|
[Jenayah]
Mayat tanpa kepala sah Cikgu Istiqomah, yang hilang lapan bulan lalu
[Copy link]
|
|
Nurul8001 replied at 12-8-2024 04:37 PM
Ni iPhone je ada, kan?
Saya tak pakai iPhone.
Find my device ni utk android sis.. kena sign in email kat Google jaa utk semua phone yg kita nk pin location tuu.. tp phone yg org kita nk track tu kena on data & location. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
orkid_amani replied at 12-8-2024 04:51 PM
Find my device ni utk android sis.. kena sign in email kat Google jaa utk semua phone yg kita nk p ...
Ohhh. Okay. TQ TQ. |
|
|
|
|
|
|
|
Nurul8001 replied at 12-8-2024 04:53 PM
Ohhh. Okay. TQ TQ.
wc sis..sesuai jugak utk pin phone ank kalau diorang ralit sgt main phone |
|
|
|
|
|
|
|
biasalah org2 yg kita kenal ni bila dah jd agent2 pelaburan ni mmg akan call kita nak borak2 tp lepas tu dia borak tang lain. mungkin cam ni jugaklah kenal masa kat uni cari kenalan masing2 bila nak suruh join dia.. tak menjadi lain pulak yg jadi.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kejam gila. Sanggup potong mayat dah zaman skrg ni.
Tapi saya lebih tertarik nak tahu dengan kisah siasatan polis. Dari 8 bulan lepas jumpa mayat, kemudian barulah ditangkap suspect. Mungkin sebelum ni suspect dah ditanya oleh IO tapi tiada apa yang mencurigakan. Kemudian ada petunjuk baru. Saya suka kisah investigative mcm ni. Satu lagi kes yg menggemparkan dulu adalah kes bunuh sosilawati. Dalam kes tu mayat sudah jadi abu.
|
|
|
|
|
|
|
|
mamaazim replied at 12-8-2024 04:59 PM
biasalah org2 yg kita kenal ni bila dah jd agent2 pelaburan ni mmg akan call kita nak borak2 tp lepa ...
Kesimpulannyaaaaa
Install true caller... jangan angkat unknown number call..
Kawan lama lost contact tetiba contact balik pun jgn layan.. biasanya nak jual unit trust, insurance, cuckoo coway...
Pastu kalo sedara yang tak rapat sgt tiberhhh dtg pinjam duit.. jgn pinjamkan... just sedekah je jgn mintak bayar balik.. pastu kalo dia mintak lagi duit.. blue tick je.. jangan biasakan kasi duit senang2 kat orang |
|
|
|
|
|
|
|
edayildiz replied at 12-8-2024 03:34 PM
la br nk speku lari dr rumah..
inallilah..makin kejamm..tkt la..tkt org dendam ngn kita..
kt ofis i ...
Aiols lepas kena scam sekali tu dulu.. mmg aiols redha je... anggap lah itu harga sebuah pengajaran jangan cepat percaya orang...
InsyaAllah berlimpah ruah rezeki Allah ganti |
|
|
|
|
|
|
|
Orang buat test covid tak sampai 5 saat dah dapat result ko buat test dna setengah tahun
Kenapa tak beli test kit dari China je
Kalau tak tahu tanya WHO jangan nak kata who tu conspiracy reptilians tapi sendiri tak pandai buat lebih baik. Eh penat lah. |
|
|
|
|
|
|
|
razzia replied at 12-8-2024 02:36 PM
setan dh bunuh kau kerat2 pastu buang dlm tong smpah ..motif??klu kau bunuh aje tak kerat tak ble
ka ...
Dia bunuh dulu baru kerat ke kerat dulu baru bunuh? |
|
|
|
|
|
|
|
Kejamm punya manusia...dh bunuh sekian hal,dipotong² lagi.. |
|
|
|
|
|
|
|
Heols sampai berhenti keje sebab nak buat investment ke? Sayangnya lah, teringat Tekya kata dik Eman hutang sheols, rupanya duit investment yg rugi. Sampai ke sudah Tekya gila. |
|
|
|
|
|
|
|
Adakah mangsa melabur forex dengan suspek tapi duit hangus? Mangsa asyik kacau suspek minta balik duit. Suspek hilang sabar terus bunuh mangsa? |
|
|
|
|
|
|
|
dua_chzy replied at 12-8-2024 12:20 PM
Orang Islam suma yang terlibat kan?
Makan babi pun tak, tapi syaitonirojim sangat perangai.
Ye sis. Tak mkn babi pun tp yg jahat serupa syaiton ni iols suspek mkn rezeki tak berkat.
Hati keras |
|
|
|
|
|
|
|
mcmana korg tahu dibunuh dluu sblm dipotong..
jht la ingt ank ayam ke..
i nk potong ayam pun tkt...giler bethol manusia |
|
|
|
|
|
|
|
NASIONAL
'Dia seorang isteri yang taat'
Ogos 12, 2024 @ 12:12pm
Oleh Mary Victoria Dass
[email protected]
Mohd Yusof, Istiqomah dan anak mereka - Foto Ihsan keluarga
PASIR GUDANG: "Harapan saya kalau boleh saya mahu hukuman yang setimpal untuk si pelaku kalau boleh hukuman gantung, orang rumah saya adalah insan yang taat kepada suami," kata suami kepada Istiqomah Ahmad Rozi, Mohd Yusof Mokhtar, 35.
Beliau berkata, keluarganya reda dan terpaksa menerima suratan takdir yang menyayatkan hati itu namun tetap mahukan keadilan sewajarnya.
Menurutnya, keluarganya menuntut supaya hukuman keras dikenakan kerana perbuatan suspek amat kejam dan tidak berperikemanusiaan.
"Dia isteri yang baik, kalau ada apa-apa dia akan minta izin dengan saya.
"Saya nak keadilan baginya, memang kejam dia (pelaku) buat macam itu," katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Kota Masai di sini hari ini.
Mohd Yusof berkata, kesemua anaknya iaitu Naura Auni, 9, Muhammad Naufal Amzar, 6, dan
Nayla Aisya, 4, diharap dapat memahami pemergian ibunya selepas penantian kira-kira lapan bulan.
"Anak sulung saya banyak diam, termenung dan rindukan ibunya. Saya beritahu dan pujuk dia, abah ada, datuk dan nenek pun ada. Anak sulung dan kedua tidak menangis, dia akan kata mama (arwah) pergi ke sekolah.
"Anak sulung saya sebelum ini tidak mahu pergi sekolah kerana kawannya selalu bertanya ibunya sudah hilang. Sikap anak sulung seperti isteri saya iaitu seorang pendiam dan suka tolong orang," katanya.
Sementara itu, ibu mangsa, Saleha Ya, 58, berkata, kali terakhir dia bertemu arwah yang merupakan anak sulung daripada dua beradik itu ketika bercuti kira-kira dua hari sebelum Istiqomah dilaporkan hilang.
Menurutnya, ketika bercuti bersama-sama keluarga arwah di Morib, Selangor, mangsa tidak menunjukkan sebarang perubahan sehingga dimaklumkan berita kehilangan anaknya itu oleh Mohd Yusof.
Katanya, sepanjang kehilangan anaknya itu, dia bersama-sama suami, Ahmad Rozi Latimin, 64, yang tinggal di Pasir Mas, Kelantan, telah membuat ujian DNA di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam dan IPD Alor Gajah.
"Kami sekeluarga pasrah dengan ketentuan ilahi.
"Dia suka bantu orang, kalau orang tu tak ada duit, kadang-kadang dia kata umi orang tu tiada ada duit, bagilah sikit, dengan mak saudara dia pun selalu dia hulur bantuan bagi bulan-bulan.
Ahmad Rozi pula berkata, jenazah arwah akan dibawa balik dan dikebumikan di Kampung Kubang Badak, Pasir Mas, selepas selesai proses tuntutan jenazah.
"Sekarang kami sedang menunggu proses bedah siasat di hospital siap, tidak tahu bila, apabila siap jenazah akan dibawa terus ke Pasir Mas untuk dikebumikan di sana," katanya.
Pada 26 Disember lalu, guru Sekolah Kebangsaan (SK) Kota Masai 3 beruia 24 tahun itu tidak
pulang ke rumah selepas keluar bekerja.
Sehari selepas itu, laporan berhubung kehilangannya diterima polis dan kemudian kereta milik arwah ditemui di sebuah pasar raya terkemuka di bandar raya ini.
Pada 28 Disember, berita berkaitan kehilangan Istiqomah mula tular dan Mohd Yusof menyatakan sudah mengusahakan pelbagai cara untuk mengesan isterinya termasuk mendapatkan khidmat perubatan Islam.
Pada 6 Januari lalu, media melaporkan seorang wanita ditemui dibunuh dengan kejam apabila bahagian badannya ditemui disumbat dalam tong sampah dan dibuang dalam longkang di Kampung Tanjung Rimau, Pulau Sebang, Alor Gajah, pada 31 Disember lalu namun identiti mangsa ketika itu masih belum diketahui.
Hari ini, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Ashari Abu Samah mengesahkan mayat tanpa kepala, badan dan tangan yang ditemui dalam tong sampah pada 31 Disember lalu itu adalah milik Istiqomah.
https://www.bharian.com.my/berit ... ng-isteri-yang-taat |
|
|
|
|
|
|
|
orkid_amani replied at 12-8-2024 04:31 PM
Aii guna find my device. Tp bukan setiap masa laa nk p check location husband kat mana..kalau dia ...
Check location ni,kena kebenaran tuan punya hp ke?
Ai pernah buat tau dlu,asben balik kerja dia gelakkan ai rupanya dia dpt msg ai nak tgk location dia
Kantoii pulak |
|
|
|
|
|
|
|
Kes bunuh kejam mcm ni mmg layak digantung. |
|
|
|
|
|
|
|
aciksenah replied at 12-8-2024 04:43 PM
Dia nak buang mayat tu, tapi berat nak heret mcm tu tanpa orang nampak. Sebab tu biasa orang poton ...
Tp nk potong kerat2 gtu lg payah kot lg klu buat sorang..mmg syaitan sgt msa kerat tu xkn rsa apa??? Kita potong kerat ayam pn x rajin tau..ni orangg.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|