CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: antikorok

[Tempatan] Tiga pelajar UiTM Dungun maut, seorang parah dirempuh wanita disyaki ada masalah mental

[Copy link]
Post time 10-10-2024 11:08 AM From the mobile phone | Show all posts
  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-10-2024 11:12 AM | Show all posts
Nahas UiTM Dungun: Ibu bapa Ku Adib baru berlepas ke Mekah ketika kemalangan
Oleh NURUL IZZATI ZAINI
10 Oktober 2024, 7:55 am


Allahyarham Ku Adib, salah seorang mangsa yang maut akibat dirempuh kenderaan ketika mahu pulang ke kampus UiTM Dungun, malam tadi.


PETALING JAYA – Ibu bapa kepada salah seorang pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun yang maut setelah dirempuh kenderaan dipandu seorang wanita, difahamkan masih belum mengetahui tentang kejadian yang menimpa anak mereka.

Menurut Ketua Komuniti Sura Hujung, Syafiqah Nabilah, ibu bapa Ku Adib Aizad Ku Azmi dan, 20, baru sahaja berlepas ke Mekah bagi menunaikan ibadah umrah pada pukul 7 malam semalam.

“Kejadian kemalangan berlaku kira-kira pukul 7.25 malam. Jadi ketika nahas berlaku, ibu bapanya masih belum ketahui.

“Setakat pukul 3 pagi tadi, ibu bapanya masih belum tiba di Mekah,” katanya ketika dihubungi Kosmo! pagi ini.

Syafiqah merupakan antara individu yang terlibat dalam pengurusan jenazah bersama Rektor UiTM Dungun di Hospital Dungun sejak kemalangan berlaku malam tadi.

Tambahnya lagi, ibu saudara anak sulung daripada lima beradik itu sudah pun menuntut jenazah Allahyarham sekitar pukul 2 pagi tadi.

“Kesemua mangsa telah dimandikan dan dikafankan di Hospital Dungun, Terengganu sebelum dibawa ke Masjid UiTM pukul 10 pagi untuk disembahyangkan.

“Jenazah Ku Adib kemudiannya akan dibawa ke kediamannya di Sungai Buloh untuk dikebumikan,” katanya.

Terdahulu, tiga pelajar UiTM Dungun maut manakala seorang lagi cedera parah akibat dirempuh kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Honda CRV dipandu seorang wanita malam tadi.

Sewaktu kejadian, kesemua mangsa dikenali sebagai Ku Adib Aizad Ku Azmi, 20, Khairil Anwar Jamaludin, 20, Mohd. Akmal Tukirin, 25, dan Mohd. Ammar Danish Mohd. Ridhuan, 20, sedang menaiki dua motosikal jenis Yamaha LC 135 dan Yamaha Y15.

Difahamkan mereka dalam perjalanan pulang ke kampus sebaik makam malam bersama.

Sebaik tiba di pintu hadapan kampus, dua motosikal dinaki kesemua mangsa tiba-tiba dirempuh dari arah belakang oleh kenderaan Honda CRV terbabit.

Rempuhan itu menyebabkan empat pelajar tersebut tercampak manakala kenderaan berkenaan pula terbabas memasuki parit di tepi jalan.

Tiga mangsa iaitu Ku Adib Aizad, Khairil Anwar dan Mohd Akmal meninggal dunia di lokasi kejadian.

Mayat mereka telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Dungun di sini untuk tindakan lanjut.

Seorang mangsa yang cedera, Mohd. Ammar Danish pula dikejarkan ke unit kecemasan hospital sama sebelum bakal dirujuk ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu. – KOSMO! ONLINE

Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2024 11:18 AM | Show all posts
moga arwah ni semua di tempat kan di kalangan org beriman.

moga arwah dan keluarga waris mereka yg berduka,
semua di tempat kan di syurga.

Amin.
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2024 11:18 AM From the mobile phone | Show all posts
  




Pakcik yg peluk kawan2 arwah tu la anak nya lelaki tunggal. Yg sulung lelaki pun meninggal. Accident kata forumer tadi.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2024 11:22 AM From the mobile phone | Show all posts
nuralisa replied at 10-10-2024 10:41 AM
yg parah tu x meninggal..
dah sedar ...
uitm dungun pun x de update apa2 pasal yg parah tu...

Alhamdulillah sb pagi tadi kat komen2 katanya meninggal jugak. Ai dah tak caya la sb masa adik Rahman yg hilang 5 family aritu pun kecoh katanya adik lelaki pun meninggal rupanya tak meninggal pun.
Moga kembali sembuh.
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2024 11:24 AM From the mobile phone | Show all posts
nuralisa replied at 10-10-2024 10:11 AM
baca kata semuanya 5 org.. lepas koko gi minum
nak balik ke kolej, sorg tu berenti lencong sat
teti ...


Panjang umur dia,tpi mmg trauma tgk kawan2 yg baru je lepas lepak makan minum sama2 sekelip mata meninggal.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-10-2024 11:26 AM | Show all posts
kesian tp klu dah sampai tahap mcm ni mmg tak boleh la nak biarkan.. kesian semua mangsa. yg gila tu mana laa penjaganyaa senang2 langgar senang2 bunuh
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2024 11:38 AM From the mobile phone | Show all posts
syamzana replied at 10-10-2024 10:53 AM
skrg ni tak cantik mana dah...dulu mmg meletop view. ada satu lg kolej matrikulasi dulu sejajar ui ...

Dulu view sangat tradisional.. sekarang ni dah sesak.. rumah2 pondok nelayan tu dah takde lagi .. jadi restoran dan homestay. Mana2 cawangan ITM dulu biasanya kawasan pedalaman, dah jadi bandar besar sekarang.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-10-2024 11:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Ni sengaja langgar...sengaja niat membunuh...elok dibunuh terus perempuan gila tu
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2024 11:50 AM | Show all posts
Kena tengok balik la hukuman yg melibatkan pesakit mental ni. benda mcm ni kena la ade seorang yg dipertanggunjawabkan. Jangan la lepas mcm tu je. Dah serupa takde nilai nyawa orang. Anak orang mati sebab ko punya mental tu. Lepas ni kalau pesakit mental buat hal langgar orang sampai mati, waris yg masuk jel. Lesen tarik terus seumur hidup.
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2024 12:04 PM | Show all posts
kalau pesakit mental dilarang memiliki lesen memandu, maksudnya hilanglah 90% pengguna jalanraya
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2024 12:06 PM From the mobile phone | Show all posts
SalenaGomez replied at 10-10-2024 10:53 AM
Mmg sentiasa baca doa sebelum keluar rumah dan naik kenderaan. Kalau kita dah bawa kenderaan berhe ...

Betul tu SG..
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2024 12:15 PM From the mobile phone | Show all posts
innalillahwainnalillahirojiun..
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2024 12:17 PM From the mobile phone | Show all posts
i dari semalam dah menangis baca berita ni.. berjurai air mata tengok video² kat tiktok.. tolong la saman family perempuan tu kaw² sebagai pengajaran..
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2024 12:27 PM | Show all posts
allah.. kasihannya semua..
semoga ada keadilan buat mangsa-mangsa..
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2024 12:29 PM | Show all posts
Kitty_catz replied at 10-10-2024 10:38 AM
mebi kena buat seksyen baru la utk tuduh penjaga org mental ni kalau jadi apa2

mcm kes mak kena c ...

kekdg org mental ni ada peluang nak sembuh tapi family members yg x bg peluang / negligence.. cth mcm kat kg aku sendiri.. anak dia tu depressions tapi mak dia kata dia kena sihir.. berubat cara kg, x mau refer to hospital.. dah tu, anak tu dikurung dlm rumah x bercampur dgn org lgsg.. nak tgk persekitaran luar pun x blh.. rumah tu semua pintu n tingkap ditutup rapat ye.. mmg xde neutral light masuk lgsg, seolah2 ko duduk dlm gua.. mau x mental budak tu.. tapi mak dia bagi budak ni drive keta (with her mom).. bila budak tu buat perangai lg baru2 ni, mak dia x mengaku salah bg tekanan kat anak dia (suruh anak dia hafal 1 al-quran dlm keadaan dia depress).. mak dia salahkan org sekeliling dia sbbkan anak dia jadi mcm tu.. siap mak aku pun disalahkan, kononnya sbb mak aku susukan budak tu masa baby dulu (mak dia warded for a long time masa tu) yg menyebabkan anak dia jadi gila skrg ni.. gila ke apa??!!! tu aku kesian kat anak dia sebenarnya.. dia dlm keadaan perlu bergantung pd family utk take care of her tapi mak dia sendiri yg aniaya anak dia sendiri..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-10-2024 12:30 PM From the mobile phone | Show all posts
noor2 replied at 10-10-2024 11:38 AM
Ni sengaja langgar...sengaja niat membunuh...elok dibunuh terus perempuan gila tu

'kita' pon 'gila' jugok....lagu tu....
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2024 12:33 PM From the mobile phone | Show all posts
kemaruk replied at 10-10-2024 12:04 PM
kalau pesakit mental dilarang memiliki lesen memandu, maksudnya hilanglah 90% pengguna jalanraya

ok letew...sikit le keta...baru la vole...'arini semua orng gila...sok rega minyak vole turun'....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2024 12:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Hunny_hayati at 10-10-2024 12:42 PM


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2024 12:37 PM From the mobile phone | Show all posts
إِنَّا ِلِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-10-2024 02:25 PM GMT+8 , Processed in 0.185943 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list