CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: V-space

Kuasa Minda / Subsconcius Mind

[Copy link]
Post time 11-2-2013 11:54 AM | Show all posts
Abangcute posted on 11-2-2013 10:16 AM
Tajuk yg menyalahi ketetapan Allah kerana sekadar berdasarkan kepada hukum akal.

Kesedaran itu pa ...

tajuk hang
dimensi ruang masa tu
menyalahi gak

napa tak tanggungjawab punnnn
perasan je wak dogol niiii
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-2-2013 07:23 PM | Show all posts
Dzulqarnain posted on 11-2-2013 03:52 AM
Bagaimana minda dicengkam bila media massa dikuasai?

salam

ilmu yang tidak berguru .. guru nya siapa ..?
iman boleh bergoncang ..
islam boleh layu ..
iqtiqad boleh bergegar ..
aqidah boleh runtoh ..

pencang dan rosak ..
hati jadi keras oleh sebab akal pemikiran ..
akibat berilmu yang dengan tiada berguru ..

wassalam
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2013 10:53 PM | Show all posts
NorAddin posted on 11-2-2013 07:23 PM
salam

ilmu yang tidak berguru .. guru nya siapa ..?

Benar saudara
menunjukkan hari ini lbh ramai yg bertalaqqi depan TV...
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2013 01:04 AM | Show all posts
orangbesi posted on 11-2-2013 11:54 AM
tajuk hang
dimensi ruang masa tu
menyalahi gak

Renungkan betul2 Al-Quran kerana terdapat ruang dan masa di dalam Al-Quran. Tidaklah saya menyatakan sesuatu itu TANPA ilmu yang saya ringkaskan untuk mudah diingati supaya menjadi peringatan kepada yang mahu beriman dan bertaqwa kepadaNYA.

Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2013 01:09 AM | Show all posts
Ilmu itu berdasarkan kepada Petunjuk dan Tindakan. Bukan semua manusia diberikan petunjuk olehNYA. Setiap yang diberi petunjuk akan diujiNya. Samaada kembali kepadaNya dalam segala urusan atau mengingkari ketetapanNya dalam setiap urusan. Terserah kepada empunya diri untuk kembali merujuk PERSAMAAN dan PERBEZAAN sesuatu petunjuk untuk mendapatkan petunjuk yang sebenar-benarnya yang datang dari Allah.

Petunjuk Allah itu dalam 2 bentuk:
1) Kebenaran
2) Kebatilan

Rujuklah kepada Al-Quran dan janganlah mengingkari mana-mana bahagian yang dimaksudkan dengan apa yang dibaca. KepadaNya kita memohon ampun dan petunjuk supaya diri kita menjadi antara orang yang beriman dan bertaqwa kepadaNya. Last edited by Abangcute on 12-2-2013 01:10 AM

Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2013 11:50 AM | Show all posts
Abangcute posted on 12-2-2013 01:04 AM
Renungkan betul2 Al-Quran kerana terdapat ruang dan masa di dalam Al-Quran. Tidaklah saya menyatak ...

Renungkan betul2 Al-Quran kerana terdapat ruang dan masa di dalam Al-Quran. Tidaklah saya menyatakan sesuatu itu TANPA ilmu yang saya ringkaskan untuk mudah diingati supaya menjadi peringatan kepada yang mahu beriman dan bertaqwa kepadaNYA

penipu punya wak dogol
mana AYATNYA kata: DIMENSI RUANG MASA tuuuuu
takpe copy paste pun takpe
tepek kat sini

pas tu aku gulaikan hang, kasi lagi meroyan lagiiii

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-2-2013 11:55 AM | Show all posts
Abangcute posted on 12-2-2013 01:09 AM
Ilmu itu berdasarkan kepada Petunjuk dan Tindakan. Bukan semua manusia diberikan petunjuk olehNYA. S ...

Tak payah ringkas lah si dogol ooiii
hang tu memang tarak ilmu punnn
gebang je yg lebihhh

Ilmu itu berdasarkan kepada Petunjuk dan Tindakan.
Petunjuk Allah itu dalam 2 bentuk:
1) Kebenaran
2) Kebatilan


eehh, hang faham ka ni apa yg hang tulis.......
cam org gila je tulisannya niiiii

Rujuklah kepada Al-Quran dan janganlah mengingkari mana-mana bahagian yang dimaksudkan dengan apa yang dibaca. KepadaNya kita memohon ampun dan petunjuk supaya diri kita menjadi antara orang yang beriman dan bertaqwa kepadaNya
.
yg hang dok engkar....takpe pulak
napa, org hebat cam hang leh buat yg BATHIL keee???? tak berdosa keee????
tapi betoi pun org gila cam hang...memang dah tak berdosa
tapi mau dikurung je laaaaa
amacam, leh le lepak2 dalam hosp bahagia tu kannn, makan freee tauuuuu
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2013 02:30 PM | Show all posts
salam

Aqal sekarang Raja ..
maka hendakalah d'suntikkan/inject dengan ilmu ..

Aqal tempat kamu fikir memikir ..

Guna lah
aqal yang tajam
aqal yang soleh/baik
aqal orang islam
aqal al quran

aqal kalau tidak cergas ..
akan d'kalahkan oleh musoh ..

jangan guna otak bila membicara .. insyAllah

wassalam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-2-2013 01:06 AM | Show all posts
tk fhm sgt
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2013 12:45 AM | Show all posts
Saya Amirul Bin Ramli, Founder untuk Noetic Therapy Resources, Certified Hypnotist;Certified Neuro Linguistic Programming Master Practitioner.

Rasa macam terpanggil pula untuk menerangkan tentang isu ini. Hehe. Sebab rasanya masih ramai yang tertanya-tanya dan mencari ape bendelah minda separa sedar ni. Harap2 dengan penerangan ni ramai akan lebih berfikiran terbuka dan tidak lagi mengatakan ini merupakan perkara ghaib dan yang tidak patut dipelajari. Jadi khas untuk forum ni mungkin sy dapat berikan serba sedikit apa yang saya pelajari sebagai tambahan untuk ilmu kamu. Mungkin ianya juga dapat memberikan kebaikan kepada kamu kelak.

Sebelum itu, untuk menjadikan kamu lebih berfikiran positif dan terbuka, mungkin saya patut berkongsi sedikit pengalaman diri saya sendiri, setelah mempelajari bidang ini. Kini saya lebih tenang, teratur, tenteram, dapat berfikir dengan baik jika dibandingkan dengan dahulu. Dahulu saya hisap rokok, merempit, dan sikap saya sangat teruk, panas baran, berfikiran negatif.

Tetapi sekarang rasanya dah mula rasa tenang. Nak bangun tahajud pon sangat mudah. Solat secara berjemaah di surau pun dengan senang hati tak lagi seperti dulu selalu rasa berat hati pergi surau. Sekarang ni nak buat solat sunat qabliah dgn baqdiah tu pon rasa bersemangat.

Ok pertama sekali saya akan gunakan perkataan minda bawah sedar.

Minda separa sedar = Subconscious mind
Minda bawah sedar = Unconscious mind

Kedua-dua pada asalnya berbeza, namun sebab ramai yang tersalah guna jadi orang ramai pun keliru. Saya lebih suka gunakan minda bawah sedar sebab secara lumrahnya ianya adalah di bawah kesedaran kita. Ok, dan ini bukan satu perkara ghaib! Ilmu tentang minda bawah sedar terbukti secara klinikal, saintifik dengan beberapa kajian neurosaintis.

Ya mungkin ada yang mengatakan jangan percaya cakap saintis kerana mereka sesat, tapi ada satu hakikat yang perlu kita terima. Teknologi perubatan yang digunakan sekarang kebanyakannya adalah hasil daripada kepandaian dan kebijakkan mereka. Dan dengan ketentuan Allah hasil dari teknologi perubatan tersebutlah banyak penyakit2 kronik yang dahulunya menyebabkan maut kini dapat disembuhkan.

Sekali lagi, bidang minda bawah sedar bukan ilmu ghaib. Perkara ghaib adalah sesuatu yang tersembunyi dan kita takkan dapat tahu hanya Allah sahaja lebih mengetahui. Minda bawah sedar sebaliknya sesuatu ilmu yang dapat dilihat hasilnya melalui kajian dan eksperimen. Dan jika masih ada yang mengatakan mempelajari ilmu minda bawah sedar itu salah, sama seperti mengatakan mempelajari perubatan medikal di hospital itu salah.



Dan bukti minda bawah sedar itu wujud...sangat mudah. Adakah kamu perlu sedar setiap kali kamu menarik nafas? atau adakah kamu perlu memberi arahan kepada mata kamu supaya berkelip kalau tak nanti pedih pulak? pernahkah kamu terfikir bagaimana mata kamu berkelip secara automatik? bagaimana pula dengan jantung kamu?

Dan yaa... itulah tugas utama minda bawah sedar kamu. Jadi agak menyedihkan sekiranya masih ada yang cuba untuk menidakkan kewujudan minda bawah sedar. Kamu di jaga oleh minda bawah sedar! Sampai hati cakap ianya tidak wujud dan tidak boleh dipelajari?

#Penting : Dan sangat rugi rasanya mereka yang tidak mempelajari mengenai ilmu ini kerana tanpa kamu sedari minda bawah sedar mempengaruhi hampir sepenuhnya kehidupan kamu. Ada neurosaintis yang mengatakan 95 peratus diri kamu dikawal oleh minda bawah sedar kamu. Jika kamu rasa itu adalah dusta semata-mata cuba teliti persoalan di bawah.....

Pernahkan kamu terfikir, mengapa orang masih terus menghisap rokok sedangkan mereka sendiri tahu bahawa ianya bahaya untuk kesihatan mereka? Pernahkah kamu terfikir mengapa ada orang yang sangat susah untuk mengubah sikap negatif mereka? Pernahkah kamu merancang untuk melakukan perubahan yang lebih baik dalam hidup kamu tapi ianya hanya sementara dan akhirnya kamu kembali kepada diri kamu yang asal?... Jawapannya mudah. Minda bawah sedar menguasai kamu.

Baiklah begini secara ringkasnya, minda boleh dibahagi kepada dua. Minda sedar dan minda bawah sedar. Dan perbezaannya adalah seperti di bawah.

Minda sedar
-Apabila kamu memikirkan sesuatu yang logik, rasional, menganalisa seperti sekarang kamu sedang melihat skrin komputer dan membaca info mengenai minda bawah sedar yang saya sedang berikan ini.
-Kadang-kala kamu akan pergi ke masa silam, fikir tentang kenangan di sekolah, kenangan manis kamu bersama orang kesayangan kamu. dan kadang-kala kamu akan pergi ke masa depan, merancang apa yang hendak kamu lakukan hujung minggu ini dan lain2.

Minda bawah sedar
-Mengawal operasi sistem tubuh badan kamu, berjalan, degupan jantung, pernafasan, penghadaman dll
-Mengawal sesuatu yang menjadi tabiat/ rutin kamu seperti contoh memandu.

#Penerangan : Ingat tak lagi sewaktu mula-mula kamu belajar memandu, pada permulaannya kamu tidak mahir dan sentiasa berada dalam keadaan yang teragak-agak. Dan pada waktu mula-mula kamu belajar memandu kamu akan fokus sepenuhnya dan fikiran kamu hanya tertumpu kepada stereng, cermin pandang belakang, dan jalan raya. Dan apabila kamu sudah mahir, dgn latihan dan setiap hari membawa kereta, kamu kini boleh membawa kereta sambil mendengar radio, berborak dengan rakan di sebelah, boleh berangan semasa memandu, kerana kini minda bawah sedar sudah mengambil alih kerana ia telah menjadi rutin kamu. (Sila berhati-hati di jalan raya).

-Dan apa yang menyebabkan minda bawah sedar lebih berkuasa daripada minda sedar adalah ia mengawal....memori! Pengalaman kamu pada masa silam, sikap kamu, personaliti, kepercayaan & pegangan kamu dan apa yang paling penting kamu perlu tahu sekarang ialah.. ia melibatkan MEMORI dan EMOSI kamu.



Sebagai contoh perokok :

Minda sedar - mereka sedar rokok itu bahaya. Selagi mereka itu seorang yang pandai membaca dan tengok gambar kanser paru-paru dekat kotak tu dah tentu-tentu mereka sedar yang rokok tu bahaya.

Minda bawah sedar - (ingat kembali seperti yang saya katakan tadi minda bawah sedar mengawal tabiat,memori,emosi) Mereka sedar rokok tu bahaya tetapi mereka teringat kembali zaman sekolah dulu kalau hisap rokok akan dikira samseng oleh orang lain (memori). Mereka teringat rasa seronok dan ketawa bersama sewaktu menghisap rokok bersama rakan-rakan (emosi). Dan setiap kali selepas makan dan mandi pada waktu pagi biasanya mereka akan merokok (tabiat). Akhirnya mereka teruskan merokok kerana minda bawah sedar yang mengawal!


COntoh lagi? Boleh apa salahnya..

Minda sedar : Kamu berhasrat mulai esok kamu ingin bangun malam dan mengerjakan solat tahajud.

Minda bawah sedar : (Sekali lagi ingat, minda bawah sedar menguasai tabiat, emosi, memori kamu). Kamu ingin bangun tahajud malam tetapi biasanya setiap kali terjaga biasanya kamu hanya akan menarik selimut kembali (tabiat). Kamu rasa tertekan atas beban kerja dan dalam keadaan stress membuatkan kamu langsung tak rasa nak solat tahajud (emosi). Dan akhirnya seperti biasa hasrat kamu untuk bangun tahajud terbantut disebabkan pengaruh minda bawah sedar kamu.


Macam mane nak contoh lagi? Bolehhh... Nak banyak-banyak pon boleh.


Minda sedar : Mulai petang esok kamu nak membaca buku setiap hari

Minda bawah sedar : "Alamak selalu petang-petang ni aku tengok tv je lagi seronok. cerita best pun banyak gak petang-petang ni" (tabiat/memori). Hari ini semua serba tak kena, kena marah di pejabat, tersekat di trafik jem, tertinggal beg di pejabat dan akhirnya buat kamu tertekan dan lupakan hasrat untuk membaca buku(emosi).


baiklah sekarang ni perkara yang perlu kamu ambil perhatian ialah.....


Berdasarkan kajian, otak tidak dapat membezakan antara apa yang kamu bayangkan dengan apa yang kamu sedang lalui. Nampak tak sekarang? Sebab kedua-duanya melibat neuro connection yang sama. Ini bermaksud apa yang kamu bayangkan, otak akan anggap ia sedang berlaku.

Dan dari situlah adanya teknik visualization, hipnosis dan neuro linguistic programming dan sebagainya. Buktinya cuba kamu ingat kembali kepada satu situasi di dalam hidup kamu yang kamu rasakan tidak puas hati atau marah. Walaupun dengan hanya membayangkannya, pastinya jantung kamu, dan tangan kamu akan mula menggeletar, rasa marah.. kerana otak menyangka kamu sedang berada di dalam situasi itu sekarang.


Oleh sebab itu, dengan membayangkan, visualization seperti contoh, kamu membayangkan tiap-tiap hari kamu membuka buku (tabiat) dan rasa seronok apabila membaca (emosi) ianya akan disimpan terus minda bawah sedar kamu! Kerana otak kamu tidak dapat membezakan memori dengan apa yang kamu bayangkan. Jadi jika kamu selalu bayangkan kamu sedang membaca buku, otak akan menganggap ianya sebagai memori, dan ingat lagi kan memori dipengaruhi oleh minda bawah sedar. Dan minda bawah sedar yang mempengaruhi siapa diri kamu sekarang.

Jadi ianya tak logik untuk mengatakan visualization itu tidak elok. Sebab kalau kita visualize baca buku sama macam kita pegang dan membuka buku berulang-ulang kali. (Ingat otak tidak dapat bezakan apa yang dibayangkan dengan apa yang sedang berlaku) Jadi kalau dengan menggunakan visualization boleh menjadi kamu seronok untuk membaca buku adakah itu salah?

Oh ye, banyak lagi sebenarnya yang perlu diterangkan jadi boleh singgah ke http://www.amirulbinramli.com   sebab dekat situ boleh download ebuku percuma dan saya juga sedang menyiapkan video dan ebuku seterusnya yang berkaitan dengan minda bawah sedar. Dan di apa yang paling penting sekarang ni macam mane cara untuk mengawal minda bawah sedar tu supaya kita dapat hidup dalam lakukan perkara yang kita inginkan tanpa tentangan.  Klik pada projek cahaya pada menu pada website tersebut untuk update. Baiklah semoga dapat aplikasikan sikit dari apa yang saya terangkan.

Dan ingat kita perlu berusaha terlebih dahulu dan barulah memohon kepada Allah s.w.t. Dan belajar tentang minda bawah sedar adalah usaha yang kita boleh lakukan untuk jadikan hidup kamu lebih baik. Dan ianya bukan perkara ghaib. Ianya seperti kalau siapa joging badan dia akan sihat. Siapa yang melatih minda bawah sedar, dia yang akan lebih mudah rasai perubahan dalam hidup dia. wslm.
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2013 04:02 AM | Show all posts
amirulbinramli posted on 3-5-2013 12:45 AM
Saya Amirul Bin Ramli, Founder untuk Noetic Therapy Resources, Certified Hypnotist;Certified Neuro L ...

Salam saudara Amirul

Saya ada sedikit pertanyaan berkenaan memori dan bayangan,
Oleh sebab itu, dengan membayangkan, visualization seperti contoh, kamu membayangkan tiap-tiap hari kamu membuka buku (tabiat) dan rasa seronok apabila membaca (emosi) ianya akan disimpan terus minda bawah sedar kamu! Kerana otak kamu tidak dapat membezakan memori dengan apa yang kamu bayangkan. Jadi jika kamu selalu bayangkan kamu sedang membaca buku, otak akan menganggap ianya sebagai memori, dan ingat lagi kan memori dipengaruhi oleh minda bawah sedar. Dan minda bawah sedar yang mempengaruhi siapa diri kamu sekarang.

Soalan²:

- Bagaimana nak membezakan antara memori akan realiti dgn mimpi/visi/bayangan/inspirasi/ilham/etc.?
- Apa faktor yg dpt memudahkan cerapan dan capaian memori?
- Ada ke kaedah menguatkan ingatan drpd sifat pelupa?
- Apa kebarangkalian capaian memori itu palsu?

Byk lg nk tanya...
Sekadar menambah info, tq.
Jika x keberatan.
Rabbi zidni 'ilma.


Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2013 09:10 AM | Show all posts
Baik saya akan sampai apa yang saya termampu.

sebenarnya visualization tersebut sangat berbeza dengan mimpi atau berangan seperti yang biasa kita lakukan. Untuk teknik visulization tersebut, keberkesanan nya bergantung kepada sensory yang kamu gunakan, visual, auditori, rasa, bau dan sentuhan. Untuk melakukan teknik visualization ini, kamu perlu berada pada sudut pandangan kamu. bukan sudut pandangan orang ke tiga.

Sebagai contoh, kamu ingin melakukan pembentangan, atau memberi kuliah. Cara visualisasi yang salah ialah kamu membayangkan seperti kamu sedang melihat diri kamu sendiri dari jauh. Sama seperti kamu melihat televisyen.  Cara yang betul, dan yang saya gunakan (saya menggunakannya untuk menghilangkan gementar dan berjaya memenangi naib johan public speaking dulu :-p) kamu perlu bayangkan seolah kamu sedang melakukannya sekarang. seolah-olah di depan kamu ada orang ramai sedang duduk di hadapan kamu dan kamu dapat melihat mereka. (visual). Kamu dapat mendengar suara atau tepukan yang mereka berikan (auditori) dan kamu bayangkan tangan kamu sedang bergerak-gerak/ body language memberi penerangan kepada mereka (deria sentuhan).

Dengan melakukan itu berulang-ulang kali sewaktu saya tiba berada di pentas, saya dapat rasakan ia menjadi seperti sudah biasa saya melakukannya. Kerana seperti yang kita dah ketahui, otak tidak dapat bezakan antara visualisasi dengan pengalaman yang betul. Dan akhirnya membantu kamu untuk menyampaikan ceramah atau pembentangan kamu dengan yakin.

Untuk membantu mengingat atau belajar satu perkara faktor yang sangat sangat sangat mendorong kamu ialah emosi. Sebagai contoh mereka yang kemalangan dan melihat kematian di hadapan mereka, kekuatan emosi itu sangat kuat sehingga menyebabkan mereka trauma dan sentiasa teringat peristiwa itu dengan jelas.

Jadi dah nampak kan? Emosi kamu sangat penting dalam usaha atau perkara yang kamu ingin lakukan. Sebagai contoh, jika dengan melakukan solat-solat sunat, kamu dapat rasakan emosi yang sangat kuat (contohnya rasa sangat tenang/ gembira) ianya akan membantu kamu untuk melakukannya berulang-ulang kali. Seperti yang kamu dah tahu emosi kamu dipengaruhi oleh minda bawah sedar. Dan minda bawah sedar (lebih kurang 95% pengaruhnya ke atas kamu)
akan cakap

"wah nampaknya dia ni seronok buat solat sunat ni. Kena buat banyak kali ni"

Jadi apabila satu perkara yang kamu lakukan dan ianya melibatkan emosi, minda bawah sedar akan bantu kamu dan akhirnya kamu akan dapat melakukan perkara itu berulang-ulang kali (disebabkan emosi seronok, gembira) dan akhirnya ia menjadi tabiat.


Minda bawah sedar adalah satu anugerah tuhan kepada kita dalam bentuk yang sangat kompleks. tahukan kamu? Tugas minda bawah sedar adalah untuk menjaga kesimbangan kamu. Disebabkan itu, bagi yang merokok. (emosi mereka gembira dan seronok apabila merokok bersama rakan-rakan) jadi minda bawah sedar menjadi keliru. (ingat kembali minda bawah sedar berkaitan dengan emosi kamu)

Jadi apabila kamu berada dalam keadaan tertekan, in split second minda bawah sedar kan mengingatkan kamu ( eh rasanya tuan aku ni tengah tertekan, bila tengok balik memori dia, waktu dia hisap rokok adalah waktu yang buat dia rasa gembira) jadi minda bawah sedarlah yang mendorong perokok untuk teruskan merokok disebabkan memori terdahulu dimana kalau dia merokok dia akan gembira. Kerana ingat minda bawah sedar tugasnya untuk menjaga kamu jadi dia akan cari jalan yang terbaik untuk kamu.

Malangnya minda bawah sedar hanya berfikir secara present. Maksudnya ia tidak memikirkan kesan jangka masa panjang. Untuk lebih jelas lagi,

Kamu sedang berada dalam keadaan tertekan

minda sedar - eh merokok ni bahaya nanti macam-macam penyakit kena
Minda bawah sedar - (ingat kembali minda bawah sedar bersifar present) eh ko kan tengah tertekan, cuba ingat balik dulu kalau kau hisap rokok rasa gembira, gelak dengan kawan-kawan.


Dan banyak lagi sebenarnya yang perlu kita pelajari tentang minda bawah sedar. Sehingga menyebabkan saya sedang dalam usaha menulis ebuku tentang ini. Sebagai contoh, tahukah kamu, mengapa ada orang yang setiap kali keluar iphone yang baru dia akan menukarnya kepada yang paling latest? ini kerana dia telah bergantung kepada aspek luaran untuk menjadikan dalamnya gembira. Sedangkan apa yang sepatutnya berlaku kegembiraan perlu datang dari dalam. Dan dari dalam bermaksud minda bawah sedar.

Dan bukti kita mampu untuk mengawal minda bawah sedar, cuba kamu ingat kembali pada waktu kamu mula bercinta, baru berkhawin atau suka kepada seseorang. Pada waktu itu, kamu berada dalam keadaan yang sangat gembira, sangat sihat, dan sangat bersemangat dalam melakukan apa pun. Tetapi setelah bertahun berkhawin.. akan mula timbul rasa bosan. Nak tahu kenapa? tidak mengawal minda bawah sedar dengan baik. Dan dalam ebuku tersebut saya akan terangkan bagaimana untuk menjadikan diri kita mengawal minda bawah sedar dan bukan minda bawah sedar yang mengawal kita seperti contoh perokok tadi.

untuk lebih lanjut boleh update Projek Cahaya di http://www.amirulbinramli.com

Sekali lagi minda bawah sedar bukan perkara ghaib, ia cuma teknik untuk berfikir dengan betul. Allah lebih mengetahui.
Last edited by amirulbinramli on 3-5-2013 09:13 AM

Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2013 11:36 PM | Show all posts
UP!

..antara perkara yg tiada mampu diperincikan..
..oleh akal manusia yg terhad ~
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2013 04:55 PM | Show all posts
pnah join NLP training. mmg menarik. The power of suggestion
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2013 10:00 PM | Show all posts
ussopp posted on 31-8-2012 09:17 AM
ilmu minda nie sy dapati ia adalah sesuatu yg memberi kesan...

ia sudah lama....

boleh beri dalil ilmu Alquran itu merbahaya? saya tak nampak merbahaya pun. semuanya dijelaskan dgn penuh hikmah.

jika seseorang menyatakan dalil ilmu Alquran itu merbahaya, amat merbahaya jika bersangka sedemikian rupa. kerana kita bukan shj mengingkari ketetapan Allah tanpa disedari, malah mengingkari sunnah Rasullullah.

mihon penjelasan kerana saya boleh menjelaskan hal ini jika kamu mahu tahu.
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2013 10:11 PM | Show all posts
NorAddin posted on 31-8-2012 12:28 PM
salam

Nabi s.a.w. bersabda:

saya ingin tahu, ada bukti org yg dimaksudkan nyanyuk sedangkan hakikat Alquran itu sendiri memelihara diri manusia. terdpt kajian yg dilakukan ke atas org2 yg mendengar lagu rock dan bacaan Alquran (rakaman). hasil kajian nyanyian lagu rock ke atas air menunjukkan sturktur air berubah kepada bentuk merosakkan molekul air. manakala bacaan Alquran ke atas air menunjukkan air itu membentuk cahaya kristal.

kita sedia maklum, komposisi badan kita terdiri dari air sebyk 85%. apa akan terjadi kpd org yg mendengar lagu rock berbanding bacaan Alquran. perihal nyanyok itu ketetapan Allah. terdpt hikmah disebalik sesuatu kejadian nyanyuk jika kita memahami maksud makrifatullah. Last edited by AdAkAmA on 21-6-2013 10:23 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-6-2013 10:13 PM | Show all posts
Abangcute posted on 31-8-2012 03:57 PM
Salam. Sekadar kongsi pandangan. Ilmu minda banyak diutarakan Allah di dalam kitab Al-Quran utk umat ...

sila beri dalil yg kamu maksudkan. dalil yg dtg dariNya.
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2013 12:15 AM | Show all posts
Aduh..~

Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2013 07:49 AM | Show all posts
AdAkAmA posted on 21-6-2013 10:11 PM
saya ingin tahu, ada bukti org yg dimaksudkan nyanyuk sedangkan hakikat Alquran itu sendiri memeli ...

salam

waimma .. composisi air yang banyak d'dalam tuboh manusia  ..
selagi 4 element ini ..
  • api
  • air
  • angin
  • tanah
tidak menyembah .. dengan mengantikan
4 element
  • wujud
  • ilmu
  • noor
  • syuhud
selagi itu tidak akan ia bertemu
dengan
  • Se dzat
  • Se sifat
  • Se asmak
  • Se afaal

maka goncangan getaran dan gegaran ..
وَمَا هُوَ بِٱلۡهَزۡلِ
maka tidak akan ia menerima pemulihan dari
هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ
maka tiada akan ia dapat
مَا هُوَ شِفَآءٌ۬ وَرَحۡمَةٌ۬ لِّلۡمُؤۡمِنِينَ‌ۙ

maka perkembangan Aqal itu tidak akan terjadi ..
yang mana sekarang .. sekarang .. sepatut nya
Aqal itu yang kuat yang lebeh faham ..
dengan suntikan ilmu yang tertinggi ..

yang mana fungsi aqal itu
mengetahui akan
  • baik
  • buruk
dengan erti kata mengenal akan aqal itu
  • salah
  • benar

wassalam



Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2013 08:25 AM | Show all posts
NorAddin posted on 22-6-2013 07:49 AM
salam

waimma .. composisi air yang banyak d'dalam tuboh manusia  ..

sila nyatakan bukti org yg membaca Alquran itu nyanyuk? jika ada dalil sila sertakan. org yg nyanyuk selalunya Allah tarik akalnya kerana menyombongkan diri kepada Allah sambil diri diberikan ilmuNya. diterangkan di dalam Alquran perihal ini dalam maksud tersirat. jika tidak keberatan, sila berikan contoh dan dalil.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2025 02:27 AM GMT+8 , Processed in 0.053863 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list