CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Sufeenan

Pelik tapi benar

 Close [Copy link]
 Author| Post time 21-5-2013 10:36 AM | Show all posts
want2bhappy posted on 21-5-2013 02:15 AM
jgn biar lama2.. sian aku.. sedih tingat citer pakcik sndiri... taku tbini cam abg kau ni la... la n ...

Lama tak lama..dah sebelas tahun la jugak. 11 tahun hidup memendam rasa.

Aku tak tahulah dia memang truly takut bini or what. Penah jerk aku cakap kat dia kau ni ngah takut bini ke? dia cakap aku bukan takut bini, tapi kalau api balas api, bukan makin padam tapi makin marak. tapi bila aku kata abeh nak biar api tu terus marak,takde inisiatif nak padamkan..terus diam dia. tu la deh abang aku..bila dia malas nak panjang-panjang, dia diam. no wonderlah sampai sekarang yg lebih dominan is bini dia. cakap la apa pun, laki tak bantah, diam. senang betul idup dia.

Aku takde la nak marah over sangat kat dia. Tapi aku sedih bila bini dia buat tahana kat abang aku sendiri. kalau tak boleh nak sayang suami macam orang lain, at least belajarlah untuk hormati dia. mak dan bapak mertua memang sah-sahla tak hormat, tapi hormatlah suami sendiri. awak yang dok hadap muka dia hari-hari.

thanks anyway for sharing. kira kes abang aku ni bukan kes terpencil la kan..?hehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-5-2013 10:47 AM | Show all posts
Sufeenan posted on 21-5-2013 10:36 AM
Lama tak lama..dah sebelas tahun la jugak. 11 tahun hidup memendam rasa.

Aku tak tahulah dia me ...

NOPE.. BEEN THERE DONE THAT.. SAKIT PUN MAK DIA TU LAH NENEK AKU TU YG JAGA.. BINI DIA.. HMMMM SEDIH AKU SEDIHHH... PAKCIK AKU PERNAH JATUH TAU KAT BUSSTAND... DARI JOHOR DIA BALIK NEGERI SEMBILAN NAIK BAS SAKIT2 TU.. BINI DIA? TAK TAW NAK KATA ITU BINI KA APA... MINTAK JAUH ..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-5-2013 10:48 AM | Show all posts
esyuefeei posted on 21-5-2013 02:31 AM
awak dr Kelantan kan?  ada sorang staff (prmpuan) kt saya ni kawin dgn org Kelantan, boss saya kat ...

A'a ye saya dari kelantan. tapi sekarang dah tak duduk kelantan lagi dah.

Mungkin juga maksud bos awak tu adalah..orang kelantan ni kot mana pun dia mesti nak balik negeri asal dia jugak last-last. merantau jauh mana pun hujung-hujung dia akan tetap nak menetap di negeri asal kelahiran dia. tinggal lagi dapat pulang dengan tak jer..hihi. tapi ada betul juga kiasan bos awak tu..lelaki kelantan pandai kontrol bini. kalau tak, takdela makcik-makcik saja yang berniaga kat pasar siti khadijah tu while the lelaki dok lepak main haji (zaman tok nenek kadok dulu ler..) Or maybe amalan bini keje-nak-mati-cari-duit-nak-sara-family tapi hak jantannya sibuk lepak kedai kopi masih ada sampai sekarang...

Mak abah saya takde masalah dengan menantu dia yang sorang tu. Dia tu sepatutnya bersyukur sebab dia diterima dalam keluarga kami yang not-so strict dalam soal jodoh anak ni. Hang nak kawin dengan sapa, hang kawinlah. jangan dengan mat giant or mek bohsiya sudah. kalau nak kira orang tua kelantan ni yang mana jenis nak jaga keturunan ni, dorang tak nak anak dia nikah dengan orang luar. nak nikah boleh, tapi dengan orang kelantan jugak. kene yang lebih extreme, nak kawin kene dengan jiran sebelah rumah jer. lain dari tu, silalah memendam rasa. kot kawin jugak kalu, haa merasalah dimenantu-tirikan macam cerita ibu mertuaku itu. Nak gitu? Tapi dia tak penah nak bersyukur..dapat family mertua yang terima dia seadanya..dapat suami yang takde bronar buat perangai dok menggila dengan perempuan lain, tanggungjawab laksana tanpa disuruh..(bukan nak memuji, tapi itu yang sebenarnya yang berlaku..) so nak apa lagi...?

Manusia ni kadang-kadang celik tetapi sebenarnya buta.

Baik cadangan awak tu. Insha'allah saya akan forwardkan pada abang saya tu. Mana tahu terbuka ler pintu hati bini dia tu. tak bukak banyak, sikit pun jadila. Biar dia tahu yang dia genggam selama ni bukanlah pasir semata, tapi sebutir permata sebenarnya..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-5-2013 10:52 AM | Show all posts
want2bhappy posted on 21-5-2013 02:47 AM
NOPE.. BEEN THERE DONE THAT.. SAKIT PUN MAK DIA TU LAH NENEK AKU TU YG JAGA.. BINI DIA.. HMMMM SED ...

Bergenang airmata ku bila bayangkan ur uncle naik bas dalam sakit-sakit then jatuh plak kat bus stop. Allahhh...belas..sungguh belas! Kalaulah suatu masa ia terjadi pada abang aku jugak sedemikian rupa..memang aku sumpah bini dia jadik sesumpah!Jadik manusia takde guna, hati perut buang ke laut!

Kau tahu tak punca apa bini pakcik tu jadik sengal sebegitu? Mana tahu kot dema ni berkongsi jalan cerita yang sama.
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2013 10:56 AM | Show all posts
Sufeenan posted on 21-5-2013 10:52 AM
Bergenang airmata ku bila bayangkan ur uncle naik bas dalam sakit-sakit then jatuh plak kat bus st ...

BINI NI ADIK BERADIK RAMAI.. BUAT KERJA RUMAH PUN DGRNYA PAKCIK AKU TU YG BUAT TAK TAHU LAH... tak tau sbb masa tu henpon bukan ada sgt mcm zaman skrg... dia balik pun naik bas jer.. tak tau knp tak nak beli kereta... tapi aku tau anak sulung dia mesti tau.. sbb time pakcik aku meninggal budak tu dah 12 thn... hr dia meninggal tu.. anak dia senyap jer... yg no. 2 and 3.. tu cam tak tau apa2 kut... leh sengih2 and main.. tapi no. 1 tu... sedih woo... pakcik aku tu dari hensem badan berisi... tapi time meninggal.. kurus.. cam tak rupa dia... kalau tgk muka mak aku mmg pakcik aku ni ada iras...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-5-2013 11:02 AM | Show all posts
Terbalik. Bini abang aku adik beradik tak ramai. So atas dasar dia adik beradik sikit dan kami ni adik beradik ramai makanya dia rasa tak 'in' dengan family aku. rimas, tak selesa kalau balik kelantan berkumpul ramai-ramai. dia tak biasa nak share-share ni. barang dia, barang dia. eh macamkan orang hadap sangat barang dia haih.

Yang tang buat keje tu, tu sama. pakcik kau buat keja rumah. and abang aku pun is tukang buat keje rumah jugak. ada unsur tally di situ. huhuh.

Umur anak-anak pun lebih kurang sama jerk. Kecik-kecik. Tinggal lagi abang aku is still alive but ur uncle had passed away..ya Allah..mohon dijauhilah keluarga kami berkesudahan dengan keperitan dan kesedihan..nauzubillah...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-5-2013 02:40 PM | Show all posts
binik abg hg ni, aku rasa kan..kau abg hng tinggai dia nt, dia akn buat abg hng tu tinggai spender ja...sbb tu abg hng bertahan...

buat malu org kedah ja aih kak ipaq hng ni
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2013 03:22 PM | Show all posts
aku suka baca karangan ko ni.....ko ni spm BM dpt A+ ker?
ko ni kelantanese tp x dok munyi pon....ko ni dok nismilan e?
cuma aku nk komen kakak ipar ko tu rasanye dia x suka loghat ko & dengki dgn famili ko yg ramai tp akrab
....& percyalah 1 day nnti jika abg ko dah tersedar & kebetulan terjumpa seseorg yg dia berkenan dia akan lepaskan
kakak ipar ko tu.....sbb brader inlaw aku yg baru pooonnnn mcm peel abg ko.......tp bila jmpa kakak aku bru dia tersedar
dr mimipi2 tah pe benda tu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-5-2013 03:55 PM | Show all posts
hang sabaq la...
hang sabaq la...
hang sabaq la...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-5-2013 04:02 PM | Show all posts
kurmasafia posted on 21-5-2013 06:40 AM
binik abg hg ni, aku rasa kan..kau abg hng tinggai dia nt, dia akn buat abg hng tu tinggai spender j ...

Belum tinggalkan dia lagi pun dah ada aura-aura nak papakan suami. duit dia, simpan. duit suami, dia perabeh habis-habisan. Sampai abang aku nak hulur seratus dua kat mak aku pun bersorok-sorok. Tu kalau dia tahu, mau melayang jugak pinggan mangkuk barangkali.

Dia belum tengok perangai orang kelantan yang sebenar. Abang aku walaupun orang kelantan, tapi dia tak praktikkan perangai baran dan sifat mengkontrol bini tu. Sebab kami selalu dok pesan kat adik beradik yang jantan ni hangpa jangan sesekali dok buat perangai kelantan totok yang tak berapa nak berjenih tu. Buat baik pada orang,jangan yang sebaliknya. But now aku wish sangat kalau abang aku tu bule turning 360", dan buatlah perangai jembalang ke apa janji bini tu boleh cerdik sikit. Belajar untuk menapak di bumi yang nyata, jangan over sangat memandang ke langit hingga lupa rumput di tanah.
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2013 04:09 PM | Show all posts
abg aku dulu pon mcm tu gak. tp dia dah sedar..so dia dah "selamat" pon. kak ipaq hng tu jenih berani dok mintak2 cerai sbb dia konfiden sgt2 yg abg hng ni takkan berani lepas dia punya...kak ipaq hng tu mmg over la...bg mak duit pon boleh melayang pinggan mangkuk...aku ada benda nk bgtau hng ni..aku pm boleh kot?


satgi adala org yg kata aku ni dok jaja citer pasal mantan sil aku plak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-5-2013 04:12 PM | Show all posts
jzzz posted on 21-5-2013 07:22 AM
aku suka baca karangan ko ni.....ko ni spm BM dpt A+ ker?
ko ni kelantanese tp x dok munyi pon....k ...

Owh terima kasihla atas kesukaan anda terhadap karangan ku yang tak beberapa ini..kekeke.

Sorilah untuk pertanyaan berapa dapat BM dalam SPM tu, masa beredar dan banyak sudah ku lupa. Bangku sekolah pun dah lama ku tinggalkan. Yang ada hanya bangku pejabat cuma..

Bila manusia pada dasarnya dah tak berkenan, benda-benda cabangan or furu' oghang arab kata pun boleh jadi isu. Soal bahasa, soal keakraban kaum keluarga, tu sume cabangan semata. Kalau pada asasnya dia memang sukakan suaminya yang memang orang kelantan, dia akan terima baik buruk apa saja tentang orang kelantan. bau budu yang busuk pun boleh kata wangi kalau dah suka. tak betul? tapi bila benda basic pun dia dah tak boleh terima, apatah lagi benda-benda cawangan yang lain. Tapi aku rasa dia aware dan sedar masa mula-mula nak kawin dengan abang aku tu..abang aku ni asal kelantan, adik beradik ramai dan perangai orang kelantan ni macam mana. dan aku pun rasa abang aku tahu perangai orang kedah macam mana.

Aku kelantan, suami orang negeri sembilan, menetap pun di negeri sembilan. yes well betul suami ku dulu masa belum kawin dia pun ada persepsi tertentu orang kelantan ni begini dan begitu..tapi lepas dia kenali aku, dan dari kawan-kawan kelantannya yang ramai tak terbilang itu, persepsi itu berubah. malah dia sendiri mengakui ada sesuatu yang unik dan istimewanya orang kelantan ni yang tak ada pada orang-orang lain (in which aku rasa tak perlu aku further explain di sini.kang kata nak angkat raga dan bakul sendiri pulak..) Tapi the point here is, kita takkan cinta seseorang kalau kita tak betul-betul kenali dia. Aku rasa kakak ipar aku tu dah cukup mengenali siapa bakal suami dia sebelum dia decided nak berkahwin dengan si lelaki. Berkawan bukan sehari dua untuk kata tidak betul-betul tahu siapa insan tersebut.

Kita kalau kesalahan yang kita cari, maka kesalahan dan kelemahanlah yang akan kita jumpa. Sebaliknya jika kita cuba mencari jalan untuk memperbaiki kelemahan itu, maka segala masalah akan sedikit sebanyak dapat dirungkai dan diselesaikan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-5-2013 04:16 PM | Show all posts
kurmasafia posted on 21-5-2013 08:09 AM
abg aku dulu pon mcm tu gak. tp dia dah sedar..so dia dah "selamat" pon. kak ipaq hng tu jenih beran ...

Abang ku dah lama pun sedar. Dia tahu masalah keluarga dia apa. Tinggal lagi dia tersekat di persimpangan jalan. Umpama kereta sesat, nak masuk gear reverse tak lepas, nak masuk gear 1 ke depan pun tak jalan. Sesat dalam cerah. Dia tahu dia dah sesat, tapi tak tahu arah mana nak tala. Banyak sangat onak duri yang dok melengkar di luaran kereta dia..

Faham kot uslub balaghah aku ni..?hehehe..

Ha..Pm ja..ai is no hal..
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2013 04:17 PM | Show all posts
Biarlah kat depa. dah depa bahagia lagu tuh. ambo nih menantu so so jer tapi takdoklah setahun tak jenguk pil. aku tak suka kat depa. depa pun sama. tapi tahap menyampah aku tak berapa so bolehlah aku hadap lg muka depa. lagipun laki aku baguih. buat bodoh ajer lyn kepelikan bini. time balik kampung semua balik.

tang dia nak tolong bini dia buat keja rumah, takyah nak wat modallah sakitkan hati demo anak beranak.dia nak buat biarlah. dapat pahala tolong bini.

kurang kurang dia jenguk gak kampung walaupun bini takdok. anggap jer kakar ipar demo dah mati.

cuma soalan demo kat anak sedara tu, ambo tak brp setuju. takyah diprovoke sayang sapa. takyah ajar anak depa taking side. abang demo yg salah tak pandai ngajar bini n pimpin keluarga.Berdoa pd Tuhan moga terbuka hati kakak ipar nak berbaik semula.

renung renung jugak kut ada salah tang mana mana belah keluarga demo. maklumlah kakak ipar cam patah berkerat rotan tuh. takdok jadi dlm masa sehari.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-5-2013 04:17 PM | Show all posts
couchcorp posted on 21-5-2013 07:55 AM
hang sabaq la...
hang sabaq la...
hang sabaq la...

Urm..ai sabar jaaa..orang yang dok berdendang tu yang tak tahu leh sabar ke idak..huhu
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2013 04:18 PM | Show all posts
uslub balaghah tu apa? hng ni org klantan ka kedah...bunyik mcm sleng utaqha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-5-2013 04:25 PM | Show all posts
kurmasafia posted on 21-5-2013 08:18 AM
uslub balaghah tu apa? hng ni org klantan ka kedah...bunyik mcm sleng utaqha

Balaghah tu bahasa kiasan,dude..

Aku ni kelantan..tapi lidah 1 malaysia. kedah bule, peghak bule, neghori semilang puuuun bule. gganu bule laaa sekek2..hok saboh srawok jah hak aku tak buleh.kaakakakakakaaa.

Tapi aku memang suka kecek kedah. Unik.
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2013 04:43 PM | Show all posts
Sufeenan posted on 21-5-2013 04:12 PM
Owh terima kasihla atas kesukaan anda terhadap karangan ku yang tak beberapa ini..kekeke.

Sor ...

NISMILAN KEK MANO WEH..  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-5-2013 04:52 PM | Show all posts
want2bhappy posted on 21-5-2013 08:43 AM
NISMILAN KEK MANO WEH..

Kek somban ni yo..await..ekau pun dok nismilan gak ko?
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2013 05:07 PM | Show all posts
Sufeenan posted on 21-5-2013 04:52 PM
Kek somban ni yo..await..ekau pun dok nismilan gak ko?

OGHANG JO NISMILAN.. KOJO EH KEK SHAH ALAM...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 12:51 PM GMT+8 , Processed in 0.099656 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list