CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6111|Reply: 94

"Survey Rumah Orang Tua Untuk Encik Suami,"Wanita Dikecam Nak Tinggal Suami Di Rumah Orang Tua-Tua, Siap Suruh Praktis Naik Kerusi Lif

[Copy link]
Post time 7-8-2023 02:02 PM | Show all posts |Read mode
Ramai yang risau bila memikirkan hari tua, takut jika memerlukan perhatian khusus akibat penyakit kronik selain faktor kewangan yang tidak kukuh.


Bak kata orang anak yang ramai belum tentu dapat menjaga orang tua mereka atas pelbagai faktor dan kekangan.


Baru-baru ini seorang wanita tular selepas video suaminya mencuba kerusi lif di sebuah pusat jagaan orang tua mendapat perhatian ramai.


Foto: mStar




Kapsyen 'survey rumah orang tua untuk encik suami' membuatkan ramai yang mengecamnya.


Wanita itu dikatakan seolah-olah mendoakan agar dia suami menghabiskan sisa hayat mereka kelak di pusat jagaan.


Bagaimanapun kata Noor Ezlinda Ismail, dia dan suami Zien Hashim sudah bersedia dengan sebarang kemungkinan yang bakal dihadapi apabila mereka sudah tua nanti.


“Kami memang bersedia sekiranya anak-anak tak dapat nak jaga,” luah wanita berusia 39 tahun itu ringkas kepada mStar.





Bagi dia yang menjalankan bisnes emas, tinggal di pusat jagaan orang tua bukanlah bererti dibenci anak-anak sebaliknya ia adalah pilihan.


Malah katanya, keinginan tersebut terdetik selepas melihat fasiliti dan kemudahan yang terdapat di sebuah pusat jagaan ketika menghantar bekas penjaga ibu mentuanya.


Bukan sahaja menepati keperluan warga emas, lokasinya pun strategik serta cantik dan tidak seperti keadaan di pusat-pusat jagaan yang sering dilihat sebelum ini.


“Selepas ibu mentua saya meninggal, saya hantar semula penjaga arwah pulang ke rumah orang tu kerana pemilik kekurangan staf.


“Masa tu barulah saya tahu ada rumah orang tua yang cantik siap ada khidmat doktor lagi... tapi dia jenis private homecare,” luahnya.


Menjawab kata-kata sinis warga maya, Ezlinda yang mempunyai dua orang anak tiri berkata, tiada siapa akan tahu bagaimana kehidupan di masa hadapan dan sebolehnya dia dan suami enggan menjadi beban kepada anak-anak.


“Lagipun ramai orang tua yang ditinggalkan sebab anak-anak sudah ada kehidupan sendiri.


“Kita juga tak tahu sama ada kehidupan anak-anak nanti susah atau senang yang boleh kita menumpang kasih.


“Jadi memang survey juga kerana bimbang kalau dah tua-tua nanti tiada siapa nak jaga... sekurang-kurangnya homecare ni ada doktor dan kakitangan yang boleh jaga,” katanya yang tinggal di Bukit Jelutong, Selangor.


Ezlinda sebelum ini pernah tular kerana menemani anak tirinya keluar menonton wayang bersama rakan dan kisahnya itu turut disiarkan dalam mStar.


Terdahulu, perkongsiannya itu mendapat pelbagai reaksi warga maya.


Selain menerima komen negatif, ramai yang bersetuju dengan pandangan Ezlinda dan memilih untuk tinggal di pusat jagaan orang tua jika sampai masanya nanti.


“Bolehlah survey nanti. Dah tua nanti malas nak harapkan anak-anak jaga kita... biarlah mereka bahagia dengan hidup mereka sendiri.


“I'm not even old but I think I need this.


“Macam lawak tapi sebenarnya kena fikir siap-siap dah... kita tak tahu masa depan macam mana,” luah beberapa warga maya. -CARI


Sumber: mStar

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-8-2023 02:09 PM | Show all posts
mr fredrickson
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2023 02:10 PM | Show all posts
a good plan cuma bila ko tulis - untuk suami - tu buat ko kena kecam...  kalo ko tulis - untuk kami - tu nampak la molek sikit, nampak la ko plan for both...  ke ko saje nak cari gaduh dengan anak2 tiri?
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2023 02:18 PM From the mobile phone | Show all posts
mira liyana tk nk antor laki dia jugek ke..
nanti.
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2023 02:32 PM | Show all posts
weols pun dah planning macam ni kelak, since weols pun andartu. Malas nak susahkan adik beradi / anak saudara. Jual je rumah weols, then tiap-tiap bulan bayar je pada home care. Adik-beradik pun takde la nak berebut harta weols
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2023 02:44 PM | Show all posts
Themilo replied at 7-8-2023 02:32 PM
weols pun dah planning macam ni kelak, since weols pun andartu. Malas nak susahkan adik beradi / ana ...

samelah kite noks. iols siap plan harta-harta iols ni mmg nak diwakafkan sajork.  tak pun jual buat modal bayar tiap2 bulan masuk rumah orang tua tu nnt.  
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-8-2023 02:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Elok buang kat dalam hutan je diorang ni bila dah tua
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2023 02:47 PM | Show all posts
Themilo replied at 7-8-2023 02:32 PM
weols pun dah planning macam ni kelak, since weols pun andartu. Malas nak susahkan adik beradi / ana ...

aku pn tak tahu berapa kos, tp last 2 year ada kenalan wa india kawin pinoy, ( dulu dia kerja kerajaan ada la pencen )

skali kene kencin manis, kena potong kaki, pastu kena rawatan hari2 tak silap dia kena 3k sebulan dan stay selama 6 bulan ( tempoh rawatan )


bila wa citer kat opis

yg melayu ckap kesian nya...


yg cina ckp, eh bagus la ada orang jaga , tmpt yg u cakap tu bagus tau ( apa care ntah, kt klang, menara a&m )

tp cina tu cakap, kalo itu orang pengsan ke apa, ada orang tgk ma...

betul juga cakap cina tu...


yg india pulak tanya, mana dia punya anak2?

dia kawin lain, anak2 dia ikut mak, dan tak kontek bapak dia dah



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-8-2023 02:47 PM | Show all posts
annehuda replied at 7-8-2023 06:44 AM
samelah kite noks. iols siap plan harta-harta iols ni mmg nak diwakafkan sajork.  tak pun jual bua ...

khennn.. dah nasib jadi andartu, weols aman-aman jaa.. harap-harap lagi 25-30 tahun, ada la homecare yang affordable untuk weols masuk.. bulan-bulan autodebit jaa payment dari akaun weols
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2023 02:49 PM | Show all posts
Memang sekarang dah ada pusat jgaan org tua- comunity living. I nampak ada 1 kat bandar pemaisuri cheras. Sewa bet rm8k-rm10k. Complete dgn nurse, doctor dan chaperone kalau nak g shopping.
Best juga cuma RM tulah!
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2023 02:51 PM | Show all posts
apalah nasib kita di kemudian hari........
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2023 02:53 PM | Show all posts
salimrock replied at 7-8-2023 06:47 AM
aku pn tak tahu berapa kos, tp last 2 year ada kenalan wa india kawin pinoy, ( dulu dia kerja kera ...

untuk government servant yang ada pencen, ok la. tapi RM3ribu sebulan tu mahal juga.

weols ada kenal akak gomen yang kena stroke & bedridden, stay kat chinese homecare. Kos sebulan dalam RM1.7k. Nasib baik ada pencen dari arwah husband & pencen dia sendiri. dapat la menampung perbelanjaan bulanan. tapi kesian la juga sebab duduk chinese homecare, walaupun yang jaga dia warga indon muslim. Takde anak kandung, cuma ada anak angkat sorang. Tak tau la kenapa anak angkat tak jaga / tak mampu nak jaga..

baru-baru ni dapat tau, dia dah pindah ke rumah kebajikan JKM. semoga akak tu sihat sejahtera hendaknya.
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2023 02:54 PM From the mobile phone | Show all posts
salimrock replied at 7-8-2023 02:47 PM
aku pn tak tahu berapa kos, tp last 2 year ada kenalan wa india kawin pinoy, ( dulu dia kerja kera ...

Melayu ni kengkadang, over. Sikit2 nak kesian org tu, kesian org ni. Acah2 sangat. Kalo ko kesian, ko la g jaga.Bila rasa kesian kat org lain ni, harga diri lebih tinggi ke, camner?
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2023 03:14 PM | Show all posts
bila anak duduk dgn mak pak, dikata tak reti berdikari, menumpang harta mak pak, menyusahkan mak pak..bila sakit, tua, anak2 jauh, hantar rumah org tua2 kena kecam juga tak nak jaga mak pak, derhaka biarkan je org tua sakit itu ini...gitulah org melayu..
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2023 03:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Themilo replied at 7-8-2023 02:47 PM
khennn.. dah nasib jadi andartu, weols aman-aman jaa.. harap-harap lagi 25-30 tahun, ada la homeca ...

Berapa umur u sekarang ni?
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2023 03:34 PM | Show all posts
Themilo replied at 7-8-2023 02:32 PM
weols pun dah planning macam ni kelak, since weols pun andartu. Malas nak susahkan adik beradi / ana ...

andartu junior, senior atau foreva?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-8-2023 03:35 PM | Show all posts
annehuda replied at 7-8-2023 02:44 PM
samelah kite noks. iols siap plan harta-harta iols ni mmg nak diwakafkan sajork.  tak pun jual bua ...

awak memang andartu
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2023 03:36 PM | Show all posts
Themilo replied at 7-8-2023 02:47 PM
khennn.. dah nasib jadi andartu, weols aman-aman jaa.. harap-harap lagi 25-30 tahun, ada la homeca ...

i ingat nak buka rumah elderly khas utk andartu...sebab andartu 40 tahun keatas dah kira berusia lanjut dah...
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2023 03:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak perlu kecam
Aku ok aje rumah org2 tua ni
Since in my 40s mmg dah mentally pepared possibility akan menginap di rumah org tua
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2023 03:45 PM | Show all posts
insulin replied at 7-8-2023 07:33 AM
Berapa umur u sekarang ni?

hey, beraninyahh uols tanya umor andartu virgin persis weols

honestly, weols boleh cakap yang weols still boleh kerja lagi 20 tahun, itu pun kalau umur panjang  
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-3-2025 03:34 AM GMT+8 , Processed in 1.316022 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list