|
NaylaArisha posted on 28-11-2013 12:59 PM
tertanya muka welfare tu mcm mn...
tanya incik google dia bagi ni jer
hik hik hik...
|
|
|
|
|
|
|
|
Sepantas kilat dia muncul kembali. Dengan gitar kapuk aku. Dah lama tak pegang gitar. Lepas betul-betulkan chord yang lari. Kepala aku ligat memikirkan lagu apa yang aku nak mainkan untuk Zurin. Dan juga Aina. Sebenarnya untuk Zurin..adik aku tu menyibuk je.
Semua mata kini tertumpu pada aku. Yang masih terkebil-kebil memikirkan chord lagu apa yang aku nak main dan nyanyikan.
“Instrumental je la adik eh...”
“Ala...nyanyilah sekali...mengadalah abang ni”
Adui. Nak nyanyi sekali tu lah yang aku lemah. Suara pun dah parau. Kurang minum air. Aku membetulkan suara. Ehem!
“Kusangka hidupku, Selamanya kelam
Terbelenggu ikatan tanpa manisnya cinta
Memaksa diriku, Menapaki jalan
Arah yang tak pernah ku mahu dalam hatiku
Kini kau pun hadir, Memberi cahaya
Membangunkan ku dari suramnya mimpi ngeri
Menuntun hatiku ke palung asmara
Seakan ku hidup kembali dari matiku
Engkaulah cinta...
Yang selama ini aku cari
Ku Relakan Jiwa
Tuk menjadi penghuni dalam sangkar hatimu
Kerna engkaulah nadi yang menghidupkan aku
Yang mampu melarut kian setiap sepi hatiku
Seandainya waktu
Tak pernah pertemukan aku dengan dirimu
Akan kubiarkan mati hatiku selamanya
Sehingga kau datang membangunkan aku”
Semua bait-bait lagu tu aku tujukan pada dia. Aku rasa malam itu boleh tahan juga suara aku. Puji diri sendiri. Zurin yang berteleku sedari tadi aku nampak mengesat air mata. Sedih sangat ke lagu yang aku nyanyi untuk dia ni. Dia bingkas bangun masuk ke dalam. Aku dan Aina berpandangan.
“Teruk sangat ke suara abang tadi?”. Aina menggeleng. Aku menggaru-garu kepala yang tidak gatal. Apasal Zurin tiba-tiba jadi emosional pula ni. Lagu tu yang sedih ke...nyanyian aku yang terlalu syahdu. Heheheh. Aku tersengih sendiri. |
|
|
|
|
|
|
|
“Abang...pergilah tengok Kak Zurin tu...”
“Kak Zurin? Sama umur ngan kaulah ngok!”
“Tentu-tentu kakak iparlah ngok!”
Dia jelir lidah sekali lagi pada aku. Aku menyusur Zurin ke dalam. Aku ketuk pintu bilik. Abang ipar aku yang melintas ke dapur buat muka pelik. Aku hanya tersengih sumbing. Mungkin dia pun terfikir, masuk bilik sendiri pun kena ketuk ke. Bukan siapa pun kat dalam itu, isteri sendiri.
Bila tiada jawapan. Aku kuak pintu bilik perlahan-lahan. Zurin baring atas katil. Muka dia tutup dengan bantal. Sekali lagi aku menggaru-garu kepala. Perlahan-lahan aku melabuh punggung di bucu katil. Sambil melempar pandang ke arah dia yang tidak bergerak secuit pun.
“Awak ok ke?” tanya aku. Terasa suara serak sedikit. Kering tekak.
Tiada respon dari Zurin.
“Kenapa awak nangis? Teruk sangat ke suara saya?” tanya aku lagi.
Masih sama. Tiada respon. Aku kira dia tak nak diganggu. Biarlah dia layan perasaan dia sendiri dulu. Mungkin ada yang menyentuh hati dia. Aku capai dua biji bantal dan melabuhkan badan ke lantai.
“Awak...”
Aku mengangkat kepala menjenguk ke atas katil. Tapi Zurin masih dalam posisi yang sama. Muka masih bersembamkan bantal.
“Malam ni...turn saya tidur kat atas eh...” ada sedikit sendu dihujung suara dia.
Kali ini aku pula yang tak menjawab soalan dia. Aku rebah kembali. Perlahan-lahan aku dengar bunyi pergerakkan Zurin. Dia menjenguk ke arah aku. Aku pura-pura tidur.
“Thanks awak...dan saya suka suara awak menyanyi tadi...” |
|
|
|
|
|
|
|
Kembang pula punggung aku mendengar. Dah tu apasal yang dia menangis pula tadi. Mungkin sebab dia terharu sangat. Tak pernah dengar suara yang segemersik aku. Mulalah aku terbuai-buai dek perasan dan perasaan. Menyebabkan mata aku sukar untuk lelap. Puaslah juga aku pusing ke kiri dan ke kanan tapi tak boleh juga tidur. Esok nak memandu balik ke KL. Mata...kau jangan buat kerja gila macam ini. Perasaan jadi resah gelisah. Setebal mana pun iman, hati lelaki aku bergelora juga malam itu. Tak boleh jadi ni. Aku bingkas bangun. Menuju ke pintu. Tekak aku rasa haus sangat. Tiba-tiba Zurin tarik tangan aku. Macam ada renjatan elektrik dalam badan aku.
“Awak nak pergi mana?” ujar dia. Perlahan-lahan aku lepaskan genggaman tangan dia. Jantung aku rasa macam nak meletup.
“Saya nak gi dapur, minum..” ujar aku.
“Saya pun haus...tolong ambik kan saya air..”
Aku hanya mengangguk-anggukkan kepala. Sambil melangkah keluar menuju ke dapur. Aku capai botol air sejuk dalam peti ais. Terus aku gogop air dari botol. Tak tercapai gelas dah. Perasaan ketika itu tidak menentu. Iman aku jadi tipis malam itu. Gila. Aku melabuhkan punggung ke kerusi. Mententeramkan jiwa. Itulah sebabnya lelaki dan perempuan tak boleh duduk berdua-duaan. Syaitan datang membisik. Setebal mana pun iman, fitnah dunia boleh menyongsangkan iman. Aku melepas keluh. Aku biarkan perasaan jadi kosong seketika. Aku tahu aku sudah jatuh cinta pada Zurin. Mungkin dia juga ada perasaan yang sama pada aku. Kalau aku tidak bertepuk sebelah tangan. Aku mahu tukar lakonan ini menjadi realiti. Aku mahu suarakan hasrat hati aku pada dia untuk mengambil dia menjadi isteri aku yang sah. Mungkin memang begitu takdir yang tertulis, menemukan aku dengan dia dalam keadaan ini. Siapa tahu perancangan tuhan. Lama juga aku duduk melayan perasaan di dapur terlupa pesanan Zurin tadi.
Bila perasaan aku sudah kembali tenang, aku pulang ke bilik. Membawa segelas air yang Zurin pesan. Perlahan-lahan aku kuak pintu bilik.
“Zurin...ini air awak..”
Tapi dia dah tertidur aku kira. Aku tinggalkan air di meja sisi. Aku capai bantal aku dilantai dan aku putuskan untuk tidur di sofa ruang tamu. Sebelum jiwa jadi kacau semula. |
|
|
|
|
|
|
|
Entah pukul berapa barulah aku terlelap atas sofa dalam lena yang panjang. Sedar-sedar badan aku kena goncang. Mula-mula perlahan lama-lama makin kuat. Mata aku terasa sangat berat.
Tapi telinga aku dapat menangkap suara ayah. Mengejutkan aku untuk solat subuh seperti biasa di surau.
“Apa hal yang kau tidur kat depan ni?” tanya ayah. Aku bangkit malas. Sambil menggeliat membetulkan saraf.
“Family planning...” jawab aku sambil meninggalkan ayah terpisat-pisat memandang aku.
“Ayah, hari ini Amir solat kat rumah jelah...” ujar aku lagi separuh langkah ke bilik.
Bila aku kuak pintu bilik Zurin sudah tiada di atas katil. Aku dengar bunyi air di bilik air. Mungkin dia tengah mandi. Segera aku rebahkan badan ke katil. Mahu sambung tidur sementara menunggu bilik air kosong.
“Awak...awak...awak...bilik air dah kosong” suara Zurin terasa dengar tak dengar sahaja di telinga. Sudahnya dia hempuk sebiji bantal ke muka aku. Ganas betul minah ni. Aku bingkas bangun sambil membentak. Macam budak-budak yang kena paksa bangun pergi ke sekolah. |
|
|
|
|
|
|
|
Apsl semo hero kn renjat ni?
|
|
|
|
|
|
|
|
Nicki_Meow posted on 29-11-2013 08:01 AM
Aik... ko pun dah terkena renjatan eletrik ye Mir?
TNB kena datang check ni...
@Nicki_Meow hahaha...tu arr..bahaya ni...huhuhu
bila nak sambung citer u...i tgh tunggu ni...
|
|
|
|
|
|
|
|
Lynn9 posted on 29-11-2013 08:17 AM
sebab bill air dah tertunggak ngeee
tu lah x leh nak release kan
|
|
|
|
|
|
|
|
Selesai mandi badan terasa segar sedikit. Tapi hati ada niat nak sambung tidur lagi. Tapi undang-undang rumah ini lepas subuh tak boleh sambung tidur, bising emak nanti. Terpaksalah aku membatalkan niat.
Aku menuju ke dapur. Meninjau-ninjau kepala mencari-cari Zurin. Tapi tak nampak pun kelibat dia. Kak Long menoleh ke arah aku.
“Nak kopi ke Mir?” lawa Kak Long. Sambil menuang kopi ke cawan. Aku menarik kerusi melabuh punggung.
“Menu apa pagi ni?” tanya aku.
“Ada orang order lempeng kelapa..”
Aku dah tahu siapa. Itu memang makanan kegemaran Aina. Lempeng kelapa cicah dengan sambal tumis sardin. Aku bangkit mengambil piring. Mencedok sedikit sambal tumis di kuali. Telinga aku terdengar suara Aina tergelak-gelak di luar dan suara Zurin menjerit kecil. Apa yang dia orang berdua buat kat luar tu. Aku letak balik piring di meja. Menjenguk ke luar dari pintu belakang. Aku nampak Zurin mengibas-ngibas track suit dia. Aina pun mengibas-ngibas seluar. Padan muka. Mesti kes kerengga. Terjerit-jerit mereka berdua. Aku hanya menggeleng kepala.
“Apa hal itu?” emak muncul dari belakang.
“Anak dara mak tu lah...pagi-pagi buta dah sibuk jolok rambutan. Kena hurung kerengga lah tu”
Emak membawa tapis menuju ke arah Aina dan Zurin. Yang masih terkinja-kinja mengibas kerengga di badan. Aku mengekor dengan mata saja. Emak tolong mereka berdua kutip buah-buah rambutan yang berterabur di atas tanah.
Aku kembali ke meja. Menghirup kopi yang Kak Long tuang tadi. Haba panas meresap ke seluruh tubuh. Nikmat kopi 434. Perkena lempeng kelapa panas-panas. Memang tak hengat. Nikmat. Ayah dan abang ipar aku yang baru balik dari surau pun join sekali. |
|
|
|
|
|
|
|
Petang itu mak bekalkan lauk asam pedas ikan cencaru dengan sambal goreng untuk aku bawa balik ke KL. Bila dia tengok Zurin berselera makan tengahari tadi. Aku tengok dua kali dia menambah nasi. Itulah aku cakap dia mungkin ada bela jin. Kuat makan. Merah padam muka dia bila aku tegur tadi.
“Biarlah Mir..orang tengah selera..tak baik” tegur emak.
Zurin menjeling tajam pada aku. Betul apa. Memang dia kuat makan. Zurin bingkas mengangkat pinggan. Mungkin patah selera dengan teguran aku.
“Kan dah patah selera orang tu...” emak memarahi aku. Aku melepas keluh. Rasa bersalah bersarang di hati. Akibatnya muka Zurin sedikit suram.
“Mir, jangan lupa dua bulan tu bukannya lama. Pejam-celik dah hujung tahun” emak mengingatkan aku. Untuk berbincang dengan keluarga Zurin pasal kenduri kami itu nanti. Ingatkan kami untuk buat persiapan. Hati aku berdarah lagi. Permainan ini belum berakhir lagi. Selagi tembelang tidak pecah.
Aku hanya mengangguk-angguk macam ayam patuk padi. Sebelum masuk ke perut kereta. Zurin dan Aina berpelukan. Cepat betul mereka berdua mesra. |
|
|
|
|
|
|
|
Sepanjang perjalanan pulang ke KL masing-masing lebih banyak berdiam. Aku cuba menumpukan perhatian kepada pemanduan. Bila aku toleh ke arah Zurin, dia dah terlentok tidur. Mungkin sebab letih kenduri malam tadi. Atau mungkin macam aku dia tak cukup tidur malam tadi. Mata aku pun rasa berat tapi gagah juga. Apalah minah ni, sekurang-kurangnya layanlah aku berbual. Bolehlah juga hilang mengantuk aku ni.
Aku putuskan untuk berhenti di hentian Ayer Keroh. Berhenti solat asar. Dan badan aku perlukan kaffein sebelum memulakan semula perjalanan. Zurin membetulkan duduk.
“Awak tak nak makan ke?” tanya aku. Dia hanya menggeleng. Marah lagi ke minah ni. Terasa hati pasal aku tegur dia bela jin agaknya.
“Minum?”. Geleng lagi. Wajah Zurin nampak suram. Untuk ke sekian kalinya aku menggaru-garu kepala yang tidak gatal.
Semua dia tak nak. Selalunya merajuk dia sekejap sahaja. Kali ini macam lama la pula. Betul-betul terasa hati ini. Tapi aku mengambil keputusan untuk biarkan saja. Mungkin sebab badan dia letih jadi tak berselera. Lagi pun tengahari tadi dia dah makan banyak.
“Saya nak pergi beli air sekejap” beritahu aku pada dia. Dia hanya mengangguk.
Kami meneruskan perjalanan. Cuaca pula kurang baik petang itu. Mendung sepanjang perjalanan. Sama macam riak wajah Zurin. Tak ada segaris senyuman lagi yang dia hadiahkan dekat aku seingat aku. Kenapa ni? Bila sampai ke basement apartment. Aku tanya dia marah dekat aku ke. Pasal aku tegur dia makan banyak. Dia geleng. Tersenyum tawar.
“Letih..” pendek sahaja jawapan dia.
Dia simpan lauk –lauk yang emak bekalkan ke dalam peti ais. Entah kenapa aku pun tak ada selera nak mmakan malam itu. Sebab badan dah letih dan esok dah nak kerja. Last edited by Lynn9 on 29-11-2013 12:37 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Kawen kat siam ajelah Mir....
Terasa macam cerita ni tak berapa happy-ending.... |
|
|
|
|
|
|
|
bila nk sambung lagi.........
|
|
|
|
|
|
|
|
Keesokkan paginya aku nampak ada bekal di atas meja. Zurin dah panaskan lauk yang emak bekalkan semalam. Ini dah cukup bagus. Terasa macam Indian Expat kat office aku la pula aku hari ini. Sebab dekat pantry office tu selalunya sepsis dia orang ini sahaja yang penuh. Orang Malaysia ni mana nak bawa bekal-bekal ni. Tak macho. Tapi sebab tak nak kecil kan hati dia aku bawa jelah. Lagi pun lauk kegemaran aku tu.
Sewaktu aku nak melangkah keluar dia muncul dari bilik. Menghadiahkan senyuman manis pada aku. Sambil melambai-lambai tangan.
“Bye awak..”. Aku tersengih sumbing.
Sampai di office jenuh aku kena bahan dengan budak-budak di office.
“Oi Mir...lama cuti...cuti kahwin ke?” usik Fadzil.
Aku cuma menyengih. Tak mengiakan dan tak juga menidakkan. Apa lagi modal dia orang. Kalau cuti panjang je kahwin. Kalau aku kahwin takkan lah aku tak jemput dia orang semua. Aku tersenyum sendiri. Tiba-tiba teringatkan Zurin. Segera aku capai telefon dial nombor rumah. Tapi tak ada jawapan. Mungkin sebab dia dah phobia nak angkat telefon rumah.
“Mir, aku dengar kau kena pergi Sydney hari Rabu ni” ujar Fadzil.
“Siapa cakap?”
“Kau pergi tanya Shahrin...Sydney office nak KL support dia orang untuk SIL verifications”
Aku bingkas bangun menuju ke bilik Shahrin. Line Manager department aku.
“Ha..Amir..aku baru nak call kau”ujar Shahrin sebaik aku terjengul di pintu.
“Fadzil cakap aku kena support Sydney office untuk SIL verifications, tak leh support dari sini je ke?”
“Wheatstone project nak in-country support. Seminggu je Mir..”
Alamak. Aku melepas keluh. Bukannya baru kali ini aku kena travel. Dah selalu. Cuma kali ini aku ada hal-hal peribadi yang masih tertunggak. Tak selesai lagi. Aku menggaru-garu kepala. Tak boleh mengelak. Dengan kerja kat office yang berlambak aku nak kena catch up balik. Pendek kata hari itu hampir terlupa aku nak makan tengahari. Nasib baik aku teringatkan bekal dalam beg tadi.
Menjelang senja barulah aku keluar dari perkarangan office. Entah kenapa hati ini tak sabar rasanya hendak berjumpa dengan Zurin. Rasa rindu. Aku tersengih sendiri. Last edited by Lynn9 on 29-11-2013 01:15 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Sesampai di rumah suasana nampak suram. Gelap-gelita. Bila aku petik suis lampu. Sunyi sepi. Aku ketuk pintu bilik dia tapi tak ada jawapan. Bila aku pulas tombol pintu. Kosong. Barang-barang dia pun dah tak ada. Hati aku mula berdetik. Berdegup kencang.
Aku terpandang ada sepucuk surat atas meja makan. Aku terduduk. Hati aku rasa luluh. Tangan aku sedikit menggeletar membuka lipatan surat. Malam yang dia jumpa aku itu sebenarnya dia lari dari rumah boyfriend dia. Mereka berselisih faham. Kes cemburu. Kes curang. Akibatnya dia mengambil keputusan untuk keluar dari rumah. Tiada hala tuju. Sejak ibu dan bapa dia bercerai, hidup dia tunggang-langgang. Dia pernah bercampur dengan budak-budak liar. Bila ada orang yang sudi menghulur secebis kasih, dia hanyut. Terlanjur dengan boyfriend dia. Mereka tinggal bersama. Macam suami isteri. Pedih hati aku membaca setiap bait-bait yang tertulis di kertas itu. Ada part-part yang dakwat jadi kembang. Basah. Mungkin terkena air mata dia.
Tapi dia kata, sejak dia kenal aku. Dia seolah-olah terjaga dari mimpi. Dia mula kenal tuhan. Bila dia tengok aku solat, hati dia jadi sayu. Hidup dia sudah jauh terpesong. Sejak dia kenal aku, barulah dia kenal siapa diri dia sebenarnya. Mula kenal erti cinta yang sebenarnya. Dia mula kenal erti kasih sayang. Macamana ada keluarga, macamana ada adik-beradik. Sentuhan kasih ibu, ayah.
Dia respect dengan cara aku yang tidak pernah mengambil kesempatan. Dia tahu aku seorang lelaki yang baik. Dan dalam diam-diam, dia sudah jatuh cinta pada aku. Tapi dia sedar diri dia yang serba kekurangan. Kotor. Mawar pudar warna. Bukankah lelaki yang baik hanya untuk perempuan yang baik? Dengan kenyataan itulah dia pergi meninggalkan aku.
Dia meminta maaf kerana menipu aku selama ini dan kerana mengheret aku dalam masalah. Tiba-tiba jadi sentimental hati lelaki aku. Air mata lelaki aku jatuh juga walaupun aku cuba seka. Pedih. Luka yang tak berdarah. Fikiran aku jadi bercelaru. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|