Hina Sultan Kelantan: Umno, NGO buat laporan polis
12 November 2013
- Ketua Pemuda Umno Tumpat, Rosidi Mahmud Kamaruddin (enam, kiri) bersama anggota Pemuda Umno menunjukkan laporan polis terhadap pemilik akaun laman sosial Facebook yang dikenali sebagai 'Listen Basikal Tua' yang menghina Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V di Balai Polis Tumpat di Tumpat hari ini. - Foto Bernama
[url=]<[/url] 1 / 1 [url=]>[/url]
TUMPAT - Umno Bahagian Tumpat dan Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK) Tumpat hari ini membuat laporan polis berhubung tindakan seorang pemilik akaun Facebook yang didakwa menghina Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, ketika sambutan hari keputeraan baginda semalam.
Ketua Pemuda Umno bahagian itu, Rosidi Mahmud Kamaruddin berkata kenyataan pemilik akaun laman sosial itu menggunakan nama 'Listen Basikal Tua' dianggap melampau dan boleh mencemarkan kedaulatan Raja-Raja.
"Kami berasa sedih dan terkilan kerana terdapat individu yang sanggup mengeluarkan kenyataan yang dianggap begitu melampau dan biadab itu," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di Balai Polis Daerah Tumpat, di sini, hari ini.
Beliau berkata pihaknya mendesak pihak yang bertanggungjawab supaya menyiasat perkara ini dan mengambil tindakan keras terhadap pemilik akaun Facebook berkenaan.
Ketua MTRK Tumpat Abdul Kadir Yakob berkata kenyataan pemilik akaun berkenaan dianggap keterlaluan kerana menghina kedudukan Sultan.
"Kita sepatutnya menghormati dan mematuhi Sultan Kelantan yang merupakan payung negeri, dan saya menggesa pihak polis supaya menyiasat dan meneliti perkara ini serta mengambil tindakan seadil-adilnya," katanya.- Bernama
http://www.sinarharian.com.my
lebih lebih Tuanku akan ampunkan mamat tu .....
|