|
fatehana posted on 12-11-2012 12:14 PM
dah dah xde apa usu, ana ok aje
dah masuk bulan ke 3 so ana dah ok sekrg
insyaAllah ...
alhamdulillah...usu salute semangat ana..
apa pun hidup mesti diteruskan...
errr..sama gak ngan novel ni..mesti disambungkan...
mana kaka juna ni...
apsal kita jer harini..yg lain dah balik kampung ka..?
usu cuti esok sampai khamis..jumaat masuk keja la pulak..hehe..
|
|
|
|
|
|
|
|
UsuFie posted on 12-11-2012 01:17 PM
alhamdulillah...usu salute semangat ana..
apa pun hidup mesti diteruskan...
wah cuti2 mesia ke usu?
ana x amik cuti sbb stap dah amik jd kitalah kena monitor opis
tuelah org lain bercuti sbb tue kita aje
dan yg paling penting mana si smiley nie
|
|
|
|
|
|
|
|
fatehana posted on 12-11-2012 01:24 PM
wah cuti2 mesia ke usu?
ana x amik cuti sbb stap dah amik jd kitalah kena monitor opis
tuelah or ...
smiley ada di sini.
maaf keadaan tak mengizinkan akak selalu berkunjung ke forum
tapi uols boleh je buat macam rumah sendiri...
|
|
|
|
|
|
|
|
“Kak Yuyu, kesianlah kat abang tu. Bilik hospital dah penuh, dia tak ada saudara mara atau kawan di sini. Biar lah dia tumpang tidur di rumah kita. Dia boleh tidur dalam bilik Yed. Yed tidur kat sofa di depan” Zahid mengerling pada Redza yang sedang bersandar di dinding sebelah kaunter farmasi. Ada balutan di buku lali kirinya.
Apa kena dengan adik aku ni? Pandai pandai saja pungit orang macam pungut anak kucing tepi jalan. Bukan sebarangan kucing.. eh orang pula tu. Hatinya di landa seribu satu rasa. Haru!
“ Kat sini ada hotel, kan? Suruh dia tidur di hotel saja. Kakak tak suka orang lelaki asing duduk di rumah kita. Apa kata jiran jiran nanti? Kita bukan kenal dia. Entah entah penagih dadah, pembunuh bersiri atau perogol”
“ Kak, tengoklah betul betul. Abang Redza itu kacak, muka bersih saja. Pakaian dia semua branded, cakap pun sopan. Mana ada penagih rupa macam itu? “ desak Zahid
Eh.. geli lah dengar pujian si Yed. Tapi Nurul akui, Redza masih kacak dan tak banyak berubah dari kali terakhir mereka berjumpa. Cuma berisi sedikit dari dulu. Pakaiannya rapi dan kemas walaupun dengan kaki yang berbalut. Ramai pengunjung dan pekerja hospital yang curi curi pandang padanya. Tapi Nurul tetap tidak mengalah.
“ Mana kau tahu? Ingat semua penagih macam tengkorak hidup ke? Kakak tak peduli, Kakak tak selesa kalau orang luar ada dalam rumah kita. Dah... keputusan kakak muktamad. Kalau Yed tak nak bagi tahu dia, biar kakak saja yang bagi tahu” Belum sempat Nurul melangkah, Tok Nah yang baru keluar dari surau menghampiri mereka. Terkejut dia melihat kedua beradik itu bertekak. Bertuah punya cucu!
“ Apa hal kamu bergaduh ni? Ingat ini pasar ikan ke? Tak ada sivik!” Tok Nah menjegil
“ Tok.. si Yed ni punya pasal. Entah lelaki mana dia ajak tidur di rumah kita. Yuyu tak sukalah, menganggu privasi kita. ” Nurul segera memaut lengan Tok Nah. Kena cepat cari geng.
“ Yed kesian kat Abang Redza. Tok kenal dia kan? Dia yang datang minta kebenaran guna rumah kita untuk iklan hari tu. Itu dia kat farmasi tengah ambil ubat.” Zahid menunjuk ke arah Redza.
“ Oooh...budak tu. Memang Tok kenal. Kesiannya, dia sakit apa?” Suara Tok Nah penuh simpati. Nurul mengetap bibir. Ciss! 2 lawan 1 nampaknya.
“ Dia terjatuh. Kaki dia terseliuh dan bengkak. Doktor suruh rehat, jangan banyak jalan. Kalau dia tinggal di hotel, siapa nak tolong kalau apa apa terjadi kat dia?”
“ Apa salahnya kalau dia tinggal di hotel? Dia bukan cedera teruk. Mengada saja lebih. Kalau setakat kaki terseliuh, kamu ajak dia pergi clubbing pun boleh lagi” getus Nurul. Hailaaa...aku perlu masa untuk menyediakan skrip sebelum bersemuka dengan dia. Memang sah dia ingat aku lagi. Sekarang semuanya sudah jelas. Dia lah stalker yang ikut aku dari masjid. Tak ada orang lain panggil aku Ecah / Aishah. Dan dia juga Ray, boss Trapezium Communications yang jadi dambaan si Kiki kerek.
“ Yuyu! Tak baik cakap macam tu. Kamu tak kenal pun orang tu, dah macam macam kamu mengata. Ini hari dia, mana tahu esok lusa kita pula yang kena. Ajak lah dia balik rumah kita Yed. Kasihan Redza !” Tok Nah memberi kata putus. Nurul membuang pandang ke arah bertentangan bila Redza menghampiri mereka dengan terhencot hencot.
” Assalamualaikum Makcik Maznah. Tak sangka pula kita jumpa di sini.” Salamnya di sambut Tok Nah.
“ Duduk lah Redza, nanti lagi parah kaki tu. Lagi satu , jangan panggil Makcik, panggil Tok. Redza sebaya dengan cucu Tok.”
“Zahid ajak saya tidur rumah Tok. Boleh ke? Tak menyusahkan sesiapa?” Redza mengilas pandang pada Nurul yang tercegat kaku. Roman wajah Nurul jelas menunjukkan isi hatinya. AKU TAK SUKA.
“ Boleh, apa yang susahnya. Redza boleh tidur dalam bilik Zahid. Mari Tok kenalkan, ini Nurul, kakak Zahid. Dia tengah cuti. ”
Nurul memaniskan muka dan mengangguk. “ Apa khabar?”
“ Baik.. eh.. kurang baik sebab sakit kaki. Rasa macam kita pernah jumpa ya?” Nurul menelan airliur. Awkward!
“ Nurul ni pramugari dengan MAS, mungkin jumpa dalam kapalterbang kot. Tak apa, nanti kat rumah boleh lah berbual panjang.Yuyu, pergi ambil kereta bawa sini. Kasihan Redza tak boleh jalan jauh” Mata Nurul terbeliak. Sayang benar Tok kat cucu angkat dia ni! Macam ni aku merajuk balik KL besok!
...........................................................................................................
|
|
|
|
|
|
|
|
Hidangan makan malam sudah terhidang di meja dapur. Sambal tumis telur, sup ayam dan kacang buncis goreng. Tidak ketinggalan ulam pegaga dan sambal belacan. Nurul mengatur pinggan dan gelas sebelum menjemput Tok Nah makan. Si Redza berkurung dalam bilik Zahid sejak balik dari hospital. Baru kini nampak batang hidung.
“ Masakan orang kampung Redza. Maaf lah kalau tak kena dengan selera awak.” Tok Nah menyeduk nasi panas ke pinggan Redza.
“ Lauk macam ni lah saya suka Tok. Saya suka lauk yang simple. Kalau dapat nasi, telur goreng dengan kicap pun dah okay”
“ Iye lah tu” sambut Nurul dalam hati. Bukankah awak suka makanan Itali, Jepun dan makanan internasional yang sewaktu dengan nya?
“ Untung Tok, dapat cucu yang pandai masak. Semuanya sedap ” Senyuman Redza di tuju pada Nurul. Inilah calon isteri yang aku cari. Nurul Aishah kali ini aku akan pastikan kau tak boleh lari. Mata Nurul cuma di fokuskan pada pinggan nasi.
“ Tengok lah siapa mahaguru nya. Dari kecil Tok dah ajar dua dua cucu masak. Tak kisahlah perempuan ke lelaki, zaman sekarang tak rugi kalau pandai masak. Tok bersyukur, mereka berdua ni boleh di harap. Kalau Tok sakit pun tak lah susah. Tambah lagi nasi, Redza. Jangan malu malu ya. Buat macam rumah sendiri. ” Tok Nah cukup berkenan dengan Redza. Alangkah elok kalau Nurul dapat suami macam Redza. Eh... budak ini bujang lagi ke? Entah entah suami orang. Pepandai saja aku ni. Tok Nah memasang niat untuk bertanya hal peribadi Redza nanti.
“ Besok Abang nak makan apa?” tanya Zahid
Ewah... ewah... sejak bila kita jadi orang gaji Tuan Redza? Melampau si Yed ni. Nurul menjeling tajam pada adiknya.
“ Apa apa pun boleh. Abang tak cerewet. Tapi rasanya besok Abang dah nak balik KL.”
Yahoo! Jerit Nurul dalam diam. Ameen ! Doa aku terkabul juga.
“ Kenapa cepat sangat nak balik? Tadi Redza kata doktor tak bagi bawa kereta? Habis tu nak balik dengan apa? Takkan nak naik bas, kamu tak sihat.” Risau betul Tok tentang cucu angkat dia.
“ Saya dah telefon kawan suruh datang jemput. Saya terpaksa balik, Tok. Banyak kerja yang saya kena selesaikan. Ini yang susah kalau kerja sendiri. Orang ingat jadi boss ni senang tapi sebenarnya lagi pening. Ada pelanggan yang tak nak jumpa dengan wakil saya, dia tetap nak tunggu saya balik.“ Redza menambah nasi. Sodap sungguh air tangan Ecah. Baik aku cop cepat cepat.
Selesai makan Nurul dan Zahid mengemas dapur. Tok Nah melayan Redza berbual di depan. Entah topik apa yang di bualkan, keduanya serius saja. Cakap perlahan pula tu, macam ada rahsia besar. Bila Nurul menghantar kopi kampung dan buah mangga, kedua dua terus diam. Tengah mengumpat aku kot. Sentap mak tau!
“ Nurul, marilah minum sekali” ajak Redza.
“ A’ah... marilah Yuyu. Berbual lah dengan Redza. Dia dengan Yuyu sama sama duduk di KL, nanti kalau ada apa apa hal dia boleh tolong” sokong Tok Nah. Redza nak tolong? Tolong buat hal mungkin.
“ Tak apalah Tok. Yuyu nak gosok baju. Jemput minum, Redza.”
“ Mangga ni dari pokok Tok di belakang rumah. Buah nya manis sangat” Tok Nah meletak tiga hiris mangga di piring Redza.
“ Hmm... manis, Macam orang yang menghidangnya” usik Redza sambil mengunyah. Senyuman Tok Nah makin lebar.
Eee... meluat! Nurul terus masuk ke bilik dan menelefon Elly. Sudah dua hari mereka tidak berhubung. Selalunya Elly yang mengadu nasib pada Nurul tapi kali ini aku pula nak luahkan rasa tak puas hati. Malangnya panggilan tidak berjawab. Dua kali dia mencuba tapi hampa. Mana pula minah ni pergi? Kalau melabur pun takkan lah lama sangat. Aku bosan!!
|
|
|
|
|
|
|
|
Selamat Menyambut Maal Hijrah pada semua muslimin & muslimat
Sama sama kita hargai pengorbanan Rasulullah SAW meninggalkan kota yang di cintai untuk menyebarkan syiar Islam.
Moga Allah ampuni dosa kita di tahun lepas dan moga kita menjadi ummah yg lebih baik
Copy paste dari FB Syed Abdul Kadir AlJoofre
Berdoalah malam ini moga tahun hadapan jauh lebih baik berbanding tahun ini. Berdoalah agar kita menjadi soleh, keluarga kita lebih baik, masyarakat lebih sejahtera, negara yg toyyibah dengan menegakkan Islam.
Doa senjata mukmin. Ia juga satu azam untuk kita menjadi lebih baik. |
|
|
|
|
|
|
|
kaka smiley...hoyaaaaaaaaaaahhhhhhh
akhirnyer ader citer baru |
|
|
|
|
|
|
|
sang_arjuna posted on 14-11-2012 02:22 PM
Selamat Menyambut Maal Hijrah pada semua muslimin & muslimat
Sama sama kita hargai pengorbanan Rasu ...
Salam Maal hijrah buat kaka juna juga dan kepada semua yg membaca. Semuga tahun ini mendapat lebih keberkatan. Untuk itu, marilah kita sama2 berhijrah ke arah yg lebih baik.
|
|
|
|
|
|
|
|
ladyFinger12 posted on 15-11-2012 03:31 PM
Salam Maal hijrah buat kaka juna juga dan kepada semua yg membaca. Semuga tahun ini mendapat lebih ...
insyaallah....
kaka bagi nasihat tapi tulis cerita merapu
lady tak ada cerita baru ke?
|
|
|
|
|
|
|
|
ciksurie posted on 15-11-2012 12:55 PM
kaka smiley...hoyaaaaaaaaaaahhhhhhh
akhirnyer ader citer baru
hoyaaaahhhh
mari menjoyaaaahhhhhh
|
|
|
|
|
|
|
|
Redza masuk ke bilik Zahid dan merebahkan tubuh di katil bujang. Rumah Tok Nah sudah sepi walaupun baru pukul 10 malam. Cara hidup di kampung jauh beza dengan kehidupan kota. Di sini tiada tempat makan 24 jam, tak ada remaja yang melepak atau merempit. Tok Nah sudah masuk ke bilik. Zahid ke rumah jiran untuk menonton EPL memandangkan rumah Tok Nah tak ada Astro. Nurul sedang menggosok pakaian di belakang. Takkan nak berduaan di ruang dapur yang sempit. Kalau tengok dari reaksi Nurul tadi, silap hari seterika naik ke muka aku. Makcik tu tak kasi peluang langsung kat aku. Masih tak berubah dari dulu. Redza mengorak senyum. Memori silam kembali mengetuk minda.
********************************************************
Dua minggu selepas pertemuan pertama dalam penerbangan dari Bali, akhirnya Nurul Aishah setuju untuk keluar makan dengannya. Pukul 8 malam, Redza sudah menunggu di depan apartmen Sri Kayangan. Hampir 15 minit kemudian, baru nampak kelibat Nurul Aishah. Hatinya bergetar pantas. Ini sudah kes berat. Redza memadamkan rokok dengan mencampakkannya ke tanah dan menenyeh dengan kaki.
“ Hi, lama tunggu?”
“ Lama juga tapi berbaloi.” Wajah Aishah tanpa mekap lebih cantik. Rambutnya yang panjang lurus melepasi bahu tidak di sanggul seperti waktu kerja.
Aishah tidak membalas. Dia memanjat masuk Range Rover yang agak kotor. Tayar berlumpur dan badan kereta berdebu.
“ Sorry, kereta I kotor sikit. I baru balik shooting iklan”
“Masuk hutan ke haper ni?” Selamba betul minah ni.
“ Lebih kurang lah. Kita pergi Broga Hills dan Hulu Langat”
Redza memandu deras menuju pusat bandaraya “ By the way, you look very nice. I suka tengok you dengan rambut lepas macam ini”
“ Sweet talker! I tak makan puji lah. I makan nasi saja”
“ I tak tipu. You memang cantik. I suka tengok mata you yang sexy macam mata kucing.” Redza merenung tanpa kerdip. Kebetulan ketika itu kereta berhenti kerana lampu trafik merah. Nurul tak menunjuk sebarang reaksi.
“ Kita nak pergi mana?” Setelah beberapa minit menyepi, Aishah bersuara
“ You suka makan Italian food?”
“ Hmm… ”
“ Kalau macam itu kita pergi La Risata di Ampang. Makanan Itali di sana paling sedap di KL.”
“ I tahu. I pernah ke sana. Makanan di situ memang sedap..tapi... er... I teringin nak makan tosai. Is it okay kalau kita pergi mamak? If you don't mind” Lembut menggoda suara Nurul.
Yenadeyyyy! Redza terkedu. Macam tak percaya dengan pilihan Nurul. Biasanya gadis gadis yang di ajak keluar mesti nak ke tempat yang classy. Kalau di restoran Itali, tentulah juadahnya di gandingkan dengan wain. Dan bila dah pekena wain, pasti suasana malam lebih hangat. Senang aku nak menggoda dan tergoda.
“ Of course I don't mind. I pun suka makan di kedai mamak” Ya lah tu. Kalau aku tahu awal awal, takkan aku pakai kemeja lengan panjang Armani dan slacks Zegna. Sikit punya susah nak hilangkan bau kari yang melekat.
Nurul menyelit rambut ke belakang telinga sambil mengulum senyum. “ Terimakasih. Dah seminggu I tak dapat makan local food sebab I kena cover Australia dan New Zealand punya route. Susah nak ubah kalau lidah orang Malaysia.”
“ Its okay, I faham. By the way, kawan kawan you panggil you apa? Nama glamour atau nama manja? Sha sha ? Aish? Aishwarya?” Nurul ketawa kecil lalu menjungkit bahu
“ Panggil apa apa pun boleh. I tak kisah”
“ Kalau I panggil Ecah, boleh?” Redza melawak
“ Boleh. Saya memang orang kampong pun”
Hissy… pelik betul cik adik ni. Pertama kali aku jumpa gadis yang suka dengan nama ala kampung gitu. Kau memang unik lah Ecah.
Redza melencong ke arah Kayu Nasi Kandar yang berdekatan. Setelah 10 minit mengelilingi blok kedai baru dapat tempat parkir, Dia bergegas keluar supaya dapat membuka pintu untuk Nurul. Kena tunjuk gentleman lah.
“ Tak ada siapa yang marah I keluar dengan you?” Soalan klise pasangan yang baru kenal.
“ Ada. Mestilah ada.” Jawapan Nurul membuat mood Redza merudum.
“ Siapa?” Habis peluang aku.
“ Allah. Mana boleh lelaki dan perempuan bukan muhrim keluar berduaan? ”
Smart aleck betul budak ni! Redza ketawa terpaksa. Dia nak loyar buruk , aku pun boleh.
“ Kalau macam tu, kita kena kahwin lah. Baru halal nak keluar berdua.”
Nurul Aishah nampak gelabah. Padan muka!
|
|
|
|
|
|
|
|
Nasi beriani kambing dan tosai masala sampai di meja bersama dua gelas tehtarik. Perlawanan bolasepak liga Inggeris menjadi tumpuan pengunjung yang bertempik sorak. Not my idea of a romantic first date. Orang sekeliling memerhati mereka, pasangan sepadan macam pinang di belah dua tapi bergaya tak kena tempat.
“ I'm sorry kalau you tak selesa di tempat begini. I rasa bersalah pula” Aishah mencubit tosai . Kepingan tosai yang di cicah dalam sambar kelapa di suap ke mulut dengan penuh selera.
“ Tak apa. Cuma you caught me by surprise. I tak sangka....”
“ Tak sangka apa? You ingat semua pramugari makan di restoran yang high class, pakai barangan branded, materialistik dan nak cari suami kaya? Jangan buat andaian stereotaip. Bukan semua stewardess nak pancing Datuk dan jutawan. Ramai yang bekerja untuk cari rezeki halal. ” Jawapannya membuat Redza gelabah sebentar. Aduh! Permulaan yang tidak bagus.
“ Eh... no... I mean... ok, I'm sorry. I salah anggap. You are different.” Redza menggaru pipinya yang tak gatal. Minah ni betul betul mencabar. Betullkah ini Aishah yang aku jumpa dalam penerbangan dua minggu lalu atau dia ada kembar seiras? Gadis di depannya tiada gaya gadis Melayu Terakhir, tiada liuk lentok yang menggoda. Dia lebih berminat pada tosai di pinggan dari aku. Bahasa tubuhnya “ sejuk beku”. Tapi dia belum kenal aku. Redza Fahmy bin Aminudin suka dengan cabaran. Lagi cepat dia lari, lagi kuat aku kejar.
“ Inilah diri saya sebenarnya. Yang you jumpa dalam plane itu sisi professional saya. Bila bertugas kadang kadang kita terpaksa jadi orang lain” telus jawapannya.
“ Okay... okay... Sorry again. Boleh tak kita mula semula? Saya Redza. Nama penuh Redza Fahmy Aminudin. Kerja di syarikat pengiklanan. Berasal dari Kajang, menetap di Kuala Lumpur. Umur 29 tahun. Status bujang” .
“ Selamat berkenalan. Saya Nurul Aishah Anuar. Boleh panggil saya Ecah.” Nurul meletak tapak tangan ke dada dan tunduk sedikit. Tawa Redza terburai. Ecah…Ecah….
“ Umm… kerja awak dah tahu kan? Berasal dari Bukit Mertajam. Umur 24 tahun ” sambung Nurul
“ Dah lama awak jadi stewardess? Seronok?”
“ Dah dekat 4 tahun. Seronoklah juga sebab dapat melawat banyak tempat. Yang tak seronoknya bila penumpang banyak songeh atau cuaca buruk. ”
“Mana negara yang you paling suka?”
“ I suka Sri Lanka. Kecantikan alam semulajadinya sangat menakjubkan. I rasa tenang bila ke sana. Vietnam pun I suka juga sebab penduduknya ramah dan sentiasa senyum. Tak ada yang muka berkerut walaupun kehidupan mereka susah. Dan krew lelaki kata perempuan Vietnam antara tercantik di dunia”
“ Betul. I pernah tinggal di Vietnam selama 3 bulan. Nasib baik I tak bawa balik bini” Ketawa bersambut. Topik perbualan di lencongkan ke arah topik isu semasa. Lebih sejam mereka berbual, kadangkala bertekak dan kadangkala ketawa. Nyata Aishah bukan bimbo, dia ber IQ tinggi, berpengetahuan luas dan petah berhujah. Redza makin tertarik. Aku dah bosan dengan perempuan yang asyik tergedik.
“ Apa yang you suka buat bila masa lapang? I mean your hobby?” Giliran Nurul Aishah pula bertanya
“ Mengorat perempuan cantik” Tawa nya meletus bila Aishah menjulingkan mata.
*****************************************************************
Kenangan episod bersama Nurul Aishah tidak dapat di lupakan. Semoga Allah permudahkan jodoh aku dengan dia. Mata Redza makin berat. Tidur menyapa dengan senyuman masih terukir di bibirnya.
Last edited by sang_arjuna on 16-11-2012 12:00 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
sang_arjuna posted on 14-11-2012 02:22 PM
Selamat Menyambut Maal Hijrah pada semua muslimin & muslimat
Sama sama kita hargai pengorbanan Rasu ...
Selamat Maal hijrah juga kaka
semoga dengan kehadiran tahun baru ini akan memberi idea yg lebih banyak dan bagus utk kaka berkarya, saya selaku salah seorg penggemar kaka akan terus menunggu hasil nukilan kaka sehingga ke akhir tinta kaka bernoktah
|
|
|
|
|
|
|
|
OOoo...gitu kisahnya dipanggil ecah...
Haish...tak sabar nak tunggu seterusnya..
conflict yang bakal berlaku...
usu pernah try makan tosai, tp mcm payah nak telan..rasanya mcm masam sangat.
capati lagi sesuai utk tekak usu...<eh...tetiba...>
Last edited by UsuFie on 16-11-2012 03:54 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
ecahhhhhhhhhhhhhhh
minah brutal yer |
|
|
|
|
|
|
|
UsuFie posted on 16-11-2012 03:53 PM
OOoo...gitu kisahnya dipanggil ecah...
Haish...tak sabar nak tunggu seterusnya..
tosai mmg masam tp kalau makan dengan sambal ikan bilis
mak mertua lalu pun tak perasan
|
|
|
|
|
|
|
|
Bab 6
Mana Nurul pergi? Tok Nah menjengah ke luar tingkap. Jendela yang agak kusam di selak. Bertuah punya budak! Aku nak suruh belikan kuih muih untuk tetamu. Pasangan yang memperkenalkan diri sebagai Haji Aminuddin dan isterinya Fazilah, ibubapa Redza, datang dari jauh. Takkan nak hidang air bujang saja, rungutnya sambil menatang dulang. Dua cawan berisi teh o di letak di depan tetamu.
“ Jemput minum Tuan Aminudin, Puan Fazilah. Maaf lah, Kak Nah tak sempat nak buat kuih petang ni. ”
“ Tak payah susah susah Kak Nah. Kami baru makan mi udang Mak Besah yang famous tu “ ujar lelaki separuh baya yang masih segak. Isterinya yang bertudung bawal dan berjubah kelabu mengangguk
“ Betul, Kak. Kami kenyang lagi. Lagi satu Kak Nah, jangan lah ber - Tuan , Puan. Rasa formal sangat macam di pejabat. Panggil suami saya Amin, saya Ila. ”
“ Redza dah balik semalam dengan kawan dia. Amin dan Ila datang dari jauh ini sebab Redza ada tertinggal barang di sini kah? Tapi cucu Kak Nah dah kemas bilik dia, tak ada pula jumpa barang Redza yang tertinggal” Tok Nah ingin meleraikan kemusykilan yang bersarang di hatinya.
“ Dia tertinggal hati dia, Kak Nah. “ Aminuddin bercanda. Dia dan isterinya saling berpandangan kemudian ketawa kecil.
Kedut di dahi Tok Nah bertambah seketika sebelum mulutnya membentuk huruf O.
“ Kami datang nak berkenalan dengan Kak Nah. Hajat kami nak bermenantukan cucu Kak Nah, Nurul Aishah. Maaflah, kalau cara kami ini tak ikut adat. Tapi Redza dah lama suka Nurul, cuma mereka terpisah beberapa tahun. Tak sangka takdir menemukan mereka di sini. Anak bujang saya yang tak berapa muda itu pun tak nak buang masa. Dia minta kami datang merisik secepat mungkin.”
Tok Nah terdiam. Isi hati Redza dia memang dah tahu sebab anak muda itu berterus terang dengannya. Tapi masaalahnya Nurul. Susah nak tafsir perasaannya. Ada juga dia curi curi jeling kat Redza. Tapi dia asyik mengelak kalau di ajak berbual. Entah apa rahsia yang di simpan.
“ Kak Nah kena lah tanya Nurul dulu. Kak Nah pun harap dia setuju. Redza tu budak baik. Kak Nah memang berkenan. Sembahyang tak tinggal walaupun kaki sakit. Kalau dia boleh jaga dan bimbing cucu Kak Nah, Alhamdulillah”
“ Kalau Nurul setuju, kita ingat nak percepatkan walimatulurus. Itu pun kalau Kak Nah tak ada halangan. Tak payah bertunang, nikah saja terus. Lagi afdhal.” usul Aminuddin
Strategi Redza amat bagus. Kawin dengan Nurul sebelum Wan Hamidah dapat teruskan agenda menjodohkan dia dengan Elly. Tentunya Tan Sri Effendy dan Puan Sri Lily tidak setuju anak mereka jadi isteri no 2. Dan sudah pasti Elly pun tidak sanggup berkongsi suami.
“ Cepat benar dia buat keputusan. Selalunya orang muda sekarang nak kenal dulu pasangan masing masing sebelum kahwin. Bukan macam zaman Kak Nah dulu, tak pernah jumpa sebelum kahwin”
“ Hmm.. mula mula saya pun cakap macam itu. Tunang dulu, lepas 6 bulan baru kawin. Tapi Redza kata dia pasti yang Nurul pilihan nya jadi buat apa nak tunggu. Lagi manis bercinta selepas kahwin, bila semuanya halal” kata Aminuddin. Memang Redza dah banyak berubah. Lagipun masa amat berharga supaya pelan mereka berjaya.
“ Apa yang Amin kata memang betul tapi tahu sajalah mulut orang kampung. Kalau dia tiba tiba saja kawin mesti orang fikir yang bukan bukan. Tambah pula dia pramugari.” Tok Nah meluahkan kesangsiannya.
“Biarlah orang mengata, Kak Nah. Janji kita tahu kita buat benda betul. Perkahwinan itu sesuatu yang indah dalam syariat Islam, bukan perkara yang mendatangkan aib. Setiap kali masjid di bina, syaitan menangis. Kak Nah jangan biarkan mulut orang mengatur hidup kita hingga terabai hukum Al Quran dan sunnah “. tutur Fazilah dengan lembut. Walaupun wanita ini sederhana dari segi paras rupa, tapi budi pekertinya cukup indah. Tok Nah kagum. Untung Nurul kalau dapat ibu dan bapa mertua yang baik macam mereka. Tapi mana cucu aku ni? Masa ini lah kau nak merayau
Last edited by sang_arjuna on 26-11-2012 10:49 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
Nurul mengangkat baldi berisi tiga ekor lampam. Hampir sejam dia memancing di sungai tak jauh dari rumah. Lepas gian setelah hampir setahun tak pegang joran. Sungguh tenang rasanya! Dia menapak perlahan melalui denai hingga ternampak bumbung rumah Tok Nah. Sebuah kereta Camry berada di luar. Kalau tetamu nampak aku berseluar steng dan T shirt lusuh macam penjual ikan di pasar, tentu seminggu tak habis Tok Nah membebel
Nurul masuk melalui pintu belakang. Ikan di siang dan di masukkan dalam peti ais. Perasan ingin tahu menggaru hatinya. Pintu yang memisahkan dapur dengan ruang depan di kuak sedikit. Pasangan yang tak pernah dilihat sebelum ini duduk di sofa berdepan Tok Nah. Dia dapat menangkap butir bicara tetamu yang datang. Siapa mereka? Tak ada orang lain ke kau nak buat menantu? Seriau aku!
“ Kami pulang dulu Kak Nah. Kalau Nurul dah ada jawapan, Kak Nah tolong lah bagi tahu. Harap harap hajat anak saya termakbul. Dia dah tak sabar nak bernikah dengan Nurul. ”
Tak sabar? Kemaruk sangat kah si jantan itu? Eee... Geli tau!
Tok Nah mengiring mereka keluar. Setelah berpamitan dan kereta meluncur ke jalanraya, Tok Nah di kejutkan dengan tempikan.
“ TOK!!! SIAPA TU??.!”
Tok Nah mengurut dada.” Astaghfirullah! Kenapa Yuyu? Nak bagi Tok mati cepat?”
“ Tok, siapa mereka tu? Apa Tok cakap? Yuyu tak nak kawin lagi lah “Nurul menggeleng kepala
“ Jadi Yuyu memang pasang telinga lah tadi? Mana Yuyu pergi sampai comot macam ni? Nasib baiklah Pakcik Amin dengan Makcik Ila tak nampak Yuyu tadi. Tentu dia tak jadi nak buat menantu”
Silap aku tak keluar tadi. Selamat aku.
“ Yuyu pergi memancing. Ikan ada dalam peti ais. Sekarang Tok cerita kat Yuyu” Nurul menarik Tok Nah kembali ke ruang tamu. Tok Nah melabuh duduk.
“ Yang tadi tu mak dengan bapa Redza. Dia orang datang merisik Yuyu untuk Redza. Ini cincin tanya ..” Kotak kecil warna kelabu berlogo Selberan di sua pada Nurul.
“ APA? No...no...no” Jari telunjuknya di goyang. Aku tak nak kahwin dengan spesis lelaki perosak.
“ Hummphhh... Tok dah agak dah. Berapa kali Yuyu nak tolak pinangan? Dulu anak Dr Rashid, kemudian anak Haji Tahrim, D O, lepas tu anak Pak Syed kedai kereta. Semua orang baik baik. Kamu betul betul tolak tuah. Kamu nak jadi andartu? Yuyu bukan makin muda.” dengus Tok Nah.
Nurul mendiamkan diri. Tok Nah nampak benar benar marah kali ini. Kalau aku menyampuk, jadi drama bersiri nanti.
“ Tolong lah Yuyu. Terimalah pinangan Redza. Tok berkenan sangat dengan dia. Mak bapak dia pun orang baik baik.”
Ho..ho..ho... Tok tak tahu perangai sebenar Redza. Mau semput Tok kalau dengar. Lebih baik aku tak usah cerita , kecuali kalau aku nak ulang alik ke hospital.
“ Yuyu tak akan kahwin selagi Yed tak habis belajar. Yuyu dah janji dengan arwah Bah nak jaga Tok dan Yed”
“ Yuyu dah banyak berkorban untuk Tok dan Yed. Geran rumah ini Yuyu dah tebus dari bank. Yuyu dah buat dapur baru, bilik air baru. Rumah ini dah cukup selesa. Yed dah lulus SPM dengan cemerlang dan dapat biasiswa. Tok pun ada duit pencen. Yuyu tak payah risau pasal kami. Sekarang Tok nak Yuyu fikir pasal masa depan Yuyu sendiri pula. Tok rasa bersalah kalau Yuyu tak nak kahwin.” Tok Nah mengesat hujung mata. Sayu rasa nya bila teringat liku hidup cucunya yang yatim piatu.
Nurul menelan airliur. “ Tak lah... Yuyu buat semua ini dengan ikhlas. Bukan Yuyu tak nak kahwin tapi Redza tu tak sesuai dengan Yuyu”
“ Cuba bagi sebab kenapa Yuyu tak nak kahwin dengan Redza” desak Tok Nak dengan mata mencerlang. Wah... dari sedih tiba tiba jadi garang pula. Berlakun ke haper Tok ni?
“ Okay. Nombor satu, dia kaki perempuan. Dua, dia kuat minum. Tiga, Yuyu tak boleh masuk dengan gaya hidup dan kawan kawan dia. Empat, dia tak ada ciri suami idaman Yuyu. Lima....”
“ Sudahlah tu. Tok tak suka dengar kamu mengata Redza. Dia dah berubah. Dia bukan Redza yang Yuyu kenal dulu. ”
“ Mana Tok tahu? Tok cuma kenal dia dua tiga hari. “
“ Tok ni orang tua. Sejam pun dah cukup untuk kenal hati budi orang. Tok tahu Redza ikhlas nak kahwin dengan kamu. Dia dah janji dengan Tok akan jaga kamu”
Nurul menggaru kepala. Apa lagi alasan aku nak bagi? Nak cerita pasal apa yang Redza lakukan dulu? Berdosa membuka aib orang dan aku juga akan terpalit sama. Mungkin betul kata Tok yang dia dah berubah. Apa yang telah berlaku, biarlah rahsia.
“ Tok dah tua, Yuyu. Tak ada apa lagi yang Tok nak di dunia ini. Cuma Tok nak tunaikan wasiat bapa dan emak kamu supaya kamu di nikahkan dengan lelaki yang baik, yang Tok rasa sesuai. ”
“ Tok, bagi Yuyu masa untuk fikir dulu. Ini bukan benda kecil macam nak beli baju warna apa”
Nurul membelek cincin belah rotan dari emas putih. Cantik! Tapi aku kena tanya pendapat BFF aku. Elly.... di mana kau? Tolong aku!
Last edited by sang_arjuna on 26-11-2012 10:48 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
ikan lampam..? bestkan ikan sungai masak lemak cili api....yumm..yum....
alahai...kalau yuyu terima..kesian la pulak si elly...haish..
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|