CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: momey

Bisikan Cinta.. ~ TaMat ~

[Copy link]
 Author| Post time 18-12-2013 03:07 PM | Show all posts
Tok! Tok! Tok!

Pintu dibuka. Jasir terkejut.

“Aik? Awalnya kau datang.” Jasir menggosok matanya yang baru bangun tidur itu.

“Stress r!”

“Masuk dulu.”

Saif masuk ke dalam rumah. Jasir mengunci pintu semula. Mereka duduk. Jasir yang hanya memakai tuala mandi itu membuka televisyen.

“Sayang!!” tiba-tiba seorang perempuan bersuara dari dalam bilik Jasir.

Jasir dan Saif saling berpandangan. Jasir tersengih.

“Jap erk.”

“Jangan lama wei!”

Jasir sempat menjelirkan lidahnya lalu berlari masuk ke dalam bilik. Saif tersenyum sambil menggelengkan kepalanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-12-2013 08:46 AM | Show all posts
Daisy tersenyum. Tersenyum memandang Yusuf dan kemudian memandang Hasya.

“Wow! Cantiknya body dia..” Bisik hati Hasya sambil memandang Daisy dari atas sampai ke kaki.

“Hai.” Ucap Daisy tanpa rasa bersalah.

Yusuf memandang Hasya sambil menghulurkan sampul kecil itu.

“Nanti kita sambung lagi.”

Hasya terpaksa mengambil duit itu. Dia senyum lalu berlalu keluar dari bilik itu. Yusuf kemudian memandang Daisy. Daisy tersenyum sambil berjalan ke arah Yusuf.

“Handsome!” puji Daisy sambil menepis habuk kecil di bahu Yusuf itu.

“Ada apa datang sini?”

“Saje..”

“Tak reti nak ketuk pintu dulu kalau datang tempat orang?”

“Alaaa..takkan kita dua pun nak begitu protokol sekali?”

Daisy cuba mengucup bibir Yusuf. Yusuf sempat memegang bahu Daisy dan menolak sedikit ke belakang.

“Please, Daisy! Kalau tak ada benda yang penting baik U keluar.”

“Kalau I tak nak keluar?”

Yusuf menggelengkan kepalanya. Kemudian dia terus ke mejanya dan mula mendail nombor.

“Cik Latifa, sila masuk kejap.”

Daisy ketawa kecil. Beberapa saat kemudian, Latifa mengetuk pintu lalu masuk ke dalam bilik Yusuf. Dia terkejut melihat ada perempuan cantik lain berada di dalam bilik itu.

“Bila masa pula perempuan ni ada dalam ni?” Latifa hairan.

“Please..” Yusuf memberi isyarat minta Daisy berundur.

“Tak nak..” jawab Daisy lalu duduk di sofa berdekatan. Skirtnya yang pendek itu menampakkan pehanya yang gebu.

Yusuf mengeluh.

“Tolong saya, Cik Latifa. Bawa Cik Daisy kita ni keluar. Saya ada banyak kerja nak kena uruskan.” Yusuf sedikit tegas.

Latifa cuba untuk memegang lengan Daisy namun Daisy cepat menepis.

“Jangan sentuh saya!” Daisy menjerling tajam pada Latifa.

“Mengadenye! Sekeh kepala baru tau!” ngaduh Latifa dalam hati.

Daisy bangun lalu berjalan ke arah Yusuf.

“Nampaknya U dah banyak berubah.” Bisik Daisy ke telinga Yusuf.

Dia senyum lalu berjalan keluar dari bilik itu. Latifa hanya memandang dengan seribu pertanyaan.

“Thanks, Cik Latifa. Awak bole sambung kerja awak balik.”

“Ha? Itu je?”

Yusuf mengangguk lalu duduk di kerusinya.

“Tengku.”

“Ya?”

Latifa berdiri tegak di hadapan Yusuf.


                                                                  **********


Bukan seorang, malah dua orang perempuan kecil molek keluar dari bilik Jasir. Mereka tersenyum memandang Saif lalu keluar dari rumah itu. Jasir membetulkan tali boxernya lalu duduk mengadap televisyen.

“Memang jantan sejatilah kau, bro! Hahaha” Terlopong Saif dibuatnya.

“Hahaha..Kau apa kurangnya kan?”

“Aku dah lama tak buat keje ni. Cuma tinggal sisa baki yang ala kadar je..”

“Sisa baki yang sampai sebahagian suku perempuan dalam pejabat bapak kau tu, kau sapu kan?”

“Lebih kurang la tapi, sampai sekarang Hasya tak tau aku dah pakai Latifa budak pejabat dia jugak”

“Kau memang hebat!”

“Bodoh juga Hasya tu”

“Bodoh dia pun, dia jugak yang kau sangap kan?”

Saif terdiam.


                                                                       **********


Yusuf hairan Latifa masih berdiri tegak dihadapannya.

“Kenapa ni?”

“Tengku, Tengku tak nampak ke perubahan pada pakaian saya ni?” kata Latifa yang agak sedikit tergedik itu.

“A’ah..lupa pula saya. Suka! Saya suka awak berpenampilan macam ni. Lagi cantik kalau bertudung.”

“Pulak dah!!! Semalam suruh pakai seluar panjang. Hari ni suh bertudung pulakk!!! Arghhhhh” Latifa terus berjalan keluar dari bilik Yusuf.

Yusuf ketawa kecil sambil menggelengkan kepalanya.

“Macam-macam hal.”

Handphonenya berdering. Tertera nama Danial. Panggilan itu dijawab.

“Assalammualaikum.”

“Waalaikummussalam. Tengku Yusuf, sorry ganggu.”

“Hahaha.. tak payah nak tengku sangat la dengan aku. Kenapa ni?”

“Aku dah nak balik Australia petang ni. Jumpa lunch nanti nak?”

“Boleh aja!”

“Kat Old Town semalam boleh ke?"

“Boleh..boleh! No hal..”

“Ok, nanti kita jumpa.”

“Ok.”

Panggilan dimatikan. Ya, Danial! Dia banyak tahu hal luar dan dalam Yusuf. Mungkin ada sesuatu yang Danial mahu bincang dengannya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-12-2013 03:51 PM | Show all posts
Hasya masih memandang sampul kecil di hadapannya itu. Perlukah dia ambil duit itu? Sepatutnya dia keras menolak dan terus memaksa Saif memulangkan kembali duit dua ribunya itu!

“Dari tadi kau asyik pandai sampul tu. Ada apa dalam tu?” tanya Raudhah lalu mengambil sampul itu dan melihat isi didalamnya.

“Ha??? Duit???? Banyaknye!”

“Nak ambil ke tak erk?”

“Duit sape ni?”

“Duit Tengku.”

“Ha?!!! Duit Tengku???”

“Shhhhh!!!!! Kau ni cakap pelan sikit boleh tak? Nak kecoh satu dunia ke?!” marah Hasya.

“Sorry..sorry. Kau gila ke ape? Duit apa ni? Haaaaaaa..kau jangan cakap yang kau dengan Tengku..”

“Kau cakap baik-baik sikit erk! AKu bukan pelacur ok!!”

“Aku tak cakap pun macam tu..”

Hasya terus bangun lalu berjalan ke pantry. Terasa hati kononnya! Raudhah kejar dari belakang.


                                                                          **********


Saif dan Jasir sama-sama masuk ke dalam kereta.

“Aku kena buat sesuatu” kata Saif yang sedang memandu tanpa tujuan itu.

“Maksud kau?”

“Hasya minta hutang dia balik.”

“So? Bayar je lah. Kau kan anak orang kaya. Jatuh standard la kalau tak mampu hahaha”

“Setakat dua ribu, celah gigi je bro! Masalahnya aku nak juga jadi orang pertama yang ngap-ngap dia!”

“Ngap-ngap? Aduhai Saif oiii!! Tak faham aku dengan kau ni. Dah orang tak sudi, lagi kau gila kan? Tengok macam aku. Dah kalau orang tak nak layan, biar aje lah!”

“Kau tak tahu apa yang istimewanya si Hasya tu..”

“Semua dara sama aje lah,bro..”

“Tak! Lain..lain sangat!” Saif memang suka akan cabaran seperti itu! Lagi lari, lagi suka dia kejar!

Macam tak ada kerja pulak Saif ni. Memang tak ada kerja pun kan? Adeh..

“Yusuf pun sama!”

“Yusuf?"

“Aku akan matikan watak Yusuf dalam hidup aku!”

“No! No..hal tu aku tak nak terlibat ye. AKu tak nak masuk dalam lokap..”

Saif diam.


                                                                             **********


Hasya patah balik. Dia mengambil sampul kecil itu dari tangan Raudhah dan terus berjalan ke bilik Yusuf.

“Hasya!” jeritan Raudhah tidak diendahkan.

Hasya mengetuk pintu bilik Yusuf lalu masuk.

“Maaf, Tengku.”

“Duduk.” Yusuf menurunkan tandatangan lalu menutup fail dihadapannya.

Kemudian dia memandang Hasya yang sedang duduk di hadapannya. Hasya menghulurkan kembali sampul kecil itu.

“Saya tak boleh ambil duit ni.”

Yusuf tidak melawan. Dia membiarkan sahaja Hasya letak sampul kecil itu di hadapannya dan hanya memandang Hasya keluar dari biliknya. Last edited by momey on 19-12-2013 03:55 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-12-2013 04:08 PM | Show all posts
Jam menunjukkan pukul 12.45 tengah hari. Yusuf mengambil handphone di atas mejanya lalu berjalan keluar dari bilik. Dia kontrol dirinya dari memandang Hasya. Dia juga ada ego! Terus berjalan menuju ke pintu lif dan  turun ke bawah. Hasya hanya melihat melalui ekor mata.

“Aku tak nak terhutang budi lagi dengan dia.” Hasya cuba mengawal perasaan. Perasaan bahawa dia mula tertarik dengan sifat lelaki yang bernama Tengku Yusuf itu!

Hasya tunggu juga manalah tahu Yusuf datang kepadanya pujuk kembali ambil duit itu tapi! Nan hadooo..hikhik.

“Raudhah! Tengku mane?” jerit Latifa yang melihat Yusuf tiada di dalam biliknya.

“Dah kuar makan la kot! Eh, kau kan PA dia kan? Apehal plak kau tak tahu ni?”

“Banyak bunyi plak pompuan ni! Pergilah buat keje kau!” Latifa terus masuk ke dalam biliknya.

“Eh..Eh! Nak marah kita plak!” Raudhah menjerling tajam.

Hasya bangun.

“Kau nak ke mana, Sya?”

“Nak tapau.”

“Nak ikut…”

“Merajuk!”

“Alaaa sorry la. Sorry erk. AKu janji lepas ni aku tak akan cakap yang bukan-bukan lagi kat kau..”

Hasya tersenyum.

“Sorry tau..”

“Belanje aku!”

“Ok. No problem!”

Raudhah terus menarik lengan Hasya dan berjalan bersama menuju ke pintu lif.


                                                                      **********


Sesampainya Yusuf di Old Town, dia ternampak Danial tengah menggamit tangan memanggilnya. Yusuf terus berjalan laju menuju ke arah Danial.

"Kita makan kat kedai mamak sebelah ni nak?" ajak Danial.

"Aku mana-mana pun tak kisah."

"Jom!"

Mereka berdua berjabat tangan lalu duduk bertentangan.

“Kau nak makan pe?”

“kau order air limau suam je. Makan aku gi amik sendiri.”

“Ok.”

Yusuf bangun lalu beratur mengambil nasi putih dan lauk campur. Dia suka makan nasi putih bersama ikan atau ayam, sedikit sayur dan kuah campur kalau di restoran Haji Samad itu. Terutama kari kepala ikan! Pecah kepala dibuatnya. hihihi

Danial melihat lauk yang diambil Yusuf dihadapannya itu.

“Kau tak diet?” tanya Danial yang hanya makan roti bakar itu.

“Hahaha tak de makna nak diet! AKu pun hidup tak lama.”

Danial terus terdiam manakala Yusuf pula tersenyum. Senyum yang tak pernah lokek dairi bibirnya

“Kau dah pergi jumpa doktor ke?”

“Belum.”

“Sampai bila? Sampai bila nak jadi tanda tanya ni?”

Yusuf hanya mengangkat bahunya dan terus makan. Padahal dalam hatinya cukup risau dan masih terus fikir akan nasib hidupnya di masa yang akan datang.

“Aku tahu kau dah berubah.” Sambung Danial.

“Aku harap Allah terima taubat aku. Banyak sangat dosa yang aku dah buat!” Yusuf terus mati nafsu untuk sambung makan. Matanya sudah berkaca.

Danial memegang kuat bahu Yusuf.

“Aku nasihatkan kau, lebih baik kau pergi hospital check dengan detail.”

“Aku tak terdaya. Tak mampu nak tanggung jika benar ianya berlaku.”

“Kau kena kuat tempuh semua ni!”

Yusuf diam. Cepat dia mengesat airmatanya dari mengalir keluar.

“Sebab tu sampai sekarang kau tak kahwin?”

Yusuf terus memandang Danial.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-12-2013 04:11 PM | Show all posts
bila dah kenyang, mata pun ngantok
plus ujan plak kat luar.. ape lg?
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2013 02:30 PM | Show all posts
sambung la lagi momey  oitttttt
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 20-12-2013 02:57 PM | Show all posts
yoozara posted on 20-12-2013 02:30 PM
sambung la lagi momey  oitttttt

aik? yoozara ade la..
rindu sama kamuuu hikhik
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-12-2013 03:08 PM | Show all posts
ok2.. momey smbung ckit habuan cuti sbtu ahad
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-12-2013 03:24 PM | Show all posts
Jam 6.00 petang Hasya tiba di rumah dari pejabat. Letih! Hasya merebahkan punggungnya di atas sofa. Kemudian dia memandang handphonenya. Sudah masuk dua hari ayahnya yang berada di kampung tidak menghubunginya. Pelik! Selalunya, selagi dia tidak dapat duit, selagi itu ayahnya akan ugut sehingga dapat!

“Nak call ke tak?”

Belum sempat Hasya menghubungi ayahnya, ada satu nombor masuk dan dia tidak pasti siapa yang hubunginya itu. Dia jawab!

“Hello..”

“Hello. Hasya ke tu?”

“Ya, saya. Siapa ni?”

“Hasya, Mak Tom ni.”

“Mak Tom? Oooo..kenapa Mak Tom?” Rupanya jiran sekampungnya.

“Ayah Hasya.”

“Ayah? Kenapa dengan ayah, Mak Tom?” Hasya gelisah.

“Mak Tom rasa baik Hasya balik kampung sekarang. Polis dah datang dah ni.”

“Cakap lah Mak Tom! Ayah kenapa?!”

“Ayah Hasya kena bunuh.”

Hasya terdiam. Jatuh terduduk dan merasakan dunia sudah gelap!


                                                                        **********


Di pagi yang agak mendung itu seolah memahami perasaan Hasya ketika itu. Masih diselubungi kesedihan.
Dari kubur, perlahan-lahan Hasya berjalan pulang ke rumah. Ayahnya selamat dikebumikan. Sedih dan masih meratapi kematian ayahnya itu. Matanya bengkak dan dia begitu lemah sekali.

Setibanya dia di rumah yang diperbuat dari kayu itu, dia ternampak akan kelibat Yusuf tengah berdiri di tangga rumahnya. Turut ada bersama, Raudhah dan tengah bersalaman dengan beberapa jiran dan mereka pun beransur pulang ke rumah masing-masing.

Langkah di atur sehingga sampai di tangga rumah. Hasya memandang Yusuf. Yusuf faham perasaan Hasya ketika itu. Dia juga telah rasa apa yang Hasya rasakan sekarang ini. Hasya sebak. Dia sudah tidak dapat menahan perasaan sedihnya itu. Sekali lagi dia menangis.

Yusuf merapatkan dirinya berdiri berhadapan dengan Hasya. Perlahan-lahan dia menarik badan Hasya lalu memeluk gadis dihadapannya itu.

“Shhhh..” Yusuf menggosok perlahan belakang Hasya.

Hasya hanya mampu menangis ketika itu. Langsung tidak boleh bercakap. Dia sekarang sudah menjadi anak yatim piatu! Raudhah diam dan terus masuk ke dalam rumah.


                                                                    **********


Datin Jane menghulurkan secawan kopi kepada suaminya lalu duduk bersebelahan. Mereka berdua menonton televisyen siaran 104 itu.

“Sayang, I baru dapat call dari Clarissa.” Kata Dato Jamaludin lalu meletakkan cawannya di atas meja kecil di hadapan.

"Ada ape?"

Saif yang baru hendak turun tangga itu terhenti seketika dan mencuri dengar perbualan ayahnya itu.

"Hasya. Ayahnya dah meninggal."

"Hasya? Staff abang yang pakai tudung tu ke?"

Hanya Hasya seorang sahaja staff perempuan yang pakai tudung di bahagian utama Syarikat itu.

"A'ah. Kesian dia tapi I minta Clarissa yang uruskan."

Saif dengan laju menuruni anak tangga itu lalu keluar dari rumah tanpa sebarang kata. Dato Jamaludin dan isterinya hanya memandang sahaja.

                                                                 
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-12-2013 03:24 PM | Show all posts
Hasya duduk bersimpuh di ruang tamu itu di sudut penjuru dinding keseorangan. Yusuf yang baru selesai solat Zohor itu keluar dari bilik lalu ternampak Hasya yang sedang termenung. Kemudian Raudhah yang baru datang dari dapur itu terpandang Yusuf yang kusyuk memandang Hasya.

“Sya..”panggilan Raudhah itu mengejutkan Yusuf sekaligus dari lamunan.

Hasya memandang Raudhah.

“Kau nak minum tak?”

Hasya menggeleng lemah. Yusuf memandang Raudhah. Dia memberi isyarat pada Raudhah agar duduk di sisi Hasya ketika itu.

Raudhah berjalan lalu duduk di sisi Hasya. Dia memegang tangan Hasya. Erat!

“Sabar ya, Sya. Aku masih ada dengan kau.”

Hasya terus memeluk Raudhah.

“Ayah aku dah tak ada, Raudhah. Aku dah tak ada sapa-sapa lagi.."

“Jangan cakap macam tu. AKu..Tengku Yusuf masih ada dengan kau. Kau kena kuat, Sya. Redha dengan pemergian ayah kau. Biar dia tenang bertemu dengan Pencipta.”

Raudhah mengesat airmata Hasya. Yusuf duduk bersila berhadapan dengan Hasya dan Raudhah. Dia meletakkan songkok yang dipakainya di atas lantai berlapikkan tikar itu.

“Kalau Hasya perlukan apa-apa, saya ada untuk Hasya. Anytime!”

Hasya memandang Yusuf. Mereka berdua bertentangan mata. Yusuf ikhlas disitu. Ini membuatkan Hasya bertambah jatuh hati dengan sikap Yusuf itu.

“Sya, kita orang ingat nak tumpang tidur aje dekat rumah kau malam ni. Kan malam ni ada kenduri tahlil kan? Boleh tak?”

“Boleh je tapi, Tengku? Kesian pula Tengku kalau tidur di rumah saya yang usang ini.”

“Jangan cakap macam tu, Hasya. Saya ok je.” Jawab Yusuf tenang.

“Kau pergi rehat. Kau penat sangat ni.” Arah Raudhah sambil cuba membangunkan Hasya.

Hasya mengangguk lalu berjalan masuk ke dalam biliknya. Yusuf dan Raudhah hanya memandang.

“Saya faham perasaan dia sekarang ni.” Kata Yusuf sendirian sambil diperhatikan Raudhah.


                                                                  **********


Kebetulan, setibanya Saif di parking rumah Jasir, dia ternampak Jasir tengah menyimpan beg pakaian di dalam kereta.

“Bro!” jerit Saif sambil berlari anak ke arah Jasir.

“Apehal ni? Gelisah je muka kau”

“Ayah Hasya. Dah meninggal.”

Jasir terdiam.

“Aku ingat nak balik kampung jumpa dia”

Jasir terlopong!

“Kau ni betul-betul ke atau kau sengaja nak tarik perhatian dia?”

“Aku tak tau nak jawab macam mana. Cuma perasaan aku sekarang, kesian! Tiba-tiba je perasaan ni datang”

Jasir mengangkat bahunya.

“Aku pergi dulu lah!” Saif membuka pintu keretanya.

“Datang nak bagi tahu tu je?”

“Yelah. Kang kau cari aku plak.”

“Call aje pun bole what?”

“Dahlah!” Baru sahaja Saif hendak masuk ke dalam kereta, Jasir sempat menghalangnya.

“Jap. Boleh tolong aku tak?”

“Ape?”


                                                           **********


Hasya mengesat kedua-dua matanya. Liar matanya melihat jam di dinding. Hampir Asar rupanya!
Perlahan-lahan dia turun dari katil. Kemudian dia membuka pintu. Sunyi! Mana perginya Raudhah dan Yusuf?
Hasya ke dapur. Rasa lapar la pula! Dia terdengar akan bunyi orang tengah membasuh pinggan. Raudhah rupanya!

“Eh, dah bangun? Nak makan tak?” tanya Raudhah lalu mengambil pinggan kosong.

“Boleh gak.” Jawab Hasya lemah lalu duduk di kerusi.

Raudhah menyedok nasi ke pinggan dan meletakkan seekor ikan goreng dan sedikit sayur.

“Ini je yang aku boleh masak pun.” Kata Raudhah lalu duduk di sisi Hasya.

“Ok je. Eh, Tengku mane?”

“Dia ke masjid. Katanya nak solat Asar kat sana. Mungkin nak uruskan sekali untuk kenduri tahlil arwah ayah kau malam ni.”

Hasya diam.

“Sya, aku tengok Tengku betul-betul ambil berat pasal kau.”

“Biasalah. Staff dia kan?”

“Aku rasa lebih daripada tu la.”

Hasya terus memandang Raudhah.

“Maksud kau?”
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-12-2013 03:25 PM | Show all posts
insyaallah isnin dpn smbung lg
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2013 07:19 PM | Show all posts
momey posted on 20-12-2013 06:57 AM
aik? yoozara ade la..
rindu sama kamuuu hikhik

jadik silent reader jek
tak bape rajin nak menaip
kikikiki


Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2013 07:25 PM | Show all posts
nie yg rase tak cukup
bab wat cite tgh syok dan dan stop tgh2 bagi kat momey
tensi haku
hadooo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-12-2013 07:08 AM | Show all posts
yoozara posted on 20-12-2013 07:19 PM
jadik silent reader jek
tak bape rajin nak menaip
kikikiki

owh ic... ekeke
tq sbb msih sudi mmbaca
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-12-2013 07:09 AM | Show all posts
yoozara posted on 20-12-2013 07:25 PM
nie yg rase tak cukup
bab wat cite tgh syok dan dan stop tgh2 bagi kat momey
tensi haku

ekekeke..xmo mara2
jap g momey smbung lg insyaallah
hihi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-12-2013 12:11 PM | Show all posts
momey smbung ckit
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-12-2013 12:15 PM | Show all posts
Saif memandu sendirian pulang ke kampung Hasya. Entah kenapa dia rasa begitu simpati dengan nasib Hasya. Sudah ada titik insaf ke di dalam hatinya?

Ya! Dia pernah sekali pulang ke kampung bersama Hasya. Itupun kerana terpaksa! Terpaksa kerana Hasya memaksanya berjumpa dengan ayahnya. Tapi arwah ayah Hasya memang tidak suka akan tingkah laku Saif yang sombong itu. Dia juga pernah ditampar arwah Hasya kerana biadap cuba mencuri masuk ke dalam bilik Hasya pada malam itu. Namun, Saif tidak membalas. Sejahat-jahatnya pun, bab pukul orang tua memang bukan dalam kamus hidupnya.

Tiba-tiba dia terpandang akan sebuah kotak yang terletak cantik dikerusi sebelahnya yang dikirimkan Jasir itu. Berat! Apa isi di dalam itu tidak diketahuinya. Kata Jasir, tunggu kawannya akan datang ambil darinya.


                                                                  **********


Raudhah dan Hasya saling berpandangan.

“Kau tau tak? Riaksi bila aku bagi tahu dia yang aku nak balik kampung jumpa kau sebab ayah kau meninggal tu, Ya Allah.. muka dia terus berubah! Siap dengan cepat dia buat keputusan nak bawa aku sekali ikut dia balik kampung kau tau?”

“Yeke? Bagi aku biasa aje.”

“Yeke kau rasa biasa? Kalau aku, tak ok? Aku rasa macam diri aku dihargai sangat! Rasa macam orang tu dah mula syok kat kita.”

“Habis kau nak aku buat apa?”

“Balas la cinta dia!”

“Ha?” Hasya terus bangun lalu ke sinki. Basuh pinggan.

Raudhah bangun lalu berjalan dan berdiri sebelah Hasya.

“Maafkan aku, Sya kalau aku ada sakitkan hati kau.”

“Tak ada pe la.” Hasya mengelap tangannya yang basah itu lalu berjalan menuju ke ruang tamu.

Raudhah sekali lagi telah kecilkan hati Hasya dengan kata-katanya. Mungkin masa belum sesuai untuk bincnag hal cinta. Hasya berjalan keluar rumah menuju ke pondok rehat yang dibina arwah ayahnya itu. Dia termenung! Masih terbayang ayahnya masih hidup. Walaupun ayahnya tidak sebaik ayah yang lain, namun itu sahaja ayah yang dia ada! Sejahat ayahnya, ayah itulah yang menjadikan dirinya berjaya sehingga sekarang.

Tiba-tiba datang sebuah kereta biru gelap lalu berhenti di halaman rumahnya yang luas itu.

“Saif?” Hasya terus berdiri memandang ke arah kereta Saif.

Saif mematikan enjin. Kemudian dia keluar langsung memandang Hasya yang berdiri bersebelahan pondok kecil itu.


                                                                 **********


Jasir meneruskan perjalanannya ke lapangan terbang antarabangsa Kuala Lumpur. Handphone berdering. Panggilan itu dijawab.

“Yup! Dah. Aku dah kirim kat dia. Nanti kau pergi la jumpa dia ambil barang tu. Aku? Aku tengah nak gerak gi oversea. Ada hal. Nanti apa-apa aku roger. Origt!”

Jasir mematikan talian. Dia tersenyum sendirian. Harap semuanya berjalan dengan lancar.
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2013 01:03 PM | Show all posts
best cte nie...
tt smbg lar lg...hehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-12-2013 02:10 PM | Show all posts
mawar65 posted on 23-12-2013 01:03 PM
best cte nie...
tt smbg lar lg...hehe

tq mawar..
insyaallah jap g momey smbung lg ckit hihi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-12-2013 03:35 PM | Show all posts
Saif berjalan ke arah Hasya. Hasya diam berdiri. Berdiri dan matanya tak kelip memandang Saif.
Mereka berdiri berhadapan. Raudhah perasan tapi dia membuat keputusan untuk mendiamkan diri dan pandang dari jauh sahaja.

“Hasya..”panggil Saif dengan nada lembut.

Mata Hasya sedikit berkaca.

“Takziah.”

Hasya masih mendiamkan diri. Dia mengesat airmata yang mengalir itu.

“Terima kasih.”

Baru sahaja Hasya hendak berlalu pergi, Saif dengan pantas memaut lengan Hasya.

“Please, Hasya..”

“Rasanya kita tak ada apa-apa nak bincang lagi.”

“I tahu salah I.”

“Dan I juga tak perlu penerangan dari U lagi”

“But please, Hasya! I masih sayangkan U”

Hasya dan Saif terus bertentangan mata. Saif sendiri terkejut perkataan itu terkeluar dari mulutnya.

“Simpan aje la sayang U tu!”

Sekali lagi Hasya nak beredar dan sekali lagi Saif memaut lagi kuat lengan Hasya.

“Listen here, Hasya.” Saif menarik bahu Hasya supaya mengadap dirinya.

“I nak berubah. Demi U..”

Tiba-tiba handphone Saif berdering. Saif mengambil handphonenya di dalam poket seluar. Hasya perasan! Terpampar gambar Latifa di skrin telefon.

“Latifa?”Hasya mula menaruh perasaan was-was.

“Errr..”

“U ada skandal dengan Latifa ke?”

“Apa main tuduh-tuduh ni?” Saif cuba mempertahankan dirinya.

“Tuduh? Bila pula I tuduh? I cuma tanya, Latifa tu skandal U ke? Kalau tak, jawab aje lah tak kan? Yang nak marah ape hal?”

Saif diam. Semakin kuat dia menggenggam lengan Hasya.

“Aww! Sakit la!” jerit Hasya sambil menolak Saif.

“I nak U kembali pada I”

“Tak nak!”

“Apa yang kecoh ni?” Hasya dan Saif terus memandang ke arah suara itu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 01:26 PM GMT+8 , Processed in 0.045965 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list