CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: tongkatwaran75

[Tempatan] {1}RON 92 KEMBALI DI JUAL - MENTERI kaji !

[Copy link]
Post time 4-9-2013 09:59 AM | Show all posts
rilekla..Indon pakai ron88 je..kahkahkah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-9-2013 10:00 AM | Show all posts
Petua nak pakai RON 92

1. Kalau boleh pergi ke stesen minyak pagi2, dlm pukul 5am gitu, kerana time tuh zarah neutron RON 92 masih tak bergabung dengan atmosfera, so agak senang dibakar.

2. Sebelum pam minyak, pastikan engine tertutup supaya lebihan karbon monoksida tidak mempengaruhi kemampatan minyak.

3. Untuk pam yang pertama, tekan picu pam perlahan2 dan cuba dongakkan kepala, sebut pelan2, najibnajibnajibnajibnajibnajibnajib ulang sebanyak 1000 kali.

4. Sudah selesai, tutup penutup tank dengan cermat dan pastikan anda tampal sticker BN di atas penutup tank minyak itu.

Nescaya selamat.
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2013 10:15 AM | Show all posts
jahanam kreta..kat moto pn aku xkan isi
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2013 10:19 AM | Show all posts
Minyak RON Jeremy diorang taknak jual ke?
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2013 10:19 AM From the mobile phone | Show all posts
batmana posted on 4-9-2013 07:50 AM
abisla enjin woii..

igt semo kete bole sumbat ron92 ka?.. bodo punye menteri..

Keta super supreme... eh silap suprima blh guna ron92 tak? Ekekekekeke...
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2013 10:20 AM From the mobile phone | Show all posts
snipersnake posted on 4-9-2013 10:00 AM
Petua nak pakai RON 92

1. Kalau boleh pergi ke stesen minyak pagi2, dlm pukul 5am gitu, kerana ti ...

Muahahahahhahhhahaaaaaaaaaaaa...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-9-2013 10:22 AM | Show all posts
Minyak RON Jeremy diorang taknak jual ke?
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2013 10:23 AM | Show all posts
snipersnake posted on 4-9-2013 10:00 AM
Petua nak pakai RON 92

1. Kalau boleh pergi ke stesen minyak pagi2, dlm pukul 5am gitu, kerana ti ...

Yok yok ooo....aku baca tips ka apa kaa...rupanyaa...celakeee belakeee....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-9-2013 10:39 AM | Show all posts
snipersnake posted on 4-9-2013 10:00 AM
Petua nak pakai RON 92

1. Kalau boleh pergi ke stesen minyak pagi2, dlm pukul 5am gitu, kerana ti ...

cisss.. aku hampir2 nak percaya mula2 tuh
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2013 10:43 AM | Show all posts
yipun_78 posted on 4-9-2013 07:28 AM
minyak ada gred kan kira minyak 92 ni low gred ke apa? x ingat lak kenapa gomen tarik minyak n ...

zaman dulu ada 2 jenis petrol
-leaded ron92 (minyak merah, berplumbum)
-unleaded ron97 (minyak hijau, tanpa plumbum)

kononnya demi menjaga kesihatan rakyat
(plumbum dari asap kenderaan membahayakan kesihatan)
gomen pon hapus penggunaan ron92 diganti ron95 unleaded yg murah.

zaman dah berubah
kesihatan bukan agenda utama
keuntungan lebih penting.

so,
demi keuntungan, kilang najis bumi dibina
ron92 berplumbum di guna semula.

....janji masyukkk!

Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2013 10:46 AM | Show all posts
Bila ron92 naik rega esok2...korang akan disyorkan untuk menggunakan minyak tanah pulak..
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2013 10:49 AM | Show all posts
ron 92 = minyak 1 malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2013 10:51 AM | Show all posts
snipersnake posted on 4-9-2013 10:00 AM
Petua nak pakai RON 92

1. Kalau boleh pergi ke stesen minyak pagi2, dlm pukul 5am gitu, kerana ti ...
  1. 3. Untuk pam yang pertama, tekan picu pam perlahan2 dan cuba dongakkan kepala, <font color="Red">sebut pelan2, najibnajibnajibnajibnajibnajibnajib ulang sebanyak 1000 kali.</font>

  2. 4. Sudah selesai, tutup penutup tank dengan cermat dan pastikan anda tampal sticker BN di atas penutup tank minyak itu.
Copy the Code
kalau ramai yg tgh menunggu beratur nak isi minyak, mana ada sempat sampai sibu kali.Sambil menunggang keta pun kira bolehlah juga, tapi kena tambah lagi ayat kasik power, najibmah,najibmah, najibmah, daya pecutan akan naik berganda-ganda dek campuran pentanajib campur oktanamah
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2013 10:52 AM | Show all posts
sok sok...rege ron92 naik....introduce lak ron 89
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2013 10:53 AM | Show all posts
AnBulisia posted on 4-9-2013 10:19 AM
Minyak RON Jeremy diorang taknak jual ke?


ron jeremy? mesti ko ni old school punya...
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2013 10:56 AM | Show all posts
kutuk la BN, kalau jual kat kampung2 sah2 ler depa puji BN, BN prihatin nasib rakyat bg minyak murah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-9-2013 11:00 AM | Show all posts
bangcak posted on 4-9-2013 10:43 AM
zaman dulu ada 2 jenis petrol
-leaded ron92 (minyak merah, berplumbum)
-unleaded ron97 (minyak h ...


yup...aku ingat lg zaman ni...kempen gunakanlah minyak tanpa plumbum.....RON97


tp ada gak org dulu ckp minyak tanpa plumbum RON 97 x power banding minyak ada plumbum RON92....

tp kerajaan kata plumbum bahaya utk alam sekitar......

skrg nk kembalikan lak RON92.....apa punya pemikiran daaaaaa..........




Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2013 11:02 AM | Show all posts
APA ITU RON ( ROAD OCTANE NUMBER )
-Ukuran bagi ketahanan bahanapi daripada ketukan enjin (engine knoking). Ketukan enjin terjadi apabila campuran udara dan minyak didalam silinder meletup berbanding dengan proses pembakaran yang sepatutnya.

RON berkaitan dengan campuran dua unsur asas iaitu oktana dan pentana yang melengkapkan sifatnya menjadi bahan bakar petrol.

RON95 bermaksud 95 peratus kandungannya ialah oktana dan selebihnya pentana. Begitu juga dengan RON97 iaitu hanya tiga peratus pentana dan selebihnya oktana.

Pada asasnya RON ialah gred bagi keupayaan petrol menentang pembakaran tidak normal dan menjana tenaga pada masa yang sepatutnya ketika proses pembakaran.

Penggunaan RON yang betul untuk enjin kenderaan, biasanya dinyatakan di dalam manual pemilik, dan kadang kala pada pelekat yang terdapat pada penutup tangki minyak.

Pengguna seharusnya tidak bimbang mengenai hal ini kerana kebanyakan kenderaan boleh menggunakan petrol RON95 tanpa sebarang masalah atau kehilangan kuasa memecut.

Pakar kejuruteraan produk Chevron, Greg Engeler berkata ramai yang salah faham bahawa petrol dengan RON yang lebih tinggi akan menjadikan enjin lebih cekap sedangkan RON yang lebih tinggi daripada spesifikasi yang ditentukan tidak akan memberi kesan yang signifikan.

Katanya teknologi enjin, jenis kenderaan dan cara pemanduan memainkan peranan yang lebih besar dalam menentukan ekonomi petrol berbanding perbezaan nilai RON.

Tambahnya lagi kelebihan jangka panjang dengan penggunaan RON95 ialah bila Malaysia memenuhi spesifikasi Euro 2M, proses penerimaan teknologi baru yang lebih cekap dan mesra alam daripada Eropah akan menjadi lebih mudah.

Menurut portal majalah kereta.com.my, di Eropah, klasifikasi keseragaman kelas bahan bakar petrol dibahagikan kepada tiga kelas utama iaitu RON91, RON95 dan RON98.

Pembahagian itu dibuat berdasarkan jenis keperluan bahan bakar yang diperlukan pada setiap jenis enjin daripada pengeluar yang berlainan.

RON91 dicipta untuk enjin yang mampu menerima petrol berplumbum, RON95 untuk petrol tanpa plumbum yang juga disebut petrol premium dan RON98 atau disebut juga sebagai Super Plus atau Super Premium.

Di Eropah juga penggunaan RON95 ialah lebih 84 peratus daripada keseluruhan penggunaan petrol yang merupakan bahan bakar utama kenderaan.

CUBA SEMUA JENAMA

Jika anda masih tidak berpuas hati, pendekatan Herlina Ahmad mungkin patut dicontohi.

Pensyarah muda yang memandu Toyota Avanza 1.3 keluaran tahun 2006 ini mencuba pelbagai jenama petrol RON95 yang terdapat di pasaran dan merekodkan jumlah perjalanan dan kos secara terperinci.

Beliau mendapati walaupun perbezaan tidak begitu ketara, dua jenama kurang efisien dari segi ekonomi, satu kurang cekap dan beliau berpuas hati dengan dua lagi jenama yang lain.

"Pikap kereta normal, kadang-kadang saya memecut hingga 140km sejam. Keluar dari simpang pun macam biasa," katanya.

Begitu juga dengan Noor Shafina Adullah yang menggunakan RON95 untuk kereta Kembara yang dipandunya sejak lapan tahun lalu.

"Setakat hari ini, tiada masalah. Saya rasa ia lebih kepada kesan psikologi. Kalau ada pun perbezaan saya rasakan ialah petrol RON95 syarikat A lebih menjimatkan atau efisyen dari syarikat B," katanya yang menggunakan petrol berselang-seli dengan gas NGV.

JANGAN MEMBAZIR

Jadi, sekiranya enjin anda cukup sekadar dengan pembakaran RON95, kenapa perlu membazir membeli petrol RON97?

Sebaliknya, jika enjin anda dicipta untuk membakar dengan RON97, adalah tidak memadai menggunakan RON95 kerana omboh akan mengalami masalah ketukan.

Dakwaan mengatakan semakin tinggi RON adalah lebih baik dan mampu menghasilkan enjin yang lebih berkuasa juga tidak benar. Petrol yang baik ialah petrol yang sesuai dengan RON yang diperlukan oleh enjin.

Setiap pengeluar mempunyai resepinya yang tersendiri untuk menjadikan petrol mereka membakar dan membersih dengan efisien. Mereka memiliki pusat penyelidikan untuk membuat rumusan petrol dengan jisim seperti bersifat 'mencuci', mengekalkan tahap pembakaran, ketahanan dengan suhu dan pelbagai aspek untuk memastikan petrol mereka konsisten mengikut spesifikasi enjin yang direka untuknya.

Ramai yang salah faham bila menganggap RON97 menghasilkan lebih banyak kuasa berbanding RON95, apatah lagi realitinya lebih tinggi nilai RON, lebih sukar bahan api dibakar. RON hanya merujuk kepada kemampuan bahan api untuk menahan ketukan semata-mata.

Enjin yang memerlukan nilai RON yang lebih tinggi lazimnya mempunyai nisbah mampatan yang lebih tinggi seperti Satria GTI.

PERAKUAN PENGELUAR KERETA

Kesimpulannya, RON ialah berdasarkan kesesuaian enjin, bukan kualiti semata-mata.

Apatah lagi hampir semua pengedar dan pengeluar kereta di negara ini telah mengeluarkan kenyataan mengenai kesesuaian model mereka dengan RON95.

Antaranya, kumpulan Automotif Naza menggalakkan pemilik kenderaan Naza, KIA dan Peugeot yang menggunakan bahan api petrol menggunakan RON95.

Syarikat itu berkata RON95 sesuai bagi kereta Naza Ria, Naza Citra, Naza Suria, Naza Citra II Rondo, Kia Sportage, Kia Carnival, Kia Carens, Kia Picanto, Kia Optima, Kia Spectra5, Kia Spectra, Kia Rondo, Naza 206 Bestari, Peugeot 206, Peugeot 407, Peugeot 308 Turbo, Peugeot 308Vti dan Naza Forza manakala Naza Sorento, Kia Sorento dan Kia Pregio menggunakan diesel.

UMW Toyota Motor juga mengeluarkan kenyataan petrol RON95 sesuai bagi kegunaan semua kenderaan Toyota dan Lexus yang dijual oleh syarikat itu.

Pengedar eksklusif kenderaan Toyota dan Lexus di Malaysia itu berkata pemilik kereta-kereta ini, yang ketika ini menggunakan petrol RON97, boleh beralih kepada RON95 tanpa perlu bimbang akan masalah kerosakan enjin atau hilang prestasi.

Honda Malaysia juga mengumumkan bahawa semua model yang diedarkan oleh syarikat itu serasi dengan minyak petrol RON95.

Honda Malaysia memberikan jaminan kepada semua pemandu kenderaan Honda bahawa RON95 seharusnya tidak menjejaskan mana-mana model yang diedarkan oleh wakil jualan sahnya, kecuali model Civic Type R.

Civic Type R dicadangkan menggunakan RON97 kerana enjinnya yang berprestasi tinggi, kata Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Toru Takahashi.

Sebelum ini setiap kali mengisi minyak petrol, Izzat Amir, hanya menumpukan perhatian pada nombor yang tertera di ruang harga.

Namun sejak pelarasan klasifikasi minyak petrol kepada dua jenis RON (Research Octane Number) -- RON95 dan RON97 -- September lalu, perhatian eksekutif muda ini lebih tertumpu kepada nombor RON yang tercatat.

Izzat berasakan minyak RON95 menjadikan enjin kereta Proton Waja Premium keluaran tahun 2003 miliknya kurang mantap dan mengeluarkan bunyi bising.

Berbeza pula dengan pengalaman P.Aravind yang mengatakan beliau menggunakan RON95 untuk kereta Peugeot 207cc dan berpuas hati dengan penggunaan petrol dan kecekapan enjinnya.

Walaupun berasa skeptikal pada mulanya, Aravind mencuba RON95 selepas melihat spesifikasi pada pelekat di penutup tangki minyak.

Tetapi yang mengecewakan beliau ialah terdapat pekerja di stesen minyak yang mengatakan tindakannya menggunakan petrol yang lebih 'murah' merosakkan enjin kereta.

Seperti Izzat dan Aravind, anda juga pasti pernah melihat minyak petrol yang diklasifikasi sebagai RON95 dan RON97 di stesen-stesen minyak, terbaca pelbagai isu berbangkit mengenainya dan mungkin juga sebagai pengguna, keliru dengan klasifikasi ini.

Kerajaan memperkenal minyak petrol RON95 bagi menggantikan RON92 yang dimansuh jualannya manakala RON97 menjadi petrol premium mulai 1 Sept lalu.

Meski pun telah dihebahkan dan diberi penerangan secara meluas, masih ramai yang salah faham mengenai keperluan klasifikasi RON ini.


-- BERNAMA
Last edited by boyagombak on 4-9-2013 11:10 AM

Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2013 11:03 AM | Show all posts
akughi posted on 4-9-2013 08:43 AM
aku rase minyak RON92 ni setaraf minyak tanah tuk nyalakan api pelita time nak raye je

dah tu ron88 hat indon duk pakai tu setaraf dgn apa pulak? minyak gamat?
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2013 11:03 AM | Show all posts
salimrock posted on 3-9-2013 07:31 PM
kan?? mcm kena kencing je ...........

bagi je la subsisi 60 sen kat ron 97...

sblm ni RON92 pakai utk apa?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 09:52 AM GMT+8 , Processed in 0.045084 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list