|
Rahsia Hati Hanim- [U] update n3 baru page 21 (sorry lambat update)
[Copy link]
|
|
thks shana, best citer ni... next n3 blh lah letak pjggggggggggggg2 lg ya |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 60# shana85
takde hal... and thanks for sharing your work. dapat juga mencuci mata membaca |
|
|
|
|
|
|
|
“Hei…kau telefon jantan tu lagi?” satu suara kasar menegurnya. Linda tersentak. Mukanya berkerut menahan kesakitan bila tangan kasar itu menarik rambutnya. Tidak sangka lelaki itu akan datang.
“Tak.. tak…” Linda cuba menafikannya. Ada gentar pada suaranya apatah lagi bila melihat wajah bengis lelaki dihadapannya.
“Aku dah pesan banyak kali, jangan ganggu mereka tapi kau degil,” tangan kasar itu terus menampar pipi Linda. Linda cuba mengelak lalu menambahkan lagi berang lelaki itu. Tubuh Linda pula menjadi mangsa. Linda hanya mampu menangis. Tubuhnya makin lemah. Dibiarkan sahaja apa yang lelaki itu ingin lakukan. Tidak berdaya lagi.
Linda terus menangis. Lelaki itu sudah pergi meninggalkan dirinya yang masih meratap pilu. Seluruh tubuhnya sakit. Tidak mengerti mengapa ini yang berlaku. Apa dosanya pada lelaki itu. Episode hitamnya bermula setahun yang lalu. Tidak sangka lelaki yang begitu hebat di mata masyarakat rupanya syaitan bertopengkan manusia. Linda terus menangis bersama penyesalan yang tiada penghujungnya.
………………………………………………………………………………………………………..
Lelaki itu mengusap foto ditangannya. Wajah comel itu ditatap penuh kasih. Ada kepuasan diwajahnya. Dia tidak akan membiarkan sesiapapun melukakan gadis itu. Gadis yang amat disayanginya.
“along tak kan biarkan sesiapapun melukai adik. Along sayang adik” bisik lelaki itu perlahan. Airmata yang mengalir di biarkan. Hatinya begitu merindui adik. Adik yang terpisah darinya bertahun yang lalu.
“Mak, along janji akan terus lindungi adik biarpun dari jauh. Along akan musnahkan sesiapa yang membuat adik menangis. Along tak akan biarkan adik terluka” tekad lelaki itu. Lelaki itu tersenyum. Puas melihat perempuan itu menderita. Semuanya kerana perempuan tersebut. Perempuan yang menyeret adik kelembah derita. Dia tidak akan sesekali memaafkan perempuan itu. Perempuan itu akan menderita untuk seumur hidupnya.
………………………………………………………………………………………………………..
Hanim tersenyum melihat telatah Amar yang sedang leka menonton tv. Anak kecil itu sesekali meniru lagak ultroman yang sedang mengalahkan rasaksa. Bahagia. Hanim sesekali menyelak majalah di tangan. Matanya terhenti pada wajah Linda yang sedang memperagakan pakaian. Entah apa kesudahan kisah Aizad bersama Linda. Dia tahu lelaki itu amat menyintai Linda. Hanim juga masih keliru. Tak percaya bagaimana dia dan Aizad boleh berkahwin. Puas sudah Hanim mencuba mengingati perkara tersebut, hampa. Dia langsung tidak ingat malah kepalanya makin sakit bila Hnaim memaksa diri untuk mengingat memori tersebut.
“Kenapa dahi tu berkerut-kerut? Hanim fikirkan apa?” tegur opah. Hanim hanya tersenyum memandang opah yang sudah duduk disisinya.
“Tak ada apa-apa. Hanim Cuma teringatkan Linda bila tengok gambar ni,” terang Hanim tulus. Malas hendak berdolak-dalik. Manalah tahu opah akan cerita kesudahan kisah cinta Aizad bersama Linda dan bagaimana pula Hanim boleh berkahwin dengan lelaki itu. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 63# nhid_tam
pengacau??? siapa tu |
|
|
|
|
|
|
|
“Apakata Hanim Tanya Aizad sendiri. Opah malaslah nak berceritera segala bagai petang-petang macam ni,” jawab opah sambil tersenyum.
“Malasla nak Tanya, asyik sibuk je. Keluar pagi, balik tengah malam. Waktu mana yang Hanim nak Tanya,” adu Hanim. Opah tersenyum. Hanim yang baru ni lain benar dengan yang dulu. Yang ini lebih berterus terang. Apa yang difikirkan itulah yang diluah. Direct jer. Tak de sembunyi-sembunyi.
“La… kasihannya cucu opah ni. Nanti opah marah Aizad sebab tak luang masa dengan Hanim…” pujuk opah.
“Opah janganlah beritahu abang… Hanim malu…” Hanim pantas bersuara. Tidak dapat dibayangkan bagaimana jika opah beritahu Aizad. Mesti malu. Tak tahu mana nak taruk muka yang comel ni.
“Yelah, opah tak beritahu cucu opah tu tapi opah rasa opah kena complain juga…” Opah tersenyum-senyum melihat Hanim.
“Kenapa? Hanim tak kisah pun abang tak der. Best lagi sebab dapat manja-manja dengan opah,” jawab Hanim lalu memeluk opah. Kepala sudah terlentok di bahu opah. Manja.
“Isy… kenapa pula? Kalau mcam tu kesian Amar dan opah. Entah tahun bila opah nak timang cicit dan Amar nak beradik…” Opah bersuara sambil ketawa.
“Opah…” hanim sudah terjerit. Mukanya masam.
“Amar tengok umi merajuk… tak lawakan muka umi bila merajuk…” opah bersuara sambil memeluk Amar yang menghampiri mereka bila terdengar jeritan Hanim.
“Mi… ngan juk… tak omella…” Amar turut memujuk Hanim walaupun masih lagi pelat. Tangannya mengusap pipi hanim yang masih lagi masam wajahnya. Hanim cuba serius. Masih berusaha menahan tawa melihat gelagat Amar yang cute sangat. Comel. |
|
|
|
|
|
|
|
lelaki jahat tu ada hubungan dgn Hanim ke? terasa2 cam gitu je... thanks hanim for the update. |
|
|
|
|
|
|
|
Aizad menghampiri Hanim dan Amar yang sudah nyenyak tidur. Tersenyum bahagia. Amar juga sudah makin sihat. Tidak lagi demam. Tubuh pun dah makin berisi. Anak kecilnya makin riang dan ceria. Gelagat dan suara Amar makin memeriahkan rumah mereka. Amar makin aktif dan keletah, tidak lagi murung seperti dahulu. Ternyata Amar amat memerlukan uminya disisi.
Aizad takut memikirkan apa yang akan terjadi jika ingatan Hanim pulih. Adakah Hanim akan meninggalkan mereka lagi? Membawa rajuk dan hati yang luka jauh dari mereka. Aizad takut memikirkannya. Bagaimana dengan Amar? Apa yang harus dia lakukan? Aizad keliru.
“Abang dah balik?” hanim menyoal. Tidurnya terganggu. Hanim merenung Aizad yang masih diam. Mata Aizad terpaku pada gambar pernikahan mereka. Apa yang Aizad fikirkan.
“Abang…” Tegur Hanim lagi. Perlahan disentuhnya bahu Aizad. Aizad tersentak. Matanya terpaku pada wajah hanim yang memandangnya penuh tanda Tanya. Tanpa kata, Aizad menarik tubuh Hanim ke dalam pelukannya. Tubuh itu dipeluk erat. Takut untuk melepaskan Hanim pergi. Hanim yang berada dalam pelukan Aizad terpinga-pinga. Hairan dengan tingkah Aizad yang agak aneh malam ini. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 67# ashyta
jeng3.. biarlah misteri untuk sementara waktu |
|
|
|
|
|
|
|
mekasih shana.... harap dapat sambung secepat mungkin. |
|
|
|
|
|
|
|
next next
camana lah hanim kalau ingatannya
pulih nanti. |
|
|
|
|
|
|
|
nak lagi n3 leh... |
|
|
|
|
|
|
|
As salam.... sambung lagi..... |
|
|
|
|
|
|
|
Hanim membelek album lama miliknya. Gambar-gambar ketika zaman sekolah dan zaman gadisnya. Tiba-tiba mata Hanim terpaku pada sekeping gambar. Gambar seorang pemuda yang sedang riang tesenyum.
“Khaer?” Hanim tergamam. Otaknya ligat berfikir. Apa yang terjadi? Kemana Khaer menghilang. Hanim mula keliru. Mak? Mana mak? Hanim mula teringat yang mak langsung tidak melawatnya. Apa yang terjadi? Mak sakit? Hanim mula panic.
“Hanim, kenapa ni?” Aizad yang baru keluar bilik air bertanya. Wajah Hanim yang pucat mengundang seribu pertanyaa.
“Mak mana? Kenapa mak tak datang tengok Hanim? Mak sakit ke?” hanim bertanya bersama tangisan. Air mata mula membasahi pipi.
“Hanim, tenang dulu. Jangan macam ni,” pujuk Aizad. Serba salah untuk berterus terang.
“Hanim tak peduli. Hanim Cuma nak mak. Mana mak pergi” Jerit Hanim.
“Hanim dengar cakap abang. Abang Cuma akan beritahu jika Hanim bertenang. Berhenti menangis,” tegas Aizad. Hanim terdiam lama. Cuba mengawal perasaannya yang bercelaru.
“abang nak Hanim bersabar. Tak nak nangis dan paling penting kawal perasaan Hanim. Jangan ikut emosi. Janji” Aizad memandang Hanim yang masih diam. Hanya kedengaran esakan kecilnya. Hanim mengangguk. |
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa ngan Hanim nie..... terlalu menderita..... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 76# naufal2705
ada kebahagiaan di penghujungnya tu... |
|
|
|
|
|
|
|
tuelah HANIM nie nape erkkk... |
|
|
|
|
|
|
|
“sebenarnya mak dah meninggal dua tahu lalu…” aizad bersuara perlahan. Tidak sampai hati memberitahu hal ini pada Hanim. Bukan niat untuk merahsiakan namun rasanya saat ini tidak sesuai. Apatah lagi dalam keadaan Hanim yang masih keliru. Takut memikirkan penerimaan Hanim.
“Tak… Hanim tak percaya. Abang tipu… mak ada lagi… abang tipu” Hanim menjerit. Cuba menafikan apa yang di beritahu Aizad.
“Hanim, sabar sayang. Jangan menangis macam ni. Mak tentu sedih lihat Hanim macam ni,” pujuk Aizad. Tubuh Hanim di peluk erat. Tahu sudah tiba masanya untuk berterus terang dengan Hanim.
“Kenapa Hanim tak ingat langsung. Macammana mak meninggal? Pembedahan tu tak berjaya ke?” soal Hanim bersama-sama dengan tangisannya.
“Pembedahan tu berjaya tapi kanser tu kembali menyerang. Mak tak kuat lagi untuk bertahan. Mak meninggal di pangkuan Hanim…” cerita Aizad. Hatinya turut pedih mengingati detik itu. Hanim sangat tertekan. Mujurlah hanim dan Amar yang berada dalam kandungan Hanim selamat.
“Hanim mungkin tak ingat tapi Hanim pernah beritahu abang Allah ambil mak dari Hanim tapi Allah kurniakan Hanim anugerah yang berharga sekali… Allah kurniakan Amar pada kita. Hanim mesti kuat untuk Amar. Jika dulu Hanim boleh lakukan abang yakin Hanim boleh lakukan untuk kali ini juga…” Hanim hanya diam mendengar bicara Aizad. Air mata yang mengalir dibiarkan.
“Khaer macam mana?” Hanim menyoal mengenai Khaer tiba-tiba. Aizad terdiam. Khaer? Dia pernah mendengar nama itu tapi tidak tahu kaitan lelaki itu dengan Hanim.
“Maaf, Khaer siapa? Abang tak ingatlah. Rasanya Hanim tak pernah kenalkan Khaer dengan abang” terang Aizad. Berkerut dahi Hanim.
“Khaer tu sebenarnya tunang Hanim. Itu yang Hanim keliru tu. Abangkan nak kahwin dengan Linda model tu, Hanim pula dah tunang dengan Khaer. ntah macam mana pulak kita boleh kahwin ni?” Aizad tergamam mendengar cerita Hanim. Tidak tahu apa yang harus dicakapkan. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 76# naufal2705
menderita sangat ke? agaknya tengah mood sedih tulis cerita ni tu yg jd sedih je memanjang:cry: |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|