|
KAU JANGAN MENANGIS SEBAB AKU TAK SUKA! (KEPALA BATU KEPALA ANGIN) (U)
[Copy link]
|
|
“Abang Man seorang yang sangat baik. Keluarga dia pun kaya raya. Jadi, bila kak long kahwin dengan abang Man, kak Long senang. Bila kak long kerja, duit gaji kak long boleh bagi mak abah. Abang Man boleh sara kak Long…” terang Amirah lagi.
Azah diam tak berkata apa sebaik mendengar jawapan itu. Di awal perkahwinan ,Azah nampak kak Longnya benar-benar mengotakan janjinya itu. Tetapi, sejak mereka mendapat anak, nampaknya kata-kata kak Longnya itu sudah pupus ditelan waktu.
Susah benarkah sebuah ikatan perkahwinan? Yang Azah nampak di matanya, Kak Longnya itu memang selalu mengalah pada suaminya. Semua kata-kata suaminya diturutinya satu persatu.
Haii….entahlah! Azah pun bingung. Memanglah tugas seorang isteri mendengar kata suami. Tetapi , bukankah dalam perkahwinan juga sepatutnya wujud toleransi dan kompromi?
Azah menggeleng-gelengkan kepalanya. Bingung! Tak apalah….selagi dia masih mampu menyara keluarga mereka, selagi itulah dia akan berusaha. Azah memang tidak mahu melihat ibubapanya bersusah payah lagi.
Lantas, beberapa barang keperluan untuk berada di kampong selama satu hari setengah di kemaskan seberapa segera. Esok, sebaik habis kerja dia akan terus pulang ke kampungnya yang terletak di Kuantan. |
|
|
|
|
|
|
|
Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kuantan akhirnya tamat jua setelah hampir-hampir 3 jam memandu. Usai membersihkan dirinya, Azah terus ke dapur seperti selalu. Semasa memandu tadi, dia tidak singgah di mana-mana tempat rehat untuk makan kerana mahu cepat sampai ke kampungnya.
Mak Nab yang berada di meja makan mengambil pinggan lalu menyendukkan nasi untuk Azah. Azah melabuhkan punggungnya di kerusi.
“Mak dah makan?” soal Azah sambil membasuh tangan. Lauk pauk kampong di meja makan dipandang. Ada kari ikan jenahak yang selalu menjadi kegemarannya.
“Kami semua dah makan. Tunggu kamu, lambat sangat, kami makan dulu. Ah…makan,” kata Mak Nab sambil duduk berhadapan Azah untuk menemani anak keduanya itu makan. Anak bongsunya yang sedang mengambil peperiksaan SPM telah lesap ke biliknya untuk mengulangkaji pelajaran. Manakala suaminya, Pak Abu pula sedang menonton televisyen di bahagian rumah atas.
“Kak long tak balik?” soal Azah lagi sambil rakus menyuap nasi ke mulutnya. Mak Nab Cuma menjadi pemerhati.
“Bulan ni belum lagi. Si Elly tu demam katanya masa dia telefon 3 hari lepas…” ujar Mak Nab lagi.
“Elly demam?” terbayang wajah comel anak buahnya yang agak nakal dan tembam di mata Azah. Itulah satu-satunya anak buah yang dia ada. Mak Nab angguk, sambil sama-sama menyulam senyum dengan Azah.
“Abah sakit kaki macammana?” soal Azah lagi. Mak Nab diam sejenak, kemudian bangun menuju kea rah rak kayu yang terletak berhampiran ruang dapur. Sekeping sampul surat berwarna coklat diambil lalu di bawa ke meja makan.
“Hmm…tak tahulah nak kata apa….Cuba kau tengok,” Mak Nab mengeluarkan sekeping gambar X-ray berwarna hitam lalu menghulurkan kepada Azah.
“Apa ni?” soal Azah. Tangan kirinya yang bersih melayangkan gambar X-ray itu kea rah lampu kalimantang yang menerangi ruang dapur itu. Gambar kaki dengan gambarajah tulang yang agak pelik. |
|
|
|
|
|
|
|
“2 hari lepas, abah kau pergi jumpa doctor kat Hospital Ampuan Afzan. Ingat nak minta ubat sebab selalu sakit. Tapi, doctor tu suruh buat X-ray. Bila buat X-ray, inilah hasilnya. Doktor cakap, ada ketumbuhan tulang kat hujung tumit abah..” beritahu Mak Nab panjang lebar.
Ke kiri ke kanan Azah memusing-musingkan gambar X-ray itu. Ditelitinya betul-betul. Benar, ada lebihan tulang yang agak panjang melebihi tulang tumit kaki yang sedia ada.
“Habis tu, doctor kata apa?” soal Azah lagi. Gambar hitam itu diserah kembali kepada Mak Nab. Mak Nab mengambil gambar itu lalu memasukkan semula ke dalam sampul surat.
“Doktor kata, kena operate buang tulang yang terlebih tu.,” kata Mak Nab seakan mengeluh. Azah menelan lambat-lambat nasi yang dikunyahnya. Otaknya mula berfikir, bagaimana tulang itu boleh tumbuh sebegitu. Ah! Tapi, kalau sudah ketentuan Tuhan, benda yang tak masuk dek akal pun boleh terjadi.
“Abah sakit tak sekarang?” soal Azah dengan nada perlahan.
“Kalau dia berjalan tu, kadang-kadang dia cakap sakit jugak. Dia memang tak boleh berdiri lama dah. Doktor ada bagi dia ubat tahan sakit kalau-kalau dia rasa sakit kat kaki dia tu…” terang Mak Nab lagi.
Azah angguk lagi. Nasi di tambah lagi. Berselera benar dia makan. Tidak tahu kenapa, setiap kali berada di kampong, seleranya mudah benar terbuka. Hatta nasi dengan ikan goreng sahaja pun, dia sudah merasa sedap. Padahal , kalau di Bandar, telanlah apa saja, dia rasa sama saja.
“Mak masih ambil upah menjahit lagi?” soal Azah pula. Sewaktu melewati ruang tamu tadi, dia dapat melihat berbungkus-bungkus kain yang terletak berhampiran mesin jahit kesayangan ibunya.
“Ambik sahajalah. Abah kau pun dah tak kerja. Lagipun, boleh juga buat beli-beli ikan…” ujar Mak Nab. Azah angguk lagi. Nasi yang sudah habis di pinggan dipandang. Nak tambah lagi atau tak? Nak tambah lagi atau tak?
“Habiskan sajalah nasi ni. Tinggal sikit saja lagi…” Mak Nab pula terus menyendukkan nasi ke pinggan Azah. Azah terdiam, memandang nasi di pinggannya yang kembali menimbun. Pheww…..boyot perut aku malam ni! |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by fizziany at 25-12-2011 20:17
Hari Ahad. Usai makan tengahari, Azah cepat-cepat memasukkan barang-barangnya ke dalam bonet kereta. Dia perlu pulang semula ke Kuala Lumpur hari ini kerana esok dia sudah bekerja.
“Simpan ni mak…” Azah menyelitkan sebuah sampul kecil yang berisi wang di celah tangan Mak Nab sewaktu bersalaman dengan ibunya itu. Mak Nab diam, tidak berkata apa. Hendak ditolak, dia sendiri memerlukan wang. Tapi, bila diambil, dia sendiri merasa serba salah. Cukupkah perbelanjaan Azah nanti jika dia asyik menghulur bantuan kewangan kepada keluarga ini sahaja?
“Kau cukup duit tak nanti?” soal Mak Nab pula. Azah membetulkan seluar jeansnya yang longgar di pinggang. Seluar itu ditarik ke atas sedikit.
“Cukup. Mak jangan bimbanglah! Azah sorang saja…kalau tak ada duit pun, tak kisah..” balas Azah lagi sambil terus keluar untuk bersalaman dengan bapanya yang sudah menunggu di tangga depan.
“Abah, Azah balik dulu…” tangan bapanya dicium. Pak Abu angguk. Ada rasa sayu melepaskan anaknya kembali ke Bandar.
“Kalau jumpa kak long kamu dan Aina, kirim salam..” pesan Pak Abu. Azah mengangguk. Kali ini, adiknya yang bongsu, Nuraliyah pula menyalaminya. Azah mengusap lembut kepala adiknya itu.
“Buat exam betul-betul. Kalau ada apa-apa masalah, call kak Ngah tau! Jaga mak abah baik-baik…” panjang berjela pesan Azah pada adiknya itu. Aliyah angguk sambil tersenyum. Azah terus menyusup ke perut kereta.
Enjin dihidupkan. Kereta di undur lalu keluar perlahan-lahan dari halaman rumah kampong Pak Abu dan Mak Nab. Mereka menghantar pemergian Azah dengan lambaian hinggalah kereta Azah hilang dari pandangan.
Aliyah terus naik ke rumah bila kereta Azah sudah hilang. Mak Nab duduk bersebelahan Pak Abu di anak tangga.
“Dia bagi duitkah?” soal Pak Abu. Mak Nab merenung sampul kecil di tangannya lantas mengangguk |
|
|
|
|
|
|
|
“Cukupkah duit untuk dia belanja di Bandar nanti? Dia tu, bukannya nak beritahu siapa-siapa kalau dia susah….” Keluh Mak Nab. Pak Abu menarik nafas lemah.
“Kita doakan saja agar dia senang…” kata Pak Abu. Mak Nab terdiam.
“Macam nilah hidup sekarang…nilai matawang makin lama makin rendah. Kalau dulu, gaji RM500, dah cukup sangat. Tapi zaman sekarang, kalau kerja gaji RM2000 pun, belum tentu cukup kalau tinggal kat Bandar tu…” tiba-tiba Pak Abu bersuara dalam nada perlahan.
“Yelah. Anak si Seman yang baru balik dari UK tu, pun cakap macam tu. Baru dapat kerja dengan kerajaan, tapi surat tuntutan hutang dah datang. Kalau tolak tambah semua gaji dia, dengan hutang masa belajar dengan perbelanjaan dia kat Bandar tu, cukup-cukup makan saja…kesian pulak saya dengar bila Seman tu cerita..” kata Mak Nab.
“Zaman sekarang tak sama dengan zaman dulu Nab….” luah Pak Abu dengan maksud yang tersirat. Pak Abu mengerutkan pandangannya yang dihala jauh-jauh ke depan. Mengenangkan semua itulah, dia agak keberatan untuk menerima bantuan kewangan dari anak-anak.
Lebih-lebih lagi dari anak sulungnya yang sudah berkahwin dan ada anak. Maklum sajalah, jika perempuan dan sudah berkahwin, pastilah dia sepatutnya perlu mendahului suaminya berbanding keluarga. Disebabkan itu jugalah, Pak Abu tidak mahu menyusahkan anak sulungnya itu dengan apa-apa jua berita.
Lagipula, menantunya pula, sejak akhir-akhir ini agak dingin dengan mereka sekeluarga. |
|
|
|
|
|
|
|
sebagai anak tanggungjawab kita pulak tolong ibu bapa...
walaupun sedikit yg kita hulur..besar bagi mereka yg menerima |
|
|
|
|
|
|
|
"Lagipula, menantunya pula, sejak akhir-akhir ini agak dingin dengan mereka sekeluarga"
itu bukan menantu...itu hantu |
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa la menantu kena bersikap demikian.....tak bole ka berbaik ngan mertua....heran....heran |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by qimi08 at 27-12-2011 10:26
Reply 66# nallepooh
Alhamdullillah jika berfikiran begitu.......murah rezeki...
tapi ada juga yg kaya tapi dengki dan bermegah-megah dgn adik beradik
x mo tlg . Ziarah emak pun susah sedangkan emak dah uzur dtg x sampai 20 minit dah nak balik
suami duduk dlm kereta x masuk rmh mertua pun.
Wife lewat sikit siap call srh wife cepat yg wife ziarah tu bkn org lain mak sendiri......
Tapi klu pergi shopping blh lama2 pulok.
Cakap pandai kita tidak blh bezakan ibu mertua dan ibu sendiri....
sbb kedua-duanya ibu kita...ibu mertua tidak akan putus mahram ... |
|
|
|
|
|
|
|
alhamdullillah ler kalo dapat menantu baik hati tak berkira boleh menumpang kasih sayang bagai... agaknye kaka azah tuh kena tanggung laki diek kot tak pun geli duk umah kg... ye la orang kaya kan katanya... pas tu umah nelayan ni tau la ada bau ikan masin ler ikan busuk ler... gamaknye kot...
neway... dulu ai memang duk kg nelayan kat beserah tuh smpai umo 12 tahun... tau sgt ler mcm ne keadaanya... tapi sgt besttt duk tepi pantai... |
|
|
|
|
|
|
|
sgt best la intro die....sempoi jek...i likeee....hihihih.... |
|
|
|
|
|
|
|
Harris keluar dari bangunan setinggi 16 tingkat yang merupakan menara kepunyaan arwah ayahnya. Bibirnya mengukir senyuman melintang. Tidak akan dilupakan olehnya bagaimana rupa dan reaksi ibu tirinya dan adik tirinya sebentar tadi tatkala wasiat dibacakan.
Nyata, wanita 40-an itu tidak berpuas hati bila 50 peratus harta arwah Tan Sri Hamdan Ghazali di wasiatkan ke atas namanya. Siapa sangka, sekarang aku dah jadi orang kaya baru!!! Harris senyum tidak putus-putus.
Cermin mata hitamnya ditanggalkan lalu dimasukkan ke dalam kocek kemejanya. Kemeja berjalur biru laut dikenakannya dengan jeans biru gelap. Penampilannya hari ini agak berbeza dengan hari-hari kebiasaan.
Hari ini, dia melaram sedikit semata-mata tidak mahu nampak selekeh di mata ibu tirinya itu. Tapi, kalaulah penampilannya itu dilihat oleh rakan-rakan sekerjanya waktu ini, mahu dia ditertawakan terbahak-bahak oleh mereka. Pasti mereka ingat dia hendak mengurat mana-mana perempuan pula. Tak pun, skru otaknya ada yang tercabut!
Sebaik kereta Honda Civicnya dihampiri, terus punat kekunci ditekan. Kiuk! Pintu dibuka lalu Harris terus masuk ke perut kereta seraya menghidupkan enjin.
Lagu One In A Million nyanyian Ne Yo lantang kedengaran bertalu-talu. Tanda telefon bimbitnya berbunyi. Hmmhh…nampaknya mama tak sabar-sabar nak tahu! Harris mencapai telefon bimbitnya yang terletak di kocek kemejanya lalu terus menjawab. Dia tahu, jika lagu itu yang berbunyi, tandanya panggilan dari mamanya.
Tetapi, kalau orang lain yang membuat panggilan terutama kawan-kawan sepejabatnya, nada dering lain pula yang akan berbunyi. Lagu ‘Pria Pujaan’ nyanyian Les Sekinchan akan kedengaran nyaring. Pernah sekali, sewaktu menghadiri satu kursus dia terlupa mematikan telefon. Tatkala itu, Din pula menelefonnya. Maka lagu ‘Pria Pujaan’ itu terus nyaring menyanyi di dalam ballroom hotel yang senyap dan sunyi itu. Malunya tak terkira. Tapi, Harris tetap buat muka selamba juga.
“Hello,” sapanya sebaik punat ditekan.
“Dah habis majlis tu?” soal mamanya dihujung talian. Harris senyum lagi.
“Dah..” balasnya pendek. Puas hati.
“So, berapa bahagian Harris?” soal Puan Kartini.
“Err….rasanya ada lah dalam RM22 Million. To be exact, nanti Harris check balik figure dalam surat yang peguam bagi tadi….” kata Harris. Sampul surat berwarna putih yang diperolehi dari peguam tadi dikerling sepintas lalu.
“Hmmhh….perempuan tu dapat jugakla…” rungut Puan Kartini tidak puas hati. Sepatutnya, perempuan tu dan anaknya tak patut dapat satu sen pun! Gumam hati Puan Kartini.
“Dapat…tapi, mama rugi sebab tak tengok muka perempuan tu waktu peguam bacakan wasiat tadi. Harris rasa macam nak melompat suka waktu tu jugak…” adu Harris. Enjin kereta dibiarkan terpasang sementara dia masih berbual dengan ibunya.
“Habis tu, bila nak balik London?” soal Puan Kartini. Hampir 5 tahun dia melepaskan anak kesayangannya itu ke Malaysia semata-mata mahu mengikut kata-kata arwah suaminya demi mendapatkan harta.
“Hmm…tunggulah kejap. Harris nak kena hantar resign letter dulu. Nak berhenti pun, sekarang banyak kerja pending. Project pun banyak nak masuk….Lagipun, kesian kat kawan-kawan kalau Harris blah macam tu je,” ujar Harris yang masih tebal sikap tanggungjawabnya.
“Kau kesiankan kawan-kawan kau dari kesiankan mama? Mama kat sini sorang-sorang bawak diri kau tahu?!” bentak Puan Kartini lagi. Harris diam, menarik nafas lemah.
“Ala mama….janganlah macam tu…Kawan-kawan mama kan masih ada. Uncle Gilbert pun ada. Mama tak keseorangan kat sana kan….Mama tunggulah sikit masa lagi. Paling lama pun, 3 bulan lagi Harris balik. Sebab resignation notice kena bagi 3 bulan…” kata Harris lagi.
“3 Bulan? Okay…make it fast! Mama tunggu. By the way,nanti tolong hantar satu salinan surat pengagihan harta tu pada mama. Mama nak tengok…” pesan Puan Kartini.
“Okey ma…” Harris angguk, walaupun tahu mamanya yang sedang berada di London tu takkan Nampak perbuatannya.
“Bye dear. I miss you so much…” tutur Puan Kartini lagi.
“I miss you too ma. See you soon…” Tut! Talian dimatikan. Harris diam, merenung telefon bimbitnya. Nafasnya ditarik dalam-dalam. Gear dimasukkan, dan keretanya digerakkan perlahan-lahan meninggalkan bangunan itu. |
|
|
|
|
|
|
|
Rashid suruh Azah ubah semua laporan yg azah dah buat. Masuk 2 kali kena ubah benda yang sama Azah tension. Terpaksa stay back sbb nak siapkan laporan. Minta tolong haris. Stay back sama2.
Pagi –pagi Isnin, ketika orang lain masih mencari mood bekerja yang tertinggal dirumah, Azah sudah basah mengesat peluh mengerah tenaganya menyiapkan laporan yang diminta oleh Encik Rashid. Sudahlah baru pagi ini laporan itu diminta, esok pagi pula tarikh akhirnya. Sungguh menjengkelkan!
Dia berjaya menyiapkan laporan itu sebentar tadi, tapi Encik Rashid mahu dia memasukkan beberapa isi penting lagi. Jadi, terpaksalah Azah mengubah semula laporan itu. Sebaik siap, terus sahaja Azah bangun menuju ke bilik Encik Rashid.
Tok! Tok! Sebaik pintu diketuk, terus sahaja dia masuk tanpa menunggu panggilan dari Encik Rashid. Laporan 3 helai kertas dihulur kepada Encik Rashid dengan sopan.
“Kalau macam ni, okay tak Encik Rashid?” kata Azah, meminta pendapat bosnya itu. Harap-harap, kali ini laporannya melepasi piawaian. Jadi, tak perlulah dia membuat kerja yang sama berulang kali.
Encik Rashid meneliti laporan yang dibuat Azah. Dia mengangguk-angguk. Lapang hati Azah melihat Encik Rashid puas hati.
“Tapi…saya nak, you masukkan lagi satu report as a complimentary data to this report. I nak you masukkan Export Cost report year to date. Data tu, you minta dengan Harris…” kata Encik Rashid.
Melopong mulut Azah mendengar kata-kata Encik Rashid. Nafasnya terhenti sejenak. Perutnya pun sudah lapar. Di luar, suasana pasti panas dengan matahari yang terik kan? Samalah dengan hati aku sekarang…..Azah sempat bermonolog di dalam hati.
“Okey. Saya cuba..” itu sahaja yang mampu Azah ucapkan. Laporan yang dihulur oleh Encik Rashid kepadanya diambil. Dengan hati yang jengkel , dia keluar dari bilik bosnya itu. Bilik Harris segera dihampiri. |
|
|
|
|
|
|
|
Harris menoleh ke muka pintu sebaik terlihat kelibat Azah yang berdiri di depan pintu biliknya. Mereka saling berpandangan.
“Aku nak minta tolong kau lagi ni…” kata Azah perlahan. Mukanya keruh. Simpati pula Harris melihat gadis itu.
“Tapi kena upah….” selamba jawapan Harris sambil memandang komputernya. Pura-pura sibuk. Padahal waktu itu dia berkira-kira mahu bangun ke tempat Halim untuk mengajak Halim dan Din keluar makan tengahari.
“Upah pun upahlah!..” sampuk Azah. Tak tahulah samaada kata-kata Harris itu benar-benar dia maksudkan atau tak. Selalunya dia tu bergurau saja.
“Aku nak export cost report. Year to date! Hari ni!Boleh?” soal Azah tegas. Harris dipandangnya penuh harap.
Harris diam sejenak. Cuba mengingati di mana dia meletakkan data-data laporan yang dimaksudkan oleh Azah. Sesungguhnya, dia terlalu banyak kerja sehingga kadang-kadang dia sendiri tidak tahu di mana dia meletakkan sesetengah laporan.
Harris pandang muka Azah yang masih menagih pertolongannya. Raut wajah mulus itu kelihatan jernih dan ayu bila dipandang. Sorot mata Azah waktu itu, boleh merobohkan tembok pertahanan diri mana-mana lelaki. Ah! Apa aku mengarut pulak ni!
“Hmm..kalau lepas lunch aku bagi, boleh?” soal Harris lembut.
“Banyak ke?” soal Azah.
“Tak banyak pun. Tapi, jenuh jugakla nak kira. Takut salah kira, nanti lain pulak jadinya. Bila si Rashid nak?” soal Harris seakan memahami kesukaran Azah.
“Pagi esok. Dia nak bawak masuk meeting P&L esok kat head quarter,” kata Azah lagi.
Harris diam. Bila sebut P&L, tahulah dia bahawa laporan itu benar-benar penting. Lalu wajah Azah dipandang lagi.
“Kau pergi makan, sembahyang dulu. Lepas lunch nanti, aku janji akan tolong kau siapkan report tu hari ni jugak. Okey?” pujuk Harris lembut. Entah kenapa tiba-tiba dia jadi baik pula tengahari ni. Agaknya air-cond bilik aku terlebih sejuk kot…Harris kerling penghawa dingin di biliknya.
“Mmm..okeyla…” akur Azah. Dia terus hilang ke biliknya selepas itu. Harris pula, tersenyum simpul sendirian. |
|
|
|
|
|
|
|
Harris merenung Azah yang sedang mencetak laporan penuh yang disiapkan oleh mereka berdua sejak tengahari tadi. Walaupun Cuma satu laporan, tetapi perinciannya memerlukan masa hampir setengah hari.
Azah duduk kembali di tempatnya selepas mengambil laporan yang baru dicetak. Secebis senyuman lega di ukir dibibirnya.
“Aku ingat dah tak boleh siap tadi….banyak sangat nombor…pening kepala aku..” bebel Azah. Laporan itu disimpan baik-baik ke dalam lacinya. Komputernya mula ditutup. Mahu pulang kerana hari sudah gelap.
“Kau ni…report macam tu pun dah pening. Kena belajarlah. Manalah tahu, kalau-kalau satu hari nanti, kalau aku resign ke, si Rashid tu cari kau je nak minta report….” tukas Harris. Namun, di sebalik kata-katanya itu, mengandungi maksud yang tersirat.
Mereka sama-sama bangun lalu suis lampu ditutup oleh Harris. Azah cuma menjadi pemerhati. Kemudian mereka sama-sama berjalan beriringan keluar dari pejabat untuk menuju ke tempat parkir kereta.
“Dah maghrib rupanya…” sempat Azah mengeluh. Remang senja jelas kelihatan di kaki langit. Cantik!
“Rumah kau kat mana?” soal Harris sekadar ingin tahu.
“Taman Intan. 15 minit je dari sini….Kau?” soal Azah pula. Harris sekadar senyum pendek.
“Belakang ni je…” tunjuk Harris kearah satu kawasan perumahan yang terletak di belakang kawasan perindustrian itu. Azah melopong.
“Rumah dekat…tapi selalu datang lewat…” sekali lagi, Azah sound direct ke muka Harris. Harris terdiam dengan matanya yang terkebil-kebil melihat Azah yang sudah masuk ke keretanya. Kurang assammmm!!! Sempat lagi mengutuk aku! |
|
|
|
|
|
|
|
Harris memandang Encik Rashid yang mengeluh panjang. Surat di tangan Encik Rashid, dilipatnya rapi, lalu dimasukkan semula ke dalam sampul surat. Encik Rashid merenung Harris di hadapannya.
“Kenapa you nak berhenti? Gaji tak cukup ke?” soal Encik Rashid sebaik usai membaca surat perletakan jawatan Harris. Sesekali, Encik Rashid menggaru-garu kepalanya. Resah.
“Bukan begitu bang…” Harris segera menangkis. Hubungannya dengan majikannya itu sangat akrab. Lantaran itulah, dia dan Encik Rashid berbahasa ‘abang’ dan ‘kau’ saja di dalam perbualan mereka seharian.
“Gaji cukup….” tambah Harris lagi, kemudian terdiam sejenak. Berfikir samaada mahu meneruskan alasannya atau tidak. Syarikatnya itu, merupakan antara 10 syarikat teratas di Malaysia yang memberi bayaran paling mahal kepada pekerja. Lagipula, wang bukan masalah baginya sekarang.
“Habis tu?” soal Encik Rashid lagi. Harris ketawa kecil. Dia menggeleng-gelengkan kepalanya. Tidak tahu bagaimana hendak diterangkan kepada Encik Rashid tentang keadaannya.
“Saya…kalau boleh, tak naklah you berhenti…You pun tahu, saya Cuma ada you yang saya harapkan. You dah jadi orang kanan saya for 5 years. Kalau nak harapkan orang lain, lambat sikitlah…” lambat-lambat Encik Rashid bersuara. Nada suaranya jelas menunjukkan dia kecewa dengan keputusan Harris. Dia sayangkan Harris sebagai pekerjanya yang paling baik.
Makin serba salah Harris dibuatnya. Harris tunduk lagi.
“ You pun tahu….kita ada banyak projek within these 6 months. Saya…tak ada orang yang benar-benar saya harapkan selain you…” ujar Encik Rashid. Harris diam lagi. Buat seketika, Encik Rashid dan Harris sama-sama terdiam dan termenung.
“Cuba you bagitahu, apa masalahnya sebenarnya? Kalau saya boleh tolong, saya tolong secepat mungkin….” Kata Encik Rashid sungguh-sungguh. Makin terjerat Harris.
“Bukan macam tu bang…saya..sebenarnya dah tak larat nak kerja…” kesitu pula jawapan Harris. Dia pun tak tahu bagaimana jawapan seperti itu boleh meluncur laju macam papan luncur dari bibirnya.
“Saya tahu, you banyak kerja. Jadi, kalau saya hire sorang pembantu untuk you…You boleh consider tak?” soal Encik Rashid. Harris terdiam, merenung Encik Rashid. Pembantu untuk aku? Terjungkit kening Harris.
“At least, you stay 6 bulan lagi sampai projek kat Kuching tu selesai….then, kalau you tak boleh nak tunggu lagi, then you can proceed…” kata Encik Rashid memohon pertimbangan Harris. Kalau tak ada Harris, susah banyak dia nanti….
Harris diam sejenak. Projek gudang baru yanag akan dibina di Kuching yang sudah hampir 40 peratus pembinaannya itu segera menjelma di ruang mata. Apa pula kata mamanya nanti?
“Tolong ye Harris….saya janji, saya carikan you assistant…” pujuk Encik Rashid lagi. Harris angkat mukanya, merenung wajah Encik Rashid lama-lama. Perlahan-lahan, dia angguk. |
|
|
|
|
|
|
|
nak AZAH ngan HARRIS leh x?... |
|
|
|
|
|
|
|
me dah tersangkut kat citer ni lak... huhuhuhuh... |
|
|
|
|
|
|
|
En. Rashid lantik azah jadi asst Harris ek |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|