Edited by mukacantek at 23-6-2025 11:06 PM
Selamat Hari Lahir! 
Hari ini bukan sekadar tarikh lahirmu,
tetapi hari lahir seribu doa dari hati kami.
Semoga setiap detik hidupmu dibalut kasih Ilahi,
dipenuhi rezeki yang melimpah,
dan ditemani mereka yang ikhlas menyayangi.
Usiamu bertambah,
namun dalam setiap langkah,
biarlah bertambah juga amalan, kebahagiaan, dan keberkatan.
Semoga Allah memelihara dirimu,
menguatkan hatimu,
dan melorongkan jalanmu menuju kejayaan dunia akhirat.
Hari ini kami raikan bukan hanya kelahiranmu,
tetapi juga keindahan hatimu,
yang telah banyak memberi erti pada hidup kami.
|