|
|
[Tempatan]
LHDN sila check pendapatan PENGEMIS sbyk RM12,000 sebulan..!
[Copy link]
|
|
|
|
kalau sihat walafiat tapi masih nak anggap mengemis sebagai perkerjaan tu dah dikira menipu. Even org yg kurang upaya pun masih ada ruang untuk mereka berkerja. Memang la mengemis perlu ketahanan mental dah fizikal, tahan malu, tahan panas, kena maintain muka sedih supaya org kesian tapi itu semua dah masuk ketegori menipu untuk kesenangan. Apa pun tepuk dada tanya selera, aku mmg x pernah bagi kat pengemis2 jalanan ni, tiap2 bulan aku bayar zakat melalui potongan gaji. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
kat taman perumahan aku ni slalu gak dikunjungi pengemis2 .. biasenya makcik-makcik tua la dgn pompuan warga asing..mcm org bangla/rohingya .. 'cari rezeki,cari rezeki' katanya...aku paling benci bagi ucapan cari rezeki tu..nak cari rezeki, keje la..yg aku respek,ade sorang pakcik tua 70an kat area kampung aku gak gigih selongkar tong sampah bandaran & jalan kaki rumah ke rumah bawak kete sorong utk ambik bahan2 terbuang kitar semula...jenis mcm ni aku sendiri akan cari dia untuk menderma...bukan mcm jenis yg pertama tadi.... |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
aku selalu tak sampai ati tengok pengemis yang bawak anak... |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
sikap org melayu "biarlah", itu "rezeki dia" tu yg buat penuh pasar mlm, bazar ramadan dgn penipu2 ni...tambah plak dgn penguatkuasaan yg longgar....visa dah tamat pn bleh dok msia dan 'kerja' menipu org lg. Tambah2 yg sindiket yg mungkin kita tatau potong kaki/tgn pengemis @ culik budak2 kecik utk dijadikan umpan supaya org simpati dan bagi sedekah...Who knows... Kita plak sbb kesian tolong plak sindiket ni menculik budak2 atau potong tgn/kaki org dgn bg galakan berupa hasil derma yg lumayan tiap2 ramadan...and the cycle contd sbb kesian dan sbb mharap gnajaran pahala. Bg aku baik derma kt masjid, asrama anak yatim, majlis agama ...sekurang2nya kita tau kemana duit tu di belanjakn.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
paling benci kalau ada sesetengah pengemis tu sengaja letak baby dan budak kecik tepi pasaraya....
kena panas...kotor,baby tu golek2 tanpa alas.. baby tu tak merangkak lagi.. 
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Kejadian petang semalam di federal highway, traffic light exit kelana jaya. Seorang perempuan tua mengetuk cermin setiap kereta yang berhenti di lampu merah. Rupa macam bukan orang local.
Malaysia dah jadi negara pengemis kah?
 |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
kalu pemurah sangat hati tu, bagi je la derma banyak2 time terawih kat masjid kan selalu ada orang kutip. lagi bagus bg kat dorang ni, sbb kita dah yakin duit tu nanti dorang akn bg kat anak yatim atau fakir miskain atau nak baiki jalan masjid tu haa.. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Radzor posted on 29-7-2012 10:34 AM 
Last edited by Radzor on 29-7-2012 01:55 PM \n\n
jika masih ada pengemis melayu/islam (jalan tep ...
tak perlu pengemis nak merayu2 ke pusat zakat or JKm..patutnya mmg tanggungjawab baitulmal dan JKM mencari org yang layak menerima bantuan/zakat..masalahnya bila org yang sepatutnya bertanggungjawab mencari penerima zakat/bantuan nie suka duduk opis melayan forum/FB berbanding bergerak ke luar..ditambah lagi dgn title pegawai dan berkerusi empuk di bulan ramadhan, ko ingat diorang nak keluar ker?keluar pun nak balik umah utk tido....
kalo hal2 yang ada publisiti, barulah diorang nie bergerak..
tapi tak dinafikan ada sesetgh insan masih lagi bertanggungjawab menyampaikan amanat yang di bebankan kepadanya....
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
mokcik kayo..tp mmg diakui la..rakyat malaysia sume x kedekut..paling busuk pon singgit la.. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
x penah aku kasi derma kat pengemis2 ni...bawak laa anak cacat ka,baby umo 2 bulan ka,kaki tempang ka..lsg x terbuka hati nak derma..derma kat tabung masjid lg bagus..kejam x aku?  |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
aku rimas nak makan akt kampung baru sbb tiap kali makan, tiga empat kali pengemis yg sama masuk ke kedai tempat aku makan.
aiseh,potong stim betol.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
pasni menderma dalam surau or mesejid jaaa |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
sadokah anda lebih afdol kepada pokcik chin yg mesekin ni yg nk hutang sapoloh ringgit utk beli beras pun jenuh tebai muka dan jugak kak ji ibu tunggal anak 6.
http://www.moniermatdin.blogspot ... a-orang-miskin.html
Tazkirah Ramadhan: Cerita Orang Miskin
Petang tadi Ustaz Khalid, jiran saya mai rumah. Dia jemput saya bagi tazkirah selepas solat terawikh kat surau untuk satu malam sebelum berakhirnya ramadhan ini. Saya kata, segan la Ustaz, saya bukan seorang Ustaz. Tazkirah-tazkirah macam ni sesuai untuk Ustaz-Ustaz saja, bukannya orang awam macam saya yang tak reti apa-apa ini.
Ustaz Khalid kata:
“Tat pa aih Monier, Monier cerita aja lah kat depa bab-bab orang miskin yang selalu Monier tulis dlm blog Monier itu. Kongsi dengan depa erti di sebalik ramadhan dan pengajarannya agar menjadi iktibar supaya kita semua sama-sama mengambil berat saudara saudara seagama kita yang hidup susah, miskin dan melarat di merata tempat itu. Moga-moga ada kesedaran untuk depa-depa yang dengar tazkirah Monier itu nanti”
Sembang pi sembang mai, malam tadi bila pi Terawikh, tengok terpampang besar nama saya naik kat White Board di Surau tu – Tazkirah oleh Monier Matdin (tak ada title Ustaz kat depan nama saya itu, biasanya ustaz-ustaz saja yg bagi tazkirah, ini yg jadi gemuruh ini).
On the way balik Terawikh tadi, berlegar-legar di padang pemikiran saya, Tazkirah apalah yang aku nak bagi kat depa-depa tu nanti.
Setakat ini, dalam banyak-banyak kisah Jln-Jln Masuk Kg yang saya harungi, ada dua kisah dalam bulan Ramadhan kali ini yang amat berbekas di hati.
Awal bulan Ramadhan baru ni, saya dipertemukan dengan kisah Pak Chin, seorang penoreh getah pokok orang di Baling Kedah.
Keluarga Pak Chin, isteri dan dua orang anaknya itu asalnya tak ada masalah sangat, susah – biasalah susah macam keluarga kuli getah yang lain – menoreh pokok orang kebun getah kecik kecik, hasilnya dibahagi dua. Dapat RM200 ke RM300 sebulan sudah jadi perkara biasa.
Semuanya bermula bila mana sebelah mata Pak Chin jadi kelam. Pada mulanya Pak Chin tidak kisah sangat, Tuhan bagi Dua mata – sebelah kelam, sebelah lagi boleh guna. Dalam keadaan sebelah nampak itulah Pak Chin yg sudah berusia 61 tahun itu; demi rezeki anak-anak dan isteri di rumah, terus memanjat bukit dan tebing menoreh getah.
Lama-lama, macam juga kita sakit gigi geraham bawah, mungkin disebabkan system saraf, maka gigi atas juga sakit. Macam itu juga dengan Pak Chin, daripada sebelah mata, kini yang sebelah lagi dah mula jadi samar.
Bila dah tak boleh menoreh, terputuslah rezeki anak isteri di rumah. Harapkan isteri, tunggakan hutang sakit jantung dirawat separuh jalan dengan Penang General Hospital pun masih belum berbayar. Mula-mula saya ingat isterinya kurus kedengkiang sebab tak cukup zat makanan, rupa-rupanya ada sakit jantung yg berpanjangan.
Hari itu, Dua Hari keluarga Pak Chin tak ada benda nak makan (maksudnya makanan harian yg sempurna, Nasi lauk dan sebagainya) kerana Pak Chin benar-benar keputusan wang. Anak-anaknya merengek kelaparan sampaikan tak mampu pi sekolah sebab lapaq perut tak makan!!
Pak Chin bukan jenis yang suka meminta-minta, namun akhirnya beliau mengalah juga pada keadaan, Pak Chin tebalkan mukanya pi pinjam RM10 dari kawan. Dengan duit itu pak Chin beli beras 2 kilo (RM1.90 sekilo) dan sedikit ikan.
Masih terngiang-ngiang di telinga saya bila Pak Chin kata:
“Hari tu saya makan NASIK sedap sungguh!!”
(Awat tak sedapnya – dah dua hari tak makan)
Pak Chin makan nasi berlaukkan GARAM dan anak-anaknya makan lauk ikan.
Bila teringat cerita Pak Chin ini, saya teringat kisah Kak Ji, seorang Ibu Tunggal anak 6 yang saya temui waktu Program Jalan-Jalan Masuk Kg di Terengganu pada 28hb Julai baru-baru ini.
Bulan posa ini Kak Ji ambil upah siang ikan buat kopok, dapatlah lebih kurang 60 sen sekilo. Kalau nak beli beras 10kg yg harga RM25 tu, Kak Ji kena siang ikan lebih kurang 40 kilo (isi ikan, tulang tak kira). Macam itulah teruknya Kak Ji nak survive untuk cari makan minum anak-anaknya.
Kalau di luar bulan puasa, bolehlah Kak Ji menumpang rezeki dapat beberapa ringgit sehari pi kerja di kantin berdekatan.
Waktu kami singgah di rumah Kak Ji hari tu sudah pun hari ke-7 puasa. Kak Ji cakap, masuk hari ke-7 ini, bekalan makanan yg dia persiapkan untuk anak-anaknya di awal puasa hari tu, tinggal cukup-cukup ja, tak tau nak cari mana lagi. Bila tengok timbunan beras dan bekalan makanan yang bertimbun-timbun yang kawan-kawan kami bawa di bawah ini, Kak Ji melahirkan rasa syukur yang tidak terhingga.
Tak habis-habis Kak Ji ucapkan terima kasih kat kami semua.
Bila saya tanya, selama bulan puasa ini sahur dan juadah buka puasa macam mana. Kak Ji cakap, dia dan anak-anaknya makan apa yang ada saja. Biasanya, hari-hari Kak Ji masak nasi goreng untuk anak-anaknya, lauk pula kalau ada lebihan ikan-ikan kopok yg disiang itu, dengan ihsan tauke kopok, dapat lah juga anak-anaknya makan nasi berlauk ikan, kalau tidak makan nasi goreng kosong saja lah.
Ada 2 cerita yang Kak Ji khabar kat kami yang buatkan saya termenung sendiri.
1. Setakat 7 hari puasa ini, makanan yang paling best sekali bila adik (atau adik ipar – lupa) beliau datang rumah nak buka puasa di rumahnya, bawa beberapa ekor ayam. Kak Ji kata, hari tu dia masak NASIK AYAM the best yang dia tahu. Kak Ji kata hari itu adalah makanan buka puasa yang paling SEDAP yang pernah beliau dan anak-anaknya MAKAN!!.
Bagi sesetengah kita, kalau orang rumah atau pun suami pulang dari Bazar Ramadhan beli Nasi Ayam, silap-silap boleh tarik muka masam. Apa ra mak/ayah hang ini, buka puasa makan nasi ayam saja, tak ada taste langsung. Tapi bagi Kak Ji dan anak-anaknya, Nasik Ayam adalah makanan buka puasa yang paling best untuk mereka sekeluarga tahun ini.
2. Bila saya tanya pasal bazar ramadhan, kot-kotlah anaknya minta dia beli special kuih ker apa; Kak Ji cakap anak-anaknya jenis tak pandai meminta. Apa yang ada itulah yang mereka makan. Kak Ji cakap, selama puasa ini, Kak Ji dan anak-anaknya TAK PERNAH SEKALI PUN pi beli makanan di Bazar Ramadhan.
Pasal apa? – duit yang dia ada cukup-cukup untuk beli brg2 dimasak dimakan bersama-sama satu keluarga. She cannot afford to go to the Bazar Ramadhan.
Kemiskinan yang mencengkam menyebabkan Kak Ji tak mampu ke Bazar Ramadhan!!
(Sedangkan kita dan diri yang menulis ini, kalau satu hari tak pergi TAWAF di Bazar Ramadhan rasa macam tak sempurna puasa kita hari itu)
Maka itu tuan-tuan dan puan-puan yang budiman, di kala kita semua sedang sibuk bertawaf di Bazar Ramadhan di tempat masing-masing memilih juadah yang berbagai rasa dan harga ini; ingatlah di dua penjuru dunia sana, satu di Baling Kedah dan satu lagi di Kemaman Terengganu, ada keluarga yang tak mampu menikmati kesemua itu.
Bagi mereka ini semua adalah luxury atau pun barang mewah seperti mana peluang melancong dan membeli belah di Kota Paris untuk sesetengah daripada kita. Maka itu, kiranya ada rezeki lebih, hulur-hulurkanlah kepada insan-insan seperti mereka yang banyak terdapat di sekeliling kita.
Ikhlaskan diri, bukakan mata, insyaallah tuan/puan akan temui insan-insan yang sebegini. Orang alim kata, tidak ada sedekah yang paling tinggi nilainya kecuali sedekah di bulan puasa, maka mailah kita sama-sama bersedekah sementara saki baki bulan puasa ini masih ada. Tahun depan bulan puasa mungkin masih ada, tapi kita sendiri belum tentu ada!!
Sekian moga ada manafaatnya tazkirah ramadhan daripada seorang bukan Ustaz seperti saya ini.
Mudah-mudahan kita semua akan beroleh takwa bila berakhirnya ramadhan nanti.
Wassalam,
[email protected]
29.7.12
http://www.moniermatdin.blogspot.com/
http://www.facebook.com/wargakilang |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
bagi aku kalau kita rajin bebenor bagi duit kat pengemis ni, kita akan menggalakkan lagi aktiviti mengemis.. lagi menggalakkan sindiket2..
yang lagi haru, menggalakkan penculikan kanak2 utk mengemis oleh sindiket2..
ramai antara mereka masih sihat dan mampu untuk bekerja. jadik mengapa perlu bagi duit pada mereka free free aja?
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
aku da lame xderma kat pengemis mcm nih....
bkn xikhlas... tp aku xnak pendatang msk mesia mengemis... smakin lama makin menjadi...
kat bazar ramadhan tpt aku je.. xkurang 3 org... |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
hmm..aku xterfikir pn yang dorang ni kebanyakan nye penipu..kalau ade duit lebih,aku bg la singgit.klw xde sangat,korek la duit syiling.time ade duit,xbagi pulak haha..hmm xpela lepas ni aku akan lebih berjaga2...betul cakap korang..baik bagi kat tempat yang sepatutnye mcm surau,masjid, |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
aku cepat kesian kalo tgk yg xde kaki or tgn..badan separuh tu..ish2 |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
bagi yang memang nak derma tu derma saja ke tabung masjid atau badan2 berkenaan. dari anda memberi derma kepada penipu. anda pergi bazar naik motor cabuk penipu ke bazar naik teksi. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
sekarang ni kan dah ada pulak pengemis2 yang mengemis di tengah2 jalan raya time traffic light merah. lalu tetengah jalan time kete stop. siap bertudung labuh, berkupiah bagai. muka memang bukan warga tempatan la. dolu2 aku tak pernah jumpa lak. sekarang dah bersepah2. sebab apa? sebab dorang tau rakyat malaysia pemurah... hulur je tangan mintak derma.. sure koman2 seinggit dua orang bagi jugak. makin lama makin ramai pengemis2 import ni masuk malaysia.
kadang aku jadi konfius and kesian ngan budak2 yang mintak derma untuk pembinaan maahad ka.. sekolah pondok ka.. ada yang betul... and tak kurang jugak ada yang menipu. tapi bila dah ramai sangat dok mengemis n menipu... mereka yang benar2 jujur mintak sedekah pulak yang kurang dapat sedekah.
len kali.. klau jumpa pengemis2 camni.. cuba jangan bagi duit. bagi dia makanan.. tak bole ke.. hangkut dia pi blanje makan. ckupla utk sehari tu. tak payah nak mengemis lagi.. kata.. mengemis utk dapatkan sesuap nasi. dah org bagi nasi sebungkus tu.. ckupla.. balik. ini tak.. nak menabung sampai beribu2 la pulak... itu dah menipu namanye |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
kaya la.... nsb ader yg prihatin,,, terbongkar jgk penipuan die nie...
tp ape peranan kerajaan tuk membantras gejala2 burok mcm nie?
mencemarkan negara jah.... |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|