|
CINTA LUARBIASA (YANG ARIF YANG WANGI). (U)
[Copy link]
|
|
misteri nusantara sungguh!!
anak sapa lah agaknya ek??
kes lari dari umah kot??? xpun sbb mak pak nak jual dia....
tu yg nak lari jauh tu sampai ic pun xsempat nk amik..... |
|
|
|
|
|
|
|
wahhh best jugak kalau betul ni
juliet80 Post at 21-2-2011 08:11
anak bunian kacukan sepanyol |
|
|
|
|
|
|
|
next fizi ... |
|
|
|
|
|
|
|
aku betul2 tak leh sabar kalau part yg best cm ni.kalau buku mau aku habiskan baca 1 jam. |
|
|
|
|
|
|
|
salam.....
baru mangkit tidoq.... |
|
|
|
|
|
|
|
Jasmin meneliti ruang kamar mewah yang terbentang di depan matanya. Seumur hidupnya, itulah kali pertama dia berada di tempat semewah itu. Bilik hotel itu memang besar. Lebih besar dari rumahnya. Anehnya, nama sahaja bilik hotel, tetapi lengkap dengan ruang tamu, balkoni dan bilik tidur yang terletak berasingan. Sebaik tiba di situ tadi bersama abang baik hati tadi, matanya masih tidak dapat lari dari meneliti setiap sudut bilik itu.
Pandangannya segera teralih apabila abang baik hati tadi keluar dari bilik tidurnya.
“Ini baju. Ambil. Pergi mandi dan salin,” arah abang baik hati tadi. Jasmin terdiam. Matanya tunak memandang satu bungkusan beg kertas di meja kopi. 2 hari dia masih belum mandi. Bukan tidak mahu, tapi luka di bahagian kaki membataskan pergerakannya. Tambahan pula, dia tidak mempunyai baju untuk disalin.
Jasmin ikut saja kata2 abang baik hati itu. Bungkusan yang ditunjuk diambil. Abang baik hati yang sudah duduk di balkoni luar dipandang.
“Kat mana bilik air bang?” soal Jasmin. Abang baik hati segera bangun lalu membukakan pintu bilik tidur.
“Dalam tu. Yang ada pintu bercermin tu…” kata abang baik hati itu lagi. Jasmin angguk lagi. Langkahnya di atur dengan debaran di dada ke bilik yang ditunjuk.Tombol pintu bilik bercermin yang dikatakan tadi dipulas. Wah!!! Bilik air ni besarnya!!! Sana sini cermin!!! Di satu sudut, terdapat cermin separa pinggang ke atas dengan longgokan produk penjagaan diri. Di hujung sudut, terdapat sebuah tab mandi yang besar yang hanya dilitupi dengan langsir putih yang panjang. Di satu sudut lagi, terdapat sebuah bilik yang berdinding kaca yang menempatkan pancuran air.
Wahh…bilik air pun macam istana aku tengok! Jasmin telan air liur. Dia meletakkan bungkusan pakaiannya diatas rak. Dia mencari2 sesuatu. Puas ditelek ke seluruh bilik air yang besar itu, tapi tidak nampak satu pun apa yang dicarinya. Jasmin mengetap bibir. Perlahan2, dia keluar dari bilik mandi itu.
Abang baik hati itu sedang berada di balkoni luar dengan minumannya.
“Bang…” suaranya perlahan memanggil lelaki itu. Pantas lelaki itu menoleh.
“Kain basahan kat mana?” soal Jasmin. Dan mata lelaki itu terbeliak memandangnya. Jasmin ketap bibir lantas tunduk. Aku salah cakap ke? |
|
|
|
|
|
|
|
“Err..i would like to ask, did you sell any sarong here?” soal Arif sambil menggaru2 kepalanya yang tidak gatal. Gadis tadi masih berada di depannya tegak berdiri macam patung. Suara penyambut tetamu dihujung talian pantas bebicara dan Arif hanya mengangguk2 sekali-sekala.
“Err..okay. if that the case, can you send me one? I’m in room number 404. Yup..i need it urgently,” gagang telefon terus diletak. Arif memandang gadis di depannya.
“Diorang tak ada sarong. Tapi, ada pareo batik saja. Boleh?” soal Arif sambil memandang tepat ke wajah gadis itu. Apa yang pentingnya sangat dengan kain basahan? Bukannya mandi di tepi sungai yang boleh dilihat orang! Tapi, memandang wajah simpati dan naif budak itu, diturut saja.
Gadis itu angguk. Arif menarik nafas lemah lagi. Lama menunggu, akhirnya loceng pintu berbunyi juga. Segera Arif bangun dan membuka. Beg kertas bertukar tangan lantas segera Arif menutup pintu semula.
“Thank you so much,” sempat jua diucapkan ayat itu sebelum daun pintu ditutup rapat. Lantas Arif menghampiri budak perempuan itu.
“Nah…Ada apa2 permintaan lagi?” seakan menyindir, Arif merenung tepat ke mata budak perempuan itu yang sedang tertunduk. Cepat2 gadis polos itu menggeleng. Arif terus ke balkoni, menyambung minumannya yang terbantut manakala gadis itu terus menyusup senyap ke bilik air.
Apabila gadis itu hilang dari pandangan matanya, Arif merenung pintu bilik tidurnya. Betul ke dia tak lari dari rumah? Betul ke dia tak ada mak ayah? Harap apa dia cakap..betul. Kalau aku tahu aku kena tipu, siap!!! Arif mengangkat kakinya berlunjur di kerusi panjang yang terdapat di balkoni hotel yang menghadap laut. |
|
|
|
|
|
|
|
Jasmin sudah pun berkemban. Cantik jugak pareo batik ni….Jasmin merenung tab mandi dan bilik pancuran yang berdinding kaca. Macam mana nak mandi guna dua benda ni? Jasmin memandang tab mandi, kemudian menggeleng. Tak berhasil….Lalu tab mandi ditinggalkan. Dia menghampiri bilik pancuran. Haa…yang ni lebih kurang macam air pancur kat asrama aku dulu.
Tombol dicari lalu dipulas. Air menderu keluar dari pancuran. Jasmin menghulur tangannya untuk merasa suhu air. Mak ai!!!Panasnya!!!! Segera tangannya ditarik ke belakang. Wap panas cepat sahaja menyerap ke sekitar bilik berdinding cermin itu lalu membuatkan seluruh dinding bilik pancuran berkabus.
Jasmin mengetap bibir merenung pancuran yang tinggi kira2 2 kaki dari kepalanya. Macam mana ni? Dia kemudian meneliti abjad2 yang tertera pada pelaras tombol. Mujurlah aku pernah bersekolah, tahu membaca. Kalau tak….
Tombol pancuran dipulas ke arah penunjuk aras ‘cold’. Jasmin merenung kepala pancuran. Tombol dipulas sekali lagi. Air menderu keluar sekali lagi. Jasmin menghulur tangannya dengan teragak2. Bimbang kepanasan lagi.
Fuh…Jasmin senyum sendirian. Dah sejuk….boleh mandi…..Kakinya yang masih luka cuba dijaga rapi, bimbang terkena air. Namun, percikan air membuatkan balutan kakinya basah juga sdikit sebanyak. |
|
|
|
|
|
|
|
Jasmin yang baru selesai mandi, segera keluar dengan jalan yang terjingkit2. Balutan lukanya yang basah buat kakinya berdenyut. Baju kotornya sudah dibasuh dan dijinjing untuk disidai di balkoni. Sesekali, air perahan baju menitik ke lantai. Kakinya yang sakit melambatkan lagi langkahnya.
Abang baik hati yang sedang membaca di balkoni segera memandangnya dengan pandangan hairan. Dia bangun sambil memandang langkah Jasmin yang menghampirinya. Segala gerak geri Jasmin yang menyidai baju di palang balkoni di renung seorang pesalah. Serba salah Jasmine hendak mengatur langkah.
Selesai menyidai baju, Jasmine duduk di sofa ruang tamu. Abang baik hati itu masuk kedalam bilik, kemudian keluar sambil membawa tuala. Tuala dicampakkan ke lantai. Jasmin dan abang baik hati itu berpandangan. Jasmin kelu melihat pandangan tajam mata lelaki itu.
Abang baik hati itu tiba2 mengelap sisa2 air yang menitis di lantai dengan tuala putih tersebut. Di pijak2 lantai dengan kakinya. Jasmin terasa hendak melopong. Bulat matanya memandang perilaku lelaki itu.
“Minta maaf bang. Nanti saya lap..” cepat2 Jasmin bangun lalu cuba mendapatkan tuala di kaki lelaki itu.
“Tak payah! Tak payah! Adik tu tengah sakit. Biar abang je yang lap..” pantas dia menepis. Jasmine serba salah lagi. Yang hanya boleh dilakukan, ialah memandang sahaja.
“Lain kali, tak payah basuh baju. Letak saja baju kotor kat dalam bakul tepi bilik baju tu. Nanti abang hantar dobi saja,” tambah abang baik hati itu lagi. Jasmine terdiam, kemudian mengangguk sebaik abang baik hati memandangnya. |
|
|
|
|
|
|
|
Selesai mengelap, abang baik hati itu terus berlalu ke bilik tidurnya. Pintu bilik tidur ditutup dari dalam. Kini tinggallah Jasmine keseorangan di ruang tamu mewah itu. Setelah memastikan abang baik hati itu benar2 tidak akan keluar ke ruang tamu lagi, perlahan2 Jasmin mengangkat kakinya ke atas sebuah kerusi yang berhadapan dengannya. Kaki seluar track berwarna biru muda pemberian abang baik hati itu disinsing ke atas.
Betis putihnya terserlah. Balutan di betis yang agak basah menyakitkan. Perlahan2, di buka balutan di betisnya perlahan2. Kapas yang melekat di luka yang belum kering sepenuhnya ditarik keluar perlahan2. Sakitnya cuba ditahan.
Jasmin menghembus lukanya yang masih merah. Dia mengeluarkan sebungkus ubat yang dibekalkan hospital sebelum dia pulang tempohari dari kocek seluar track suitnya. Ada 5 jenis ubat kesemuanya. Satu ubat cair kuning untuk luka, dan 4 lagi ubat untuk dimakan.
Botol ubat kuning dibuka perlahan2. Tidak tentu arah perasaannya bila dia tidak mempunyai kapas untuk menyapu ubat kuning itu ke lukanya. Tidak berfikir panjang, dia menggunakan hujung jarinya saja lalu menyapu luka kakinya perlahan2. Segala rasa sejuk, dingin pedih bercampur menjadi satu sebaik ubat kuning itu menyentuh lukanya.
Ssssttt…sakit!! Berkerut dahi Jasmine menahan pedih. Tapi ditahan juga dan luka yang berukuran 20 cm panjang itu disapu ubat juga. Dia mahu segera sembuh. Dia mahu cepat2 keluar dari jagaan abang baik hati itu. Dia mahu segera mencari kerja.
Kerja! Jasmin merenung ke lukanya. Kat mana aku nak cari kerja? Nafas resah ditarik perlahan2. Pandangannya dilempar ke balkoni luar. Bunyi ombak yang menderu benar2 meleraikan segala resah dijiwa. Tuhan! Kenapa aku masih hidup? Bukankah sepatutnya aku mati saja malam itu? Jasmin terleka merenung lukanya dengan seribu ceritanya di minda. |
|
|
|
|
|
|
|
Arif bangun dari tidurnya yang sekejap cuma. Puas dicuba untuk tidur, namun mata tidak dapat dipejam rapat. Mengapa susah pulak nak tidur, padahal sewaktu kerja dulu, hari2 rasa macam nak meringkuk dalam selimut saja. Sekarang, mata segar bugar pula. Hmmm…
Arif bangun dari katil lalu menuju kamar mandi. Pintu dibuka. Dan matanya terbuntang luas. Mak aii….
Seluruh lantai kamar mandi itu basah. Arif menggaru2 kepalanya. Budak ni basuh bilik air ke…mandi? Pareo merah yang masih basah turut tergantung dipalang tab mandi. Ini…kedai jual kain ke? Aduss…Tidak jadi hendak masuk, Arif keluar dari biliknya menuju ruang tamu, hendak mencari gadis polos tadi.
Sebaik keluar, Arif terpandang gadis polos itu yang sedang menyapu ubat ke luka dikakinya. Melihat tubuh Arif tercegat memandangnya, cepat2 gadis polos itu cuba menutup kembali lukanya. Ternyata, kehadiran Arif memeranjatkannya. Mungkin dia berkira Arif sudah tidur barangkali.
Berkerut dahi Arif. Besarnya luka dia…Arif mengatur langkah menuju gadis itu. Arif duduk di sofa bertentangan gais itu. Muka gadis itu yang sedang menurunkan kakinya dari sofa dipandang tajam. Gadis itu tunduk takut. Mata Arif menjengah kaki gadis itu pula.
“Tengok luka ..” pinta Arif.
“Sikit saja..” gadis itu enggan memberi.
“Tengok…” pinta Arif keras . Dengan serba salah, gadis itu menyelak kaki seluarnya. Arif memandang luka itu. Keningnya terangkat. Phewww…betis gadis itu sudah tidak ada kulit luar. Yang terlihat hanya isi betis yang merah basah.
“Macam mana doctor kata adik dah boleh balik? Luka tu serius!!” marah Arif. Tidak tahu pada siapa sebenarnya ditujukan marah itu. Gadis itu terdiam serba salah.
“Dia ada bagi adik ubat?” soal Arif sambil merenung tepat ke mata gadis itu. Gadis itu angguk.
“Mana?” soal Arif. Gadis itu menunjukkan sebungkus ubat kepada Arif. Arif mengambil bungkusan ubat itu lalu menuangkan ubat2 ke atas meja kopi. Diteliti satu persatu ubat yang diberikan. Sesekali matanya mengerling kea rah gadis itu.
“Dah makan semua ubat ni?” soalnya. Gadis itu geleng. Arif membaca nama yang tertera pada bungkusan luar ubat.
‘Nama Pesakit: Jasmin binti Abdullah’
“Jasmin?” soalnya sambil matanya tunak merenung mata coklat gadis itu. Gadis itu yang pada mulanya sedikit kehairanan, kemudian mengangguk.
“Nak panggil apa?” soal Arif lagi. Sedikit senyum terukir di bibirnya. Entah mengapa. Barangkali kerana berjaya mengetahui nama gadis itu tanpa bertanya empunya badan.
“Jas,” balas gadis itu perlahan. Serak sedikit suaranya. Arif angguk.
“Tunggu sekejap,” Arif bangun beredar ke bilik menyelongkar first aid kit yang terdapat di dalam bilik tidur. Kemudian dia kembali berteleku di depan gadis itu.
“Ambil gauze ni, balut luka tu. Tak boleh biar luka macam tu terdedah. Nanti kuman masuk, terus kaki tu kena potong,” arah Arif dalam nada menakutkan gadis di depannya. Oppss..lupa, nama dia Jasmine!
Jasmine akur. Segala suruhan Arif dibuat tanpa bantahan. Lalu Arif hanya bersandar memerhatikan Jasmin di depannya yang sedang berhati2 membalut luka. Balutan di buat perlahan2. Sakit agaknya. Sesekali Arif lihat, dahi Jasmin berkerut.
Arif terdiam sejenak. Merenung kapas dan pembalut yang cuma tinggal sedikit saja lagi di dalam kotak pertolongan cemas. Rasanya tak cukup untuk menampung luka budak ni. Arif memandang Jasmin pula. Sampai bila budak ni nak tinggal dengan aku kat sini? Silap2 kena cekup dengan pencegah maksiat pula. Manalah tahu, kalau2 pencegah maksiat turut menyelongkar hotel mewah ini…
Bibirnya diketap kemudian dilepaskan. Arif bangun, menghampiri meja sisi yang diletakkan dompet dan kunci keretanya.
“Agak2, berapa lama Jas nak tinggal kat sini?” soal Arif perlahan. Badannya membelakangi Jasmine. Jasmine terdiam sejenak dengan soalan itu.
“Kalau abang nak saya keluar dari sini sekarang pun boleh,” balas Jasmine perlahan. Arif berpusing memandang Jasmin.
“Abang tak suruh Jas keluar dari sini. Abang cuma nak tahu, berapa banyak baju abang kena beli untuk Jas,” kata Arif tegas. Pandangannya serius, bersatu dengan pandangan Jasmine yang terpinga2.
“Tak payahlah bang. 3 helai ini pun dah cukup..Lagipun, saya tak ada duit,” ujar Jasmin berterus terang. Arif tersenyum simpul.
“Tak apa. Abang tolak duit ganti rugi sebab langgar Jas saja,” sambung Arif. Jasmin yang mendengar melopong. Duit ganti rugi? Ganti rugi apa??
“Kalau sesiapa ketuk pintu, jangan buka,” pesan Arif lalu keluar dari bilik hotel itu. Daun pintu terus tertutup rapat. Bayang Arif hilang di sebalik pintu. Jasmin terpinga2. Dia terkebil2 seorang diri. Balutan di kaki sudah siap. Kemana abang baik hati tu pergi? Tiada jawapan atas pertanyaannya itu, Jasmine lantas merebahkan badannya ke sofa. Kakinya dilunjurkan. Matanya dipejam. Dia benar2 penat. |
|
|
|
|
|
|
|
cukupla kot utk kali ni... |
|
|
|
|
|
|
|
pekehei server cam cipan je mlm ni?????hiiiiiii... |
|
|
|
|
|
|
|
makin best ni..sambung lagi ye |
|
|
|
|
|
|
|
siannye jasmen .....besar luka 20cm tu |
|
|
|
|
|
|
|
best nya ! |
|
|
|
|
|
|
|
best.....
nak lagi...
x sabar ni |
|
|
|
|
|
|
|
misteri sungguh gadis nama jazmine ni....
tp tentu dia larikan diri dr sesuatu.....
cpt sambung fizz... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|