CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: annehuda

MALEFICENT [MAY 2014]

[Copy link]
Post time 21-5-2014 12:39 PM | Show all posts
hanakikan posted on 21-5-2014 12:37 PM
X tgk lg. Guna tab

klik sini dia bukak dalam YouTube app

http://youtu.be/4NckXkP9IOI



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-5-2014 06:39 PM | Show all posts
lil_honey posted on 21-5-2014 08:16 AM
malam td baru dengar kat radio...memang barker nih teliti, sebab angie yang mintak macam tu..espec ...

really?..no wonder la make up Angelina(Maleficent) nmpk realistik...hebat...
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2014 07:42 PM | Show all posts
X sabar nak tunggu masuk panggung
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2014 02:37 PM | Show all posts
Teaser dia dulu BEST!!

Skali trailer dia kuar, dgn scene perang ala LOTR buat ai turn off lak.. ish!
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2014 12:17 AM | Show all posts
tiket maleficient dah keluar
boleh beli ...
fly dah beli malam semalam ....


Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2014 10:41 AM | Show all posts
30May ni kat wayang uolsss.. tp 29 tu dh bleh tgok
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-5-2014 01:02 PM | Show all posts
korang ni suka sangat tengok awal-awal, akak tunggu sabtu ahad dahulu sebab akak suka dengan kemeriahan penonton, lagi rahamai lagi bahagus
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2014 08:20 PM | Show all posts
ma le fisen?
male male isle
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-5-2014 09:57 AM | Show all posts
roblucci posted on 13-4-2014 07:45 PM
mesti lighting effect tak bagus macam kebanyakkan filem baru.Kebanyakan filem baru nampak terlalu  ...

mungkin utk movie ni
nak create effect dark/gloomy/cold...
ssuai dgn watak maleficent...
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2014 10:01 AM | Show all posts
kakikuDibibirmu posted on 4-5-2014 09:52 PM
akak rasa lagu dia pun dah ada aura jahat

manja rasa aura jahat tu bleh kluar kat mana2...
tp x kan la muke angie dgn make ala2 cekung effect & tanduk besar giler..
x nampak jahat ??...

well maybe tahap intensiti kejahatan tu beza dgn watak charlize theron..

Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2014 10:49 AM | Show all posts
male male isle -> malam malam islam

makan -> make
malam -> male
buah mempelam -> buah mempele
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2014 04:36 PM | Show all posts
dri mymetro
Anggun tetapi kejam
Apabila pengarah Robert Stromberg mendedahkan projek terbarunya untuk menghasilkan filem Maleficient, sejak awal lagi dia sudah membayangkan aktres simbol seks Angelina Jolie membawakan watak Maleficient.

Maleficient adalah watak jahat dalam karya klasik Sleeping Beauty yang diterbitkan pada 1959 oleh Walt Disney yang kejam menzalimi anak tirinya, Puteri Aurora.
Bakal menjengah pawagam pada 30 Mei ini untuk pasaran Amerika Syarikat dan 29 Mei di Malaysia, Ma-leficent disifatkan Angelina sebagai filem yang penuh penceritaan yang indah dan semestinya memberi kejutan kepada penonton.

Masih mengekalkan penceritaan filem klasik, namun ia membawa penceritaan yang memberi fokus kepada watak Maleficient yang dibawakan Angelina.


BERSAMA Vivienne ketika penggambaran Maleficient.

“Ia sebuah kisah pengembaraan yang sangat menarik dan pastinya sangat berbeza daripada apa pernah disaksikan dalam garapan Sleeping Beauty sebelum ini sama ada dalam bentuk animasi ataupun filem,” katanya.


Menerusi filem ini, aktres remaja Elle Fanning memainkan peranan sebagai Puteri Aurora atau Sleeping Beauty.

Selain itu, Maleficent turut menampilkan anak-anak Angelina dan Brad Pitt sebagai cameo iaitu Vivienne Jolie-Pitt sebagai Aurora ketika kecil dan Pax dan Zahara.

Mengulas peranan cameo anaknya dalam filem itu, Angelina bangga dengan keupayaan Vivienne yang berusia empat tahun ketika itu beraksi depan kamera.

“Vivienne memberi kerjasama yang baik sepanjang penggambaran dan tanpa disangka dia mampu melakonkan watak Puteri Aurora ketika kecil.

“Saya sebenarnya tidak merancang untuk mengenengahkan anak sebagai pelakon tetapi disebabkan timbul masalah di set penggambaran apabila pelakon kanak-kanak yang sepatutnya melakonkan watak takut melihat saya dengan kostum dipakai, Vivienne terpaksa menjadi bidan terjun.

“Dia saja yang tidak takut dengan saya dalam kostum itu. Jadi untuk memudahkan urusan penggambaran pihak produksi memutuskan untuk menggunakan Vivienne sebagai pelakon kanak-kanak dalam filem ini.

“Ada satu pengalaman menarik apabila Vivienne memberi saya pandangan yang amat jahat dan pada waktu sama takut ketika dalam satu adegan antara saya dengannya,” katanya.

Angelina menambah, adegan itu dianggap berani kerana dia memakai pakaian serba hitam lengkap dengan tanduk yang membuatkan kanak-kanak lain ‘lari’ dari set pengembaraan.

Walaupun Vivienne memainkan peranan penting dalam filem baru Angelina ini, namun ia hanya watak cameo khas yang tidak mungkin akan menjadi kerjaya bagi anak-anaknya.

Ibu kepada enam orang anak itu berkata, dia dan Brad lebih suka anak-anak mereka tidak menjadi pelakon walaupun Vivienne mempunyai bakat dalam bidang itu.

“Saya dan Brad bersetuju pengalaman menjalani penggambaran Maleficent bersama anak-anak kami adalah sesuatu yang menyeronokkan selain bentuk pendedahan yang baik buat anak-anak kami sebagai cameo. Walaupun gembira anak-anak turut serta bersama kami di set penggambaran, tetapi tidak untuk menjadi pelakon sepenuh masa,” katanya.

Mengulas mengenai filem ini, Angelina sebenarnya adalah penggemar filem kartun klasik Sleeping Beauty yang ditontonnya sejak kecil.

“Saya sentiasa teruja dengan watak Malficient yang zalim terhadap Puteri Aurora. Oleh kerana sifatnya itu saya ingin lebih tahu lagi mengenai watak itu.

“Ia mempunyai sifat yang anggun, ego tetapi amat kejam. Satu paduan watak yang amat menarik bagi saya mencabar kredibiliti lakonan saya,” katanya.

ANGELINA anggun dan kejam dalam kostum watak jahat Maleficient.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2014 05:20 AM | Show all posts
esok UK ditayangkan
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2014 10:13 PM | Show all posts
hanakikan posted on 21-5-2014 12:20 PM
Yes yg ni yg betul

doktor PHD mana yang kata yang tu betul?

Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2014 11:52 PM | Show all posts
edee_91 posted on 28-5-2014 10:13 PM
doktor PHD mana yang kata yang tu betul?

doktor yag dapat band 1
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2014 11:59 AM | Show all posts
tak sabar nak tonton.  tunggu next week.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-5-2014 03:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Baru je tengok tadi. Kecewa sikit lah sebab classic fairy tale sleeping beauty ni dijadikan versi moden. Memang berubah sedikit jalan cerita dr versi asal.baru aku faham kenapa angelina jolie terpilih jadi maleficent. Nanti mlm aku bagi review. Kenapa lah disney tak buat jalan citer versi asal

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2014 03:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Sebutan yg betul ialah Mal-lef-fi-sen(sebut sendu, sen)
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2014 03:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Lagu tema dah berhantu tapi bila tengok citer ni totally spoil lah. Rasa x kena je
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2014 04:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Review dr metro tu jangan percaya ye. Entah2 penulis x tengok citer tu. Terus tulis pasal citer maleficent. Main taram je. Tang mana watak jahat maleficent dlm citer ni????????
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-6-2024 10:23 AM GMT+8 , Processed in 0.067541 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list