|
LEPASAN SPM 2012: KURSUS MENARIK, IN DEMAND & GAJI MENARIK
[Copy link]
|
|
MARA lahir pakar industri aeroangkasa
Font: [ BB B M S ]
•Ekonomi •Ekonomi •2013-03-26 05:33 •Click: 24 •Disediakan oleh Berita Harian
Berdasarkan perkembangan positif industri aeroangkasa yang menjanjikan landasan kerjaya berpendapatan tinggi, MARA akan terbabit secara langsung dalam syarikat berkaitan industri aeroangkasa bagi meningkatkan keupayaan agensi untuk melahirkan tenaga kerja profesional bertaraf dunia.
Menurut Ketua Pengarah MARA, Datuk Ibrahim Ahmad, usaha itu akan dilaksanakan menerusi penyertaan ekuiti dalam syarikat berkaitan perkhidmatan kejuruteraan bagi mengembangkan kapasiti MARA sebagai penyedia dan tenaga pakar kepada industri ini.
“Bagi tujuan itu, MARA kini dalam proses rundingan bersama pemain industri dalam dan luar negara bagi penyertaan ekuiti yang seterusnya,” katanya.
Buka peluang
Menerusi kepentingan yang wujud dalam syarikat berteraskan pengetahuan itu kelak, MARA bukan saja mampu membuka peluang untuk pelajar yang dilahirkannya menjalani latihan dan memberi peluang kepada mereka terus berkhidmat dalam syarikat berkenaan, malah dapat mempertingkatkan keupayaan modul pengajaran dan pembelajaran sejajar kehendak industri dan pasaran semasa.
“Bagi merealisasikan hasrat itu, usaha melahirkan tenaga profesional dan pakar aeroangkasa negara menerusi sistem pendidikan MARA akan bermula dengan pendedahan pada peringkat pelajar menengah di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) dan seterusnya menyediakan laluan pendidikan sehingga ke tahap pengajian tinggi di Universiti Kuala Lumpur,” tambah Ibrahim.
Menyentuh perancangan lain, Ibrahim berkata, MARA kini mempertingkatkan keupayaan melahirkan tenaga kerja dalam bidang penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) bagi industri aeroangkasa.
“Langkah diambil ini sejajar dengan pertumbuhan industri melalui kewujudan banyak syarikat penerbangan baru di Asia Pasifik selain pertambahan pesawat syarikat sedia ada,” jelasnya.
Menurut Ibrahim, dalam usaha memenuhi kehendak pasaran industri, MARA menerusi institusi miliknya iaitu Universiti Kuala Lumpur–Malaysian Institute of Aviation Technology (UniKL MIAT) membangunkan kampus kedua UniKL MIAT di Subang, Selangor yang mampu menempatkan 1,800 pelajar sebagai tambahan kepada 1,200 pelajar di kampus sedia ada di Sepang, Selangor ketika ini.
Pada masa ini, UniKL MIAT menawarkan latihan teknologi penyelenggaraan pesawat dan menjadi institusi pengajian tunggal yang mendapat pengiktirafan European Aviation and Safety Agency (EASA Part 147).
Di samping itu, UniKL MIAT turut mendapat kelulusan Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA) yang membolehkan institusi ini menawarkan program License Aircraft Engineers (Part 66-Aircraft Maintainance and Engineering License).
Tingkat pelaburan
“MARA turut meningkatkan pelaburan modal insan di UniKL MIAT ini dengan mempertingkatkan kerjasama bersama pelbagai pihak dalam usaha menawarkan latihan yang diiktiraf syarikat antarabangsa sekali gus menarik pelajar luar negara mengikuti program ditawarkan.
“Bagi membolehkan UniKL MIAT muncul sebagai pusat sehenti pengajian aeroangkasa di rantau ini, MARA akan mempertingkatkan keupayaannya dengan menawarkan program pengajian lain berkaitan bidang aeroangkasa seperti reka bentuk aeronautikal dan pembuatan,” kata Ibrahim.
Mengenai nilai tambah pelajar UniKL MIAT, Ibrahim berkata kolaborasi strategik yang dilaksanakan MARA dengan pemain industri tempatan membolehkan pelajar mengikuti latihan amali dan seterusnya berjaya mendedahkan mereka kepada suasana pekerjaan sebenar (actual business environment) sekali gus memudahkan mereka untuk mendapatkan pekerjaan.
“Selari dengan hasrat menjadikan Malaysia sebagai hab pendidikan terbaik di rantau ini, kita akan meneruskan kerjasama seumpama ini dengan syarikat luar negara dalam usaha mendedahkan pelajar kepada tata cara kerja antarabangsa (international business ethics) bagi meningkatkan tahap latihan sedia ada ke aras global,” tambah Ibrahim.
Sejak 1992, MARA melahirkan hampir 10,000 pelajar dalam bidang MRO dan mereka sedang berkhidmat di syarikat dalam dan luar negara, manakala lebih 2,000 orang pelajar kini menuntut dalam jurusan yang sama. |
|
|
|
|
|
|
|
kawan2..saya nak minta pendapat..
anak saya last year SPM dpt 8A+ ,1 B+...B+ ni fizik...dia minta schorlarship tapi tak dapat.. semua course yg dia tak minat je yg dia dapat...dia ni minat geologi dan minat ke arah bio..yg offer dtg kt dia engineering..account..
last saya kesian...saya kuar duit hntr dia buat medic kat egypt...now tahun pertama..dah sampai egypt tak sangka indah kabar dari rupa..sbb saya sendiri pegi tgk tempat yg dia belajar ni..walaupun majoriti student msia yg ada kat tempat dia rata2 best student under mara..dari segi faculti, fasiliti rasanya better dia study kat msia je yg serba canggih. Tapi tu lah nk buat medic kena masuk matrik..
now dh ada kat sana..tengok cara dia study giler-2...exam, result keluar dapat setakat ok je.. pastu area penginapan dia mmg jenayah byk..kes rompak bagai..dia pulak stress dengan mcm2 masalah kat sana...
mmg saya menyesal tak sudah send dia kat sana...tanya kt dia nak balik ke tak..dia kata dah mula ...rugi segala...buang masa...buang duit buang tenaga...saya gtaw...br first year belum terlambat lagi..
skrg mmg dalam dilema...nak minta mana2 schorlarship dah susah sbb dia batch SPM 2011..ditambah dgn MARA yg stop tajaan utk student medic kt oversea.
hubby suruh balik buat A level ke apa..dia mcm serba salah...malu pun ye kalau balik...saya mmg buntu..
minta pandangan uols camner
Last edited by Girl-N-Roses on 2-4-2013 04:36 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Girl-N-Roses posted on 2-4-2013 11:25 AM
kawan2..saya nak minta pendapat..
anak saya last year SPM dpt 8A+ ,1 B+...B+ ni fizik...dia minta ...
...kesain kan kat anak2 kita yang pandai pandai ni tapi tak cukup pandai????? utkd apat biasiswa secara otomatik ....
since anak you kata dia boleh nak teruskan..dan mahu teruskan... biarlah dia teruskan ..... lainlah kalau dia yang beria-ia nak balik ...
kak lid tengok.. this year .. MARA masih hantar utkmedic o/sea kut ..sebabmasa anak isi borang MARA .. nampak ada medic o/sea (ireland) ...
setakat ini lahyang kak lid boleh bantu ... anak kak ldi pun takat2 cukup makan .. 10A but only 6A+ .... menggagau gagau mintak biasiswa ... and tengan dok mengisi UPU ... munfkin first choice UiTM Engineering, then UiTM dentist ... yg lain lum pikir lagi ... UiTM murah yuran ... sebab anakkak lid memang tak layak PTPTN (ini tidak adillll....menafikanhak anaks aya utk mendapat tajaan belajar) ...
|
|
|
|
|
|
|
|
sayawifenikmie posted on 2-4-2013 11:52 AM
...kesain kan kat anak2 kita yang pandai pandai ni tapi tak cukup pandai????? utkd apat biasiswa ...
kaklid...MARA stop tajaan mulai minggu lepas kepada pelajar medic yg pergi secara persendirian mcm kes anak saya ni..sbb kalau pergi sendiri...biasanya tahun ke2 boleh apply schorlarship..tapi skrg tak ada dah utk tajaan utk pelajar persendirian selepas tahun ke2..
tu lah..kdg rasa kesian sgt..belajar dh pandai2...tiba spoil 1 je B langsung peluang terhad...
|
|
|
|
|
|
|
|
sayawifenikmie posted on 2-4-2013 11:52 AM
...kesain kan kat anak2 kita yang pandai pandai ni tapi tak cukup pandai????? utkd apat biasiswa ...
sayang kan sis...10A tapi setakat boleh gi dlm msia je...
anak org besar2...result hampeh senang2 dpt schorlarship....nak masuk u skrg pun kena gi matrik..pastu kalau course yg mencabar nak 4 flat..
ada kes sama dgn anak saya ni...dia dapat 11A..masuk matrik..sekali pointer dpt 3.98..dorang bg dia sains perikanan...dia minat medic...then parents hntr g buat medic kat egypt...rugi je dok matriks setahun
rasanya zmn kita dulu juga bagus..kuar produk berkualiti..result bagus terus tempah tiket ke oversea..
|
|
|
|
|
|
|
|
Girl-N-Roses posted on 2-4-2013 12:09 PM
kaklid...MARA stop tajaan mulai minggu lepas kepada pelajar medic yg pergi secara persendirian mcm ...
.. kann .... ramai sangat ahyang dapat staright A+ .. jadi anak2 kita yang ada A- dan B+ ni... ketepi ajerlah ....
|
|
|
|
|
|
|
|
Girl-N-Roses posted on 2-4-2013 12:16 PM
sayang kan sis...10A tapi setakat boleh gi dlm msia je...
anak org besar2...result hampeh senan ...
gila babi ke hapaer CGPA 3.98 hantar sains perikanan ....
|
|
|
|
|
|
|
|
Girl-N-Roses posted on 2-4-2013 11:25 AM
kawan2..saya nak minta pendapat..
anak saya last year SPM dpt 8A+ ,1 B+...B+ ni fizik...dia minta ...
peliknya Fizik B dpt engineering patutnya lebih mudah dpt bidang yg ke arah bio kimia
anak akk yg lepasan mrsm dulu cerita masa form 4, ada student yg keluar maktab
ada yg berpindah ke sek teknik sbb nk bljr lukisan kejuruteaan
ada pulak yg berpindah ke sekolah harian sbb mrsm tak boleh amik geografii
ini bdk2 yg dah pasti halatuju slps spm
nmpk anak girl cuma amik 9 subj aliran sains tulen termasuk geografi ke?
susah juga nk dpt geologi kalau tak belajar geografi masa menegah atas
oh indah khabar dari rupa ye mesir ni, seram dgr
mudah2an anak girl mndpt lindungan Allah, amin
|
|
|
|
|
|
|
|
jee72 posted on 2-4-2013 03:51 PM
peliknya Fizik B dpt engineering patutnya lebih mudah dpt bidang yg ke arah bio kimia
anak akk yg ... Aminn..
anak saya pun MRSM .. tu lah masa SPM dia ambil 9 je..yg pelik tu dia tak ambil prinsip acc...tapi boleh pulak offer buat acc..tak ke nmpk pelik...engineering dia siap dpt offer JPA utk ke german lagi
mmg skrg kesian sgt kat dia...dgn rasa down dia lagi..sbb kat uni egypt ni..budak2 arab yg buat medic ni semuanya yg best student giler2...
|
|
|
|
|
|
|
|
Girl-N-Roses posted on 2-4-2013 04:10 PM
Aminn..
anak saya pun MRSM .. tu lah masa SPM dia ambil 9 je..yg pelik tu dia tak ambil prinsip a ...
huhu..kenapalah dia tak amik offer engineering germany tu dulu? tu laaa... tak minat kot ....
|
|
|
|
|
|
|
|
Girl-N-Roses posted on 2-4-2013 04:10 PM
Aminn..
anak saya pun MRSM .. tu lah masa SPM dia ambil 9 je..yg pelik tu dia tak ambil prinsip a ...
mmg boleh je ambik accountancy walaupun tak ambik prnsip akaun, most scholarships tak perlukan prinsip akaun in SPM.
Bab ke Mesir dgn duit sendiri ni, mmg dah 2-3 tahun susah nak dapat sponsrship bila masuk 2nd year, ada parents sampai jual rumah kena support anak habiskan pengajian. Jiran saya pun pening kepala bila cucu pun ni this situation, sbb dia kena kasi 30K every few months.... Masa dulu2, masa org tak tahu cara ni, senang aje dapat biasiswa masa 2nd year, sbb tak ramai yg apply.
|
|
|
|
|
|
|
|
sayawifenikmie posted on 27-3-2013 11:58 AM
... itu laaa... dia minta utk ambil mekanikal .... kebangakan yang dia apply utk ambil mekanik ...
Buat masa ni, results SPM only decides schlarship apa dan course apa yg layak apply.
Once dipanggil for interview, interviewer dah tak tgk dah SPM results (sbb siemua dtg interview tu layak). Now pelajar hanya berbekalkan how good she can communicate in english (esp yg mintak luar negara), her critical thinking and how she presents her ideas, team work dan attitude (if interview dalam group).
Masa ni dia tak kisah stdents tu straight As ke, 8A ke, 7A ke (janji layak apply)... yg penting masa interview dia impressive.
|
|
|
|
|
|
|
|
Girl-N-Roses posted on 2-4-2013 11:25 AM
kawan2..saya nak minta pendapat..
anak saya last year SPM dpt 8A+ ,1 B+...B+ ni fizik...dia minta ...
bole saya tau anak puan U mana?
anak sedara saya pun buat medic kt Mesir di Mansoura. tajaan sendiri jugak.
|
|
|
|
|
|
|
|
sayawifenikmie posted on 2-4-2013 05:00 PM
huhu..kenapalah dia tak amik offer engineering germany tu dulu? tu laaa... tak minat kot ....
...
setahu saya kalau lulusan eng dr German ni mmg high demand.
|
|
|
|
|
|
|
|
sayawifenikmie posted on 2-4-2013 05:00 PM
huhu..kenapalah dia tak amik offer engineering germany tu dulu? tu laaa... tak minat kot ....
...
aha..dia mmg tak minat engineering....anak saya pompuan..
|
|
|
|
|
|
|
|
Mas916 posted on 3-4-2013 03:08 PM
bole saya tau anak puan U mana?
anak sedara saya pun buat medic kt Mesir di Mansoura. tajaan send ...
anak saya kat mansoura jugak..program manchester
|
|
|
|
|
|
|
|
Girl-N-Roses posted on 3-4-2013 04:19 PM
aha..dia mmg tak minat engineering....anak saya pompuan..
....anak kak ldi pun pempuan juagk ...sib baik pulak la dia tak minat medik ... kalau tidak .. pening la kepala kaklid ....
|
|
|
|
|
|
|
|
sayawifenikmie posted on 3-4-2013 04:25 PM
....anak kak ldi pun pempuan juagk ...sib baik pulak la dia tak minat medik ... kalau tidak .. p ...
tu lah..sbb tgk dia dh minat ke arah bio...tu yg saya sanggup kuar duit bg dia buat medic...
masa dh settle urusan kt egypt tu..
masa tu lh sampai surat buat biotech kat aussie...dpt uitm course mikrobiologi...matrik
masa tu dh duit kuar dekat 30k...takkan nk cancel pulak..so dia pun ikut je lah parents hntr kt egypt...redha je lah
|
|
|
|
|
|
|
|
Girl-N-Roses posted on 3-4-2013 04:36 PM
tu lah..sbb tgk dia dh minat ke arah bio...tu yg saya sanggup kuar duit bg dia buat medic...
ma ...
...dah rezeki kat situ sis ......
anyway ... yg biotech kat aussie tu .. di mintak/dpt skolar apa?
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|