CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234
Return to list New
Author: cahaya_mata

HOSPITAL UNTUK BERSALIN....

[Copy link]
Post time 21-8-2014 01:39 PM | Show all posts
pengalaman saya dengan hospital kerajaaan lagi2 hospital kajang menakutkan. Saya cerita dulu pasal kk klia, sy checkup kt situ setiap bulan. Doktor yg sama checkup saya setiap bulan dan lagi dua bulan nak bersalin dia calculate anak saya berat 2.7kg sahaja. Disebabkan saya dah nak bersalin x sampai lagi sebulan dia pun refer saya ke kk kajang sbb saya cakap saya nak bersalin di kajang.

Bila checkup kat kk kajang, doc sana calculate anak saya sebenarnya 3.5 kg dan saya kena refer ke hospital kajang. Masa nie 24/12/13 dan saya kena jumpa doktor 30/12/13. Saya sepatutnya bersalin 5/1/14. Mak saya nak saya bersalin di hospital swasta jadi saya dengan husband pergila kpj kajang 24/12/13, saya hanya bwk buku merah sahaja. Masa menunggu lebih kurang sama jer mcm hosp kerajaan. Lama giler. Jumpa doktor dan doc swasta confirmkan berat 3.5kg dan mcm biasala swasta mestilah nk czer. Tanya doktor harga, normal rm5k, czer rm10k. Terkedu kami laki bini, duit x jadi masalah tapi mahal sangat.

26/12 kami teruskan usaha cari sepital swasta lain, pergila kpmc. Terus jumpa doktor jamil. Pengasas kpmc dan doktor pakar kat situ. X banyak cakap. Lainla kalau korang tanya dia jwab. Ingat jumpa dia mahal tapi rupanya murah. RM40 sahaja. Tengok2 paker kalau normal RM1790 bilik seorang utk 3 hari 2 malam. Czer blh cecah dalam rm4k. Kami decide kpmc. Service ok sangat2. Husband boleh masuk masa bersalin. Bilik luas. Semua okla cuma siapa yg dapat dr jamil tue kena paham dia mmg pendiam..

Berbali, pada hospital kajang, saya pecah air ketuban 30/12 hari sepatutnya jumpa pakar kat sana. Mak suruh dulu g kajang jumpa pakar manala tahu dia ada benda nak cakap pasal pregnancy. Sampai jer sana daftar saya cakap sy dah pecah air ketuban nurse suruh sy tunggu jgk jumpa doktor pakar sampaikan mak saya g jumpa sister nurse kat sana terus kena marah nurse kat situ sbb saya diminta tunggu. Kena pergi kat satu tempat nie saya pun x ingat apa nama tmpt dia. Kat sana pun masih lagi kena tunggu atas kerusi.Lama gak tunggu dalam 1 jam lebih, barula dokotr pelatih nak cek. Dahla sakit giler masa dia nak cek bukaan, pakai benda apa tah. Pastu dengan ada darah kat lantai tak berbasuh. Mmg x hygiene langsung. Mak saya x puas hati terus kami keluar g kpmc.

Motto mak saya : Biar bayar mahal dari biar anak aku mati masa bersalin.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-8-2014 09:06 AM | Show all posts
bellyadele posted on 21-8-2014 01:39 PM
pengalaman saya dengan hospital kerajaaan lagi2 hospital kajang menakutkan. Saya cerita dulu pasal k ...

Dr Jamil is one of the best gynae in town, but stays in the cheapest hospital..
sgt2 mulia budi pekerti nya kan..
ramai my friends yg bersalin with him.. siap ade discount bile u bersalin makin ramai @ kpmc..

Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2014 02:45 PM | Show all posts
poloy posted on 22-8-2014 09:06 AM
Dr Jamil is one of the best gynae in town, but stays in the cheapest hospital..
sgt2 mulia budi p ...

Walaupun dia pendiam, alhamdulillah sekejap jer sy dlm bilik bersalin. Lepas nie utk anak seterusnya saya nk checkup dan bersalin di situ. Boleh buat bayaran ansuran, jumpa doktor kdng2 free x pyh byr.
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2014 10:07 PM | Show all posts
gorjeous posted on 15-6-2014 06:14 PM
Mungkin pd ssetengah org bersalin di hospital swasta ni membazir..
Tp pd saya, bersalin adalh penga ...

pada sesetengah orang tu, derang superwoman lagi gagah perkasa.
kalau utk orang mcm SAYA, yang lembik lagi lemah dan manja nak mampus time nak bersalin (gagah perkasa time mengandung ajek sebab TAKDE ALAHAN LANGSUNG YE..happy makan dan makan dan makan lagi.. syok gila makan gila makan betul sampai 70kg++ ) misti le pilihan saya hospital swasta.

saya tak tahan sakit contraction. seriusly. time tu kalau lah jumpa nurse tak peramah ke garang2, mmg boleh TERBUNUH nurse tu karang.

saya ingat lagi time sy sakit contraction, saya tanya banyak2 kali kat nurse, mana doktor bius? kenapa tak sampai2?
nada jawapan nurse tu mendatar ajek. "belum sampai cik"
takde ayat tambahan lain.
mmg le mendatar sebab kena jawab byk kali oooo.. (mcm saya nie tak paham bahasa melayu)
nasib baik nurse swasta. tak boleh jawab lebih2 atau marah2.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 12:38 PM GMT+8 , Processed in 0.190120 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list