antara dia, Zubaidah dan Azrul. Dalam hati dia memang betul-betul pelik. Kata Zubaidah, Aireen sihat walafiat. Tapi kenapa tadi dia mesej cakap tak boleh keluar sebab demam dan sakit perut?
Rayyan betul-betul tak faham sekarang ini. Perangai Aireen dalam beberapa hari ini memang mengundang tanda tanya. Telefon tak angkat, SMS tak balas dan sekarang, kelentong cakap sakit pula. Nampak sangat memang ada benda yang tak kena. Tak ada angin, tak ada ribut, tiba-tiba Aireen buat perangai. Kenapa?
Entah-entah sebab malam tempoh hari, dia memang berjumpa dengan Rafeeq! Mereka berdua dah berbincang dan setuju nak kahwin. Sebab tu Aireen jadi macam ni. Dia nak lari, dia nak elakkan diri.
Aireen, sampai hati kau! |
|
|
|
|
|
|
|
*****
KERETA Myvi Putih menyusur masuk ke kawasan tempat letak kereta. Sedikit demi sedikit kenderaan diperlahankan lalu berhenti betul-betul di satu petak kosong yang sedia ada. Beberapa saat, pintu kereta depan dan belakang dibuka dari dalam. Satu demi satu anak muda yang berada di dalam melangkah keluar dari perut kereta. Sambil-sambil itu mereka berbual-bual dan diselang-seli dengan tawa kecil.
“Hai... seronok nampak! Baru balik makan?” Tegur satu suara.
Terus keempat-empat anak gadis tersebut memandang ke arah tempat yang sama.
“Hei. abang Ray!” Zera mendahului mereka yang lain menegur suara yang menyapa sebentar tadi.
“Abang Ray buat apa dekat sini? Menyorok tempat gelap pulak tu.” Tambah Zera lagi.
“Abang baru turun dari rumah Zubai tadi. Saja duduk tempat gelap, senang sikit nak skodeng!”
Mereka yang lain ketawa. Hanya satu makhluk sahaja yang berada di situ tidak turut sama ketawa.
“Abang Ray datang sini mesti sebab nak jumpa Kak Reen kan? Okaylah, kita semua naik dulu. Jumpa lagi.” Anis pula bersuara tanda memahami kehadiran Rayyan di situ.
“Okey, have a nice chat. Bye, abang Ray.” Sambung Hani pula.
“Bye Zera, Hani, Anis.” sambut Rayyan sambil tersengih. Sudah beberapa bulan dia berkawan dengan Aireen. Dia sudah pun menghafal nama dan setiap wajah sepupu-sepupunya itu.
Ketiga-tiganya berlalu pergi. Meninggalkan kelibat Aireen bersendirian bersama-sama dengan Rayyan. Hilang bayang-bayang mereka bertiga, terus saja Rayyan melepas pandang pada Aireen yang tengah berdiri di sebelah pintu kereta.
“Pergi mana?” Soal Rayyan.
“Err... makan,” Jawab Aireen.
“Kata tak sihat?” Soal Rayyan lagi.
“Hmm... memang pun! Tadi sakit perut. Tapi lepas makan dah okay. Err... agaknya perut masuk angin kut. Sebab tu rasa macam nak demam. Sekarang dah tak ada apa-apa.” Aireen senyum sedikit.
“Oh... kalau macam tu, kenapa cancel keluar dengan I tadi? Kalau lepas makan dengan I, mesti perut you akan sihat jugak.”
Aireen sengih. “Sorry I cancel our dinner. Tadi memang sakit sangat-sangat! Tak naklah menyusahkan you nanti,”
“Betul ke you ni betul-betul sakit?” Rayyan masih lagi tidak putus menyoal. Tapi soalan ini, dengan nada mengejek sedikit. “Tadi Zubai cakap, you sihat walafiat aje.”
Aireen kelihatan tergamam sedikit. Langsung tak jawab apa-apa dan hanya senyum sedikit dan lepas tu terus pandang tempat lain.
“Are we okay here?” soal Rayyan apabila beberapa ketika mereka saling mendiamkan diri.
Aireen angkat kening. Tanda tak faham dengan soalan Rayyan yang ini.
“Kita... you and me, okay ke? You nampak macam lain sikit lately ni,”
“Lain? Tak ada yang lainlah. we okay. Tak ada apa-apa,”
“Sure? If anything wrong, you can talk to me,”
“Sure! Kita okay aje. Tak ada apa-apa masalah pun. “Aireen membalas.
“Err... Ray, I ingat I nak naik dululah. mintak maaf pasal dinner malam ni. Nanti I call you, kita set dinner lain kali pulak, eh?” Aireen mula angkat kaki. Melangkah beberapa tapak hendak meninggalkan Rayyan.
“I don’t thing we are okay here!” Jerit Rayyan sedikit. Menyebabkan langkah Aireen tersekat semula.
“I rasa kita tengah ada masalah. You tak boleh tipu I. I tahu sekarang ni you memang sengaja nak elakkan diri dari I, kan?”
Aireen diam.
“I call you tak angkat. Mesej pun you tak jawab. Tapi bila Saiful yang telefon, you angkat pulak. I bukannya bodoh, Reen. I tahu ada benda yang tak kena. Kenapa? Apa masalah you? Kalau ada apa-apa, cakap ajelah!”
Aireen pandang wajah Rayyan dua tiga saat. Lepas tu dia tarik nafas dalam-dalam dan lepaskan perlahan.
“Okaylah, disebabkan you dah tanya, I straight forward ajelah. Tak payah I nak lari-lari lagi.” Kata Aireen masih lagi pandang muka Rayyan dengan tenang. “I think I want to stop playing,”
“Stop playing what?”
“This...” Aireen tunjuk ke arah Rayyan dan dirinya sendiri. “This boyfriend and girlfriend thing. Tak payah teruskan lagi. I dah tak nak main-main.”
Rayyan seakan-akan tergamam. “Main-main? Bila masa pulak kita main-main?”
“Ray, kita sama-sama tahu yang benda ni bukannya betul sangat pun. tak pernah orang bercinta semata-mata sebab betting main tenis. Lagipun, ikut perjanjian hanya sebulan aje kan? You;ve got your one month already, so I think we should stop it right now. Dah terlebih sebulan expired date agreement kita tu.”
Rayyan geleng kepala. “I tak faham. Maksudnya sekarang ni, you mintak break dengan I?”
Aireen angguk. “You can consider it as break up or any kind of it. Tapi bagi I, I cuma dah tak nak main-main lagi,”
“Hei, siapa cakap I main-main?!” Nada suara Rayyan naik setakuk. “You ingat you boleh mintak putus dengan I senang-senang macam ni aje?”
“Ray, I tahu mungkin you rasa tercabar atau sakit hati sebab tak pernah kena dump dengan mana-mana perempuan. But I tell you what, takkan ada orang yang akan tahu pasal hal ni. You boleh cakap dekat semua orang, you yang tinggalkan I. I rela. You cakaplah yang you dah boring dengan I ke, dah jumpa perempuan lain ke, apa-apalah. I don’t mind! Janji kita stop sampai sini,”
“Why must we stop? Why must we break up?”
“Sebab I dah tak nak. I tak nak main-main lagi. Tak faham ke?”
“Memang I tak faham!” Takat suara Rayyan masih lagi belum menurun.
“You nak putus dengan I sebab dah tak nak main-main? Bullshit! Kenapa you tak cakap aje yang you nak putus sebab you ada lelaki lain. Kan senang!”
Aireen terkedu.
“Baik you cakap yang you dah setuju nak kahwin dengan Rafeeq. Sebab tu you nak putus dengan I. Ataupun sebab Amir. But please don’t use a stupid excuse just to break up with me!”
Aireen diam lagi.
“You nak putus? Okay, fine! We break up. sebab I pun tak heranlah nak bercinta dengan you.” Kali ini paras suara Rayyan turun sedikit berbanding tadi. Hanya wajahnya saja yang masih lagi merah dan keruh. Nampak macam marah gila dengan Aireen sekarang ni.
“Mulai dari hari ni, kita putus! Pergilah dekat Rafeeq tu. I tak heran!”
Rayyan terus angkat kaki. Tak pandang kiri kanan, terus dia buka pintu kereta dan melompat masuk ke dalam. Dihidupkan enjin dan sepantas kilat kereta Hyundai Tucson hitam tersebut mengaum pergi. Meninggalkan Aireen yang dalam keadaan terpinga-pinga. Terkebil-kebil dia melihat kereta yang dipandu Rayyan menyusur pergi meninggalkan pekarangan apartmen empat tingkat tersebut. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|