|
“ Dayah, marilah, teman abang tengok bulan kat sini,” Taufiq merenung malam. Ish, mana ada bulan malam-malam mendung macam ni. Hidayah buat tak tahu saja. Seperti dia tidak wujud di sini. Bila ditoleh ke belakang, rupanya Hidayah telah kembali kusyuk mengadap laptopnya. Taufiq menghampiri.
“ Buat apa?” dia diam saja. Sombong lah tu. tengok muncung pun dah tau lah.. tak payah la mata tu nak menyembur api sama. Hidayah marah dalam diam, Taufiq buat tak tahu saja. Dibacanya apa yang ditulis Hidayah di laptopnya. Oo..mengarang ya.
“ Kenapa sombong sangat tuan puteri ni? Hidung Hidayah cuba dicuit. Lalu ditepis Hidayah.
“ Tadi dah bincangkan...apa lagi yang tak puas hati ni?..kalau kamu ada yang nak luahkan , luahkan saja, abang dengar dan terima,” lengan Hidayah di ambil. Lembut.
“ Please,” Hidayah berkata perlahan. Merayu agar Taufiq tidak mengganggunya saat itu. Tangannya ditarik perlahan.
“ Bagi abang peluang. Kamu kena terima semua ni,” Taufiq cuba berdiplomasi.
“ Peluang apanya, tak bagi peluang pun awak kawin jugak dengan saya. Tak tahu orang tak suka ke apa ke...” Hidayah berkata perlahan. Lebih kepada berkata pada dirinya sendiri.
“ Jadi dah kawin buatlah cara yang kita dah kawin. Bukan susuh pun. Kamu isteri, abang suami,” Taufiq membalas. Tak faham dia dengan cara fikir perempuan ini.
“ Senang kamu kata. Cakap memang senang Taufiq. Saya tak akan bahagia dengan keadaan kita macam ni. Dan awak kena tahu satu perkara..saya tak pernah sukakan awak, apatah lagi cinta. Macam mana perkahwinan ni nak bahagia sedangkan itu semua tak ada. Yang kat sini tak ada.” Hidayah berkata garang sambil menunjukkan ke dadanya. Mata Taufiq direnungnya...memohon agar Taufiq faham apa yang mahu dia sampaikan.
“ La, tu sebablah kita bincang tadi...tapi tak nampak apa-apa hasil pun. Kenapa? Semua orang yang kawin mesti ada perasaan dulu, mesti bercinta sakan dulu baru boleh kawin, kemudian bahagia? Macma tu awak fikir, memang ceteklah,”Taufiq cuba mengawal suaranya. Apasal aku nak sensitip pulak ni. Tenang-tenang.
“ Kita mulalah dari sekarang. Kalau nak bercinta, abang sudi nak bercinta dengan kamu,” Taufiq berlalu ke katil. Direbahkan badannya. Mengantuk. Ee...orang tua ni memang sengaja nak mengada-ngada. Ingat dia boleh dapat aku ke...?!
“ Malam ni jangan gatal-gatal nak tidur luar ke, tidur bawah katil ke, tidur kat mana ke...kalau abang tengok kamu tak ada sebelah ni. Siap..ok?” Taufiq senyum. Dia mesti pastikan Hidayah tidak ke tempat lain malam ni. Dia sangat pasti, budak ni akan tidur bawah katil tau kat mana-mana dan bukannya di sebelahnya. Dengan kuasa vetonya dia boleh buat sesuka hatinya.
“ Huh! Dan awak jangan gatal-gatal nak.....” wajahnya yang tadi tajam memandang Taufiq, dipalingkan ke tempat lain. Tidak sanggup mahu menghabiskan ayat itu. Dia malu sendiri. Ish, apa aku cakap ni..
“ Nak apa?..tak faham lah cakap ayat tergantung macam tu...” Dia senyum...meleret penuh maksud.
“ Lelaki gatal!”
“ Mestilah gatal...kalau tak menggatal dengan isteri sendiri dengan siapa lagi...” Taufiq senyum lagi. Direnung Hidayah dengan renungan yang menggoda. Sengaja dipandangnya ke tubuh itu sepuas-puasnya dari atas ke bawah..Hidayah hilang selesa. Dia memeluk tubuhnya, cuba menutup dadanya lagak seperti Taufiq mahu merampasnya.
“ Awak jangan main-main, saya belasah awak hidp-hidup nanti!” amboi...mak aiii..makin grang ni.
“ Elleh..macam lah orang nak sangat kat tubuh badan dia tu...buat hilang teruna aku je!” Taufiq menarik selimut.Tidur lagi baiklah! Hidayah menelan liur. Geram, malu bersatu dalam dada yang marak api kemarahan. |
|
|
|
|
|
|
|
salam..
maaf, terlambat... |
|
|
|
|
|
|
|
terlambat xpe jgn xde lgsg yek... |
|
|
|
|
|
|
|
terlambat xpe jgn xde lgsg yek... |
|
|
|
|
|
|
|
sambung... |
|
|
|
|
|
|
|
kalakolah pulak... |
|
|
|
|
|
|
|
nak lagi...............
best |
|
|
|
|
|
|
|
bila nak sambung lagik??? |
|
|
|
|
|
|
|
bagusla citer ni....
sambung....sambung....sambung.... |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by sakurakuri at 5-7-2011 21:07
Hidayah memerhatikan anak-anak buah Taufiq yang sedang berlari-lari di laman rumah. Riang dan gembira sekali. Sesekali ada juga yang menangis dan berlari ke rumah bila disakat atau kalah bermain. Hidayah senyum. Waktu kanak-kanak memang meriangkan. Rambutnya yang panjang itu sengaja dibiarkan ditiup angin. Kadang-kadang jari-jarinya yang halus itu menyisir-nyisir rambutnya yang kusut ditiup angin itu. Dia ralit memerhatikan kanak-kanak itu bermain sampai dia tersenyum-senyum sendiri kerana lucu melihat gelagat mereka. Lincah dan indah. Sesekali skirt labuh yang dipadankan dengan t-shirt ketat itu berayun-ayun ditiup angin. Manampakkan betisnya yang putih dan gebu itu.
Dari tadi dia duduk di pangkin kayu di bawah pokok mangga itu. Rimas duduk di dalam rumah, dia turun ke bawah pula. Hendak ke dapur tiada apa-apa aktiviti di situ. Jadi dia membawa dirinya ke pangkin ini. Hendak melepak di bilik, panas pula. Lagipun bila Taufiq balik dari pekan nanti terpaksa pula mengadap mka menantu grad A bapak tu. asyik tesengih memanjang, apa yang lucu Hidayah pun tidak tahu. Nyamannya di sini... patutlah Taufiq mahu terus bekerja di kampung sahaja. Mmm...siapalah yang sanggup untuk berpisah dengan suasana yang indah lagi permai ini.
Masih banyak lagi yang belum dikemas. Suasana selepas kenduri sememangnya amat memenatkan. Khemah di hadapan rumahnya masih belum berusik. Dengarnya, dari perbualan dengan ibu mertuanya tadi pukul lima nanti ramailah yang datang untuk menolong. Mengemas apa yang patut. Namun sampai sekarang masih belum nampak batang hidung sesiapa. Ibu mertua dan ayah mertuanya ke pekan membeli barang-barang, maklumlah saudara mara masih ramai. Jadi Taufiq terpaksalah menjadi driver tak bertauliah untuk membawa ibu ayahnya. Dia teringatkan Taufiq. Beria benar dia mahu memenangi hati ini. Namun sengaja dia mahu berkeras, mahu melihat sejauh mana kesungguhan Taufiq terhadap dirinya.
“ Eh, kamu tak penat ke mata asyik menjeling abang je...abang lalu kat sebelah pun nak jeling...terjegil semacam abang tengok,” Taufiq tesengih-sengih. Entah kenapa, sejak dari malam pertama tak jadi mereka hari tu, Taufiq asyik tersengih saja. Semua benda Hidayah buat dia nak senyum. Sampaikan dia marah pun, orang tua tu masih senyum. Entah apa penyakit pun Dayah tak tahu.
“ Perasan!” Hidayah kembali menatap laptopnya. Bukan dia saja-saja mahu menjeling. Tapi perangai Taufiq yang asyik curi-curi mengendap dia tu yang buat dia naik angin. Konon-konon nak berbaik-baik... hari tu curi guna laptop aku. Habis digodamnya segala fail-failnya. Kalau tak dijeling amaran, makin menjadi-jadilah gatal si Taufiq tu. Lebih dari miang keladi!
Bila kita pandang dikatakan kita dah terpikat pada dialah, bila kita tak pandang nanti mulalah Taufiq terintai-intai, jika terus dibiar tanpa pengawasan, tup tup sudah tercegat di sebelah atau di belakangnya- macam hantu Kak Limah saja! Mana Hidayah tak geram. Sudahlah dia terkejut, boleh pula selamba badak dia menumpang baca apa yang di taip di laptopnya. Mengada-ngada. Kadang-kadang bila asyik sangat menjeling Taufiq, mata pun asyik bertentang. Mulalah Taufiq yang gatal tu nak buat pandangan menggoda ala maknyah tepi jalan. Memang menyampah.
Sedari tadi, selepas majlis kenduri bertandang ke rumah Taufiq pula, dia hilang tingkah. Mahu ke dapur, rasa serba salah juga. Mahu buat apa? Orang lain di dalam rumah ini entah ke mana. Senyap sunyi saja, melainkan bunyi suara riuh rendah kanak-kanak bermain. Mungkin ke rumah saudara mara agaknya, maklumlah, sekali sekala balik ke kampung begini tentulah mahu bertandang ke rumah saudara mara. Fikirnya.
Pon..!! pon!! Pon!! Dari dalam kereta waja hitam itu jelas kelihatan wajah Taufiq yang tesenyum girang. Seronok kerana dapat mengejutkan Hidayah yang sedang termenung sakan di atas pangkin. Entah apalah yang dia menungkan tu. Berangan jauh nampaknya.
Isk, buang tabiat ke orang tua ni. Sengajalah tu nak mengenakan orang. Bukan tidka boleh di parkingkan keretanya itu di hadapan rumah. Ini betul-betul berhampiran dengan tempat duduknya. Sengajalah tu. Taufiq keluar dari kereta. Cuma kelibatnya seorang saja yang kelihatan, mak dan abah entah ke mana Tuafiq turunkan. Entah-entah sudah ditinggalkan di tepi pasar. Ish, mengarutnya! Tak kan menantu grad A nak buat macam tu. Taufiq mengambil tempat di sebelahnya. Merapat ke sisinya.
“ Cantik rambut!”
Malas dipandangnya. Biar dia membebel sorang-sorang. Dijeling pun tidak. Taufiq merapatkan tubuhnya ke arah Hidayah. Sengaja dia buat begitu, dah dia tak respon siapa suruh. Sekurang-kurangnya jika dia buat begitu, adalah juga bunyi Dayah kejap lagi. Paling kurnag pun dijelingnya saja.
“ Cantik rambut cik adik!” Taufiq berkata lagi. Kali ini betul-betul di telinga Dayah. Rambut Hidayah sengaja di usik dihujungnya. Cepat-cepat Hidayah tepis tangan Taufiq itu. Rambutnya yang panjang itu ditariknya ke sebelah kanan, menjauhkan dari Taufiq yang duduk di sebelah kirinya. Amboi, garangnya. Sombonglah!
“ La, cakap rambut cantik pun marah ke?” Taufiq menarik nafas dalam-dalam. Sombong ya. |
|
|
|
|
|
|
|
nak lagi..tak puas.hihihi |
|
|
|
|
|
|
|
hehe...sambung sikit ye.lama dah tak masukkan n3 |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|