CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: jagosam

Buku baru..Legasi Pejuang

[Copy link]
Post time 3-12-2012 12:38 PM | Show all posts
Saya dah miliki & baca buku nih...serius saya begitu tersentuh dgn perjuangan org islam menuntut keadilan & kebebasan mereka utk agama, bangsa & negara... saya salute karya saudara...insaf saya...mmg benar rata2 umat islam ditindas dgn kejam tnpa sesiapa mahu ambill tau atau dedahkn pnderitaan yg sebenar mereka alami...

Saya harp ada sambungannya...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-12-2012 03:06 PM | Show all posts
sellie003 posted on 3-12-2012 12:38 PM
Saya dah miliki & baca buku nih...serius saya begitu tersentuh dgn perjuangan org islam menuntut kea ...

Salam...sellie003 & miqmal63

Terima kasih kerana boleh menerima karya saya yang tak seberapa ini,

Sebenarnya perjuangan bukan hanya di Palestine tapi di mana-mana ada orang Islam memang getir, jika di negara eropah kita lihat kehidupan orang islam di tindas dan di tekan, tapi perjuangan di timur tengah lebih perit lagi kerana menumpahkan darah dan nyawa....semoga karya kecil ini menyedarkan kita ada tangan-tangan hitam yang sedang mengatur dunia...

sekarang sedang menulis bahagian kedua, terlalu banyak memakan masa dan perlu di tuliskan....ini adalah adventure Muaz untuk mencari siapakah yang menodai dunia...adakah ini angkara NWO (New World Orde)?

sedang parah memerah otak...hehehhe

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-12-2012 10:28 AM | Show all posts
salam...

ini ada sedikit trailer yang di buat oleh seorang peminat (yer ker peminat...hehehe)

http://www.youtube.com/watch?v=WciD66-qmD4

thank to suri Zulaikha.......

Hidup ini sendiri perjuangan,
melawan nafsu dan diri,
terkadang kita tewas.....tapi kita tak pernah rebah....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-12-2012 05:27 PM | Show all posts
salam....

ini adalah sedikit review dari berita kampus....

http://www.beritakampus.usm.my/i ... uang-sampai-selesai
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-12-2012 11:30 AM | Show all posts
komen dari seorang pembaca.....emmm



Legasi Pejuang
Legasi Pejuang
Arman Jazee

ISBN: 9789831248058
Penerbit: Alaf 21 – Grup Buku Karangkraf
Tarikh Terbit: Julai 2012
Halaman: 586
Harga: RM23

~ Rasaku… ~

Syed Kairi pada mulanya hanya seorang penghantar surat. Kerja dan hidupnya mudah sangat tetapi siapa tahu takdir membawanya jauh dari Malaysia. Semuanya bermula pada hari dia ditugaskan menghantar bungkusan ke sebuah bank. Dia terperangkap dalam satu rompakan bank. Lebih mengejutkan dia dijadikan tebusan oleh ketua perompak itu dan dilarikan ke luar negara. Dan saat itu semuanya berubah.

Dia diberi nama baru – Muaz. Lelaki pejuang anti-Zionis, pembela mereka yang lemah. Dilatih oleh ketua perompak itu sendiri; Sheikh Mahdi untuk menjadi seorang pejuang agama Islam di bawah nama Gerakan Hihad Ulislam. Muaz diangkat daripada seorang yang tidak tahu apa-apa kepada pejuang yang terunggul di bawah pimpinan Sheikh Mahdi. Dari perang saudara di Somalia, konflik di Bosnia hinggalah kepada peristiwa kebangkitan rakyat Palestin menentang kezaliman rejim Zionis, Muaz merupakan antara orang terpenting! Kerana kehebatannya dia menjadi individu paling dikehendaki oleh agensi perisikan Israel, Mossad dan CIA.

Di sebalik aksi-aksi pertempuran dan perjuangan, nyata penulis tak lupa pada Muaz yang biasa-biasa itu. Penulis membawa kita mengenal Maria; gadis yang dibantu Muaz di Bosnia. Eh, ada kisah cinta juga yang terselit! *wink*

Begitu juga dengan kehadiran si pakar senjata api - Khalib Razim; rakan seperjuangan Muaz. Khalib yang kepala angin dan pemarah orangnya. Khalib yang buat aku rasa nak ketuk-ketuk je dia ni sebab rasa dengkinya pada Muaz tetapi bila di akhirnya aku sangat-sangat mengagumi Khalib. Dia yang tercedera kerana serangan tentera Serbia, sanggup mengorbankan dirinya agar Muaz dan 2 orang Ahli Kongres Bosnia dapat lepaskan diri. Ya Allah! Ini sahabat yang kita cari!

Aku suka isi cerita novel ini. Mengangkat seorang insan biasa menjadi luar biasa. Bayangkan saja kita sendiri yang suka memperlekehkan mereka di bawah kita dan bila masa berlalu lihat saja. Si dia yang diperlekehkan, si dia yang tiada apa-apa itu akhirnya menjadi seorang pejuang kebenaran yang terhebat. Masa hadapan bukan di tangan kita. Jangan mudah bangga dengan apa yang kita miliki. Saat Ilahi mahu menariknya, nah! Terduduk kita kan?

Dan aku juga suka bila isu keberanian menjadi pejuang yang dititipkan. Apakah kerana rasa kemanusiaan, tanggungjawab atau pun ianya sebenarnya kewajipan kita sebagai orang Islam?

Tetapi sedikit mengecewakan apabila berlaku kesalahan ejaan dan tatabahasa. Satu atau dua rasanya tak mengapa tetapi bila berlaku hampir setiap halaman, ianya buat aku rasa... alahai! Kelihatannya Alaf 21 bagai sudah tidak menitikberatkan hal ini. Jika dulu, payah nak jumpa masalah ejaan ini, tetapi sekarang novel-novel terbitan mereka bagai ada yang terlepas pandang [?].

Aku nantikan kesinambungan novel ini. Sebab rasanya tak mudah kan Muaz 'pergi' begitu saja. Kan? ;))
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-4-2013 06:18 PM | Show all posts
salam....nantikan part 2 legasi pejuang..kini dalam editing akhir....part 2 ini lebih banyak pertempuran, lebih suspen dan Muaz tidak segagah dahulu, semua kekuatan dan kebolehannya telah hilang...tetapi dia telah mendapat sesuatu yang baru, part 2 ini lebih realistik dan sedikit demi sedikit akan tersingkap agenda sebenarnya......
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-4-2013 10:16 PM | Show all posts
jagosam posted on 1-4-2013 06:18 PM
salam....nantikan part 2 legasi pejuang..kini dalam editing akhir....part 2 ini lebih banyak pertemp ...

Adakh kerana kesan tembk di kepala?

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-4-2013 08:53 AM | Show all posts
yup....tembakan itu meragut segalanya, tetapi kuasa ALLAH lebih hebat perancangannya, kerana satu pertempuran hebat dia telah mendapat kembali apa yg dia hilang...tetapi kebolehnya tidak sehebat dahulu dan kesan tembakan itu akan menjadi beban sepanjang hayatnya..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-4-2013 09:45 AM | Show all posts
ini adalah sample sedutan dari novel aksi sambungan Legasi Pejuang 2....enjoy




Bab 19: Tersingkap sejarah lama



Beberapa ketika sebelum itu…..

        Katrinee terus kembali ke bilik dan menukar pakaian tidurnya pada pakaian yang ia pakai semasa datang ke situ, selepas itu dengan bergegas dia terus keluar dari rumah Master Suzuka dan berjalan ke arah tempat yang di tunjukkan oleh wanita tua sebelum ini, Katrinee terus berjalan mengikut panduan yang di berikan oleh Inomiya.
“Wah..!pemandangan dari dekat lebih menarik dari jauh” ujar Katrinee dengan wajah yang penuh kekaguman.
Selepas mendaki bukit yang agak tinggi itu, Katrinee terus memaku pandangannya pada puncak bukit dan air terjun yang cukup mengujakan.
“Ahhh..! cantiknya tempat ini, aku tak pernah tengok tempat yang secantik dan mendamaikan seperti ini” kata Katrinee dalam hatinya.
Tiba-tiba dia terpandang di bawah berhampiran dengan air terjun itu kelihatan seorang lelaki sedang giat bersilat seorang diri, dari jauh Katrinee terus memerhatikan lelaki itu berlatih dan dia berasa sangat takjub dengan kepantasan dan kekuatan lelaki itu.
Sambil berlinangan dengan air mata diapun berkata ‘Tak salah lagi itu adalah Muaz! Aku..aku tak tahu bagaimana dia masih hidup lagi tetapi aku yakin di depan aku itu adalah Muaz, dari gerak tubuhnya apabila dia bersilat itu aku tahu dia adalah lelaki itu’ ujar Katrinee menangis dalam kegembiraan.
‘Aku mesti pergike sana dan bertemu dengan dia, aku mahu tahu bagaimana dia masih boleh hidupdan kenapa dia ada di Jepun ini’ getus Katrinee sambil bergerak dengan pantaspergi ke arah air terjun itu.
Katrinee bergerakdengan pantas menuju ke arah Kuromoto sambil dia berjalan otaknya terus memikirkanbagaimana lelaki itu boleh ada di sini dan bukankah lelaki itu telah mati keranadia sendiri melihat Muaz di tembak dan jatuh dari jambatan yang tinggi itu.
‘Mustahil diaboleh hidup lagi atau adakah apa yang aku nampak ini adalah ilusi akusemata-mata?’

Kuromotoyang sedang giat berlatih seni bela dirinya yang di pelajari dari Master Suzukaitu tiba-tiba merasakan sesuatu.
‘Ahh! Ada orangyang datang ke sini dan aku dapat rasakan bukannya Master atau Ibu’
Dengan segeradia terus terjun ke dalam kolam air terjun itu dan menyelam, Katrinee yang barusampai ke tempat Kuromoto berlatih tadi amat terkejut kerana tiba-tiba sahajalelaki yang dia lihat sebelum itu tiba-tiba boleh lesap begitu sahaja.
‘Ehhh… dia manadia bukankah tadi dia ada di sini?’ ujar Katrinee sambil matanya melilaumemandang ke serata tempat.
Dengan tiba-tibadia terperasan ada seseorang berdiri di belakangnya dan dengan sepontan diaberputar ke belakang tetapi dia tidak melihat sesiapapun.
“Apa yang kaubuat di sini? bukankah kau belum sihat lagi?”
Tiba-tiba Katrinee mendengar satu suara di tepinya dan dia agak terkejutmendengar suara itu. Dengan pantas Katrinee terus berpaling ke arah suaraberkenaan dan dia mendapati Kuromoto sedang berdiri begitu hampir dengannyaterlalu hampir. Serentak dengan itu jantung Katrinee........... Last edited by jagosam on 2-4-2013 09:47 AM

Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2013 09:52 AM | Show all posts
jagosam posted on 2-4-2013 08:53 AM
yup....tembakan itu meragut segalanya, tetapi kuasa ALLAH lebih hebat perancangannya, kerana satu pe ...

Sian Muaz....tp perjuangan dia tetap takkn mati...go Muaz....

Bila dah ada dipasarn kabo cepat ya....TQ....

Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2013 10:07 AM | Show all posts
Tahniah tt! Yes, go go Muaz


ps: suka nama muaz. Dulu nak letak nama anak Muaz tp x jadi sbb masa tu ramai bebenor bubuh nama Muaz.
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2013 12:02 PM | Show all posts
jagosam posted on 2-4-2013 09:45 AM
ini adalah sample sedutan dari novel aksi sambungan Legasi Pejuang 2....enjoy

X sabarnya nak baca.......
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2013 12:02 PM | Show all posts
ladyFinger12 posted on 2-4-2013 10:07 AM
Tahniah tt! Yes, go go Muaz

Ko x letak nama ank ko muiz ke lady...? ahaks...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-4-2013 01:58 PM | Show all posts
Muiz tak per jangan Quiz...heheh...nama yang hebat untuk orang yang hebat sellie...
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2013 02:17 PM | Show all posts
jagosam posted on 2-4-2013 01:58 PM
Muiz tak per jangan Quiz...heheh...nama yang hebat untuk orang yang hebat sellie...

Ahaks...Muiz tuh nama watk dlm citer pertama saya...sja usik lady...sbb dia selalu kenakan saya...

Betul tuh...lgpon Muaz tuh bukn nama sebenar kan...hanya gelaran nama Muaz dah melekat tika jd pejuang...agak2 katherine tahu ke tak asal usul Muaz nih...?

Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2013 03:04 PM | Show all posts
sellie003 posted on 2-4-2013 02:17 PM
Ahaks...Muiz tuh nama watk dlm citer pertama saya...sja usik lady...sbb dia selalu kenakan saya... ...

Ohhh.... edisi membalas dendam lah ni ye?



lady dah tak de anak nak boh muiz. hehe...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-4-2013 03:07 PM | Show all posts
ladyFinger12 posted on 2-4-2013 03:04 PM
Ohhh.... edisi membalas dendam lah ni ye?

Miahahahah...balas dendam dlm erti kata menjalin ukhwah...camtu ada gak ke?...

Mana tau nk tambh lg....ahaks...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-4-2013 08:30 PM | Show all posts
Sellie..

emmm..nama Muiz tu cun jugak..heheh..
No..nobody know siapa Muaz yang sebenarnya kecuali 2 orang sahaja iaitu Sheikh Mahdi...tetapi malangnya dia terbunuh semasa serangan CIA di kem latihannya dan seorang lagi.....jeng,jeng,jeng...unexpected person...
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2013 11:20 AM | Show all posts
jagosam posted on 2-4-2013 08:30 PM
Sellie..

emmm..nama Muiz tu cun jugak..heheh..

Sapa agaknya ya?...maknanya...katherine pom sampai bila2 x tau sapa muaz sebenar....

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-4-2013 02:57 PM | Show all posts
hahaha...kena tunggu part 3 the final series...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 04:03 AM GMT+8 , Processed in 0.313010 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list