|
satu je soalan,siapa blh jawap
antara wali Allah dgn wali syaitan,golongan yg mana satu lebih byk kuantitinya? |
|
|
|
|
|
|
|
NorAddin posted on 26-9-2012 05:46 PM
salam
pada pendapatan beta yang daif .. hehe
واللهأعلمُ بالـصـواب bangun pagi sunat bersiwak..
mereka kata tidak mungkin
Dia balas benar
bukakan mata
baca risalah dgn hati.
Last edited by mr_evergreen on 27-9-2012 09:36 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
buka mata
baca dgn hati............. |
|
|
|
|
|
|
|
واللهأعلمُ بالـصـواب
ye..
hati & jiwa kena selalu bersihkan
baru senang nak menghadap Pencipta
Pencipta Yang Maha Suci takkan nak ambil jiwa & hati yg masih kelabu
sbb kasih sayang-Nya melebihi murka-Nya.
p/s kalau salah tolong betulkan. Last edited by mr_evergreen on 27-9-2012 12:21 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Copas dari @NorAddin
"Quran itu hidup .. untok orang yang hidup bukan untok orang yang mati "
lalu ia pergi dari situ ..
salah seorang itu bertanya .. " siapa orang itu "
menjawab seorang itu " itu lah Imam Syafiee "
Betullah kata si Imam tu...
Takyahlah soalan kubur dan talqin sumer...
Hanya sempurnakan jenazahnya...
Mati si polan putus amalanya... stop kat situ
Hanya keimanan masa hidup dan ibadah yang baik
dibawa jiwa kecil untuk bertemu Allah..
Betul ker..?
(my seposen) |
|
|
|
|
|
|
|
orangbesi posted on 24-9-2012 10:36 AM
ALI IMRAN: 175
Ambil semua surah dari Al-Quran barulah nampak apa yang ALLAH SWT maksudkan. Adalah lebih baik mengetahui KESELURUHAN AL-Quran untuk faedah diri sendiri. Tidakkah itu yang terbaik jika mengaku BERIMAN?
|
|
|
|
|
|
|
|
Mari lihat kebenaran Al-Quran perihal wali (sebahagian dan ada byk lagi) :
Dan apabila kamu menceraikan isteri-isteri (kamu), lalu habis masa idah mereka ' maka janganlah kamu (wahai wali-wali nikah) menahan mereka daripada berkahwin semula dengan (bekas) suami mereka, apabila mereka (lelaki dan perempuan itu) bersetuju sesama sendiri dengan cara yang baik (yang dibenarkan oleh Syarak). Demikianlah diberi ingatan dan pengajaran dengan itu kepada sesiapa di antara kamu yang beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik bagi kamu dan lebih suci. Dan (ingatlah), Allah mengetahui (akan apa jua yang baik untuk kamu) sedang kamu tidak mengetahuinya.
(Al-Baqarah 2:232)
Dan orang-orang yang (hampir) mati di antara kamu serta meninggalkan isteri, hendaklah berwasiat untuk isteri-isteri mereka, iaitu diberi nafkah saguhati (makan, pakai dan tempat tinggal) hingga setahun lamanya, dengan tidak disuruh pindah dari tempat tinggalnya. Kemudian jika mereka keluar (dari tempat tinggalnya dengan kehendaknya sendiri) maka tidaklah kamu bersalah (wahai wali waris si mati) mengenai apa yang mereka (isteri-isteri itu) lakukan pada diri mereka dari perkara yang patut yang tidak dilarang Syarak) itu dan ingatlah, Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
(Al-Baqarah 2:240)
Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu menjalankan sesuatu urusan dengan hutang piutang yang diberi tempoh hingga ke suatu masa yang tertentu maka hendaklah kamu menulis (hutang dan masa bayarannya) itu dan hendaklah seorang penulis di antara kamu menulisnya dengan adil (benar) dan janganlah seseorang penulis enggan menulis sebagaimana Allah telah mengajarkannya. Oleh itu, hendaklah ia menulis dan hendaklah orang yang berhutang itu merencanakan (isi surat hutang itu dengan jelas). Dan hendaklah ia bertaqwa kepada Allah Tuhannya, dan janganlah ia mengurangkan sesuatu pun dari hutang itu. Kemudian jika orang yang berhutang itu bodoh atau lemah atau ia sendiri tidak dapat hendak merencanakan (isi itu), maka hendaklah direncanakan oleh walinya dengan adil benar); dan hendaklah kamu mengadakan dua orang saksi lelaki dari kalangan kamu. Kemudian kalau tidak ada saksi dua orang lelaki, maka bolehlah, seorang lelaki dan dua orang perempuan dari orang-orang yang kamu setujui menjadi saksi, supaya jika yang seorang lupa dari saksi-saksi perempuan yang berdua itu maka dapat diingatkan oleh yang seorang lagi. Dan jangan saksi-saksi itu enggan apabila mereka dipanggil menjadi saksi. Dan janganlah kamu jemu menulis perkara hutang yang bertempoh masanya itu, sama ada kecil atau besar jumlahnya. Yang demikian itu, lebih adil di sisi Allah dan lebih membetulkan (menguatkan) keterangan saksi, dan juga lebih hampir kepada tidak menimbulkan keraguan kamu. Kecuali perkara itu mengenai perniagaan tunai yang kamu edarkan sesama sendiri, maka tiadalah salah jika kamu tidak menulisnya. Dan adakanlah saksi apabila kamu berjual-beli. Dan janganlah mana-mana jurutulis dan saksi itu disusahkan. Dan kalau kamu melakukan (apa yang dilarang itu), maka sesungguhnya yang demikian adalah perbuatan fasik (derhaka) yang ada pada kamu. Oleh itu hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah; dan (ingatlah), Allah (dengan keterangan ini) mengajar kamu; dan Allah sentiasa Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
(Al-Baqarah 2:282)
Dan sesiapa di antara kamu yang tidak mempunyai kemampuan yang cukup untuk berkahwin dengan perempuan-perempuan yang baik-baik (yang merdeka, yang terpelihara kehormatannya) lagi beriman, maka bolehlah kamu berkahwin dengan hamba-hamba perempuan yang beriman yang kamu miliki. Dan Allah lebih mengetahui akan iman kamu; kamu masing-masing (suami yang merdeka dan isteri dari hamba - abdi itu) adalah berasal sama (dari Adam, dan seagama pula). Oleh itu berkahwinlah dengan mereka dengan izin walinya serta berikanlah maskahwinnya menurut yang patut. Mereka (hamba-hamba perempuan yang akan dijadikan isteri, hendaklah) yang sopan bukan perempuan-perempuan lacur, dan bukan pula yang mengambil lelaki sebagai teman simpanan. Kemudian setelah mereka (hamba-hamba perempuan itu) berkahwin, lalu mereka melakukan perbuatan keji (zina), maka mereka dikenakan separuh dari (hukuman) seksa yang ditetapkan ke atas perempuan-perempuan yang merdeka. (Hukum perkahwinan) yang demikian (yang membolehkan seseorang berkahwin dengan hamba-hamba perempuan) itu ialah bagi orang-orang yang bimbang melakukan zina di antara kamu; dan sabarnya kamu (tidak berkahwin dengan hamba-hamba perempuan) itu adalah lebih baik bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(An-Nisaa' 4:25)
Ketahuilah! Sesungguhnya wali-wali Allah, tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.
(Yunus 10:62)
(Wali-wali Allah itu ialah) orang-orang yang beriman serta mereka pula sentiasa bertaqwa.
(Yunus 10:63) |
|
|
|
|
|
|
|
Abangcute posted on 28-9-2012 01:09 AM
Mari lihat kebenaran Al-Quran perihal wali (sebahagian dan ada byk lagi) :
Dan apabila kamu mencera ...
woi mamat
perkataan WALI ALLAH ada DUA saja dalam AL QURAN
iaitu YUNUS:62
dan
AL JUMUAA: Katakanlah : Wahai orang-orang yang beragama Yahudi, kalau kamu anggap bahawa kamulah sahaja
WALI ALLAH (orang-orang yang dikasihi Allah) tidak termasuk umat-umat manusia yang lain, maka bercita-citalah hendakkan mati ,
jika betul kamu orang-orang yang benar! (6)
tu je ka
nanti aku BACAKAN
apa yg hang tak tau
dan buat hang terpinga-pinga
dalam KEBENARAN |
|
|
|
|
|
|
|
NorAddin posted on 28-9-2012 12:35 PM
salam
itulah satu-satunya Nabi umat akhir zaman,penghulu para Anbia...
Selawat dan Salam utk Baginda dan ahli keluarga,Sahabat-sahabat,pengikut-pengikut sahabat dan mereka-mereka yang menuruti mereka itu dgn ikhlas dari masa ke semasa hingga hari kiamat.
|
|
|
|
|
|
|
|
AH SYURA: Dan orang-orang yang menjadikan sesuatu yang lain dari Allah sebagai WALI (pelindung) , Allah sentiasa mengawasi tingkah laku mereka dan engkau bukanlah menjadi wakil yang menguasai soal mereka. (6)
AR RAD: Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana , maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu dan tidak ada sesiapapun yang dapat WALI (menolong dan melindungi) mereka selain daripadaNya. (11)
AL FURQAN: Mereka menjawab: Maha Suci Engkau ! Sudah tentu tidak patut bagi kami mengambil sesiapa pun yang lain daripadaMu sebagai WALI (pelindung) yang disembah ; tetapi engkau telah melimpahkan kemewahan kepada mereka dan kepada datuk neneknya sehingga mereka lalai dan cuaikan ajaran agamaMu dan menjadilah mereka kaum yang binasa. (18)
AL ANAAM: Katakanlah : Patutkah aku mengambil WALI (pelindung) yang lain dari Allah yang menciptakan langit dan bumi dan Dia pula yang memberi makan dan bukan Dia yang diberi makan? Katakanlah: Sesungguhnya aku diperintahkan supaya menjadi orang yang pertama sekali menyerah diri kepada Allah , dan: Jangan sekali-kali engkau menjadi dari golongan orang-orang musyrik itu. (14)
sila BACA juga:
AL BAQARAH: AYAT 286/107/120/257
FUSILAT: AYAT 31
AL KAHFI: AYAT 26
HUD: AYAT 20/113
AL ANKABOOT: AYAT 22/41
AL TAWBA: AYAT 74/116 ..........dan BANYAK LAGI
semuanya MENGATAKAN
BAHAWA ALLAH SEBENAR-BENAR WALI
ada faham ka wahai si jahil!!!!!!!! |
|
|
|
|
|
|
|
orangbesi posted on 26-9-2012 10:14 AM
oh cam tu ka!!!
leh tanya tak???
B Melayu le. Knp?
Jika setiap akal ada penterjemah mendampinginya
begitu juga pentafsir ada kamus bersamanya
Kite tgk kumpulan yg Arab dulu sedara:
Quran Dictionary - و ل ي
pilih le ayat mana yg hang nk bincang.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|