Post Last Edit by aerolit_gurlz at 7-12-2010 20:09
“Eh!Apa yang you buat ni?”
“Tak nampak?”Zakif pandang Hana.
“I tengah tanam pokok durian.”
Belum sempat tangan Zakif mencapai lagi bantal untuk dibawa turun,Hana bangun dan terus menarik hujung bantal.Tidak membenarkan bantal itu di bawa turun.
“I dah kata,jangan ubah sempadan ni kan?”
“Like I care..”Zakif senyum sinis.
“Eh!You ni kenapa?Tak faham bahasa Melayu?Nak I cakap bahasa apa?”
“Just shut up..”Zakif tarik bantal daripada pegangan Hana.
Hana tarik balik bantal daripada pegangan Zakif.
“Shut up apanya?I penat-penat masuk semua bilik dalam rumah ni sebab nak cari bantal,penat-penat susun bantal ni,you suka-suka hati nak robohkan pula.Over my dead body.”
Suara Hana cuba kawal sedaya upaya mungkin.Tak boleh tinggikan suara pada suami.Pesan ibu yang pertama.Dia ingat.Tapi ibu..Hana minta maaflah sangat-sangat..Dia tak rasa yang dia boleh berdiam diri aje lagi.Aura melawan dalam diri dia tiba-tiba dah bangun.Sejak Zakif pandai-pandai cium pipi dia tanpa minta izin,memang dia tak boleh nak kawal diri.Tambah-tambah,bila Zakif suka-suka hati aje main ugut-ugut.Untuk menjaga keselamatan diri,terpaksalah dia buat semua ni.
Okay..dia tahu.Dia milik Zakif.Hak Zakif sepenuhnya.Daripada hujung rambut sampailah ke kuku kaki,semua itu adalah hak Zakif.Dia tak ada hak nak melarang sikit pun.Tapi bertimbang rasalah sikit.Kot yea pun nak cium,bagilah apa-apa isyarat dulu.
Ini tak..selamba aje belasah peluk bahu terus cium.Dahlah peluk bahu kasar ya amat.Yang si Qai tu,sempat pula dia tangkap gambar.Konfem tersangatlah hodoh raut wajah dia dalam tu.Dengan mulut tergangga,mata terbeliak.Mahu setahun pun malu dia tak hilang bila tengok muka Qai.
Zakif pandang wajah Hana.Hana balas balik pandangan mata Zakif.
“Lepas..”Zakif bersuara.
“No way..”Hana geleng kepalanya.
“Lepas!!”ujar Zakif .Dia menarik sedikit kuat hujung bantal,namun Hana turut sama menarik hujung bantal.Enggan mengalah.
“Hana..you ni memang degil dan kepala batu kan?”
“Nope..”Hana geleng kepalanya.
“I ni kepala konkrit dengan kepala simen.So En.Zakif yang budiman..lepaskan tangan you boleh tak?”Hana memaniskan muka.Pura-pura dia tersenyum sambil kelip-kelipkan mata.Tolonglah..Takkanlah mamat ni teringin nak main tarik-tarik bantal waktu malam-malam macam ni.
Zakif mendengus.Loyar buruk!Dipandangnya hujung bantal yang ditariknya.Dipandang pulaHana yang sudah duduk ala-ala melutut di atas katil,menghadapnya.Tangan Hana juga daripada tadi tidak lepas memegang hujung bantal.
Aaahaa!!Zakif sengih jahat.Tiba-tiba aje rasa macam mentol dalam kepala menyala terang.
“Hana..i ulang balik.Lepaskan bantal-bantal ni.”
Hana geleng kepalanya laju.Walau apa pun jadi,aku takkan sewenang-wenangnya biarkan sempadan bantal aku roboh.Tak boleh!!!
“Orait..”Zakif angguk kepalanya.Dia menarik sekali lagi hujung bantal,kuat.Dan sebagai disangka,Hana turut sama menarik hujung bantal.Zakif sengih.Terus hujung bantal sengaja dilepaskan.
Dan Hana terus jatuh ke belakang. |