|
Genap Setahun, Akhirnya Miera Liyana Tayang Wajah Anak! Comelnya Rachel Aisyah
[Copy link]
|
|
mamajawie replied at 18-5-2022 12:41 PM
manusia ni amik benda mudah je..bila tau agama membenarkan walaupun ada syarat2 tetap la amik huku ...
Dah nafsu, you all ingat manusia2 ini nak ikut ke rules hahahahahaha. |
|
|
|
|
|
|
|
dasatt betul dia filter muka laki dia
|
|
|
|
|
|
|
|
Iols ada la juga soft spot kat ML ni walaupun sheols pencaras. Sekurang kurangnya, sheols tak mulut puaka n kaki bagi hint macam jering.
Sheols ni before kawin dulu sejenis humble juga, takde la brag pasal family sheols yg kaya raya tu… unlike niqabis. Tapi niqabis pun caras lecturer dari Amal kan.. kekekkee |
|
|
|
|
|
|
|
Rachel ke nama.. kemainnn . |
|
|
|
|
|
|
|
kan! berlakun jahat betul2 nmpk jahat..
|
|
|
|
|
|
|
|
princessmiang replied at 17-5-2022 05:14 PM
X takut kena ain ke
Tak
....
Bukan mcm org tu. Anak yg halal stickered. Bebird yg haram di upload. |
|
|
|
|
|
|
|
Dok fikir tadi..baby mcm familiar sgt. Rupanya mcm iras azrinaz pulek |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Fly_over at 18-5-2022 01:47 PM
logik tak kalau bapaknya yg bg nama anak rachel since nama bapaknya rosland bukan roslan…
|
|
|
|
|
|
|
|
Rachel ni nama ibu Nabi Yusuf & Bunyamin i.e salah sorang dari 4 isteri Nabi Yaakob
Sebutan Arabnya Rahel
Cumil jugaklah anak dia walau nama tak selari dgn rupa
Tapi dia + her girlfriends tu mcm geng rempitans sangat rupa & gaya memasing
|
|
|
|
|
|
|
|
Rupa lebih ke aisyah dr rachel |
|
|
|
|
|
|
|
Fly_over replied at 18-5-2022 08:31 AM
laura anak sapa pulak?
Ada retis sendu Luqman Hafidz ke apa tah.
Bini dia gegeh men-sial kan betina garit yg selingkuh dgn laki dia yg sendu muka kepam busuk jantan takde hasil. Laki sendiri kau usap2 janggut umbai dia. Skandal laki kau, kau sial2 kan. Ni jenis bini mcm bini Shuk. Perempuan lemah takde tulang belakang mcm sotong.
Hah, diorang tu lah namakan anak diorang Laura
Panjang tak penerangan kegelapan meols? |
|
|
|
|
|
|
|
Fly_over replied at 18-5-2022 01:38 PM
logik tak kalau bapaknya yg bg nama anak rachel since nama bapaknya rosland bukan roslan…
Rosland bunyinya ros-len lah kan. Slang2 gituhhh |
|
|
|
|
|
|
|
KENAPALAH MENUAKAN ANAK TU DGN PAKAIAN ORANG DEWASA... FENDI
PAKAILAH BURBERRY KIDS KE... NAMPAK COMEL.. NI DAH SERUPA MOKCIK...
MUKA BAPAK ABIS ... ACUAN TEMPEH.. |
|
|
|
|
|
|
|
Carcosa replied at 18-5-2022 10:52 PM
Ada retis sendu Luqman Hafidz ke apa tah.
Bini dia gegeh men-sial kan betina garit yg selingkuh dg ...
hahahahaha terhibur iols. lengkap sekali penerangan kaka siap berpakej carutan. tak sesia tunggu jawapan dari siang td. sempat iols google search cari ‘laura anak artis’ tapi keluar laura retis indon dah arwah |
|
|
|
|
|
|
|
Mesti miera minat rachel green hehehe |
|
|
|
|
|
|
|
Dh beranak rupanya ML |
|
|
|
|
|
|
|
Nangis mak budak tu kalau baca komen hahahah baik simpan terus anak gitu kalau tahu.... |
|
|
|
|
|
|
|
Hihihi kira klu banding dgn anak marhaen lagi comel la eh Tp slalu besar2 budak cmni confirm jadi lawa n cantik |
|
|
|
|
|
|
|
apa cerita ni uolsssss
https://www.bharian.com.my/hibur ... fTTV-ljI2cjmqIHHPPE
'Miera nafi punca rumah tangga suami, madu berantakan'
KUALA LUMPUR: Dua tahun lalu, pelakon Miera Leyana, 29, pernah menggemparkan industri hiburan apabila memilih mendirikan rumah tangga bersama ahli perniagaan, Rosland Othman, 49.
Bukan hanya memilih lelaki yang memiliki jarak usia 20 tahun dipersoalkan. Malah, belumpun sempat 24 jam bergelar suami isteri, satu video dimuat naik menerusi laman YouTube mendedahkan Miera 'hidup bermadu'.
Video itu mendedahkan, Rosland yang juga Naib Presiden Kanan sebuah syarikat gergasi sudah berkahwin dan memiliki tujuh cahaya mata perempuan.
Namun, segala persepsi ditepis dengan baik oleh pasangan itu. Mereka tidak pernah menyorok perkahwinan, mendapat restu kedua-dua keluarga, malah, tiga majlis, iaitu malam berinai, akad nikah dan resepsi berlangsung dengan gemilang bersama kehadiran ramai tetamu kenamaan.
Selepas dua tahun melayari bahtera rumah tangga dan menimang cahaya mata pertama, kini timbul dakwaan, suami Miera dalam proses perceraian dengan isteri pertama.
Sudah tentu, Miera dituding jari dituduh punca rumah tangga suami dan madunya berantakan.
Aktres yang pernah menggenggam trofi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem, Anugerah Skrin pada 2013 menerusi filem Pecah itu nyata terkejut persoalan diajukan.
"Mana dengar cerita ini? Sejujurnya, saya tidak mahu masuk campur urusan rumah tangga suami bersama madu.
"Tetapi, saya tahu ramai sudah mendengar berita kemelut rumah tangga mereka.
"Tiada apa yang boleh saya komen dan kongsi, ia tiada kena mengena saya," katanya kepada BH Online.
Diasak pertanyaan sejauh mana kebenaran suami dan isteri pertama didakwa dalam proses perceraian, Miera berkata, dia tiada hak menjawab persoalan itu.
"Bagi saya, itu urusan suami dan isterinya, biarlah mereka selesai dengan baik demi kebaikan bersama. Apa yang penting, saya fokus membesarkan anak, Rachel Aisyah yang baru sahaja menyambut ulang tahun pertama pada 16 Mei lalu.
"Rasanya tidak adil pasangan poligami bercerai, tetapi mahu menuding jari kepada madu. Apa yang saya tahu, rumah tangga mereka memang bermasalah, tetapi ia tiada kena dengan saya.
"Apapun, keputusan suami dan madu, saya takkan sesekali masuk campur. Itu juga pilihan mereka disebabkan tiada jalan keluar dalam menyelesaikan kemelut yang berpanjangan," katanya.
Miera juga menafikan rumah tangga suami berantakan disebabkan berkahwin dengannya.
"Saya tak fikir ia berkaitan dengan saya. Jika tidak berkahwin dengan saya sekali pun, mereka tetap ada masalah.
"Saya juga tidak dapat menjangkakan perkara ini akan berlaku.
"Sudah dua tahun saya dan suami berkahwin, anak pun sudah berusia setahun. Adakah dengar cerita bukan-bukan mengenai saya?," katanya.
Pelakon filem Apokalips X dan Lebuhraya Ke Neraka itu berkata, dia percaya suami dan madunya mempunyai masalah peribadi dan tersendiri.
"Jujurnya, saya memang tak tahu dan tiada hak nak ambil tahu, jauh sekali masuk campur. Bagi saya, biar suami dan madu menyelesaikan kemelut rumah tangga tanpa campur tangan sesiapa.
"Lagipun, mereka memiliki anak-anak. Saya percaya suami mahupun madu matang dalam menangani isu peribadi," katanya.
Mengulas pasti orang luar menyalahkannya, mendakwa sebagai penyebab keruntuhan rumah tangga, Miera berkata, jodoh, pertemuan, ajal dan maut di tangan Tuhan, bukan di tangannya.
"Saya tidak pernah memaksa, sebaliknya suami dan madu sudah membuat keputusan. Mungkin juga ini jalan dan keputusan terbaik untuk mereka," katanya.
Disoal hubungannya dengan madu, Miera berkata, dia hanya fokus kepada keluarga, itu keutamaannya berbanding memikirkan soal orang lain.
"Saya tak pernah fikir orang lain, apatah lagi, nak ambil tahu hal orang, termasuk kehidupan suami dan madu.
"Selepas berkahwin, saya bunting pelamin dan kini, sibuk membesarkan anak.
"Saya sentiasa sibuk dengan tanggungjawab sebagai ibu dan isteri, jadi tiada masa memikirkan kehidupan orang lain," katanya.
Miera berkata, orang tetap mengata macam-macam ketika berkahwin dahulu.
"Saya tidak kisah dengan andaian dan persepsi. Apa yang penting, dia menjaga suami, anak dan keluarga dengan sebaiknya," katanya.
Mengulas keadaan suami yang kini berdepan dengan detik sukar, Miera berkata, suaminya seorang yang sangat tenang.
"Apapun masalah yang datang, suami tabah dan anggap ia sebahagian ujian dalam kehidupan.
"Segala-galanya diserahkan pada Allah. Namun, sebagai isteri, saya harus berada di sisi suami dalam apapun juga situasi," katanya.
Terdahulu, Miera dan Rosland disatukan dalam ikatan suami isteri pada 26 Julai 2020 dalam majlis pernikahan yang berlangsung di sebuah hotel terkemuka. Mereka memilih mendirikan rumah tangga selepas empat tahun berkawan baik. |
|
|
|
|
|
|
|
dua_chzy replied at 17-5-2022 03:10 PM
Best kowt sebab best woman wins katanyeh.
Syukurla ko tak perlu bergasak chzy....but the price you need to pay? Kena keluar bekerja jadi babu laki sampai mati or pencen...whichever comes first......
Kahkahjahkahkahkah |
|
|
|
|
|
|
| |
|