|
dalam gambar ada bintang...dalam bintang ada senyum...hahahha.... |
|
|
|
|
|
|
|
ala weiii cik nicki bebeh.... awat secoit sajok sambungnye... dah ler faiz ngan lea selisih ...
asyriqa Post at 13-4-2012 16:20
Kaka Asy, ada terasa macam nak bercekak pinggang macam Cik Yam tak? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 60# qislea
Betullah tu.. esok-esok jumpalah... Tak pun minggu depan je... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 61# Adilla
Kalau senyum biar manis.. betul tak Kak Dilla? |
|
|
|
|
|
|
|
TT, nak lagi? terbayang kalo buat pilem sape retis yg mainkan watak ) |
|
|
|
|
|
|
|
hah cik kucim meow... tadi duk merayap kat umah sinun nun... apa lagi meowww wehhh sambung ler cepat... dah ramai yg bertunggu tangga sini plak nehh... |
|
|
|
|
|
|
|
cik kucin....bila nak sambung????? |
|
|
|
|
|
|
|
Nicki mana lg takkan byk ni jer... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 68# bukulali
Coming.... |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Nicki_Meow at 11-5-2012 21:42
Part 2 - Episode 9
Loceng pintu kedai berbunyi, menandakan ada pelanggan datang. Lea segera ke pintu, menekan butang di tepi pintu yang mengawal kunci automatik. Pelanggan disambut dengan senyuman. Itu perkara pertama paling penting. Perlu murah dengan senyuman, baru murah rezeki.
Cantiknya. Tapi, macam pernah nampak…
“Hi.. ” Lea menyapa. Senyuman masih terhias di bibirnya.
Wanita itu turut tersenyum manis. Melangkah masuk ke dalam kedai “ Hi..Saya… saja nak survey pakej pengantin..” Lambat-lambat dia menjawab.
“Cik datang seorang saja ke?”
“Tunang saya ada kat luar” Lea mengangguk.
“Nama cik siapa ya?”
“Suraya…”
“Oh, okay. Saya Adalea. Panggil Lea je… Majlis Cik Suraya bila ya?”
“Lambat lagi, bulan 12. Tapi itulah kan, sajalah nak survey-survey dulu, tengok mana yang sesuai” Suraya mula ramah. Lea hanya tersenyum.
“Duduk dululah Cik Suraya. Saya boleh terangkan pakej-pakej pengantin yang kami ada”
“Tapi, saya tunggu tunang saya. Dia tak jumpa parking…”
“ Cik Suraya nak minum apa-apa ke? Sementara menunggu ni..”
“Boleh juga” Lea tersenyum mengangguk. Dia kemudian berlalu ke belakang untuk mengambil minuman. Pesan Kak Mona, jangan kedekut dengan pelanggan. Setakat teh, kopi, jus buah.. apa salahnya. Segelas jus oren di bawa ke depan, untuk bakal pelanggan. Mana tahu ada rezeki.
Ada seorang lelaki duduk disamping Suraya. Kelihatan sangat secocok sekali. Sesekali kelihatan mereka berdua ketawa. “Tunang dia lah tu…” Lea berfikir
“Cik Suraya” Lea meletakkan segelas jus oren di atas meja.
“Lea.. ini Shafiq, tunang saya” Lelaki itu mengangkat muka. “Shafiq?” Lea berkata perlahan.
Shafiq menghulurkan tangan. Lea agak gugup namun salamya tetap di sambut.
“Hi, Lea..” Lea senyum.
“Saya ambil air lagi kat belakang” Lea berkata. Lebih kepada untuk menutup rasa terkejut.
“Eh tak apa… tak payah” Shafiq membalas. Lea menarik nafas panjang.
“Err.. duduklah Encik Shafiq” Entah kenapa Lea terasa seperti hendak ketawa. Tak pernah pula dia terfikir akan berencik dengan Shafiq…
Hampir setengah jam juga mereka berbincang. Sudah agak lama juga Lea menguruskan butik pengantin ini, jadi dia tahu apa kehendak pelanggan. Lea menerangkan semua pakej yang ada di Butik Seri Mawar, daripada yang paling murah hingga ke paling mahal.
Alamak..janganlah kau tengok aku macam tu. Sedaya upaya Lea mengelakkan pandangan mata Shafiq.
“Sayang, I rasa I suka pakej ni” Suraya menunjukkan satu pakej pengantin yang bertulis Garden Wedding Package.
“Up to you” Shafiq membalas pendek.
“Lea, I rasa I berkenanlah dengan pakej yang ni. Tapi nanti baru I confirm boleh? I kena bincang dulu”
“Boleh..no problem” Lea tersenyum lagi.
“Thanks Lea, we shall keep in touch ya…” Suraya bersuara. Shafiq di sebelahnya hanya mendiamkan diri.
“Ini kad saya. Kalau ada apa-apa, Cik Suraya call ajalah” Kelihatan Shafiq seperti menarik nafas panjang.
“Thanks Lea” Dan pasangan itu pun berlalu. Lea hanya memerhatikan langkah mereka. Tiba-tiba, Lea terperasan Shafiq menoleh ke arahnya sambil tersenyum…
***************************************************************************************
Shafiq mengelamun. Ingatannya terbang pada kenangan lama, kenangan dia dan Lea suatu ketika dulu. Lea bukanlah gadis tercantik yang ada di kolej pada waktu itu, tapi gadis itu yang berjaya mencuri hatinya. Sifat Lea yang suka berterus-terang, degil dan keras kepala membuatkan mereka selalu bergaduh. Tapi lama kelamaan timbul rasa sayang. Jenuh juga dia berusaha untuk mengambil hati Lea.
“Lea”
Lea menoleh.
“I nak jawapan” Shafiq berkata.
“I cakap I tak tahu. You jangan paksa I boleh tak?” Lea mula meradang.
“I nak jawapan sekarang”
Lea memutarkan biji matanya ke atas. Malas nak layan, dia melangkah pergi.
“Lea… I LOVE YOU” Shafiq menjerit. Lea berpusing.
“You jangan buat gilalah kat sini. Orang ramai ni” Lea berkata, mukanya terasa tebal. Ramai orang telah memandang-mandang mereka.
“I don’t care. Lantaklah. Selagi you tak cakap yang you pun sayangkan I, selagi tu I menjerit” Kata Shafiq lagi.
Lea mula melangkah lagi, hendak meninggalkan tempat itu.
“ADALEA. I LOVE YOU. I LOVE YOU. I LOVE YOU” Jerit Shafiq sekuat-kuat hati.
“Shafiq. You ingat ni filem Hindustan ke? Please lah” Lea tak jadi pergi. Mukanya merah menahan malu.
“Cakap you sayang I” Ugut Shafiq.
“Tak nak”
“Kalau tak I menjerit lagi”
“Eeee… Aku tampar juga karang”
“Tamparlah” Shafiq hanya tersengih mendengar ugutan Lea.
“I LOV” Jeritan Shafiq terputus apabila Lea menutup mulutnya.
“Sayang, kenapa you senyum sorang-sorang ni?” Pertanyaan Suraya menyebabkan lamunan Shafiq terhenti.
“Tak ada apa” Shafiq menjawab. Dia yang sedang memandu, kembali menumpukan perhatian kepada jalan raya.
Dalam diam dia mengeluh. Banyak-banyak butik pengantin, kenapalah butik ini yang Suraya berkenan.
“Sayang, bagi I phone number Butik Seri Mawar tu” Pinta Shafiq.
“Why?’
“Just in case” Shafiq berkata.
“Nah” Kad perniagaan Butik Seri Mawar bertukar tangan.
“Thanks” Shafiq tersenyum.
************************************************************************************
Lea duduk di mejanya sambil menopang dagu. Tak disangka, setelah hampir enam tahun, dia berjumpa kembali dengan Shafiq.
Eloklah tu.. Nak kahwin dah pun…
Aku? Lea menarik nafas.
“Mana kau pergi?” Lea bertanya, seolah-olah orang yang ditanya itu ada di depannya ketika ini. Entah kenapa dia berbuat begitu, dia pun tak tahu. Jam sudah menunjukkan pukul empat petang.
Sudah-sudahlah Lea oi… Banyak lagi kerja nak buat.
“Kak Midah, barang-barang untuk Wedding Fair esok dah ready ke?” Lea memanggil Kak Midah di belakang, sedang sibuk memasukkan beberapa risalah ke dalam kotak.
“Dah.. tinggal baju je nak kena pilih” Lea mengangguk.
“Baju biar saya pilihlah” Kak Midah hanya mengangguk. Lea kemudian berlalu untuk mengemaskan barang-barang yang akan di bawa ke pameran pengantin selama tiga hari bermula esok. |
|
|
|
|
|
|
|
Alah nicki ciputnya |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Nicki_Meow at 19-4-2012 22:47
Part 2 - Episode 10
Hari minggu, bertali arus manusia yang membanjiri pusat membeli belah Midvalley ini. Lea hanya memerhatikan orang ramai yang datang dan pergi. Hari ini adalah hari terakhir berlangsungnya pameran perkahwinan. Butik Pengantin Seri Mawar juga adalah salah satu butik yang mengambil bahagian dalam acara ini..
Boring pulak duduk sini. Lea termangu-mangu.
“Kak Mon, Lea pergi hall sebelah sekejap” Kata Lea kepada Mona. Mona adalah kakak iparnya, isteri kepada abangnya yang sulung.
“Kak Mon…” Panggil Lea lagi, pelik melihat Kak Mona tidak menjawab panggilannya.
“Kak Mon…eh, bergayut rupanya” Baru Lea perasan yang Kak Mona sedang berbual di telefon. Dia mencuit sikit bahu Mona, lalu memberi isyarat yang dia hendak ke dewan sebelah. Mona hanya mengangguk.
Matta Fair 2011.. Cantik. Aku pun dah lama tak pergi holiday…
***************************************************************************
“Ramainya orang” Mariam berkata. Susah payah dia dan Dani mencari tempat meletakkan kereta di Midvalley.
“Biasalah. Hari minggu” Faiz membalas. Dia bertembung dengan Dani dan Mariam di tangga bergerak sebentar tadi. Emalin di sebelah Faiz hanya diam, seperti Mariam itu tidak wujud di depannya.
“Aku nak pergi booth Matta Fair, tengok staff aku kejap” Faiz berkata lagi. “Korang nak ikut?”
“Aku nak pergi sana dulu” Mariam menjawab, sambil tangannya menunjukkan ke arah kain rentang yang bertulis Wedding Fair 2011 di dewan dua.
“Kawan Mar ada buka booth juga. Saja nak pergi tengok” Dani menerangkan tanpa di pinta.
“Jomlah Faiz. Mana tau, boleh berkenalan…” Mariam tersengih melihat Faiz memutarkan biji matanya.
“Korang pergi dululah” Faiz berkata dengan nada malas.
“Dah agak. Mesti kau cakap macam tu” Mariam berkata. “Jom, Dani” Dani tersengih, mengangkat tangannya kepada Faiz dan berlalu. Emalin menjeling Mariam tajam.
Heh.. ada aku kisah? Mariam tersengih lagi.
********************************************************************************
Lea memerhatikan pakej-pakej yang di tawarkan oleh pelbagai agensi pelancongan. Banyak juga pakej pelancongan yang menarik di tawarkan dengan harga murah. Matta Fair ataupun Ekspo Pelancongan adalah acara tahunan yang diadakan semenjak tahun 1991. Dianjurkan oleh Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (Malaysian Association of Tours & Travel Agents) – MATTA), matlamat utama expo menjadi satu platform untu agensi pelancongan mempromosikan pakej pelancongan mereka kepada orang awam dengan lebih mudah.
“Cik.. sila ambil satu” Seorang pekerja salah satu agensi pelancongan yang mengambil bahagian menghulurkan satu risalah pelancongan.
“Thanks” Lea berkata. Telefonnya berdering tiba-tiba.
“Ad.. kau kat mana? Aku dah sampai kat booth kau ni” Terdengar suara Mariam di hujung talian.
“Aku kat hall sebelah. Cuci mata tengok Matta Fair ni..”
“Cuba kau cuci mata lebih sikit. Kawan Dani ada kat situ…”
“Kawan Dani… kawan Dani… tak habis-habislah kau ni” Mariam hanya tergelak.
“Kau tunggu eh? Aku datang sekarang” Lea sudah mula melangkah pergi meninggalkan dewan satu, di mana Matta Fair berlangsung.
**************************************************************************************
Kakinya seolah-olah terpaku di lantai melihat gadis yang sedang berdiri di depan booth Halim Travel & Tours. Tangan gadis itu sedang mencapai risalah yang baru saja dihulurkan oleh Nadia.
“Lea…” Dia memanggil. Isk.. aku ni pun satu. Mana dia dengar… Lantas dia berjalan agak laju. Ikutkan hati dia hendak berlari pecut seratus meter tapi tak boleh sebab orang ramai.
“Faiz… you nak pergi mana?” Bagai terlupa pula Emalin ada dengannya namun dia tidak peduli. Dia sudah hampir sampai bila gadis itu mula meninggalkan tempat itu.
“Lea.. Lea” Gadis itu sedang berbual di telefon, sudah pasti dia tidak mendengar.
Haisshh… laju pula kau jalan…. Tanpa mengambil kira lagi orang di sekeliling, dia semakin mempercepatkan langkah. Gadis itu sudah hampir hilang dari pandangan.
“Lea…” Tangannya menepuk bahu gadis yang masih berbual di telefon. Sedikit mengah.
“Yes?” Gadis itu menoleh.
“Oppss.. sorry. Salah orang” Dia berkata, hampa...
**********************************************************************************
Lea tertoleh-toleh ke belakang. Dia sangka dia terdengar seseorang memanggil namanya…
Salah dengar kot?
Dia menunggu lagi. Mana tau, memang betul ada orang memanggil namanya.
Tak ada pun. Perasan je aku ni…
Dia mengangkat bahu dan terus berlalu pergi….. |
|
|
|
|
|
|
|
Okay.. dah...
Sweet dreams semua.... |
|
|
|
|
|
|
|
Nicki mana cukup |
|
|
|
|
|
|
|
Lea ngan faiz asyik ada kat same place jer, tp bertembungnya tak jgk |
|
|
|
|
|
|
|
walaupun dunia kecil...nak bertentang mata pun susah... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 76# shahrinas
Macam gitulah kadang-kadang.... Bila tak cari, senang je nak jumpa...
Bila cari... pusing satu dunia pun belum tentu nampak... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 75# bukulali
Tak lama lagi jumpalah... |
|
|
|
|
|
|
|
cepatla jumpa.....
boleh baca drama jejak kasih diorang.... |
|
|
|
|
|
|
|
suspen sungguh......
sambung... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|