CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mbhcsf

Khas - Column Abang Cute : sesi berdiskusi dengan forumner

[Copy link]
Post time 24-4-2013 03:39 PM | Show all posts
Abangcute posted on 24-4-2013 12:29 PM
Kalau kamu beriman, sudah tentu saya BUKTIKAN di depan kamu. Masaalahnya diri kamu pun TAK IKHLAS  ...
Kalau kamu beriman, sudah tentu saya BUKTIKAN di depan kamu. Masaalahnya diri kamu pun TAK IKHLAS dalam beriman kepada Al-Quran dan Alam seisinya. Perlu bukti datang ler jumpa saya KALAU BERIMAN. Kalau tak beriman, jangan datang pun tak pe. Buang masa aje kalau berkata-kata dengan CLONE-CLONE. Maklumlah, diri kamu terlupa jika kamu MENIPU saya ketika berbicara SAYA SUDAH PUN TAHU. Itulah apa yang Allah SWT berikan kepada diri saya untuk MENGENALI yang beriman dan yang tidak beriman akan tetapi majoriti itu TIDAK BERIMAN.

Sedangkan wali-wali haq pun kamu tak kenal untuk zaman ini. Kenapa kamu tak cari seorang WALI yang tinggal di Taman Bandar Baru? Saya kenal WALI-WALI hinggakan wali yang berbaju JUBAH pun terus pakai baju melayu aje SESUDAH ternampak wajah saya. Apa kamu ingat diri kamu itu WALI? Mimpi kot?

Tak percaya ke wahai orang yang SYOK SENDIRI? Sedangkan perihal JIN pun kamu tak faham apa-apa perihal ilmuNya. Saya yang faham banyak ilmuNya pun cuma menyampaikan beberapa perkara dan BANYAK yang saya DIAMKAN kerana itu bukan kerja saya di atas muka bumi ini.

Lagipun dalam agama dah ditetapkan SYARIAT untuk dibaca, difahami dan dilaksanakan. Sendiri mau ingat ler kalau diri sendiri pun MARAH dengan JIN, amatlah KELAKAR jika saya katakan kamu sebenarnya BODOH kerana TAK FAHAM AGAMA. Layak ke diri kamu digolongkan orang PILIHANNYA sedangkan MASIH TAK BERUBAH? Wakakakakak => Memang kerja saya ketawakan orang yang TAK SEDAR diri BODOH lagi SOMBONG. Orang Besi lebih baik amalannya berbanding kamu walaupun dirinya SOMETHING WRONG itu pun kalau kamu tak tahu. Allah lebih KASIH Orang Besi dari diri kamu.

Tidakkah diri manusia itu mahu mencari Allah sebelum berbicara dalam erti kata yang sebenar-benarnya? Dah ler dosa berkoyan-koyan, nak samakan diri dengan dzulkarnain? Wek!!! Geli aku melihat orang yang menggunakan nickname yang TIADA SATU PUN sifat seperti Zulkarnain.
Saya cuma mintak buktikan jika saudara berkata benar
bknnya merapu hanya utk melarikan diri drpd menjwb...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-4-2013 03:42 PM | Show all posts
Abangcute posted on 24-4-2013 01:00 PM
Apa bukti Allah tunjukkan pada hari jadi saya untuk menguatkan HUJAH saya saya TAHU perihal 4.3 skal ...
Apa bukti Allah tunjukkan pada hari jadi saya untuk menguatkan HUJAH saya saya TAHU perihal 4.3 skala ritcher (2 hari lepas)?
Tengok post ini baik-baik : Post on 23-4-2013 09:01 PM |View author' posts

At 9:15 PM (UTC), in Ecuador there was a seismic activity of magnitude 4.3 and depth 166.30Km. More on USGS

4.3 = Bismillah / Dengan Nama Allah

Rujukan : http://www.hewsweb.org/seismic/

Layan game tak ingat DUNIA semalam lagi BEST (birthday). Boring layan orang yang TAK FAHAM AGAMA ni. Dah ler tak jawab SOALAN-SOALAN saya, tanya pula soalan BODOH lagi MEMBODOHKAN diri sendiri sambil MENGULAS dan BERHUKUM. Ingat ker cerdik.

Dah ler BODOH dan SOMBONG, kemudian berhukum orang lain GILA tanpa DALIL dari Al-Quran. Kurang-kurang yang saya maksudkan BODOH dan SOMBONG tu ada gak saya berikan DALIL yang ada dalam Al-Quran tu species manusia jenis yang macam mana kot-kot nak berubah diri tapi rasanya TAK BERUBAH kot? Rasa diri kamu tu BERHUJAH sampai TERLUPA Al-Quran dan Sunnah boleh diperumpamakan kamu buat macam BOLA SEPAK. Cukuplah kurang ajar SPECIES manusia yang BIADAP. Ceritalah bab agama apa pun bagi diri kamu, sebenarnya TAK DER PUN IMAN pada diri kamu. Jika kamu beriman, HALANGLAH AWAN yang Allah hantar. Kalau tak takat ITU aje KEBODOHAN yang kamu nak tunjukkan pada DIA.

Ahli Neraka macam tu lah SIFAT dia. Bantah, bodoh dan sombong. Cakap pun macam keldai. Wakakakaka... Semoga kamu ENJOY dengan kata-kata saya.
Hang tiup lilin smpi bergegar bumi ka?
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2013 03:46 PM | Show all posts
Abangcute posted on 24-4-2013 01:15 PM
Saya nak tanya, ada soalan BODOH yang nak ditanya sambil MEMERLI ilmuNYA? Maklumlah majoriti DAH DIB ...
Saya nak tanya, ada soalan BODOH yang nak ditanya sambil MEMERLI ilmuNYA? Maklumlah majoriti DAH DIBUKA HIJAB, sembang pun punyalah DAHSYAT tau agama LEBIH dari Allah.

Ada lagi ke yang nak tanya KOT-KOT le teringin dengan melihat hati sendiri yang sakit. Lagipun saya AMAT SUKA orang-orang yang berhujah sambil diri mereka memalingkan dirinya dari mengingati Allah kerana SENANG SKIT CLAIM PAHALA di akhirat kelak tak gitu. Tambah yang suka PERANGAT, tak sedar pahala dah TRANSFER pun.

Agama itu NASIHAT, nak berkata apa jua perkara, kembalikan apa jua perkara kepada Allah terlebih dahulu. Kalau sudah tak faham agama, tiba-tiba menghukum tanpa ILMU boleh dikatakan sesat. Maka tiada gunanya mengambil PETUNJUK dari orang-orang yang fasik.

Okey lah CHOW. Tinggalkan JAWAPAN-JAWAPAN anda terlebih dahulu sebelum bertanya. Kalau dah jawab, kenalilah diri sendiri duduk di syurga ke neraka. Nak tau neraka macam mana? LEBIH HANGAT dari apa yang dirasai sekarang ni.

Suruh bagi bukti pun TAK MAMPU nak bagi, tak per (saya faham kamu JAHIL)... saya bagi BUKTI CUACA PANAS  dengan izin Allah pulak boleh? Nak bagi ingatan kepada yang KUFUR LAGI MEMBANTAH, PANAS DUNIA SIKIT AJE, PANAS API NERAKA BERKALI GANDA panas yang dok rasa ler ni.
Hujah sedara byk yg x bole pakai, sembang muleh le kot.
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2013 03:48 PM | Show all posts
Abangcute posted on 24-4-2013 01:28 PM
Sebelum terlupa, server komputer mampu tahan pada BERAPA skala ritcher? Tiba-tiba di Malaysia terjad ...
Sebelum terlupa, server komputer mampu tahan pada BERAPA skala ritcher? Tiba-tiba di Malaysia terjadi GEMPA BUMI, cuba ceritakan BERAPA BANYAK perkara yang akan menjadi UJIAN kesusahan atas PERMINTAAN orang yang fasik?
Apa permintaan saudara tu?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-4-2013 03:55 PM | Show all posts
okay gentlemen, take 5 dulu then sambung ye...give the rationales of mind some time to reflect.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-4-2013 03:57 PM | Show all posts
PitMie posted on 24-4-2013 01:43 PM
Takde gunanya nak main2 persenda ALLAH ta'ala melainkan seorang yg merasa dirinya dinaungi awan, mam ...

Dear PitMie,

May  I know what 'isim' means in English ?  i tak faham sikit that bit.

Thank you.

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-4-2013 04:07 PM | Show all posts
PitMie posted on 24-4-2013 12:04 PM
Tuan Dzul, kan ke dia dah bg bukti2 yg nyata? Time mendung gelap kilat sabung-menyabung tuh, itula ...

Sbb harini semua bangunan ada penebat kilat
kalo sembang mmg le champion gtu...

Mgkin tobatnya tu sekerat² yg buat jin dampingannya tergolak² terbahak² dgn karenahnya
begitu juga kebanyakan manusia yg dok baca topik ni...

@Abangcute yg boleh dikatakan cute sikit² nan hado itu
sememangnya memerlukan perhatian dan kasih sayang yg lebih drpd forumer lain
Ini krn keberadaannya yg dikatakan diislah Tuhannya itu
menjadikannya ternganga dek bebanan tanggungjawab baru yg perlu dipikul
sdgkn amanah sbg khlifah pn belum cukup dilaksana malahan sgt le sikit²

Lencongan yg jauh x bererti dia sesat
cuma bila terlalu jauh hingga tinggal satu jari yg berpaut
di celahan tebing gaung yg luas dan dalam menungu dibaham bewok adja gtu...
- Tiadalah yg lain dpt menolongnya, kita serahkn adja kpd yg Maha Kuasa

p/s: Bila sejarah hitam menghantui, mmg ssh nk lari...tu yg byk x jwb tu kot?

Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2013 06:06 PM | Show all posts
mbhcsf posted on 24-4-2013 03:57 PM
Dear PitMie,

May  I know what 'isim' means in English ?  i tak faham sikit that bit.

Mmm...ntah, schizophrenia or occasional loss of mental stability....



Kot? Try tnya uncle Gugel...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-4-2013 06:10 PM | Show all posts
Still menunggu bukti sy guna ID-ID selain ID PitMie....ade sorg td ckp dia tau, tp mintak bukti mana lg ID laen diam plak....mana ooiii mana, I'm waiting...patiently


Ckp kononnya byk tp takkan satu bukti pun tarak?
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2013 11:14 PM | Show all posts
Abangcute posted on 24-4-2013 01:08 PM
Kamu dah cukup beramal ke? Kalau saya kata kamu mati esok. Kamu percaya Allah ke percaya kepada sa ...

kahklahkah

kalau hang punya cakap
aku tahan celah ketiak aku jeeee
silap aribulan- hang pengsan 3 ari 3 malam
tu pun salah satu azab  yg ringan kat dunia niii....kalau hang tak tau leeeee
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2013 11:19 PM | Show all posts
Abangcute posted on 24-4-2013 06:00 PM
Cukuplah apa yang Allah beri dari apa yang manusia beri.

ya tak ya gak
ALLAH tu baik betul
pasal DIA kasi hang ni jadi gila babi
supaya orang ramai tahu - jenis2 peringkat dajjal
termasuk peringkat yg terendah -buku lali dajjal yg baru tumbuh(hang leee tuuu)


kalau dajjal yg sebenarnya mai, aku dah tak leh senyum n gelak2 camni dahhhhh


Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2013 04:47 AM | Show all posts
Abangcute posted on 24-4-2013 11:45 PM
Nak post apa pun, saya nak tahu, dalam forum ni BERAPA RAMAI dah tengok malaikat? Gebang apa pun TAK ...
Nak post apa pun, saya nak tahu, dalam forum ni BERAPA RAMAI dah tengok malaikat? Gebang apa pun TAK GUNA kalau tak pernah tengok malaikat. Soalan pun TAK JAWAB, kemudian LAYAK ke tanya kalau BUKAN AHLI? Ajar dalil agama macam-macam dalam forum. LAYAK KE CERITA perihal agama kalau kefahaman dari segi RUKUN IMAN pun tak mantap. Kalau tanya saya : YA, saya dah tengok malaikat banyak kali dan kalau boleh TAK MAU TENGOK kerana MENGGERUNKAN kalau mereka datang CABUT NYAWA. @dzulkarnain @PitMie @mnm777 dan @mbhcsf sudah tengok ke belum? Lebih baik kamu USAHA bagi tengok BARULAH BERTAMBAH IMAN. Ini gebang IMAN entah besar zarah ada ke tak dak pun TAK TAU tak gitu? Tu pun nak sembang KEMAIH macam budak2 tadika. Kah kah kahm

Tengok post-post orang yang tak sedar diri tu keldai, macam tu ler kan? TAK HABIS-HABIS. Senang aje kalau nak tau seseorang tu BODOH atau tidak, tak tau diri manusia yang sebenarnya MEMANG boleh tengok malaikat dengan SYARAT hati BERSIH dan Allah REDHA.

Dari segi perbuatan pun Allah tak redha, nak tengok malaikat MAMPU ke? Ingat ke reti Al-Quran rupanya BODOH rupanya. Makin dilihat dari jauh TERASA KELAKAR. Mengaku aje DIRI TAK PERNAH TENGOK MALAIKAT kan senang? Dah tau dah diri tu TAK KUAT IMAN. Takat gebang dalam forum buat apa? Nak bukti? KALAU DAH BOLEH TENGOK MALAIKAT,, dah boleh BEZA malaikat dan jin, datang jumpa saya k? Nak bukti kejap aje saya tunjukkan. Buat apa nak SOMBONG apa yang Allah beri kepada saya untuk BUKTIKAN sekurang2 saya TAHU apa gunanya hati (tu pun berlambak yang TAK TAHU).

EH, @PitMie , tak pernah tengok lagi malaikat tu macam mana kan? Kan senang saya kata gini, diri kamu tu BERMASAALAH pada HATI. Pernah tengok SAYAP MALAIKAT tak? 1 aje sayap cukup untuk halang awan dari berada di atas langit. Kamu tak tahu lagi kot? Atau kamu sememangnya MEROYAN ketika berbicara? Agak-agak kalau seseorang itu pernah tengok RUPA SAYAP MALAIKAT, orang tu GILA ke? Bodoh betul ler POST-POST orang kat sini termasuklah -> @mnm777

Gebang dengan orang tak pernah tengok malaikat mana LAYAN pun. Tin kosong aje. Iman entah sebesar zarah pun BELUM TENTU LAGI. Takutlah pada Allah, janganlah takut dengan SAYA k?

Agak2 dalam Malaysia ni kalau terjadi GEMPA BUMI, pitmie akan MENGUTUK dengna penuh IMAN ke? Wakakakakakaka.

Gini saya TAIP, DEMI ALLAH, SAYA PERNAH MELIHAT MALAIKAT-MALAIKAT termasuklah KETUA MALAIKAT. => tak mau tanya ketua malaikat tu SIAPA? Sesungguhnya, saya lebih RELA tak tengok malaikat-malaikat. => pasal apa agaknya tak mau tengok malaikat? Toink toink toink

Takat nak mengorek rahsia, hidung kamu pun SENGAL dengan tersumbat SEMACAM aje. Merah macam hidung BADUT ler labu oit... Kah kah kah.
Yg ghaib tetap ghaib, tp yg menipu tu yg selalu lari.
Ingat perihal Lut a.s. dan kaumnya
hanya dgn satu drpd ratusan sayap drpd yg plg kuat a.s.
diangkatnya seluruh kaum yg kuat² ke langit ditelangkup dan benamkn ke bumi
maka, hilanglah peradaban nafsu sejenis drpd dunia ni terus ghaib di muka bumi...

Nk tunjuk hebat lg ke? Hang x takut ke @Abangcute ?

p/s: Sayap² syaitan hang x pernah tgk ke?
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2013 10:37 AM | Show all posts
Dok kata org ni bodoh, org tu bodoh, takfir org sesuke ati, do'a mati org sesuke-suki itu tak fasiq kah???






Harap2 yg dok ckp gitu muhasabah lah diri.....usah dirasa maksum sgt diri tu....
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2013 10:43 AM | Show all posts
EH, @PitMie , tak pernah tengok lagi malaikat tu macam mana kan? Kan senang saya kata gini, diri kamu tu BERMASAALAH pada HATI. Pernah tengok SAYAP MALAIKAT tak? 1 aje sayap cukup untuk halang awan dari berada di atas langit. Kamu tak tahu lagi kot? Atau kamu sememangnya MEROYAN ketika berbicara? Agak-agak kalau seseorang itu pernah tengok RUPA SAYAP MALAIKAT, orang tu GILA ke? Bodoh betul ler POST-POST orang kat sini termasuklah -> @mnm777



Komen org ini nmpknya dikomen dgn penuh keimanan & ketenangan....cukup berhemah bermadah penuh nasihat

Tiada unsur2 kefasiqan dlm komen di atas ini melainkan penuh 'kehebatan'...tidak mencerca org & sentiasa memuji org lain walau berbeza pndgn...




If you guys know what I mean.....
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2013 10:44 AM | Show all posts
Tak sudah2 mengutuk org lain bodoh, dikutuk plak dgn gelaran keldai...



Tanda2 komen penuh keimanan di situ...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-4-2013 10:47 AM | Show all posts
ok boys ..take 5 ye...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-4-2013 10:47 AM | Show all posts
Dzulqarnain posted on 25-4-2013 04:47 AM
Yg ghaib tetap ghaib, tp yg menipu tu yg selalu lari.
Ingat perihal Lut a.s. dan kaumnya
hanya d ...

Sdgkan ALLAH pun dia bleh lihat & dengar suara, malah sayap2 malaikat sume dia tau....inikan sayap syaitan...


Silap2 dgn bhgn kemaluan syaitan pun dia penah tgk...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-4-2013 11:02 AM | Show all posts
PitMie posted on 25-4-2013 10:44 AM
Tak sudah2 mengutuk org lain bodoh, dikutuk plak dgn gelaran keldai...

hi are you okay ?
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2013 11:07 AM | Show all posts
mbhcsf posted on 25-4-2013 11:02 AM
hi are you okay ?

Alhamdulillaah bikhoir...


Does that answer your question?





Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2013 11:58 AM | Show all posts
PitMie posted on 25-4-2013 10:43 AM
Komen org ini nmpknya dikomen dgn penuh keimanan & ketenangan....cukup berhemah bermadah penuh ...

Salam Tuan Pitmie,

Seperti yang dijangka bila di'jentik' maka demikianlah hamburan yang keluar dari orang yang mengaku hebat.

Kalau nak balas post-post meroyan orang tu memang boleh, tapi saya pilih untuk tidak berbuat demikian cepat-cepat...

Mungkin ada lagi hamburan-hamburan yang akan terkeluar, kalau di'jentik' lebih lagi....

Dah cukup banyak bukti pendustaan, dari orang yang mengaku dajjal, dan yang angkat diri sebagai orang yang beriman kerana mendakwa boleh melihat malaikat, melihat iblis, melihat Allah, dengar suara Allah, menahan hujan, boleh ghaib diri, percaya suara langit kata anaknya Imam Mahdi. Dan orang yang sama juga mengaku main game tak hengat dunia pada hari 'birthday'nya dek kerana bosan berforum dengan orang-orang yang dia kata bodoh, disebabkan dirinya tak boleh memberi dalil yang diminta. Yang dia boleh, kata dirinya hebat supaya orang percaya apa yang dia cakap!

Insya-Allah bila ada masa yang sesuai, saya akan sambung..... mengakhiri posting saya buat waktu ni, tentang kisah orang yang mengaku hebat di Malaysia..... tapi tak kesampaian hajatnya dah tumbang...

Khalil Afandi Panggil Allah Dengan Nama ‘Bos’
Tarikh Artikel : Ahad, Julai 15, 2012 | Penulis : harith | Kategori : isu semasa

KEJADIAN amuk yang berlaku di Kompleks B Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya Isnin lalu, menggemparkan negara apabila seorang individu menggelarkan dirinya imam Mahdi begitu berani merempuh masuk dengan menggunakan pedang samurai.

Individu itu, Khalil Afandi Abd Hamid, 47, dikatakan mempunyai masalah kecelaruan personaliti, menggunakan Internet sebagai medium untuk menyebarkan fahamannya.

Ketika kejadian, Khalil Afandi bersama seorang wanita dikenali, Muhdalina Ahmad, 28.

Ikuti temubual khas wartawan Sinar Harian, MOHAMMAD FAIRUZ JUMAIN, NURUL RIDUAN NOR ASHAHA dan jurugambar AZMI ARYANTO bersama suami Muhdalina, Mohd Irwan Mohd Foad, 29, merungkaikan di sebalik kejadian amuk tersebut.

Bagaimana sifat dan sikap Muhdalina sebelum mengenali Khalil Afandi?

Muhdalina adalah seorang isteri yang taat pada suami. Tidak pernah melawan dan seorang ibu yang penyayang. Pergaulan dan hukum agama tidak dipandang ringan. Sehelai rambut pun orang lain tidak dapat melihat melainkan saya sendiri.

Dia juga seorang yang ceria dan semua itu berubah selepas dia mengenali Khalil Afandi, tanpa pengetahuan saya.

Dia seolah-olah tidak sedar apa yang dilakukan termasuk apa yang dituturkan.

Bagaimana permulaan perkenalan Muhdalina dengan Khalil Afandi?

Perkenalan Muhdalina dengan Khalil Afandi bermula dua minggu sebelum kejadian amuk di Putrajaya. Sebelum ini saya tidak tahu dia sudah mengenali dan menghubungi Khalil Afandi melalui blog dan Facebook.

Saya buta teknologi maklumat (IT) dan tidak mengetahui perhubungan tersebut. Muhdalina berurusan dengan Khalil Afandi hanya ketika bekerja di pejabat, sebuah syarikat di Pelabuhan Klang.

Seminggu kemudian, baru saya tahu mereka berkenalan antara satu sama lain. Ketika itu Muhdalina bertanyakan soalan; “Abang percaya ada lelaki hidup 1,000 tahun?” “Abang percaya bumi terbelah bila ditumbuk lelaki?” “Ada lelaki boleh tembus dinding?”

Saya menafikan soalan itu, namun Muhdalina mengiakan dan memberitahu Khalil Afandi boleh melakukan semua itu. Saya bertanyakan siapa lelaki itu dan dia menjawab Khalil Afandi adalah imam Mahdi.

Ketika itu saya hairan mengapa Muhdalina berubah dan begitu taksub dengan lelaki tersebut.

Bila Mohd Irwan dan isteri tinggal sebumbung dengan Khalil Afandi?

Kami ‘berpindah’ ke rumah Khalil Afandi di Sri Kembangan pada malam Khamis iaitu empat hari sebelum tragedi amuk.

Muhdalina mendesak saya supaya membenarkan dia tinggal bersama Khalil Afandi. Saya tidak mengizinkan, tetapi dia mengugut akan menuntut cerai sekiranya dihalang. Saya tidak sanggup untuk berpisah jadi saya membenarkan dengan syarat saya menemaninya.

Sebelum hasrat itu disuarakan Muhdalina, dia menceritakan kepada saya bahawa Khalil Afandi sudah mengenalinya sejak dalam kandungan. Saya jadi bingung dengan kenyataan Muhdalina.

Bagi meyakinkan saya lagi, Muhdalina juga memberitahu, Khalil Afandi pernah bermimpi bertemu dengan seorang wanita berbaju kurung merah, mempunyai dua orang anak dan wanita itu adalah insan yang akan berjuang bersamanya bagi menegakkan keadilan.

Khalil Afandi mengatakan bahawa wanita itu adalah Muhdalina memandangkan kami mempunyai dua cahaya mata selain Muhdalina memiliki baju kurung berwarna merah.

Disebabkan itu, Muhdalina tekad untuk bersama dengan Khalil Afandi untuk berjuang. Kerana sayang, saya turuti kemahuan Muhdalina untuk tinggal bersama Khalil Afandi dan isterinya.

Keesokan harinya, Muhdalina menghantar surat berhenti kerja melalui e-mel kepada majikannya.

Apa yang berlaku sepanjang empat hari di rumah Khalil Afandi?

Ketika sampai di rumah itu, Khalil Afandi terus menjerit dan bertanya kepada saya, “Kenapa kamu tidak sembahyang? Aku tidak boleh tinggal serumah dengan orang yang tinggalkan sembahyang!”

Khalil Afandi juga mengatakan atas faktor itu, dia tidak bercampur dengan orang ramai kerana khuatir akidah terjejas.

Saya terkejut dan timbul sedikit kepercayaan kepada lelaki itu berikutan saya belum menunaikan solat (ketika itu).

Bagaimanapun, semua itu terhakis selepas Khalil Afandi mengatakan saya hanya perlu solat pada waktu malam dan bukannya waktu siang.

Mendengar penjelasan itu, rasa sangsi terhadap lelaki itu kian menebal.

Keadaan Khalil Afandi ketika itu amat pelik, bukan macam orang normal dan saya lihat dia sentiasa bermonolog sendirian.

Apa yang lebih pelik, dia memanggil ALLAH dengan nama ‘bos’.

Dia juga mendakwa kononnya dialah kekasih ‘bos’ yang paling tinggi. Watak Khalil Afandi juga sukar dicam. Sekejap dia menjadi amat baik, sekejap lagi dia bertukar garang. Dia juga mendakwa sering bertukar- tukar jasad, seperti dalam filem The Highlander. Dia sering mengatakan dirinya sebagai hero filem tersebut.

Dia juga sering memarahi isterinya secara melampau, sehinggakan saya lihat isteri Khalil amat takut
dengannya.

Bagaimana pula dengan keadaan Muhdalina?

Saya lihat isteri saya bukan seperti insan yang saya kenali. Dia tidak sedar dengan apa yang dilakukannya. Diaseperti dipukau. Dia taksub dengan apa yang dilakukan Khalil Afandi. Apabila sampai ke tahap itu, saya sudah mula syak bahawa dia membawa ajaran songsang dan berfikir untuk membuat laporan di Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), tetapi tidak sempat.

Apa yang membuatkan saya pasti Khalil Afandi membawa ajaran sesat apabila dia berkata manusia tidak perlu solat, syurga neraka tidak ada, jangan ikut Nabi Muhammad SAW dan bertegas hanya dia seorang sahaja yang boleh masuk syurga.

Pada ketika itu, saya cuma boleh memikirkan keadaan isteri saya, saya amat risau keadaannya kerana isteri saya amat taksub kepada Khalil Afandi sehingga boleh disifatkan tidak normal.

Apa yang Mohd Irwan lakukan untuk menghalang tindakan isteri sebelum pergi lebih jauh?

Saya pernah mengajaknya untuk pulang dan menjelaskan keadaan yang sebenar tetapi tidak berjaya.
Muhdalina sekali lagi meminta saya supaya tidak menghalangnya untuk berjuang dan dia memaklumkan akan bertemu dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Saya tegah tetapi dia sekali lagi menuntut cerai. Saya pasrah demi keselamatan isteri.

Saya tegaskan di sini, saya tidak mampu untuk membiarkan isteri tinggal bersendirian dengan Khalil Afandi kerana risau akan keselamatannya. Memandangkan keadaan Khalil Afandi yang dilihat seperti orang tidak normal.

Khalil Afandi juga sering berkata kepada isterinya, “Aku akan bunuh kamu” sekiranya permintaannya tidak dituruti.

Boleh ceritakan bagaimana peristiwa amuk di Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri (JPM) berlaku?

Saya mengaku, saya dan isteri Khalil Afandi yang menghantar mereka berdua ke Putrajaya.

Ketika di rumah, saya tersedar daripada tidur selepas mendengar jeritan Khalil Afandi kepada isterinya, kira-kira jam 12.30 tengah hari.

Tanpa berlengah, saya terus bangun dan hanya sempat mencuci muka untuk bersama-sama mereka bertiga.

Saya lihat Khalil Afandi membawa dua bilah pedang yang dibalut kemas. Saya dan Muhdalina bersama seorang anak lelaki Khalil Afandi, berusia 9 tahun, duduk di belakang.

Khalil Afandi duduk di bahagian penumpang hadapan manakala isterinya memandu kereta jenis Proton Gen 2 berwarna emas.

Khalil Afandi memegang erat dua bilah pedang tersebut. Setibanya di Putrajaya, Khalil Afandi mengarahkan kenderaan berhenti di Dataran Putra, kira-kira jam 1 petang.

Khalil Afandi bersama Muhdalina turun dan kami diarahkan pulang, jika tidak kami akan dibunuh.

Selepas itu saya tidak mengetahui sebarang berita mengenai mereka berdua sehinggalah Muhdalina menghubungi isteri Khalil Afandi dan memberitahu suaminya ditembak polis.

Ketika itu saya tidak mengetahui Muhdalina turut terkena tembakan dalam kejadian tersebut.

Kira-kira jam 4 petang, saya bergegas ke Hospital Putrajaya selepas mengetahui Muhdalina turut tercedera terkena tembakan di paha kanan.

Bagaimanapun, saya tidak dapat bertemu dengannya kerana kawalan ketat polis dan saya diarahkan untuk berjumpa dengan Ketua Polis Daerah Putrajaya, AsistenKomisioner Abdul Razak Abdul Majid. Selepas itu, baru saya dibenarkan melawat Muhdalina yang masih mendapatkan rawatan di unit kecemasan. Muhdalina ketika itu sedar tetapi kelihatan seolah-olah masih belum berada di dunia nyata.

Di sebelah Muhdalina pula terdapat jenazah Khalil Afandi.

Muhdalina seperti tidak tahu terlibat dalam kejadian amuk

Bagaimana dengan keadaan Muhdalina ketika di Hospital Putrajaya?

Ketika dia sedar, dia memohon maaf kepada saya tetapi masih tidak mengetahui apa yang berlaku.

Apabila saya ceritakan kepadanya, dia seolah-olah terkejut dan tidak mengetahui bahawa dia terlibat dalam kejadian amuk tersebut. Saya tunjukkan laporan dan gambar pada sebuah akhbar sebagai bukti. Dia terdiam malah terus memejamkan mata.

“Abang, saya tidak tahu. Itu bukan saya…saya tidak buat semua itu.” Itulah kata-kata yang terpacul dari mulut Muhdalina selepas dia melihat laporan akhbar tersebut.

Kesihatan Muhdalina ketika ini stabil. Doktor memaklumkan peluru yang tertanam di pahanya tidak boleh dikeluarkan kerana mungkin boleh menyebabkan kecederaan lebih parah.

Bagaimana perasaan Mohd Irwan bila mengetahui isteri terlibat dalam kejadian tersebut?

Suami mana yang tidak terkejut dengan kejadian ini? Saya tidak percaya dengan apa yang berlaku.

Apa yang boleh saya katakan di sini, Muhdalina tidak sedar terhadap apa yang dilakukannya. Semuanya kerana kehendak Khalil Afandi.

Saya sedih melihat keadaan dirinya sewaktu ini. Saya beranggapan dia tidak salah sepenuhnya.

Ketika kejadian, dia tidak sedar. Malah, selepas kembali normal, dia sedikit pun tidak mempercayai perbuatannya itu.

Saya meminta orang ramai tidak terus menyalahkan Muhdalina, termasuk diri saya juga kerana membiarkan perkara ini berlaku.

Jika anda berada di tempat saya…anda akan tahu apa yang saya alami. Saya tidak mampu untuk bertindak kerana khuatir dengan keselamatan diri dan isteri.

Saya minta Muhdalina tidak dijadikan sebagai ‘kambing hitam’ dalam kejadian ini memandangkan Khalil Afandi meninggal dunia akibat tembakan tersebut.

Saya juga bekerjasama dengan polis dan memberikan semua maklumat yang mereka inginkan. Saya juga mengharapkan Muhdalina dapat dijamin.

Last edited by mnm77 on 25-4-2013 12:47 PM

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 09:46 PM GMT+8 , Processed in 0.437316 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list