|
Knp umairah tu jht sgt.x suka watak die |
|
|
|
|
|
|
|
mawibotak posted on 2-10-2014 07:15 PM
Knp umairah tu jht sgt.x suka watak die
umairah tu ada sbb dia jd mcm tu
|
|
|
|
|
|
|
|
walaupun rumah ni sendu sesendunya Sakura nak juga update citer ni
“Atikah.” Jerit Ifran sambil mendapatkan Atikah yang sudah jauh ke depan. Atikah yang terdengar suara memanggil namanya berhenti dan memandang sekeliling. Mencari wajah yang dikenali.
“Atikah...” seru Ifran sekali lagi apabila tiba disebelah gadis tinggi lampai itu. Wajah Atikah sedikit berubah melihat kehadiran Ifran disebelahnya. Tangannya yang terasa berat membawa barangan dapur yang dibeli tiba-tiba sahaja terasa ringan. Rupanya, Ifran telah merampas beberapa beg plastik darinya lalu tolong membawanya.
“ Awak buat apa kat sini?” Ringkas pertanyaan dari Atikah. Matanya merenung wajah Ifran yang cukup hampir dengannya. Ada rasa rindu bergetar dalam hatinya, namun dia cepat sedar. Ifran milik Umairah, bukan miliknya.
“ Saya datang beli barang... Kebetulan terserempak dengan awak. Jom saya hantar awak balik.” Ajak Ifran dengan senyuman menawan.
“Eh tak p...”
“ Ala.. Tak payah nak segan la. Lagi pon, awak tak ada kenderaan nak balikkan. Jom la saya hantar awak.” Potong Ifran sekali gus menggesa Atikah. Atikah diam seketika. Berfikir masak-masak tawaran dari Ifran.
“Jom la.” Balas Atikah akhirnya. Memikirkan barangnya yang agak banyak dan sukar untuk dibawa membuatkan Atikah menerima ajakan Ifran. Ifran tersenyum riang, gembira apabila tawarannya diterima Atikah.
“ Sebelum balik kita makan dulu nak? Saya lapar la.” Rengek Ifran manja. Mengharapkan Atikah sudi dengan ajakan kali ini. Atikah mengeluh kecil sebelum mengangguk. Tak luak mana pon keluar dengan Ifran. Desis hatinya.
“ Pim.. Pim...” Beberapa kali hon dibunyikan lalu mengejutkan Umairah yang sedang menunggu teksi. Matanya membuang pandang ke arah kereta yang mengeluarkan bunyi bising tersebut. Bingit!
“Mai...” Jerit Haikal sambil keluar dari kereta yang mengganggu pendengaran awam itu tadi. Umairah terkejut dengan kehadiran Haikal namun bibirnya tetap mengukirkan senyuman. Wajah Haikal yang kini sudah terpacak dihadapannya dipandang lama.
“ Datang beli barang jugak ke?” Tegur Umairah senang. Diberikan sedikit ruang kepada Haikal yang masih berdiri. Haikal melabuhkan punggung disebelah Umairah.
“ A’ah... Tapi nak balik dah. Awak datang sorang je ke?”
“Yup... Ini pon nak balik dah.”
“Balik naik apa?” Soal Haikal lagi. Melihat beberapa plastik besar yang dibawa Umairah mendatangkan rasa simpati kepada gadis itu. Manalah pergi suami Umairah, boleh dibiarkan isteri datang beli barang sorang-sorang macam ni. Banyak pulak tu!
“ Naik teksi.. Tengah tunggu la ni.” Ulas Umairah.
“ Aik kenapa naik teksi? Mana pergi kereta Myvi awak tu?”
“ Kat rumah... Rosak.” Dalih Umairah. Dapat mengagak Haikal akan bertanya tentang suaminya pula selepas ini.
“ Dah tu mana Ifran? Kenapa tak ajak dia datang sekali.”
“Ifran kerja hari ini...” Tipu Umairah. Haikal mengangguk-angguk tanda mengerti.
“Kalau macam tu marilah saya hantar awak balik. Saya pon dah nak balik.” Ajak Haikal ikhlas. Apa salahnya dia membantu Umairah.
“Eh tak payah la... Susah-susah je. Saya boleh balik naik teksi.” Tolak Umairah. Tidak gemar menyusahkan Haikal. Lagi pon, arah rumah mereka adalah bertentangan.
“ Ala awak ni.. Tak susah mana pon. Lagi pon awakkan kawan saya. Marilah saya hantar awak. Cepat balik, cepat sampai dan cepatlah awak boleh berehat.” Tutur Haikal lagi. Dia mengambil beberapa beg plastik yang diletakkan diatas lantai.
“ Okey... Jom la kalau macam tu.” Umairah menerima ajakan dari Haikal lalu sama-sama menuju ke kereta Toyota Vios milik Haikal.
|
|
|
|
|
|
|
|
“ Sedap tak?” Ifran memecahkan kebisuan diantaranya dan Atikah. Mereka kini sedang menikmati juadah tengahari di Restoren Nelayan Seafood.
“ Okey.. Best la jugak.” Ulas Atikah mudah. Dia meneruskan suapan yang baru sahaja bermula. Ifran merenung segenap wajah cantik milik Atikah tanpa jemu. Dia rindukan suasana sebegini dengan Atikah. Ini adalah kali pertama dia dan Atikah keluar berdua-duaan setelah lebih 2 tahun berpisah. Atikah mengangkat mukanya tatkala terasa dipandang. Mukanya merintik merah tatkala matanya bertembung dengan sepasang mata milik Ifran yang merenungnya penuh asyik.
“Makanlah...” Suruh Atikah yang cuba mengawal degupan jantungnya yang mula tidak teratur. Ifran tersenyum kecil melihat reaksi Atikah yang malu-malu. Dia meneruskan suapan yang tertangguh.
“Lama dah kita tak keluar macam ni kan...” Ifran mula mengungkit kisah silam mereka. Sengaja topik itu dikeluarkan. Untung sabut timbul, Atikah akan menerimanya kembali. Diam! Itu respon Atikah saat ini.
“ Tikah....” Panggil Ifran lembut. Atikah mendongak apabila mendengar Ifran memanggilnya. Dibalas pandangan Ifran dengan perasaan ingin tahu.
“Hmm?”
“ Kita sambung kembali hubungan kita. Saya masih cintakan awak. Saya tak pernah buang nama awak dari hati saya.” Minta Ifran separuh merayu. Dia tidak pernah penat dalam meraih kasih Atikah. Atikah diam memandang wajah Ifran amat ikhlas dimatanya. Bukan Ifran sahaja yang terseksa dengan perpisahan mereka, dia juga menderita. Tapi apa dia boleh buat? Ifran masih lagi suami Umairah, masakan dia mahu merampas suami adik sendiri. Dia tidak sekejam itu.
“ Kita lupakan je la...”
“Tak nak.. Saya cintakan awak dan awak juga cintakan saya. Kenapa kita tak boleh teruskan kembali cinta kita? Sayang please. Untuk kali ini saya tak akan kecewakan hati awak lagi.” Potong Ifran. Atikah serba-salah. Tangannya sekadar menguis nasi didalam pinggan tanpa disuakan kedalam mulut.
“ Awak suami Mai, If. Kita tak mungkin dapat bersama lagi.”
“ Hubungan kami tak akan lama Tikah. Percayalah.”
“Dari awal awak kahwin sampailah sekarang itu je awak cakap If. Tapi, lama tak lama dah dekat 2 tahun awak dan dia berkahwin. Macam mana saya nak percaya kata-kata awak?” Sela Atikah setelah lama mendiamkan diri.
“ Beri saya masa. Saya akan berpisah dengan dia secepat mungkin.”
“ Bila?” Tokok Atikah tidak puas hati. Ifran diam, tidak berani membuat sebarang janji.
“ Tengok? Awak sendiri tidak tahu bila semua tu boleh berlaku tapi ada hati nak suruh saya terima awak kembali. Nonsense.” Keras suara Atikah.
“Beri saya masa Tikah... Bukan mudah saya nak berpisah dengan dia.”
“ Dah hampir 2 tahun berlalu, tak cukup lagi ke masa tu?” Bidas Atikah selamba.
“If, cakap je la awak sebenarnya langsung tak ada rancangan nak tinggalkan dia. Awak sebenarnya masih nak simpan dia sebagai isterikan.” Tembak Atikah geram. Dia benci melihat sikap Ifran yang berdolak dalih didepannya. Kalau betul tak cintakan Umairah, kenapa tak diceraikan sahaja gadis itu. Selesai masalah! Ini tidak, aku dia nak, Umairah pon dia nak sapu. Jantan jenis apa la mamat ni.
“ Bukan macam tu Tikah. Berpisah ni bukan melibatkan saya dan dia sahaja. Perkara ini melibatkan kedua belah keluarga kami.” Tegas Ifran cuba menegakkan kebenaran.
“Alasan If. Orang kalau dah tak bersungguh memang akan beri macam-macam alasan.” Sinis Atikah membalas. Ifran mengeluh kecil. Dia sukar untuk membuat keputusan. Dia sayangkan Atikah tetapi dia juga sayangkan keluarganya. Tidak tergamak menghancurkan hati ahli keluarga yang begitu menyukai Umairah. Lagi pon, dengan kesihatan ayahnya yang tidak mengizinkan membantutkan keberaniannya untuk berpisah dengan Umairah.
“ Lupakan je la kisah silam antara kita If... Anggap je la kita berdua tiada jodoh. Lagi pon, saya yakin awak boleh cintai Umairah.” Pujuk Atikah akhirnya. Dipandang wajah Ifran yang terukir riak kecewa. Suasana antara mereka bisu, masing-masing melayan fikiran entah ke mana.
“ Kalau saya berpisah dengan dia, boleh awak janji untuk terima saya?” Duga Ifran setelah lama membisu. Wajah Atikah dipandang dengan rasa ingin tahu. Atikah terkedu sekejap. Mulutnya terkunci rapat memikirkan persoalan yang cukup mencabar daripada Ifran.
“ Kalau ada jodoh ada la...” Jawab Atikah mudah. Entah kenapa hatinya bergetar dengan persoalan dari Ifran. Dia keliru antara rasa sayangnya terhadap Ifran yang masih menggebu atau kasihnya terhadap Umairah yang masih mewangi. Mungkinkah dia mengambil bekas teman baiknya sendiri?
“ Hai.....” Tegur Haikal kepada pasangan yang sedang menjamu selera didepannya kini. Ifran dan Atikah mengangkat wajah mereka lalu memandang si penegur. Kelihatan Haikal membawa sepinggan nasi berlauk tersenyum kearah mereka.
“ Hai...” Balas Ifran dengan senyuman tak seberapa ikhlas. Wajah Haikal yang tersenyum dipandangnya.
“ Sorang je ke?” Ifran sekadar berbasa-basi manakala Atikah hanya melihat. Dia tidak kenal dengan lelaki yang menegurnya dan Ifran. Mungkin kawan Ifran.
“ Dengan Mai... Haa itu pon dia.” Jawab Haikal dengan senyuman penuh makna. Entah kenapa, melihat Atikah dan Ifran makan berdua begini mendatangkan rasa gembira dihatinya. Mula memasang cita-cita untuk merampas kembali Umairah dari Ifran. Ada can nampaknya!
“ Mai...” Jerit Haikal sambil melambai kearah gadis itu. Umairah yang membawa sepinggan nasi berlauk sedikit tersentak apabila melihat kehadiran Ifran dan Atikah direstoren ini. Terus rona wajahnya berubah. Rasa cemburu mula bergetar didalam jiwanya. Umairah menghampiri Haikal. Perasaan canggung mula terasa.
“ Jom la join kitorang makan.” Ajak Atikah. Tersenyum kearah Umairah walaupun gadis itu buat tidak nampak sahaja dengan kewujudannya.
“ Okey jugak.” Setuju Haikal tanpa menyoal Umairah. Haikal melabuhkan diri dihadapan Atikah manakala Umairah duduk setentang dengan Ifran. Jelas di mata Umairah wajah Ifran yang sudah masam mencuka. Marah barangkali kehadirannya yang mengganggu temujanji dia dan Atikah.
“ Saya Atikah... Awak?” Soal Atikah. Tidak seronok pula jika tidak mengenali teman Umairah. Namun dalam diam dia terfikir status Haikal dihati Umairah. Adakah istimewa?
“ Haikal..” Ulas Haikal pendek. Suasana kembali sunyi. Tiada idea untuk berbual.
“ Kerja jugak ke hari cuti macam ni Ifran?” Haikal sekadar berbasa-basi. Tidak seronok pula mereka diam sahaja dari tadi. Umairah agak panik apabila soalan itu diutarakan. Cepat-cepat dia menyepak kaki Ifran supaya jejaka itu mengiakan sahaja kata-kata Haikal.
“ Auu....” Sedikit terjerit Ifran lalu memandang tajam kearah Umairah yang mempamerkan wajah tidak bersalah. Tanpa mempedulikan Umairah yang tiba-tiba sahaja menendangnya, Ifran membalas pertanyaan dari Haikal.
“ Tak ada la... Nampak macam pergi kerja ke?”
“Mana kerja hari ni.. Kitorang terserempak dekat Tesco tadi.” Sokong Atikah tanpa diminta. Raut wajah Umairah sudah berubah dan dia dapat melihat dari ekor matanya, Haikal merenungnya dengan wajah yang pelik. Akhirnya Umairah menunduk sahaja.
“Eh korang pon pergi Tesco ke tadi? Saya dengan Mai pon bertembung dekat Tesco. Kebetulan pulak yer.” Tambah Haikal. Umairah tersedak mendengar pengakuan dari Haikal. Fikirannya jadi rumit apabila Haikal sibuk mengungkit perihal kejadian di Tesco. Sudahlah jejaka itu sudah ditipunya tadi. Cepat-cepat Ifran suakan air kepada Umairah demi menghilangkan rasa perit ditekak gadis itu.
“ Makan pelan-pelan...” Suruh Ifran perlahan. Satu helai tisu ditarik dan diberikan kepada Umairah.
“Thank.” Ucap Umairah sambil mengambil tisu yang dihulurkan oleh Ifran. Atikah yang melihat tingkah laku Ifran yang kelihatan mengambil berat terhadap Umairah merasa sedikit kecewa. Mungkin sebab ini Ifran dan Umairah tak bercerai sampai sekarang! Nampaknya dia dan Ifran betul-betul tidak akan kembali bersama lagi, eloklah dia berputus asa lebih awal supaya hatinya tidak makin merana. Lain pula dihati Haikal. Rasa cemburunya bertimpa-timpa melihat kemesraan pasangan suami isteri itu. Namun begitu, dia tetap berazam untuk merampas Umairah dari Ifran memandangkan rumah tangga gadis ini ternyata bukanlah seindah yang dikhabarkan.
|
|
|
|
|
|
|
|
mohon SR komen sepatah 2 kata agar thread ini tidak terus diselubungi kesenduan yg melampau.
|
|
|
|
|
|
|
|
Tt sambung lagi.. Nak tau apa ending dia... |
|
|
|
|
|
|
|
Tt kalo boleh x nak ifran gan etika bersama... Hhehehe ni idea dr aku yg x penah menulis novel atau citer dpt idea tgh mlm ms menyusukan baby...
Etika menyedari bahawa peluang dia untuk bersama ifran mmg x ada setelah melihat ifran melayan umairah.. Ifran telah menerima umairah menjadi isteri nya dan terpancar di mata ifran akan cemburu dengan haikal.. Tiba2 ' hai sweety' semua yang ada di meja itu tersentak dan akikah yang paling terkejut ' eh abang kenapa ada dekat sini, abg dari mana' Saiful tersenyum kerang sahaja tak sempat hendak menjawab pertanyaan akikah jdnya berdering 'hello mama,abg sihat.. Mama ni kacau la abg tgh berdating gan buah hati abg.. Mama nak ckp x gan buah hati abg' Saiful menyerahkan ' ke atikah lalu menjawab ' ye Mak lang.. Tah la abg ni kuat mengarut kan.. Tp kan Mak lang abg ni ensem sgt la..ok2 nanti tika jumpa Mak lang ye' lalu menyerahkan Hf ke saiful..
Tika buat apa kat sini.. Boleh abg join tika dan kawan2 tak. Kawan abg x sampai lagi.. Kerusi di tarik dan saiful duduk di sebelah tika tanpa dipelawa.. Baru duduk dua saat tiba2 Hf saiful berdering lagi.. Kali ni muka saiful kelihatan serius 'ok saya akan ke sana sekarang' lalu saiful memandang atikah lalu berkata..atikah sayang abg ada hal sikit abg x dapat nak sembang2 gan atikah sayang lagi...atikah ada lesen kereta kan.. Atikah mengangguk.. Ok kalu mcm tu ni kunci kete abg, tika bawak balik kete abg ye sayang... Nanti bila keje abg dah settle abg datang ambik ye.. Atikah x sempat menolak permintaan saiful kerana saiful telah pergi dengan tergesa-gesa.. Di luar kedai saiful ternampak kawannya farid baru sampai dengan segera meminta kawannya menghantarnya ke hospital..
Dalam hati saiful dia gembira kerana atikah masih x berpunya.. Dia tau yg ifran telah bernikah dengan adik tiri atikah... Dan dia juga tau ifran dan atikah telah bercinta sejak dr zaman sekolah... Walaupun umurnya jauh 13 tahun dari atikah tp dia yakin perasaan syg n cinta terhadap sepupunya itu telah mekar sejak atikah berumur 5 tahun lagi.. Disebabkan dia harus menyambung pelajaran keluar negara jadi dia pendamkan hasrat hati dan selalu mendengar perkembangan atikah melalui ibu nya..
Sementara itu di dalam kedai makan suasana yang mereka ber , bertambah celaru... Atikah tau sepupunya itu selalu berkata2 sebegitu tp tidaklah sampai di depan kawan2 nya n adik tiri nya... Ifran mula merasa cemburu.. Atikah sudah mempunyai penganti dirinya yg lebih ensem n bergaya dari dirinya.. Sementara umairah masih berfikir siapakah lelaki tadi.. Dia x pernah kenal laki tersebut...
Akhirnya atika kawin gam saiful yg syg n cintakan dia dr kecik n duk di brunei krn saiful dpt tawaran jd pakar bedah di sana.. Ifran n umairah dapat anak 5 org.. Haikal kawin gan pilihan emaknya.. Cuma ifran selalu mengelak tuk berjumpa dengan saiful n atika bila ada keraian atau kenduri kendara.. Hehehe idea poyo aku sepohon nick aku...hehehe Last edited by poyohabis on 6-10-2014 09:11 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
...klu free letak n3 lagi k... |
|
|
|
|
|
|
|
shahrinas posted on 6-10-2014 10:56 AM
...klu free letak n3 lagi k...
N3 tu pe.. Maklum la baru je masuk sini biasa duk kat ci.. |
|
|
|
|
|
|
|
poyohabis posted on 6-10-2014 08:26 AM
Tt kalo boleh x nak ifran gan etika bersama... Hhehehe ni idea dr aku yg x penah menulis novel atau ...
amboi kreatif bukan main poyo punya imiginasi. |
|
|
|
|
|
|
|
Umairah meluru masuk kedalam biliknya tanpa mempedulikan Ifran. Dia masih marah dengan sikap Ifran yang tegar meninggalkannya seorang diri di Tesco demi Atikah. Ifran pula membawa diri ke biliknya sendiri dengan perasaan hangat. Nampaknya, hubungan Umairah dan Haikal sememangnya rapat. Ada rasa geram melihat kemesraan mereka berdua ketika mereka sama-sama menjamu selera seketika tadi.
Setelah dua jam berlalu, Umairah muncul dengan bakul yang mengandungi baju untuk digosok. Dia mara ke bilik Ifran dan mengetuk bilik jejaka itu perlahan. Meski pon ada rasa marah terhadap Ifran, janjinya untuk melayan Ifran dengan baik tetap tidak dilupakan. Ifran membuka pintu dan memandang wajah Umairah nak tak nak sahaja. Langsung tidak ditanya apa yang diinginkan oleh Umairah.
“ Bagi baju kerja kau.. Aku nak gosok baju ni.” Minta Umairah dingin. Langsung matanya tidak menyapa mata Ifran. Dia rela memandang ke arah lain.
“ Tak payah. Aku buat sendiri!” Tolak Ifran dengan nada yang sama seperti Umairah. Tanpa menunggu lama, pintu ditutup keras. Nyaris terkena batang hidung Umairah yang berdiri tegak didepan muka pintu bilik tidur Ifran.
“ Apesal dia pulak nak emotional.. Patut aku la yang nak marah, bukan dia.” Bebel Umairah sendiri apabila melihat tingkah laku Ifran yang menyakitkan hati.
“Nak marah aku kacau daun date dia la tu...” Tuduh Umairah sambil menghentak-hentakkan kakinya kuat ketika berjalan menuju ke bilik yang dikhaskan untuk menggosok. Bilik itu juga menjadi tempat solat untuk dia dan Ifran meski pon mereka jarang berjemaah.
“ Si Atikah ni pon satu. Tak malu sungguh nak menggatal dengan suami orang. Padanlah perangainya sebijik sama macam emaknya. Dasar perampas!” Makian kini pula berarah kepada Atikah. Geram sungguh apabila melihat kemesraan Ifran dan Atikah seketika tadi. Terasa seperti jantungnya disiat-siat dengan belati tajam!
|
|
|
|
|
|
|
|
Kejadian tengahari tadi membuatkan Umairah mengambil keputusan untuk menanda buku latihan pelajarnya didalam bilik tidur. Langsung dia dan Ifran tidak berbual antara satu sama lain sepanjang hari ini. Masing-masing melancarkan perang dingin. Sedang Umairah khusyuk menanda buku kerja sekolah yang diberikan, tiba-tiba sahaja suasana menjadi gelap gelita. Sedikit pon tiada cahaya untuk membantu penglihatannya. Umairah mula cuak dan panik, pelbagai andaian muncul dibenaknya saat ini. Terkocoh-kocoh dia bangun dari katil lalu menghampiri daun pintu biliknya.
“Ifran... Ifran.” Jerit Umairah beberapa kali. Kalut! Dia berharap Ifran ada dirumah pada waktu ini. Dia takut untuk bersendiri di dalam rumah yang gelap.
“ Ifran....” Panggil Umairah lagi sambil meraba-raba dalam kegelapan.
“Aaaaaaaaaaaaaaaaaa..” Pekik Umairah lantang apabila ada satu tangan menyentuh bahunya secara mengejut. Perasaan takut mula menyelubungi hatinya.
“ Apa yang pegang aku ni.. Jangan kata encik Han...” Bisik hati Umairah. Badannya kejung dari melangkah mahu pun memalingkan wajah ke arah si pemegang bahunya. Dia tidak boleh bayangkan sekiranya wajah buruk hantu mencemar pandangan matanya. Peluh mula merintik dek rasa takut yang mencengkam. Umairah tidak putus-putus membaca ayat suci al Quran bagi menghalau kehadiran ‘sesuatu’ yang menakutkan itu.
“Hei.. Akulah ni.” Sergah Ifran kemudian dia ketawa besar. Kelakar melihat gelagat Umairah yang ketakutan. Walaupun dia tidak nampak, namun dia boleh bayangkan ketakutan gadis itu lagi-lagi apabila dia mendengar Umairah tidak henti-henti membaca ayat Qursi. Umairah mengeluh lega mendengar jawapan dari Ifran. Pantas tangan jejaka itu dipaut untuk rasa lebih selamat. Ifran tersentak dengan tindakan drastik Umairah. Ada rasa debar menggegarkan jantung hatinya. Tanpa berlengah tangan Umairah ditolak supaya menjauhkan diri darinya.
“ Panas la.. Ketepi.” Ifran beralasan. Umairah tersedar dengan sikapnya yang agak mengada-ngada itu. Wajahnya merintik merah menahan malu. Nasib baik tiada elektrik, kalau tak pasti Ifran boleh nampak wajahnya yang sudah memerah. Umairah tetap menghampiri Ifran meski pon sudah dimarahi Cuma kali ini tangannya tidak lagi memaut lengan suaminya.
“ Kau nak pergi mana?” Soal Umairah yang hanya mengikut langkah Ifran sedari tadi. Dia tidak mahu duduk berjauhan dengan Ifran. Takut!
“ Bilik aku la.. Kemana lagi.”
“ Tak payah la.. Jom duduk dekat ruang tamu.” Ajak Umairah.
“ Pergi la duduk sorang-sorang. Ajak aku buat apa?” Sela Ifran walaupun dia tahu tujuan Umairah mengajaknya. Sengaja dia mengenakan gadis ini.
“ Temanlah aku. Lagi pon kau nak buat apa dalam bilik kalau gelap macam ni?”
“Tido la. Apa lagi!” Spontan jawapan itu keluar dari mulut Ifran. Umairah merengus kasar.
“Awal lagi la If. Tak payah la tido lagi. Jom la temankan aku duduk kat ruang tamu dulu. Malam masih muda okey!” Minta Umairah lagi. Umairah seperti terlupa dia sedang marahkan Ifran memandangkan situasi yang dialami kini.
“ Jom la.. Karang ada pulak yang terkencing ketakutan. Kotor pulak rumah aku ni nanti.” Ejek Ifran yang turut sama lupa dengan perang dingin yang berlaku antaranya dan Umairah. Umairah dan Ifran beriringan menuju ke ruang tamu.
“Tak ada lilin ke?” Terpancul soalan dari mulut Umairah disaat masing-masing sudah menghenyakkan punggung diatas sofa.
“ Tak ada... Tak pernah pulak rumah aku blackout sebelum ni.”
“Kau tak bayar bil elektrik yer?” Tuduh Umairah sekadar mahu memeriahkan suasana antara mereka.
“ Elok-elok sikit.. Aku bayar la!” Ifran mempertahankan dirinya sendiri. Tak pernah dia lupa untuk perkara penting macam ni.
“ Gurau je.. Jangan marah.” Usik Umairah. Dia ketawa kecil kemudiannya.
“Ada jugak kena tinggal kat sini sorang-sorang kejap lagi.” Ugut Ifran pula. Sekadar mengusik Umairah. Umairah ketawa senang dengan ugutan Ifran. Dia tahu jejaka itu tidak serius dengan kata-katanya.
“ If...” Seru Umairah apabila masing-masing mendiamkan diri. Ifran mengerling ke arah Umairah. Wajah Umairah samar-samar pada penglihatannya.
“ Apa?”
“ Aku nak minta maaf dekat kau.” Luah Umairah pendek. Sudah lama dia menyimpan hajat untuk memohon keampunan daripada Ifran, dan hari ini baru tercapai niatnya itu. Suasana sekali lagi bisu diantara mereka. Ifran menanti Umairah menyambung kata-katanya yang cukup menarik perasaannya saat ini.
“ Aku sedar aku dah buat kesilapan besar terhadap kau.. Kerana masalah antara aku dan Atikah, kau yang merana. Aku minta maaf If kerana libatkan kau dalam dendam aku. Aku tahu kau tak bersalah dan langsung tak ada kaitan dengan hal kami berdua. Aku tak ada niat pon nak gunakan persahabatan kita untuk kenakan Atikah. Cuma, salah aku yang melibatkan kau dalam hal ni secara tidak sengaja.” Tutur Umairah lembut. Ifran diam lagi. Menimbang segala kata-kata Umairah yang kedengaran ikhlas. Tapi semudah itukah dia mahu memaafkan Umairah setelah semua ini terjadi. Kerana Umairah, kebahagiaan yang dirasai bersama Atikah musnah sekelip mata. Mustahil dengan sepotong ucapan maaf mampu menghilangkan rasa terkilan dan kecewanya terhadap Umairah yang tegar mempergunakannya sebagai alat untuk membalas dendam kepada Atikah.
“ Sebab tu ke kau layan aku dengan baik sekarang?” Soal Ifran perlahan. Wajah Umairah dipandang lagi walaupun suasana gelap gelita.
“ hmm... Aku nak tebus kesilapan yang aku dah lakukan terhadap kau.” Akur Umairah.
“ Tak semudah tu aku nak maafkan kau setelah apa yang kau dah lakukan terhadap aku dan Atikah. Kau jangan fikir aku akan maafkan kau dengan apa yang cuba usahakan sekarang.” Tegas Ifran. Namun tak dinafikan hatinya gembira dengan pengakuan dari Umairah. Sangkanya Umairah melayannya dengan baik demi menggodanya seterusnya mahu melukakan hati Atikah lagi. Rupanya tidak. Umairah mula sedar kesilapannya yang lalu.
“ Aku tahu kau susah maafkan aku.. Tapi percayalah, aku betul-betul menyesal dengan apa yang dah berlaku. Kalau aku tak pentingkan diri sendiri, kau tak perlu rasa sengsara begini. Aku tak minta kau maafkan aku, tapi beri aku peluang untuk tebus kesilapan aku. Bagi aku peluang untuk jadi isteri yang baik sementara kita masih lagi bergelar suami isteri.” Ujar Umairah lembut. Suasana sunyi menyelubungi Umairah dan Ifran. Hening. Ifran tidak membalas bicara dari Umairah. Dia ligat berfikir segala bait bicara Umairah yang cukup menyentuh dasar hatinya. Dia perlukan lebih banyak masa untuk memaafkan Umairah malah ucapan maaf daripada Umairah belum lagi mendapat kepercayaan sepenuhnya darinya. Mungkin juga kata-kata Umairah ini adalah satu helah yang baru! Lama suasana antara mereka menjadi bisu... Masing-masing sibuk melayan perasaan sendiri.
“ Kenapa kau benci sangat pada Atikah? Bukankah dia kawan baik merangkap kakak tiri kau?” Cetus Ifran mengubah topik perbualan setelah lama mendiamkan diri. Sudah lama dia terfikirkan persoalan ini. Mungkinkah Umairah marah kerana emak Atikah menjadi isteri nombor dua abahnya? Tetapi, perlu ke Umairah buat begitu pada Atikah? Yang salahnya emak Atikah bukan Atikah! Umairah diam tidak berkutik, tidak menjawab pertanyaan dari Ifran. Sikap Umairah yang mendiamkan diri buat Ifran mengeluh kecil. Sukar sungguh Umairah meluahkan perasaannya. Wajah Umairah disebelahnya dipandang lama.
“Laa patutlah diam jer. Tido rupanya.” Rungut Ifran. Bibirnya tersenyum melihat wajah tenang Umairah yang sudah lena disebelahnya. Tangannya menghampiri kepala Umairah lalu diangkat perlahan kepala gadis itu. Diletakkan kepala Umairah diatas bahunya supaya gadis itu lebih selesa.
“ Kau tahu tak Mai... Aku tak pernah menyesal berkahwin dengan kau malah aku gembira kita dijodohkan. Tapi, bila tahu alasan kau kahwini aku hanya kerana dendam terhadap Atikah buat aku kecewa. Kau tak tahu bertapa aku sayangkan kau sebelum ini.” Desis Ifran sendiri. Diluahkan perasaannya yang selama ini didiamkan kepada angin malam. Matanya mula mengecil. Rasa kantuk mula menjelma sebelum dirinya sama-sama lena disebelah Umairah.
|
|
|
|
|
|
|
|
misssakura posted on 6-10-2014 01:22 PM
amboi kreatif bukan main poyo punya imiginasi.
X la kreatif mcm tt leh buat novel idea datang kerana den menyampah gan jantan mcm ifran ni... Jd den nak la atikah happy gan lelaki lain tp x suka pulak atikah gan haikal.. Jadi aku imaginasi la watak baru yang jiwang karat.. Biar bagi hati ifran sakit mcm mn dia biat kat atikah n padan muka umairah rembat kawan baik nye bf alih2 kawan baik dpt yg lebih baik dr suami dia.. Hehehe |
|
|
|
|
|
|
|
misssakura posted on 6-10-2014 01:44 PM
sebenarnya atikah tu bukannya sesuci embun pagi... dia pon ada sisi hitam dia juga. jadi selayakny ...
Sila la sambung lagi tt.. X sabar den ni... Bukan apa pd den kalo dah nikah x kisah la pakse ke suka rela ke mesti akhirnya allah bg rs syg n cinta kat setiap pasangan.. Jgn biarkan diriku dibelenggu misteri... Hehehe Last edited by poyohabis on 6-10-2014 01:57 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
“ Tikah... apa pandangan kau terhadap Ifran?” Soal Umairah sambil meletakkan beberapa buah buku yang dipinjam dari perpustakaan diatas meja bulat kafeteria. Kawannya Zurina, Zizie dan Amirah mempunyai agenda lain lalu meninggalkan dia dan Atikah berdua. Atikah tersengih mendengar persoalan dari Umairah.
“ Aik.... Lain macam bunyinya tu. Jatuh cinta ke?” Usik Atikah senang. Terlayar diingatannya wajah kacak pelajar lelaki yang bernama Ifran. Dia dan Umairah mula rapat dengan Ifran apabila mereka secara kebetulannya disatukan untuk menyiapkan satu tugasan didalam kelas Beginning calculus.
“ Kau ni.... Serius la.” Marah Umairah namun tidak serius. Marah-marah sayang jer. Atikah mengekek melihat reaksi Umairah. Tidak pernah Umairah berbicara tentang lelaki dengannya. Inilah kali pertama setelah lebih 6 tahun bersahabat dengan Umairah.
“ Tikah....” Rengek Umairah geram. Tercalar egonya melihat Atikah galak ketawakan dirinya. Perasaan malu mula menebal namun cuba dipadamkan memandangkan hanya Atikah sahaja yang tahu tentang perkara ini. Ahh, dia jarang merahsiakan apa-apa dari pengetahuan Atikah. Gadis itu sudah dianggap seperti darah dagingnya sendiri.
“ Okey okey okey... Sorry sayang.” Minta Atikah setelah menghabiskan sisa ketawa. Namun begitu mulutnya tak lepas-lepas dari senyuman nakal. Umairah mendengus! Mencebik melihat reaksi Atikah.
“ Pandangan macam mana maksud kau?” Atikah mula serius. Dia menatap wajah Umairah yang sedang merenungnya.
“ Ye la.. Kau rasa dia tu lelaki macam mana? Baik ke, hensem ke, playboy ke, lelaki tak boleh di harap ke? Apa-apa je la pendapat kau. Be honest!” Jelas Umairah lembut.
“ Kenapa kau tanya aku? Apesal tak tanya Zizie, Ina atau Mirah?”
“ Aku segan la dengan diorang. Dengan kau tak ape..”
“ Kalau segan tu maksudnya betul la kau sukakan Ifran tu yer...” Giat Atikah lagi. Langsung tak melepaskan peluang untuk mengusik Umairah.
“ Hish kau ni... Jawab je la. Banyak cekadak pulak!” Bebel Umairah.
“ Ye la –ye la. Itu pon nak marah.”
“ Bagi aku la kan, Ifran tu lelaki yang kacak, suka bergurau, jenis yang comitted bila buat kerja, dan yang penting...” Sengaja Atikah menggantungkan ayatnya. Mahu membuatkan Umairah teruja.
“Yang penting?” Soal Umairah tidak sabar. Tidak berkelip matanya merenung Atikah didepannya.
“ Yang penting dia single... Tak ada girlfriend.” Ujar Atikah dengan senyuman simpul. Umairah tersengih-sengih bak kerang busuk. Mula memasang angan untuk bercinta dengan jejaka yang mula disukainya dalam diam.
“ Dah tak payah berangan... Kau patut berusaha dapatkan dia!” Cetus Atikah merosakkan angan-angan Umairah. Sempat tangannya menepuk bahu Umairah yang tersengih sendiri. Umairah mengerling Atikah sebelum mengeluh kecil.
“ Berusaha macam mana? Aku seganlah bab-bab macam ni. Kau tahu je la kan, sepanjang 20 tahun aku hidup mana pernah aku bercinta. Mengorat pon tak pernah apa lagi di tackle orang.”
“ Kau ni Mai... Kalau segan sampai ke tua la kau single mingle. Cuba berani sikit. Jangan menyesal kalau dia di kebas orang. Ifran tu complete package, mesti ramai perempuan nak masuk line.” Nasihat Atikah. Dalam maknanya. Umairah diam memikirkan kata-kata Atikah yang ada benarnya tu. Namun, boleh ke dia menyahut kata-kata Atikah sedangkan dihatinya peraaan malu dan segan masih menebal? Lagi pun dia dan Ifran adalah sahabat baik, kelakar pula rasanya untuk meluahkan rasa cinta kepada teman baik sendiri. Buatnya perasaan dia ditolak, pasti persahabatannya dan Ifran juga akan terjejas.
|
|
|
|
|
|
|
|
“Saya cintakan awak...” Luah Ifran dengan sejambak bunga mawar merah kepada Atikah ketika gadis itu sedang menjamu selera. Atikah tercengang lalu memandang lama kearah Ifran yang merenungnya tepat. Sinar mata jejaka itu mendatangkan getaran hebat dijantungnya. Membuatkan rasa sayang yang tersimpan selama ini mekar mewangi.
“ Sorry?” Atikah meminta Ifran mengulang kembali bisikan cintanya itu tadi. Mana tahu dia tersalah dengar. Malu pulak kalau salah faham.
“ Saya cintakan awak... Sudikah awak jadi kekasih saya?” Ifran menambah soalan. Jambangan bunga yang dihulurkan kepada Atikah masih belum disambut. Atikah menelan liur. Mee sup yang dinikmati ditolak ketepi. Mahu memberi tumpuan sepenuhnya kepada Ifran.
“ Awak cintakan saya tak?” Soal Ifran memecah kesunyian. Atikah diam dan hanya memandangnya. Atikah masih membisu. Tidak tahu apa yang perlu dibalas kepada Ifran saat ini. Matanya jatuh pada jambangan bunga yang masih belum disambut.
“Kalau awak tak sukakan saya, sekurang-kurangnya awak terima bunga ni. Saya tahu cinta tidak boleh dipaksa tetapi saya akan terus berusaha untuk menggapai cinta awak.” Luah Ifran setelah lama menunggu balasan dari Atikah. Bunga yang dihulurkan diletakkan diatas meja.
“ Awak fikirlah apa yang saya cakap tadi tu... Apa yang pasti saya betul-betul sukakan awak.” Tambah Ifran lagi. Dia berura-ura untuk meninggalkan Atikah setelah meletakkan bunga yang dipegang diatas meja. Atikah yang baru tersedar dari khayalan cepat-cepat mara kearah Ifran yang sudah beberapa tapak meninggalkannya.
“Ifran...” Jerit Atikah. Tidak lantang tetapi cukup untuk dia dan Ifran mendengar. Ifran yang sedang melangkah, menghentikan pergerakannya. Senyuman simpul terjungkit dibibirnya. Wajahnya dipaling untuk mengadap Atikah yang kini berada disebelahnya.
“ Saya cintakan awak.” Balas Atikah dengan senyuman manis. Namun tak dinafikan ada rasa malu dan segan menebal didadanya. Pipinya sudah merona merah dengan luahan perasaan yang dibuat. Ifran terkejut dengan bisikan cinta dari Atikah yang tidak semena-mena itu. Bulat matanya memandang kearah Atikah.
“Betul ke?” Soal Ifran tidak percaya. Teruja!
“ Yup... Ikhlas dari hati saya.” Sambung Atikah lagi. Ifran tersenyum girang. Rasa bahagia mencucuk ulu hatinya dengan butir bicara Atikah. Namun, tanpa mereka sedar Umairah memandang adegan luahan perasaan dengan hati yang remuk. Setitik demi setitik air matanya jatuh menyapa pipi.
“ Sampai hati kau Tikah...” Itu sahaja yang mampu terdetik dihatinya saat ini. Dikesat air mata yang luruh dengan hati yang berkecai.
“ Kalau kau tak sukakan aku, kenapa kau bagi aku harapan Ifran?” Bisik hati Umairah lagi. Perasaannya retak seribu melihat kebahagian Ifran dan Atikah. Dengan langkah lemah, Umairah meninggalkan kafeteria. Tidak sanggup untuk menonton panorama yang mampu menyiatkan jiwanya.
|
|
|
|
|
|
|
|
“ Tik...” Bunyi nyalaan lampu mengejutkan Umairah dari lena yang panjang. Terpisat—pisat matanya memandang sekeliling yang sudah terang benderang. Pipinya yang terasa basah disapu lembut. Entah dari mana datangnya air mata itu pon Umairah tidak pasti. Adakah kerana mimpinya sebentar tadi. Kisah silam yang memakan masa 3 tahun lalu menjengah kotak fikirannya.
Umairah memandang sebelahnya. Kelihatan Ifran sedang lena dibuai mimpi. Langsung tidak sedar, elektrik yang terpotong telah disambung kembali. Wajah Ifran ditatap lama. Mata jejaka itu kelihatan berkelip-kelip beberapa kali. Badannya yang tadi elok menyandar sofa dipalingkan mengadap Umairah. Nyaris gadis itu dipeluknya. Umairah agak tersentak lalu cepat-cepat bingkas berdiri. Berdenyut kencang jantungnya apabila wajah Ifran yang amat hampir dengan wajahnya.
‘ish mamat ni... tak berhati-hati betullah. Karang kena ngap dengan aku baru tahu.’ Bebel Umairah dalam hati. Sempat matanya menatap lama wajah Ifran yang masih lagi tenggelam dalam lenanya. Wajah itu kelihatan tenang dan tenteram, cukup untuk buat hati Umairah dihanyut rasa yang mendamaikan.
“ If... Bangun.” Arah Umairah. Ditepuk perlahan bahu Ifran supaya cepat sedar. Dia tahu Ifran masih belum sedar dari alam mimpinya.
“ If....” Panggil Umairah lagi, lebih kuat dari sebelumnya. Ifran mula menunjukkan reaksi apabila sayup-sayup suara Umairah mencecah ke gegendang telinganya. Matanya tadi tertutup, terkebil-kebil melawan cahaya terang. Pedih matanya apabila sumber cahaya berpusu-pusu menyapa pandangan secara tiba-tiba.
“Ifran..” Tegur Umairah lagi. Ifran mula melihat susuk tubuh Umairah yang tegak berdiri didepannya. Kelihatan Umairah sedang membetulkan rambutnya yang tidak terurus.
“ Pukul berapa ni?” Soal Ifran dengan suara serak. Badannya yang terasa agak sengal direnggang-renggangkan. Tidak selesa tidur secara duduk diatas sofa. Apatah lagi sepanjang malam Umairah tidur dibahunya.
“ Pukul 3 pagi... Dah jom masuk tidur.” Jawab Umairah sambil kakinya sudah melangkah untuk ke tandas. Terasa nak kencing la pulak.
“Tidur sekali ke?” Sempat lagi Ifran mahu mengusik. Tersengih-sengih dirinya yang sudah sedar dari mamai. Umairah menggeleng-gelengkan kepalanya. Tidak melayan lawak bodoh Ifran dipagi hari.
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|