CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234
Return to list New
Author: twinkystar

[JTBC] Cruel City~Jung Kyung Ho, Nam Gyuri,Lee Jae Yeon~

[Copy link]
 Author| Post time 14-9-2013 10:11 AM | Show all posts
hyie posted on 13-9-2013 05:32 PM
iols dah habis layan citer ni semalam  setelah berminggu2   Bagusla akhirnya semua ora ...

x confirm sama ada paksa betul mati ke tidak sebab x tunjuk pun dia mati
kan last2 tu ada scene tunjuk blkg paksa pakai suit kaler cream, paksa mana pernah pakai kaler gitu
dorg kata sebenarnya ada scene paksa dgn hyunmin pakai suit kaler cream tu la, paksa matikan identiti diri dia sebagai paksa/sihyun, hyunmin ucap terima kasih sebab selama neh dia jadi undercover dan bagi dia new identity dan dia nak gi oversea, hyunmin jer yg tau dia still hidup tapi dorg cut from airing
maybe dorg nak buat season 2 kot
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-9-2013 12:02 PM | Show all posts
twinkystar posted on 14-9-2013 10:11 AM
x confirm sama ada paksa betul mati ke tidak sebab x tunjuk pun dia mati
kan last2 tu ada scene t ...

oic..tarpaksa cari cut version tu..ko baca kat ne?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-9-2013 09:12 PM | Show all posts
hyie posted on 14-9-2013 12:02 PM
oic..tarpaksa cari cut version tu..ko baca kat ne?

dkt soompi
ada gambar hyunmin dgn paksa filming scene tu jugak yg dorg tepek
so maybe betul la
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2013 02:08 PM | Show all posts
Cerita ini bila tengok marathon agak memenatkan tp berbaloi juga la..agak heavy pada aku dan apa yg diorg cuba sampaikan mmg realistic..jangan mudah percaya pada orang hanya bole percaya pada diri sendiri je..

Rating Keseluruhan Drama:  (7/10)

1. Cerita  (6/10)

  - Berkisarkan kehidupan undercover polis dalam organisasi dadah. Macamana diorg teruskan hidup diorg sama ada nak terus bersama dengan polis atau terpengaruh dgn kuasa dan duit berpaling tadah dan terus menjadi drug dealer.

  - Seperti semua orang sedia maklum cite ni sangatla seperti infernal affairs. Sama ada dalam organinsasi polis mahupun kartel dadah ada je spy masing - masing. sehinggakan ketua kartel dadah dah tak peduli sama ada ko spy atau tidak tapi jangan kacau perniagaan dadah dia..

  - Jadinya cerita ini bermula sebab Doctor's son ni kacau kartel dadah pusan yg selama ini aman damai je tp ada plak yg gila kuasa tu la yg pusan marah sangat sb kacau territtory dia. Dan dari sini la akan mula pembongkaran rahsia setiap individu dalam cerita ni.

2. Keberkesanan Lakonan (8/10)


Dalam cerita ini bagi aku supporting actor punya casting memang terbaik. Hubungan Ji Sook Unni dgn Safari Samcheon buat aku nangis kot bkn hubungan watak utama yg aku nntkan tp diorg yg supporting actor berlakon lg solid kot.


Jung Kyung-ho as Jung Shi-hyun ("The Doctor's Son")
First time aku tengok dia berlakon jadi hero sebelum ni dia berlakon selalu jd 2nd lead je kan. Dalam cite ni dia bawa watak ni dengan bagus nampak la badass nya tapi kan klu korang tgk cara dia lari dlm cite mcm kelakar plak..ada certain part dia nmpk kaku lg2 bila scene dia dgn nam gyu ri nmpk dia x selesa..
   

Nam Gyu-ri as Han Soo-min
Aku rasa watak ni mmg sesuai sgt la dgn nam gyu ri..tp aku masih rasa dia ni berlakon feel x sampai walaupun begitu at least dia better dari han ga in.
   
Lee Jae-yoon as Ji Hyung-min
watak ni terlalu biasa dan tak memorable tak tahu nk salahkan pelakon atau pun skrip yg disediakan utk watak ni. Mungkin salah pelakon sebab bila aku tgk supporting actor yg lain berlakon bagus je.
   
Kim Yoo-mi as Lee Jin-sook
Makcik ni mmg coool gila kot pandai dia pilih script walaupun dia supporting actress je tp watak dia cukup berkesan kot dia bawa...kagum gila aku ngn dia..

Choi Moo-sung as Moon Deok-bae ("Safari")
walaupun pakcik ni tak hensem tp pelakon yg ada karakter. Bila dia kejam mmg dia super kejam bila dia sentimental mmg nmpk sentimental dia......bila dia kelakar korg pun rs dia kelakar..aku kagum gila dgn dia sb dia bole jd apa sahaja


3. Aspek teknikal (Lakon layar, teknik pengarahan, sinematografi)  (7/10)


Pada aku teknik pengarahan cite ni tahap sederhana. Daripada penulisan skrip plak aku rasa mcm agak bersepah tapi tak berapa annoying sangat. Sinematografi dia terbaik mmg sesuai dgn suasana yg gelap tp masih bersesuaian dgn jalan cerita.

4. Skor muzik (3/5)


  Lagu - lagu OST dia mmg best.

5. Kebarangkalian untuk tontonan semula (2/5)


    - Aku suka tgk ji sook unni dgn safari samcheon so hny akan ulang part diaorg je.

@dauswq aku calonkan Choi Moo-sung dan Kim Yoo-mi sbg pelakon terbaik..

Comments

TOTAL =6+8+7+3+2 = 26/40 *10 = 6.5 Terima Kasih atas review Nomination: Choi Moo-sung & Kim Yoo-mi   Post time 16-9-2013 06:51 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2013 07:00 PM | Show all posts


(((((ATTENTION))))))



Diminta untuk sesiapa yang teringin mengulas keseluruhan drama "Cruel City"

Gunakan cara berikut...

Kredit  yg bergantung hasil budi bicara moderator masing2 akan diberikan kepada pengulas  dengan disertakan markah
....Ulasan tidak perlu terlalu panjang...pendek pun dah cukup...


Anda boleh tulis  satu karangan  review yang panjang tanpa perlu pecahkan ulasan2 kepada kategori tertentu...tapi jangan lupa letakkan markah kategori tersebut...

Rating Keseluruhan Drama:  (_/10)

1. Cerita  (_/10)
    Adakah jalan ceritanya sukar dijangka dan mempunyai unsur-unsur suspens dan klimaks?
    Jalan ceritanya adalah tulen dan tidak/kurang skeptikal seperti drama lain?
    Peralihan plot cerita dibuat dengan kemas dan teliti yang mana anda rasa tidak bosan untuk terus menonton?
    Puaskah anda dengan keseluruhan jalan cerita dan bukannya pada beberapa episod tertentu sahaja?

2. Keberkesanan Lakonan (_/10)
Semasa anda mengulas, calonkan sekurang-kurangnya satu pelakon yang anda rasa layak mendapatkan merit tertinggi...Jika tiada, abaikan...
Cth: 1. Nam Gyu Ri

    Adakah lakonan mereka keseluruhannya betul-betul memenuhi kriteria yang ditetapkan pada watak yang dibawa?
    Adakah pelakon-pelakon memaparkan postur badan yang betul, komunikasi dialog yang sangat baik dan tidak tersekat-sekat, keberkesanan emosi (marah, sedih, gembira) yang disampaikan secara vokal mahupun mimik muka (karisma mata, gerakan bibir, etc)?

3. Aspek teknikal (Lakon layar, teknik pengarahan, sinematografi)
   (_/10)

    Adakah anda rasa pengarah pandai memanipulasikan elemen-eleman seperti montaj, suara latar, pemilihan tempat, pencerahan (gelap sesuai untuk menunjukkan drama itu 'dark' dan 'gloomy' ) dan sebagainya?
    Adakah proses editing drama dilakukan dengan kemas? (Peralihan shot antara adegan satu sama lain )

4. Skor muzik (_/5)


    Adakah muzik instrumental betul-betul kena dengan adegan yang dipaparkan dengan tidak terlalu berlebihan atau terlalu 'slow pace'?
    Adakah pemilihan lagu (single-single) membuatkan anda terasa benar-benar mendalami watak yang dibawa oleh pelakon-pelakon?

5. Kebarangkalian untuk tontonan semula (_/5)


    Berapa tinggi keinginan untuk 'memaksa' anda menonton drama ini semula?

CTH: http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=redirect&goto=findpost&ptid=658395&pid=52543520&fromuid=1148231

Ini penting untuk kami dijadikan markah
dan jika markahnya tinggi, maka kemungkinan drama ini akan dicalonkan ke anugerah K-drama 2013 melalui merit peratusan markah tertentu bagi peringkat pencalonan awal...

Sila sertakan  tag @dauswq & moderator lain selepas anda selesai mengulas...


@twinkystar , @wonto , @kwekerot    , @hyie   

Last edited by dauswq on 16-9-2013 07:01 PM

Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2013 02:41 PM From the mobile phone | Show all posts
dauswq posted on 16-9-2013 07:00 PM
(((((ATTENTION))))))



Xtgk abih lg.huhu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-9-2013 12:46 PM | Show all posts
@dauswq ko lupa bg credit lg nih..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 07:52 PM GMT+8 , Processed in 0.537943 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list