|
|
[Tempatan]
EDISI U-TURN dan edit berita oleh harakah (PKR tak jadi boikot)
[Copy link]
|
|
|
snipersnake posted on 13-6-2013 11:13 AM 
dia senyum je. org keliling aku dah lain mcm time tuh. aku buat derk je. yelah, dulu masa kempen d ...
PKR ni terlalu ikutkn sangat kepale anwar tu, pengikut dia tak leh cakap ape la....tian cua ni kene ikut bontot tuan dia, kalo tak tian cua akan dicop sbg barua UMNO....kompom tian cua tak nak....boleh mati kene rejam nnt......tak pe bro, PRK boikot pun akan ade pilihanraya kecil, nnt boleh undi depa semula, undang2 tak kejam, pemimpin pilihan rakyat akan dijulang
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
dino posted on 13-6-2013 11:16 AM 
aku rasa semua mengaku umno korup.... byk isu itu ini...
tp kite nak pembangkang buat koje... bkn ...
umno jadi busuk bile ade yg tak bertanggungjawab mcm si tempe tu, elok la tempe kene gam skrg ni 
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
snipersnake posted on 13-6-2013 11:19 AM 
betul bro. setuju.
sebab banyak yg undi PR bukan ahli PR pon, semua undi PR sbb nak wakil rakya ...
kite terima hakikat org2 politik ni susah nak purcaya.... seme kebendaan.....
kroni moni ttp wujud.... 
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
alamak PKR, boring la drama ni semua... jalankan tugas anda.. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
....... see ... hot hot chicken shit ... saja2 nak gertak ..... boikot la bagai ... tahupun ada saluran yang betul ... nakpi masuks alurans alah buat apa .. lainlah anwar n sekufu dengannya .... memang suka gunapakai saluran yang salah pun ... |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
sayawifenikmie posted on 13-6-2013 11:33 AM 
....... see ... hot hot chicken shit ... saja2 nak gertak ..... boikot la bagai ... tahupun ada sa ...
bukan ke selama ni dia buat cam tu ke...buat saluran salah wpun tau ade saluran betul 
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Aku harap PKR ni pupuslah..org2 yang bijak pandai dalam parti tu pi lah join parti lain. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Kesian Anwar Ibrahim, Nyanyuknya Semakin Menjadi-jadi
June 13, 2013 ·
Sepatutnya Wan Azizah dan Nurul Izzah telah menghantar Anwar Ibrahim untuk berubat. Sebabnya, penyakit gila yang dihidapi Anwar Ibrahim sudah berada pada paras kritikal yang boleh membahayakan orang di sekeliling. Dan dia tidak sekadar gila, bahkan telah menjadi nyanyuk sekalipun usianya hanya 65 tahun.
Impiannya untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia, nampaknya telah hancur berkecai. Rakyat Malaysia yang diharapkan dapat membantunya menerusi pengundi pada PRU13 dan kemudian merusuh serta mewujudkan gelombang subversif secara besar-besaran di jalan-jalanraya di seluruh negara, nampaknya lebih sibuk menguruskan kerja-kerja harian mereka.
Kecuali segelintir yang masih percaya Anwar Ibrahim adalah Imam Mahdi mereka, lebih 20 juta rakyat Malaysia yang lain, biarpun sebahagian daripada mereka menyokong Anwar, lebih senang menjalani kehidupan harian secara lebih sihat.
Semalam, Anwar Ibrahim bercakap lagi. Katanya, Pakatan Rakyat telah mencapai keputusan sebulat suara, Speaker Dewan Rakyat harus dilantik dari kalangan mereka yang bebas, tidak berparti, berkarisma dan telah terbukti mampu melaksanakan tugas. Nama yang dicadangkan adalah Abdul Kadir Sulaiman, bekas seorang hakim Mahkamah Persekutuan yang pernah berkhidmat untuk SPRM.
Apabila nama tersebut dicadangkan oleh Anwar Ibrahim, bermakna hakim berkenaan bukanlah sebagaimana yang dikatakannya. Seandainya hakim berkenaan seorang yang bebas, tidak berparti dan berkecuali, namanya tidak akan disebut oleh Anwar Ibrahim. Malah tidak akan mendapat perhatian langsung daripada Anwar Ibrahim. Nama itu hanya disebut kerana ada ‘jasanya’ kepada Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat!
Dan semua orang sedia maklum, apa yang telah dilakukan oleh SPRM dan sebahagian besar hakim serta majistret apabila melibatkan kes-kes pemimpin UMNO dan Barisan Nasional berbanding Pakatan.
Suka-suka sahaja Anwar Ibrahim mencadangkan nama Speaker Dewan Rakyat yang baru sedangkan dia sendiri terpaksa mengemis kasih sayang daripada Lim Kit Siang untuk terus memegang jawatan Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia walaupun parti yang dipimpinnya, tidak mendapat kerusi majoriti berbanding DAP.
Sikap tunjuk lagak dan hebat pada Anwar Ibrahim sebenarnya sudah sampai ke tahap kritikal. Kegilaan itulah yang mendorong Anwar melakukan pelbagai perkara yang tidak masuk dek akal.
Sepatutnya sebelum dicadangkan Abdul Kadir Sulaiman mewakili Pakatan Rakyat sebagai Speaker Parlimen, adalah lebih baik sekiranya Anwar Ibrahim menunjukkan ‘kuasanya’ dengan perlantikan Speaker-Speaker DUN Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor terlebih dahulu dari kalangan yang pro-Barisan Nasional.
Malangnya itu tidak berlaku, sebaliknya Anwar Ibrahim lebih sibuk dengan Speaker Parlimen memandangkan Parlimen tidak dikuasai oleh Pakatan Rakyat. Sebarang desakannya terhadap Parlimen, biasanya tidak pernah dipraktikkannya di negeri-negeri yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat.
Contoh terbaik adalah susur Jambatan Kedua Pulau Pinang yang runtuh dan telah membunuh dua orang mangsa. Tiada sebarang suara yang keluar dari mulut Anwar Ibrahim memandangkan kontraktor yang bertanggungjawab adalah dilantik oleh PDC yang dipengerusikan oleh Lim Guan Eng. Dan sekalipun Lim Guan Eng cuba menafikan, malangnya segala fakta yang ada, memang menuding jari ke arahnya.
Bayangkanlah kalau yang runtuh itu adalah jambatan di negeri-negeri yang ditadbir oleh UMNO-BN. Tak cukup mulut dan kaki tangan Anwar Ibrahim menyalahkan UMNO dan Barisan Nasional. Bahkan yang tidak bersangkut paut pun akan didesak agar meletakkan jawatan sebagaimana yang cuba dilakukan oleh Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat terhadap Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR.
Cakp tidak serupa bikin, memang sudah lama menjadi darah daging Anwar Ibrahim. Amat malang sekiranya Perdana Menteri Malaysia, Najib Abdul Razak terpedaya dengan permainan licik Anwar Ibrahim dalam usaha untuk menunjukkan bahawa kerajaan yang dipimpinnya telus dan terbuka.
Share this:
By Hero Tua
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
u-turn mcm hadi awang ngan nik ajis  |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
ni semua poyoooooooooooo......
ntah2 depa org pertama yg smpi untk angkat sumpah nnt.....
depa bukan bodos smpi nk kena buat pru lagi......saje je tu hartuiiiiiiiiiiii sangatttttttt.....
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Jalan kat sunway byk btol lobang2....PR ni sibuk berdemo, kerja tak buat.,... |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
tapibukanaku posted on 13-6-2013 10:49 AM 
penat wooo nak jadik rafizy ramli
dlm peti besi kat rumah tu penuh dgn bukti2 tau
ni tgh cari bu ...
Hari tu orang rumah dia ada post nak assistant kat laki dia.
Aku lupa apa kriteria dia. Tapi kalau set jenis dok bergayut kat CARI ni memang tak qualify. Impression aku dapat, kena kerja 24/7 nengok gaya laki dia yang asyik nak cari salah orang.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Jangan lupa boikot sekali amik elaun... kalau ada kemaluan arrr.... |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
baulu posted on 13-6-2013 12:40 PM 
Hari tu orang rumah dia ada post nak assistant kat laki dia.
Aku lupa apa kriteria dia. Tapi k ...
orang rumah dia nama Afisza eh?
Kriteria mesti pandai cari salah orang lain dan pandai kumpul bukti.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
sinceyesterday posted on 13-6-2013 12:24 PM 
ni semua poyoooooooooooo......
ntah2 depa org pertama yg smpi untk angkat sumpah nnt.....
depa buk ...
Korang ingat angkat sumpah tu macam, bangun pagi ni baru nak fikir baju apa nak pakai, kaler apa nak pakai ke?
Aku bet, depa dah pergi tempah baju angkat sumpah sejak 2-3 tahun lepas. Entah2 dah berapa kali fitting sebab berat badan turun naik.
Tu tak kira yang bini2 ahli dewan. Berapa ribu gamaknya habis tempah baju kat butik glamer2 sempena nak menyambut event ni.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
tapibukanaku posted on 13-6-2013 12:45 PM 
orang rumah dia nama Afisza eh?
Kriteria mesti pandai cari salah orang lain dan pandai kumpul b ...
Ye... tu la nama dia.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Gagal angkat sumpah tidak boleh bahas titah Agong
KUALA LUMPUR 12 Jun - Ahli-ahli Parlimen yang gagal mengangkat sumpah pada 24 Jun ini atas sebab memboikot tidak akan dibenarkan duduk di dalam Dewan Rakyat mengikuti pembukaan rasmi sidang Parlimen bagi penggal ke-13 yang disempurnakan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah pada keesokannya.
Bukan itu sahaja, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata, mereka juga tidak akan dibenarkan terlibat dalam sesi perbahasan titah ucapan Yang di-Pertuan Agong pada sidang Dewan Rakyat, 26 Jun.
Beliau berkata, keadaan itu terus berlarutan selagi mereka tidak mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen dan sekiranya dalam tempoh enam bulan masih gagal berbuat demikian, maka terlucutlah kelayakan sebagai wakil rakyat.
''Apa yang saya katakan ini adalah berdasarkan peruntukan Perlembagaan Persekutuan (Perkara 59(2) dan peraturan mesyuarat. Harus diingat mana-mana Ahli Parlimen yang mahu memboikot majlis angkat sumpah Ahli Parlimen pada 24 Jun ini perlu tahu kesan yang bakal mereka hadapi.
''Sesungguhnya kesan terhadap mereka yang mahu memboikot majlis angkat sumpah Ahli Parlimen pada 24 Jun ini amat besar. Mereka tidak boleh hadir majlis pembukaan. Mereka tidak boleh hadir pada sesi perbahasan titah ucapan dan jika gagal angkat sumpah dalam tempoh enam bulan, kelayakan sebagai Ahli Parlimen akan terlucut,'' katanya di sini hari ini.
Semalam, Pandikar Amin dalam sidang akhbarnya menegaskan mana-mana Ahli Parlimen yang gagal mengangkat sumpah pada hari pertama sidang Dewan Rakyat 24 Jun ini tanpa alasan munasabah dan dalam tempoh enam bulan selepas tarikh itu boleh dilucut atau hilang kelayakan sebagai wakil rakyat mengikut Perkara 59 (2) Perlembagaan.
Perkara itu ditegaskan Pandikar Amin ketika merujuk sikap pembangkang, khususnya wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang mempertimbangkan untuk memboikot majlis angkat sumpah tersebut sebagai bantahan terhadap keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13)
Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini mempertimbangkan untuk memboikot majlis angkat sumpah di Parlimen kerana mendakwa wujud penipuan dalam PRU-13 lalu.
Pandikar Amin berkata, sebagai Ahli Parlimen yang belum mengangkat sumpah, hanya satu sahaja hak yang mereka ada iaitu memilih Yang Dipertua Dewan Rakyat sekiranya berlaku pemilihan.
Beliau berkata, peruntukan itu ada disebut di dalam Perlembagaan Persekutuan Perkara 59 (1), namun lain-lain prosiding di dalam Parlimen tidak dibenarkan sama sekali kerana kegagalan Ahli-ahli Parlimen terbabit mengangkat sumpah.
Menjawab satu soalan, beliau berkata, tidak dinafikan di dalam Peraturan Mesyuarat 14 (1) ada peruntukan yang membolehkan Ahli-ahli Parlimen baharu mengangkat sumpah.
''Sekiranya mereka ini cuba menggunakan peraturan tersebut atas nama demokrasi, memboikot majlis angkat sumpah Ahli Parlimen pada 24 Jun, saya ingin bertanya adakah demokrasi hanya terpakai kepada orang atau kumpulan tertentu sahaja?
''Adakah saya sebagai Yang Dipertua dan Timbalan-timbalan Yang Dipertua tidak ada hak untuk menggunakan hak demokrasi? Mengapa mereka boleh memboikot tetapi saya tidak dibenarkan memboikot mana-mana Ahli Parlimen terbabit untuk mengangkat sumpah?,'' soalnya.
Pandikar Amin berkata, beliau dan timbalan-timbalannya juga ada hak untuk memboikot mana-mana Ahli Parlimen yang melakukan perkara tersebut daripada mengangkat sumpah pada hari yang mereka pilih.
''Saya perlu bertegas kerana tidak mahu Parlimen dipersenda dan dihina dengan sebegini rupa. Rancangan mereka untuk memboikot majlis angkat sumpah pada 24 Jun ini sebenarnya menghina institusi Parlimen,'' ujarnya.
Walau bagaimanapun beliau berkata, pengecualian diberikan kepada Ahli-ahli Parlimen yang mempunyai masalah kesihatan atau alasan-alasan munasabah dan bukannya atas sebab boikot.
Artikel Penuh: http://utusan.com.my/utusan/Dala ... Agong#ixzz2W4SNAyMt
© Utusan Melayu (M) Bhd
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Pggfgfgfgfgfffffffffffffffffffffffffffffff,
Zuraida: 'Kami akan angkat sumpah 24 Jun ini'
NIZAM ZAIN
13 Jun 2013
Share on facebook Share on twitter Share on google_plusone_share More Sharing Services1
Zuraida Kamaruddin
Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin
Fuziah Salleh
Fuziah Salleh
SHAH ALAM - Beberapa pemimpin PKR menyatakan pendirian akan tetap mengangkat sumpah ahli Parlimen walaupun parti tersebut sebelum ini dilaporkan mahu memboikot majlis angkat sumpah Dewan Rakyat penggal ke-13 pada 24 Jun ini.
Ketua Wanitanya, Zuraida Kamaruddin berkata, beliau akan tetap mengangkat sumpah dan tidak akan memboikot majlis angkat sumpah ahli Dewan Rakyat tersebut.
“Kami akan mengangkat sumpah, kerana jika tidak berbuat demikian kami tidak boleh berbahas. Biro Politik akan membuat keputusan mengenai bilakah tarikh angkat sumpah tersebut,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia bahawa mana-mana ahli Parlimen yang gagal mengangkat sumpah pada hari pertama sidang Dewan Rakyat 24 Jun ini tanpa alasan munasabah dan dalam tempoh enam bulan selepas tarikh itu boleh dilucut atau hilang kelayakan sebagai wakil rakyat mengikut Perkara 59 (1) Perlembagaan.
Beliau berkata, tindakan tidak hadir dalam majlis angkat sumpah dengan sengaja itu sebagai penghinaan kepada Yang di-Pertuan Agong, negara, Parlimen dan semua institusi berkenaan. Parlimen juga akan menentukan tindakan lain bersabit kesalahan tersebut.
Sementara itu, Naib Presiden PKR, Fuziah Salleh berkata, setakat ini, beliau masih berpendirian akan mengangkat sumpah selaku ahli Dewan Rakyat.
“Sama ada angkat sumpah 24 Jun atau selepas itu masih belum ditentukan. Kami merujuk perintah tetap yang membolehkan angkat sumpah dalam tempoh enam bulan,” katanya.
Sebelum ini, pada Majlis Taklimat kepada ahli-ahli Dewan Rakyat ke-13 yang diadakan kelmarin, hanya seorang ahli Parlimen pembangkang yang hadir, iaitu Ahli Parlimen Bakri dari DAP, Er Teck Hwa.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
ye ke PR, PKR tidak gentar jika hilang kelayakan sebagai wakil rakyat?...
Rafizi: 'Speaker tak ada hak boikot'
NIZAM ZAIN
13 Jun 2013
PETALING JAYA - Ahli parlimen PR khususnya PKR tidak gentar jika hilang kelayakan sebagai wakil rakyat sekiranya mereka tidak mengangkat sumpah pada 24 Jun ini.
Sebaliknya Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata, kenyataan Tan Sri Pandikar Amin Mulia kelmarin tidak mengikut perundangan malah Speaker sendiri tidak boleh menolak majlis angkat sumpah pada tarikh lain yang dipersetujui ahli Parlimen PR.
"Itu adalah satu kenyataan yang tidak mengikut undang-undang yang dibuat oleh Speaker Parlimen, dan belum tentu pun dia akan jadi Speaker Parlimen.
"Kalau ikut pemahaman dan tafsiran undang-undang yang kita, Speaker tidak ada hak untuk menolak angkat sumpah kerana ahli Parlimen dilantik oleh rakyat.
"... kuasa yang kami ada sebagai mewakili kuasa rakyat tidak boleh dibatalkan hanya kerana seorang Speaker tunjuk lagak untuk tidak mahu menerima angkat sumpah kita," katanya kepada Sinar Harian Online, di Ibu Pejabat PKR, semalam.
Beliau berkata demikian mengulas kenyataan bekas Speaker Dewan Rakyat yang menyatakan bahawa jika ahli parlimen pembangkang memulaukan majlis angkat sumpah dan tidak hadir selama enam bulan berturut-turut di Parlimen, mereka akan hilang kelayakan sebagai wakil rakyat.
Malah katanya, beliau juga boleh bertindak boikot ahli parlimen pembangkang untuk upacara angkat sumpah di hari yang lain.
"Kalau mereka boleh boikot sistem demokrasi, saya juga akan memboikot mereka jika mereka mahu mengangkat sumpah pada hari lain.
"Ahli Parlimen yang tidak mengangkat sumpah tidak akan dibenar berada dalam Parlimen atau menjalankan fungsi sebagai wakil rakyat," katanya.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|