CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234
Return to list New
Author: CARI-MRO

Budak Buat Detailing Kereta Dedah Perangai Sebenar T20- "Kita Pakai Honda Hari-Hari Tunjuk Streng,Orang Kaya Nak Tunjuk Ferrari Pun Malu"

[Copy link]
Post time 13-7-2023 01:02 AM | Show all posts
iye sebab tu T20 takleh go dengan B40. Contohnya, bila bab bersembang tu, dia akan ada gap bab pengetahuan, fakta, pastu they dont go for small talk gichuu. Tapi ada je spesies kaya yang hidung tinggi macamla dia sorang berduit, maybe yang ni jenis baru merasa kaya agaknya bayar pun duit campak2 gitu choii
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-7-2023 06:55 AM | Show all posts
yang tunjuk tu sebab bangga sebab berjaya  
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2023 07:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Setuju sangat....

Kami T20 ni sangat appreciate privacy.... Jati diri kami kuat... Kami tahu dan puas dengan kualiti & pencapaian kami yg bersifat substantial. Tak perlu sesiapa beri puji an & pengiktirafan pun. Tak perlu nak tayang kat sesape pun.

Sangat berbeza dengan B40. Isi tarak, bunyi je lebih. Dahagakan sangat pujian & pengiktirafan orang sekeliling. Nak merasa dipandang hebat oleh orang lain (adik beradik, jiran, kawan2 sekerja, sedara mara, orang2 kampung, kawan2 sekolah etc). Itu yg gigih sangat menayangkan perkara2 superficial. Tayang kereta, rumah, percutian, henbeg, etc).
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2023 08:56 AM | Show all posts
yela tu aku ada kwan pki city je pon hari2 tnjuk streng mnum setabak beli emas g bank simpan duit. kdg trtanya2 btol ke apa yg dia tnjukkan alahaii
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2023 09:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by ninja boy at 13-7-2023 09:32 AM

Untunglah T20 kaya mampu beli rumah paling selamat tiada perompak pengemis kejiranan yg selamat kejiranan bertamadun bersekolah terpilih kalangan org kaya beradab tempat kerja jadi atasan2 boleh pilih siapa kerja bwh mereka. Untunglah dikelilingi org positive bukan b40 penagih dadah tak sekolah tak beradab pukul bini
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2023 09:32 AM | Show all posts
Edited by lurve82 at 13-7-2023 09:33 AM

apooo...T20 pun ramai la menunjuk2...yg xramai tu buta socmed...
yg buta socmed ni menunjuk circle dorg je...dorg selalu la diskas pasal benda2 mewah ni..xkan nak diskas dgn b40 plak,,,adoiyai
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-7-2023 09:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Isu sebenar atas diri tu la. Peribadi org tu je. T20 ke b40 sama je hauk klau perangai mmg hazab...
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2023 11:56 AM | Show all posts
pichee replied at 12-7-2023 02:16 PM
Star grocer tmpt org kaya ke? Kt area umh i, level2 marhean je. Sbb i bli groceries kt star grocer ...

Kat my area kira level bawah sikit dari jaya grocers, tapi atas banyak dari pasaraya jenama tempatan sini lah.


My point is, orang T20 tak try hard sangat nak menunjuk2 dorang berduit.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-7-2023 12:17 PM | Show all posts
sufi^_^ replied at 13-7-2023 11:56 AM
Kat my area kira level bawah sikit dari jaya grocers, tapi atas banyak dari pasaraya jenama tempat ...

adik meols kata jaya grocer byk jual barang dari Co-Op UK...dia tau sbb dia slalu shopping kat Co-Op masa study kat sana...
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2023 06:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Samerosie replied at 12-7-2023 06:59 PM
Ada dalam tu dia sebut RM2.5 tapi tak tau la dia sebut sebagai contoh ke apa.

Iols tak nampak pulak rm2.5 ni.. iols dok bayang dia caj mahai sbb servis keta mahai..
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2023 06:43 PM From the mobile phone | Show all posts
jazaa100 replied at 12-7-2023 07:00 PM
Mesti byk dia dpt kannn.....

Tu la psl.. takkan caj level marhaen kott..
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2023 09:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Tinot7 replied at 13-7-2023 06:43 PM
Iols tak nampak pulak rm2.5 ni.. iols dok bayang dia caj mahai sbb servis keta mahai..

Oh, iols baca tempat lain ni ada bgtau.  Yg dlm porum dah kena lipat silat dan lari dr aryikel original

---------
Assalamualaikum, saya nak kongsi pengalaman sikit. Saya ni masih belajar. Hobi saya ialah detailing kereta. Jadi bila cuti sem, saya akan ambil part time detailing kereta. Kalau ada yang tak tahu detailing tu apa, detailing tu macam polish dan bersih kereta. Saya selalu detail kereta saya sendiri. Tak pernah terfikir nak cari side income. Sebab ia sekadar hobi. Customer pertama yang saya dapat pun tak pernah minta, jumpa melalui kenalan. Orang kaya. Tak tahu la T20 ke apa. Dia ada koleksi kereta mewah. Jadi setiap cuti sem, saya akan ke rumah nya untuk detail kesemua kereta nya. Dia puas hati dengan hasil kerja saya. Jadi dia recommend pada kawan kawan selevel nya untuk ambil khidmat saya. Pada mulanya takut, sebab nak detail kereta kereta atas sejuta. Tapi gagahkan diri. Dapat la pengalaman dan dapat juga merasa naik kereta nya. Saya dah detail bermacam macam kereta. Customer baik muda dan tua. Apa yang saya dapat dari pengalaman saya ini ialah :

1) Orang yang betul betul kaya, tak pernah minta kurang. Contoh, saya letak harga RM2500 untuk satu kereta. Mereka bayar tiada masalah.

2) Bila dia bayar, dia expect kerja tiptop. Kalau kerja tak tiktop, dia takkan maki atau apa apa, tak marah pun. Cuma itu je la kali terakhir dia ambil servis kita.

3) Orang kaya ni bila dia bayar, dia tahu kerja cantik, perfect dan siap. Jangan hassle dan buat kerja ala kadar.

4) Sangat bagus jika kalian ada customer atau kenalan orang kaya, bagus untuk networking. Saya ada borak borak dengan customer saya, ada yang tawarkan intership di syarikat mereka bila saya habis belajar.

5) Mereka tak kedekut ilmu, saya bebas bertanya bermacam macam soalan dan minta pandangan, mereka rancak bercerita. Macam seolah olah mereka suka. Saya berumur 24. Jadi saya banyak bertanya pada customer, hal ehwal ekonomi, politik, perkahwinan, perbankan dan macam macam lagi. Saya suka bertanya dan belajar. Sebab saya baru setahun jagung, dapat ilmu free.. dari orang hebat. Siapa taknak.

6) Pada mula kenal mereka, saya rasa rendah diri sangat. Yela kita bukan sesiapa, dapat customer yang high level. Tapi mereka layan saya sebaik mungkin. Menghormati saya. Saya sangat menghargai layanan mereka. Patutla makin kaya. Sebab jenis tak riak dan sombong.

7) Boleh dikatakan kesemua customer saya tak pernah ambil gambar dan video kereta post di social media, baik tua atau muda. Saya lihat sendiri. Sebab saya ada add mereka di FB. Mereka mereka ni pakai mclaren, porsche, ferrari, lambo, aston. Kita pakai Honda dah hari hari up story tunjuk stereng. Benda ni buat saya reflex diri saya.

8) Saya pernah bertanya pada mereka ni, kenapa tak post di social media. Untuk kongsi hobi pada orang ramai. Jawapan mereka, mereka malu. Sebab mereka kata, post atau share di social media pakai ferrari, ada lagi orang kaya pakai lebih dari ferrari. Jadi mereka rasa malu nak kongsi.

9) Mentaliti mereka agak lain dari kita. Cara bercakap, pun dah tahu. Mereka lebih banyak dengar dari bercakap.

10) Tak semua orang kaya tu poyo dan berlagak. Ada tu memang ada, tapi orang yang betul betul kaya duit tak habis, jenis tidur pun duit masuk ni lain gayanya. Macam kau tengok apek cina pergi masuk kedai pakai seluar pendek selipar jepun, duit dalam bank juta juta. Ini fakta.

11) Saya juga melihat lifestyle mereka, biasa biasa je. Nak kata over limit, tiada. Macam kita kita juga, tapi tak pernah pulak nampak mereka beli Starbucks atau apa apa. Beli Nescafe 3 in 1 je bancuh sendiri. Benda yang ni saya tahu, kebanyakkan bos bos atau doktor doktor lunch pun bawak bekal, kita yang kerja gaji minimum ni lunch Starbucks. Benda ni juga banyak buat saya reflex diri saya.

12) Saya tengok gaya anak anak mereka ni, tak sombong. Mereka tegur saya dulu, ajak berborak. Sangat ramah. Tengok telefon mereka pun, saya punya telefon lagi mewah dan canggih haha. Ada anak mereka yang masih belajar tu, pun bekerja part time bila cuti sem. Itu bapak kete juta juta macam hotwheels pun ada kena cari duit sendiri. Ini sangat bagus. Berdikari.

13) Untuk pengetahuan, mereka mereka ni kaya dan beli kereta mewah bukan untuk berlumba tengah highway macam kera dapat bunga. Mereka jenis sewa track sehari buat event diantara mereka sendiri. Nak pecut ke apa semua dalam track. Benda ni boleh tanya pada para pekerja litar, betul atau tidak. Mereka boleh jawab.

14) Isteri orang kaya, saya lihat takda handbag mewah. Ataupun rantai emas di tangan. Yang saya nampak gelang silver dan cincin. Itu sahaja. Tiada pandang saya atas bawah, sangat menghormati saya. Ada jugak dapat customer dari orang konon kayangan, padahal suami bekerja, suami yang kaya. Dia tumpang kaya je. Tapi dia lebih sudu dari kuah. Ada beza mentaliti orang betul betul kaya dan golongan wanita yang bekerjaya. Saya tak kata housewives tak elok, jangan salah faham, tapi berdasarkan pengalaman, housewives yang suami kaya la layan saya teruk. Cerewet dan pandang saya atas bawah, kadang bercakap tak pandang muka saya pun.

Saya banyak belajar dari mengenal golongan kaya, profesional dan high level ni. Yang buruk tu ada, tapi tolak tepi. Saya ambil yang baik sahaja. Surround yourself with high quality people. Bila kita lihat kat social media sekarang, dengan jenis tayang kereta, tayang emas, rumah, duit. Banyak buat saya reflex diri saya. Orang yang mewah pun ala kadar, kau dan aku yang secebis ni acah acah pulak.
Sekarang ni ada kasta b40 la t20 la. Saya tak percaya benda tu. Bukan duit yang melambangkan kedudukan social kita. Tapi mentaliti. Bila mentaliti elok, automatik nampak bijak dan berpendidikan waima kau kerja tukang kebun sekalipun. Mentaliti dan common sense.

Saya akhiri dengan quotes dari one of my customer.
"The idea is to be RICH, not to look RICH"
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2023 10:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Samerosie replied at 13-7-2023 09:48 PM
Oh, iols baca tempat lain ni ada bgtau.  Yg dlm porum dah kena lipat silat dan lari dr aryikel ori ...

Oh panjang rupanya..
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2023 07:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Alah,  kadang2 yg kaya betul tu pun byk sbb warisan......

Yg semikin pakai H tu dia rasa bangga usaha sendiri bawa grab dgn foodpamda,  biarlah dia nk show off pun....

X suka xyah fren dgn socmed dia.... Sinple
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2023 05:22 PM | Show all posts
Perawankota replied at 12-7-2023 09:50 PM
Ongkaya betul dorg pakai yang quiet luxury brand. Tak nmpk pon apa brand, tapi hakikatnya….

Betul tu..sekarang kat TikTok org tgh gila dgn trend quiet luxury aesthetic..Some of the brands yg associated dgn quiet luxury ni aku tak penah dengar pun..nampak sgt tak kaya..haha..mostly designs these brands sgt minimalis..simple tapi well cut. Nampak terletak kat badan..If you have eyes for detail, ko mmg tau baju yg diorg pakai tu bukan harga beshe2

https://www.harpersbazaar.com/fa ... uiet-luxury-brands/
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2023 05:25 PM | Show all posts
sweetpea911 replied at 13-7-2023 12:12 AM
I pernah sekali bawak anak2 buah pegi pusat sains negara.. then google cari tempat untuk lunch so i  ...

Must be very awkward kan... Rasa mcm "You can't sit with us".  Apa nama restaurant yg sis pegi tu?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-8-2023 08:13 PM From the mobile phone | Show all posts
shop_girl replied at 22-8-2023 04:25 PM
Must be very awkward kan... Rasa mcm "You can't sit with us".  Apa nama restaurant yg sis  ...

Siti Li Dining.. boleh la try if you want to experience dining with the super T10
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 10:37 PM GMT+8 , Processed in 0.168980 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list