|
aku rasa filem ni ok kot bagi mereka yang suka berfikir
kalau yg malas nak fikir mungkin tak best la kot...
lol |
|
|
|
|
|
|
|
maybe DDR ni nak psiko kita semua ni..saja guna strategi gini...rasanya Prof razak pun tabik kot ngan gimik dia nih |
|
|
|
|
|
|
|
Tak minat le dgn dia ni yang perasan habis...sori..tak nak tengok. |
|
|
|
|
|
|
|
tunggu tayang kat tv masa raya barulah tgk |
|
|
|
|
|
|
|
dah kua ke blum cter ni
kompius aku |
|
|
|
|
|
|
|
kesian lak tengok rambut dr rozmey tu. kalo aku pegi tengok pun nanti, mungkin sebab aku simpati dgn pesen rambut dia yg tak baper nak ada dan cover bahagian yg takde tu. heuheuheue |
|
|
|
|
|
|
|
katanya malam ni premiere 2 Alam |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 69# britney_sapiah
tu la, katanya tiket sold out. tak sabo nak baca ulasan para pengkritik esok .
tapi takut gak... tak tertulis sbb semua wartawanpun kena papah keluar, sebak, terharu, demam, menggigil & seangkatan dgnnya |
|
|
|
|
|
|
|
mengharapkan DDR wat contest kt FB & menang tix 2 Alam |
|
|
|
|
|
|
|
aku tak sabar nk dgr komen2 dan hasil kutipan filem ni.... |
|
|
|
|
|
|
|
rs cam dia dah naikkan target jd 40 jota la..hihi..tp x mustahil kot psl ajen jus mate 5 dia brp rmi pulak kt mesia nih..dipaksanya sorang ejen beli 10-20 ker kan byk masyuk tuh..tgk ker x tgk ker belakang kira yg ptg teket sold out huhu...
ala lepas 3 bulan ada la kt canel astro box opis tu..nm jer canel box opis, citer hampeh pon kua gak..bongoks nyer astrok!! |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 73# mrs_jebot
dia claim hpm ada member / pengedar 500,000. katakan tiket rm10.
sorang member bawa 7 ahli keluarga/kawan atau sorang bawa 3 ahli keluarga/kawan tengok 2 kali.
500,000 x rm10 x 8 (atau 2 x 4) = rm40,000,000.00
kalo member tak beli tiket maka komisen tak akan diberi or akan diterminate => paksarela... |
|
|
|
|
|
|
|
tengok twitter joe klubbkidd and the geng yg tengok tayangan perdana sempena FF23 semalam...........cukup hazab tak best citer nih... |
|
|
|
|
|
|
|
2 ALAM - FILEM TERBURUK ABAD INI?
by Meor Shariman on Thursday, October 21, 2010 at 10:17am
Menonton filem 2 Alam umpama menyiksa minda dan yang paling mengejutkan ialah masih ada filem sebegini diterbitkan setelah pelbagai usaha dilakukan oleh pembikin filem tempatan menaikkan martabat filem melayu. Filem sebeginilah yang memburukkan nama industri filem tempatan dan mengembalikan tanggapan masyarakat bahawa filem buatan Malaysia adalah filem sampah.
2 Alam bukan filem seram, bukan filem islamik, bukan filem fantasi, bukan filem realiti tetapi sebuah cerita genre biasa yang sering kita tonton secara percuma di tv. Malahan kualiti drama-drama terutama cerekarama TV3 adalah 10 kali lebih baik daripada filem ini.
Di mana kelemahan 2 Alam? Mudah jawapannya, di dalam semua segi daripada penceritaan kepada pengarahan. Filem ini tiada hala tujuan, dibuat secara tangkap muat dan dijaja umpama sebuah filem terbaik.
Plot cerita sangat longgar dan adakala membuatkan penonton tertanya-tanya. Misalannya, tidak dijelaskan kenapa seorang lelaki iaitu Adam bertukar menjadi mak nyah. Sebab dan musabab serta latar belakang watak utama ini tidak jelas. Melalui satu babak, ibu Adam memberitahu bahawa sewaktu kecil, Adam pandai mengaji dan seorang anak yang baik. Jadi, kenapa seorang anak yang warak tiba-tiba bertukar jadi pondan? Terdapat juga satu babak Adam yang bertukar jadi Amy, berkahwin dengan seorang mat salleh tetapi penonton tidak dijelaskan apa sudah jadi kepada perkahwinan itu. Dan mat salleh itu hanya muncul dalam satu babak kemudian hilang entah ke mana.
Begitu juga watak-watak yang lain yang tidak berkembang, sekadar watak satu dimensi yang tidak memainkan sebarang peranan bagi menggerakkan cerita. Dengan kata lain, watak-watak itu wujud sekadar hiasan, sebagaimana Aaron Aziz menjadi penghias filem ini.
Dan dialog-dialog di dalam filem ini begitu 'bodoh' dan hanya sesuai bagi filem-filem komedi slapstick!
menyentuh tentang dialog, banyak juga dialog yang tenggelam kerana musik latar yang kuat. tetapi tidak mengapa kerana dialog-dialog di dalam filem ini tidak memberi impak. Salah satu babak paling bodoh dalam filem ini ialah sewaktu Amy dirogol oleh tiga lelaki. ketiga-tiga lelaki itu boleh sempat bertelagah siapa yang sepatutnya dapat rogol dulu. Dan babak itu disusuli dengan babak boyfriend Amy muncul di rumah Amy, pada sebelah pagi selepas kejadian rogol. Dan dialog paling bodoh yang di ucap oleh Amy sebaik boyfriendnya muncul ialah - 'macam mana kau balik rumah malam tadi?'
Itu baru segi watak. Belum lagi disentuh segi permainan kamera yang entah apa-apa. banyak babak-babak yang gambarnya kabur dan babak-babak yang terlalu panjang atau senang cerita, babak membazir.Sebagai contoh, satu babak di mana Amy menyesali dirinya. Babak tanpa dialog itu dipaparkan sepanjang lebih kurang dua minit!
Dan sepanjang menonton, babak-babak yang sama diulang-ulang banyak kali. Senang cakap, mungkin pembikin filem ini kurang shot, sehingga terpaksa ulang babak-babak yang sama dalam bentuk flashback, bagi memanjangkan durasi filem.
Dan paling memualkan, masih ada babak 'music video karaoke' murahan berlokasi di kolam renang! Selama lebih kurang lima minit, penonton disajikan dengan watak Amy dan boyfriendnya di kolam renang. Mula-mula berjauhan,kemudian berpandangan,kemudian kembali berjauhan dan akhirnya sama-sama masuk dalam kolam renang diiringi lagu tema filem 2 Alam. Setahu saya, babak 'music video' sebegini sudah tidak dibuat orang. Sangat out-dated kecualilah jika ia dipersembahkan sebagaimana di dalam filem Magika.
Dari segi make-up juga bagai tangkap muat. wajah-wajah pelakon nampak sangat bermake-up, kelihatan bagai dibubuh bedak sejuk saja. Dan sewaktu babak menguruskan jenazah, ibu Adam yang dimainkan oleh Rosnah Johari, bukan saja ber make-up tebal malahan memakai eye-liner! Ada ke seorang ibu yang kematian anak dan menguruskan jenazah memakai make-up tebal? Logik kah?
Terdapat beberapa babak di mana akhbar-akhbar tempatan dijadikan props. Di mukasurat depan akhbar-akhbar seperti Kosmo dan berita harian, tertera berita sensasi kononnya Amy adalah lelaki. Dan amat jengkel babak-babak ini kerana penonton boleh lihat dengan jelas bahawa, mukasurat akhbar itu ditampal dengan keratan yang baru di print! Nampak sangat props dibuat sambil lewa.
Jika anda mahu lihat hantu atau kelibat hantu di dalam 2 Alam, jangan berharap kerana tiada hantu di dalam filem ini. 2 Alam bukan filem seram. Malahan ia boleh diiktiraf sebagai sebuah dokumentari murah tentang upacara pengkebumian mayat seorang Islam yang diselang seli dengan babak-babak ranjang Amy dan boyfriendnya.
Terlalu banyak yang tidak kena dengan 2 Alam hinggakan sukar hendak disenaraikan kerana terlalu panjang. Yang pasti, 2 Alam tidak mengembalikan martabat filem melayu malahan menjatuhkan persepsi positif tentang filem melayu yang telah diangkat oleh sutradara seperti arwah Yasmin Ahmad, Ahmad Idham dan Afdlin Shauki. Malahan karya-karya pertama pengarah muda seperti Farid Kamil, Syamsul Yusof dan Edry Halim berpuluh-puluh kali ganda lebih baik daripada filem 2 Alam.
Jika benarlah 2 Alam akan ditayang secara besar-besaran di Indonesia dan Singapura, ia akan menjadi sejarah hitam bagi industri filem tempatan. |
|
|
|
|
|
|
|
muahahaaa..gelak jer bc komen reporter ni..promo dlm kosmo kemain kengkonon org rmi menggigil la teruja la x sabar tgknk tgk citer ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
org ketawa sampi menggigil, nampak gayanya.
kot dia la nanti berpapah keluar panggung |
|
|
|
|
|
|
|
kesian kat pelakon2 dia la...tak pasal2 kena badi dr nih.... |
|
|
|
|
|
|
|
x de ingin pun nk tgk.... |
|
|
|
|
|
|
| |
|