CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: shanew3stgalz

CUN by OSMAN ALI

  [Copy link]
Post time 15-11-2010 12:54 PM | Show all posts
Post Last Edit by herysulaiman at 16-11-2010 00:58

cun lah poster teaser filem ni,,,,,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-2-2011 12:04 PM | Show all posts
coming soon...jom tengok ramai2 dan see how funny this story can be...


http://i1200.photobucket.com/alb ... er.jpg?t=1298174529
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2011 11:44 AM | Show all posts
Nama Luna.. xde nama lain ke?
X minat citer camni...
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2011 01:57 PM | Show all posts
luna maya......
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2011 09:37 PM | Show all posts
check out trailer filem CUN di sini! baru tadi di uploadkan....it s funny, sweet and lovely!
http://www.facebook.com/?sk=mess ... 37125760#!/cunmovie
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2011 12:12 AM | Show all posts
TRAILER

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 23-2-2011 08:55 AM | Show all posts
bes ny trailer............ sweet!!
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2011 01:01 PM | Show all posts
wah...menarik nih....cam best jer faezah elai and gelpren bobbie yg gemuk tuh bawak motor
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-2-2011 12:09 PM | Show all posts
macam best jer. Hopefully sebest gandingan Maya & Remy dalam Natrah (oh badan Remy! *pengsan*)
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2011 07:14 PM | Show all posts
Reply 69# karipapcinta

maya dengan remy.....kalau dapat anak mesti chumey kan????
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2011 03:08 PM | Show all posts
Review Filem Cun : Maya Karin & Remy Ishak Couple Of The Year!
Dikemaskini oleh M pada March 9th, 2011 General 13 Respon

41
Share
Share artikel ini di FB
41


Filem Cun, a must watch film for this year! Aha, bukan senang kami nak lafazkan kata-kata pujian seperti ini. Biasa’lah, rata-rata tahu kenakalan kami dalam sound tepek selebriti atau pun filem. Namun, sekali lagi kami nak cakap, kau memang kena tonton filem Cun.

Daripada 5 bintang, kami berikan 4.5 bintang kepada pengarah, pelakon serta krew-krew produksi. Apa yang ada dalam 4.5 bintang, akan kami dedahkan selepas ini. Sebelum itu, kami nak cakap yang kami ni bukan’lah mahir sangat dalam sudut teknikal filem. Kami macam anda, penonton biasa. So, anggap sahaja review kali ini daripada mata otak penonton biasa.

Filem Cun mengetengahkan genre romantik komedi yang didokong oleh pelakon-pelakon popular seperti Remy Ishak (Atan), Maya Karin (Luna), Faezah Elai (Tom), Jehan Miskin (Ryan Hidayat), Kartina Aziz (Tok Chah), Mislina Mustaffa (Bedah Tonggek), Siti Nor Faridah (Eton Gebu) & Nadia Nissa (Manis).

Jalan cerita filem Cun agak stereotaip, but that’s why people enjoy watching them! Luna, merupakan seorang selebriti popular telah lari daripada hiruk pikuk kota ke sebuah kampung di pedalaman Kedah bersama pembantu peribadinya, Tom. Luna menemui jejaka kampung, Atan & berlakulah kisah suka duka di antara mereka. Voila, mereka bercinta. Pendek kan sinopsis kami? Okay, jangan marah, baca sinopsis penuh filem cun.



Sweet, sangat sweet. Bayangkan jejaka kampung bercinta dengan gadis bandar. Remy Ishak & Maya Karin berjaya membawa watak masing-masing sebagai pasangan yang datang daripada 2 dunia berbeza, tapi telah menjumpai persamaan di antara mereka. Lakonan berkesan terutama babak dalam parit air, apabila Maya Karin tertusuk duri ikan keli. Remy Ishak kemudiannya mengambil jari Maya Karin & menyedut bisa ikan keli tersebut. Apa lagi, tak keruan penonton dibuatnya. Sweet sangat!

Kami paling tabik spring pada Kartina Aziz yang membawa watak Tok Chah. Serius, apabila tiba babak sedih, Kartina Aziz membawa watak tersebut dengan penuh emosi. Timbul juga rasa sebak dalam hati, eh ada taman dalam hati pula. Sebagai seorang nenek, Tok Chah banyak memberikan nasihat kepada Atan supaya merebut cinta Luna dengan bersikap lebih gentleman.

Suasana kampung, serta riuh rendah sesebuah keluarga benar-benar dipaparkan dalam filem Cun. Atan sebagai abang yang sulung mengetuai keluarga dengan bekerja sebagai petani. Bersikap tegas, namun ada lembutnya. Walau bagaimanapun, Atan seorang yang selalu cakap lepas, namun dia cepat reda. Sikap tanggungjawab Atan dapat dilihat apabila Manis, adik kepada Atan menghilangkan diri kerana dimarahi oleh Atan. Atan cuba mencari Manis, malah meluahkan rasa kasih sayangnya kepada adiknya di tepi parit air. Mujurlah, Luna tahu tempat persembunyian Manis.

Satu lagi pelakon yang berjaya menjiwai watak ialah Faezah Elai. Membawa watak sebagai Tom, dia merupakan gadis yang agak kasar, selalu bertelagah pendapat dengan Atan. Kami mendapati, Tom merupakan penyeri, pemecah lawak di panggung. Kepekatan dialek Kedah yang dibawa oleh Tom benar-benar mencerminkan suasana para penduduk di Kedah.



Ya, watak sampingan Bedah Tonggek & Eton Gebu agak klise. Kedua-dua wanita ini kami gelarkan sebagai ahli mesyuarat tingkap. Sangat busybody & suka menjaga tepi kain orang lain, kedua-dua watak ini amat menyukai Atan. Tetapi, kehadiran Luna yang super gorgeous telah mengugat reputasi mereka.

Disebalik nilai positif yang ditonjolkan dalam Cun, kami agak terganggu dengan kehadiran produk-produk penaja yang ditayangkan berulang-ulang kali. Kalau tak silap kiraan, kami perasan lebih kurang 9 kali produk-produk penaja ditonjolkan. Sebab itu, setiap kali produk penaja muncul, riuh dewan tayangan. Memang boleh dimaafkan, tapi serius terganggu.

Secara keseluruhan, filem Cun memang seronok ditonton seisi keluarga. Jalan ceritanya ringkas & mudah, tapi kehadiran pelakon-pelakon berbakat berjaya memantapkan Cun. Sedikit sebanyak, kehidupan di kampung dalam filem Cun ini dapat mengimbau kenangan anda dahulu kala, terutamanya anda yang sudah lama berhijrah ke bandar.

Layankan koleksi gambar-gambar di sebalik tabir filem Cun selepas ini.
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2011 11:59 PM | Show all posts
Post Last Edit by intanbiru at 15-3-2011 00:13

MUST WATH FILM 2011
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2011 12:03 AM | Show all posts

Filem "CUN!" komedi sensasi 2011

Post Last Edit by intanbiru at 15-3-2011 01:04

INFO FILEM CUN:

Filem "CUN" telah ditayang ken kepada karyawan filem dan wartawan pada 8 march 2011. Selepas tayangan, ramai yang telah memberikan respon yang sangat baik untuk filem CUN dan rata-rata sangat terhibur dengan aspek komedi ringan yang dipersembahkan dengan latar cerita romantik.


Filem "CUN" mengisahkan kisah pertemuan dua insan yang berlainan latar belakang, Luna Latisya, seorang pengacara rancangan gossip paling popular, MELETOPS!,  telah tangkap kantoi teman lelakinya sendiri, Ryan Hidayat, dengan disaksikan oleh rakaman kamera TV seluruh malaysia. Insiden itu telah mendapat liputan luas media hingga kisah percintaan mereka menjadi kontroversi.


Luna yang terlalu kecewa membawa diri ke sebuah kampung pedalaman milik pembantu peribadinya Tom. Di kampung , Luna bertemu dengan seorang lelaki kampung bernama Atan. Pada mulanya, mereka saling membenci sesama sendiri. Berbagai kejadian lucu yang dilakukan oleh Atan terhadap Luna begitu juga tindak balas Luna terhadap Atan yang melibatkan seluruh keluarga Atan begitu gembira dengan kehadiran Luna. Adik Atan bernama Manis sebagai kanak-kanak istimewa sangat menyayangi Luna kerana dia merasakan kasih sayang yang diberikan oleh Luna terhadapnya sangat berbeza. Begitu juga dengan ahli keluarga Atan yang lain seperti Tok Chah serta adik bongsu Atan bernama Putat sangat menyukai Luna. Namun begitu, dalam keadaan Luna Latisya cuba melarikan diri dari gossip di ibukota, kini dia berdepan dengan gossip yang lebih dahsyat di kalangan masyarakat kampung pulak yang dicetuskan oleh seorang diva kampung bernama Bedah Tonggek dan pengikut setianya Eton Gebu hingga menimbulkan pelbagai kekecohan seluruh kampung dengan menggosipkan hubungan sulit Luna dengan Atan. Saksikan bagaimanakah Luna Latisya dan Atan berusaha untuk menjalin percintaan dalam suasana yang penuh kacau bilau itu, tambahan pula Luna masih menjadi buruan penerbit nya Candy yang mahukan Luna kembali meneruskan kerjayanya sebagai pengacara sebagai sasaran untuk mempertingkatkan populariti rancangan MELETOPS!

Apakah yang terjadi kepada kisah cinta sensasi Luna dan Atan? Saksi kan CUN di pawagam pada 31 march 2011 di pawagam seluruh Malaysia!



Terbitan    Nuansa Sdn Bhd & Tayangan Unggul Sdn Bhd
Penerbit   Julian Jayaseela & Gayatri Su Lin Pilai
Pengarah Osman Ali
Luna          Maya Karin
Atan            Remy Ishak
Tom           Faezah Elai
Manis         Nadiya Nisaa
Candy         Ning Baizura
Tok Chah   Kartina Aziz
Ryan            Jehan Miskin







TRAILER FILEM CUN PLEASE SEE HERE: http://www.youtube.com/watch?v=d5gSmOPsJtY


REVIEW BYOH BULAN!

Review Filem Cun : Maya Karin & Remy Ishak Couple Of The Year!
General 34 Respon

Filem Cun, a must watch film for this year! Aha, bukan senang kami nak lafazkan kata-kata pujian seperti ini. Biasa’lah, rata-rata tahu kenakalan kami dalam sound tepek selebriti atau pun filem. Namun, sekali lagi kami nak cakap, kau memang kena tonton filem Cun.

Daripada 5 bintang, kami berikan 4.5 bintang kepada pengarah, pelakon serta krew-krew produksi. Apa yang ada dalam 4.5 bintang, akan kami dedahkan selepas ini. Sebelum itu, kami nak cakap yang kami ni bukan’lah mahir sangat dalam sudut teknikal filem. Kami macam anda, penonton biasa. So, anggap sahaja review kali ini daripada mata otak penonton biasa.

Filem Cun mengetengahkan genre romantik komedi yang didokong oleh pelakon-pelakon popular seperti Remy Ishak (Atan), Maya Karin (Luna), Faezah Elai (Tom), Jehan Miskin (Ryan Hidayat), Kartina Aziz (Tok Chah), Mislina Mustaffa (Bedah Tonggek), Siti Nor Faridah (Eton Gebu) & Nadia Nissa (Manis).

Jalan cerita filem Cun agak stereotaip, but that’s why people enjoy watching them! Luna, merupakan seorang selebriti popular telah lari daripada hiruk pikuk kota ke sebuah kampung di pedalaman Kedah bersama pembantu peribadinya, Tom. Luna menemui jejaka kampung, Atan & berlakulah kisah suka duka di antara mereka. Voila, mereka bercinta. Pendek kan sinopsis kami? Okay, jangan marah, baca sinopsis penuh filem cun.

Sweet, sangat sweet. Bayangkan jejaka kampung bercinta dengan gadis bandar. Remy Ishak & Maya Karin berjaya membawa watak masing-masing sebagai pasangan yang datang daripada 2 dunia berbeza, tapi telah menjumpai persamaan di antara mereka. Lakonan berkesan terutama babak dalam parit air, apabila Maya Karin tertusuk duri ikan keli. Remy Ishak kemudiannya mengambil jari Maya Karin & menyedut bisa ikan keli tersebut. Apa lagi, tak keruan penonton dibuatnya. Sweet sangat!

Kami paling tabik spring pada Kartina Aziz yang membawa watak Tok Chah. Serius, apabila tiba babak sedih, Kartina Aziz membawa watak tersebut dengan penuh emosi. Timbul juga rasa sebak dalam hati, eh ada taman dalam hati pula. Sebagai seorang nenek, Tok Chah banyak memberikan nasihat kepada Atan supaya merebut cinta Luna dengan bersikap lebih gentleman.

Suasana kampung, serta riuh rendah sesebuah keluarga benar-benar dipaparkan dalam filem Cun. Atan sebagai abang yang sulung mengetuai keluarga dengan bekerja sebagai petani. Bersikap tegas, namun ada lembutnya. Walau bagaimanapun, Atan seorang yang selalu cakap lepas, namun dia cepat reda. Sikap tanggungjawab Atan dapat dilihat apabila Manis, adik kepada Atan menghilangkan diri kerana dimarahi oleh Atan. Atan cuba mencari Manis, malah meluahkan rasa kasih sayangnya kepada adiknya di tepi parit air. Mujurlah, Luna tahu tempat persembunyian Manis.

Satu lagi pelakon yang berjaya menjiwai watak ialah Faezah Elai. Membawa watak sebagai Tom, dia merupakan gadis yang agak kasar, selalu bertelagah pendapat dengan Atan. Kami mendapati, Tom merupakan penyeri, pemecah lawak di panggung. Kepekatan dialek Kedah yang dibawa oleh Tom benar-benar mencerminkan suasana para penduduk di Kedah.

Ya, watak sampingan Bedah Tonggek & Eton Gebu agak klise. Kedua-dua wanita ini kami gelarkan sebagai ahli mesyuarat tingkap. Sangat busybody & suka menjaga tepi kain orang lain, kedua-dua watak ini amat menyukai Atan. Tetapi, kehadiran Luna yang super gorgeous telah mengugat reputasi mereka.

Disebalik nilai positif yang ditonjolkan dalam Cun, kami agak terganggu dengan kehadiran produk-produk penaja yang ditayangkan berulang-ulang kali. Kalau tak silap kiraan, kami perasan lebih kurang 9 kali produk-produk penaja ditonjolkan. Sebab itu, setiap kali produk penaja muncul, riuh dewan tayangan. Memang boleh dimaafkan, tapi serius terganggu.

Secara keseluruhan, filem Cun memang seronok ditonton seisi keluarga. Jalan ceritanya ringkas & mudah, tapi kehadiran pelakon-pelakon berbakat berjaya memantapkan Cun. Sedikit sebanyak, kehidupan di kampung dalam filem Cun ini dapat mengimbau kenangan anda dahulu kala, terutamanya anda yang sudah lama berhijrah ke bandar.





Maya Karin merempit di kampung!






Ning dan Jehan membawakan watak antogonis dengan sangat cemerlang





Kerbau bernama KEMBANG telah menjayakan wataknya dnegan cemerlang sekali




Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2011 12:03 AM | Show all posts
@Sinepleks: Cun habis!
Oleh Nurulhisham Abdul Latiff

2011/03/12

Garapan komedi cinta Osman Ali menghiburkan

RASANYA, sudah lama juga tidak menonton sebuah filem Melayu yang membuatkan kita tersenyum sendirian sebaik saja habis tayangan. Maknanya, filem terbabit seronok untuk ditonton, serta menggembirakan. Filem yang membuatkan kita tersenyum macam kerang busuk tidak payahlah cerita, jumlahnya mungkin berderet panjang.

Garapan terbaru Osman Ali, yang sebelum ini menghasilkan Puaka Tebing Biru (2007) dan Anak Halal (2007), berjudul Cun nyata tidak mengecewakan. Rata-rata penonton yang hadir pada majlis tayangan perdananya di ibu kota baru-baru ini tersenyum kepuasan sebaik saja filem berkenaan habis diputarkan.
Cun sekali lagi menemukan Maya Karin dengan Remy Ishak, selepas mereka beraksi bersama dalam Anak Halal dan teater Natrah. Begitupun, dalam filem terdahulu, Remy hanyalah melakonkan watak pembantu manakala Maya pula pelakon utamanya. Kini, buat julung kali pasangan ini disatukan sebagai kekasih di layar lebar.

Selain Maya yang memegang watak Luna Latisya dan Remy (Atan), turut membintangi filem terbitan Tayangan Unggul Sdn Bhd dan Nuansa Sdn Bhd ini ialah Faezah Elai (Tom), Ning Baizura (Candy), Jehan Miskin (Ryan Hidayat), Kartina Aziz (Tok Chah), Mislina Mustaffa (Bedah Tonggek), Siti Nor Faridah (Eton Gebu) dan Nadia Nissa (Manis).

Kisah yang dipaparkan dalam Cun mudah saja. Ia mengenai seorang pengacara program gosip, Luna, yang kecewa dengan kecurangan kekasihnya, Ryan, yang juga pelakon terkenal. Lalu, tanpa berfikir panjang dia mengajak pembantunya, Tom, pergi ke kampung gadis itu di Kedah.

Di kampung berkenaan, dia berkenalan dengan rakan baik Tom, Atan, jejaka baik hati yang bermulut lancang. Jejaka itu membantu Luna membaiki keretanya yang rosak setelah semalaman terperosok di tepi bendang.

Pada mulanya Luna sukar menyesuaikan diri dengan suasana kampung, namun selepas beberapa hari di situ, dia mula menyukai persekitaran desa yang mendamaikan serta keluarga Atan yang penuh kasih-sayang. Malah, hatinya juga mula terpaut pada pemuda yang bertanggungjawab itu.
Namun, tatkala keriangan kembali mengisi hati, Ryan bersama kru rancangan gosip kendaliannya, Meletops, datang mengganggu. Saat itu juga, konflik melanda gadis ini, apakah dia memilih untuk kembali ke pangkuan Ryan yang kononnya sudah menyesali perbuatan lalu, ataupun memilih pemuda kampung mengisi taman hati.

Kisah cinta yang berputik antara orang bandar dan orang kampung sememangnya acap kali kita saksikan sebelum ini, sama ada di TV mahupun filem. Bahkan, filem Hollywood sendiri tidak asing dengan kisah sebegini, apabila si teruna mahupun dara dari kota melarikan diri ke desa, lalu jatuh cinta dengan insan ditemuinya di sana.

Namun begitu, Osman berjaya membentuk semula cerita berkenaan menjadi sesuatu yang nampak baru, dengan menyelitkan pelbagai elemen lebih terkini seperti program gosip yang memakan diri sendiri, menggunakan khidmat pelakon popular hari ini, serta mencipta beberapa karektor kelakar seperti Eton Gebu dan Bedah Tonggek.

Pada ketika penonton seronok mengikuti bibit cinta yang mula bersemi antara Luna dan Atan, mereka juga terhibur dengan watak Tom lakonan Faezah. Dia berjaya menghidupkan watak pembantu peribadi yang tampak kasar, tetapi baik hati. Ada beberapa babak yang jelas memperlihatkan betapa dirinya turut dibelenggu gelodak dalam jiwa, di sebalik kegirangan ditunjukkannya.

Begitu juga penonton akan terkesan dengan lakonan Nadia Nissa yang menjayakan watak Manis, gadis lembam. Tindakan si pengarah mewujudkan watak yang pada dasarnya menghiburkan hati, namun ada ketika berupaya membuatkan penonton menangis, dikira tepat sekali.

Turut menambahkan markah buat filem ini tentunya pemilihan lokasi yang menarik. Sawah padi menghijau dan suasana kampung yang nyaman, sememangnya mampu membuatkan kita kerinduan untuk kembali menghirup udara segar di desa. Cun, yang sarat dengan nilai kekeluargaan dan kasih sayang, sesuai untuk tontonan seisi keluarga.
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2011 12:04 AM | Show all posts
Filem kita cun
Oleh ABIE ABDULLAH
abie@hmetro.com.my
         
ASSALAMUALAIKUM! Selama tiga malam berturut-turut minggu lalu, tiga filem tempatan dipertontonkan kepada pihak media dengan tiga genre berbeza. Kemunculan Hikayat Merong Mahawangsa, Cun! dan Dalam Botol secara kasarnya memperlihatkan kerancakan industri perfileman tempatan. Syabas!

Difahamkan, tiket tayangan pembukaan Merong Khamis lalu habis dijual. Norman KRU mengirim SMS kepada saya kelmarin, memberitahu kutipan hari pertama itu mencecah hampir RM500,000. Rekod lagi dalam sejarah perfileman kita.

Sekali gus membuktikan epik ini dinanti-nantikan, malah boleh dikatakan orang menanti hasil tangan terbaru Yusry Abdul Halim yang sebelum ini tidak mengecewakan penonton menerusi dua Cicakman. Syabas lagi!

Ketiga-tiganya ada tarikan dan membanggakan. Ketiga-tiganya juga ada mesej yang ingin disampaikan tetapi ramai penonton kita yang paranoid apabila menyebut mengenai mesej dalam filem.



Mereka tidak mahu melihat mesej, mereka hanya mahu melihat apa yang mereka mahu lihat. Lihat pelakon misalnya, merasa kejutan hantu dan apa saja yang tidak perlu mereka fikirkan selain keseronokan.



Biarpun itu satu kekangan tetapi anggaplah ia sebagai cabaran buat pengkarya untuk menangani hal ini dengan lebih berhemah. Mengikut kehendak mereka, namun biarlah elemen ‘cerdik’ disertakan sekali.

Terus-terang, daripada ketiga-tiga filem yang saksikan itu, Cun! berjaya menawan saya. Osman Ali selaku pengarah membuka dimensi baru dalam genre romantik komedi tempatan.

Tidak perlu slapstik yang tidak cerdik untuk memaksa penonton ketawa. Cukup paparan situasi komedi yang segar sebagaimana kesegaran Kampung Mata Ayer dalam Cun!

Remy Ishak menambah kebanggaan saya kerana memperlihatkan peningkatan dalam mutu kerja. Sejak mengenalinya beberapa tahun lalu (selepas diperkenalkan oleh Osman), lelaki ini tidak tenggelam dek populariti yang boleh menghanyutkan hasil kerja peribadi. Bakatnya dikembangkan dengan jaya. Atan memang Cun!.

Juga Faezah Elai yang selama ini lebih menampilkan sisi ‘cantik’ (mungkin juga saya terlepas pandang drama-dma lakonannya) tetapi sebagai Tom, dia banyak menghidupkan Cun!.

Tidak keterlaluan dikatakan, dia memperlihatkan pewaris pelakon terbaik selepas ini. Tidak kurang juga Nadia Nisa sebagai Manis yang mencuri perhatian.
Cun! cukup cun dengan jalan cerita yang bersahaja dan mengajak kita pulang ke kampung.

Tidak terkecuali Dalam Botol, arahan pertama Khir Rahman. Pengisian yang berat dan garapan yang serius namun jalan ceritanya bagaikan besi berani, satu tarikan tersendiri kerana melihat sisi berbeza kehidupan manusia.

Sering kita ditakutkan dengan hantu, lalu ustaz dipanggil untuk menghalaunya. Kita dimomokkan dengan ketakutan jiwa itu tetapi jarang kita takut melihat ‘hantu’ lebih fizikal yang jelas di depan mata kita dan seharusnya dihalau. Gejala sosial yang melampaui bagaikan tidak terkawal kerana ramai ada kepentingan sendiri.

Sebab itu saya katakan isi cerita terbitan Raja Azmi Raja Sulaiman ini sebagai besi berani yang mampu menarik pemerhati sosial.

Kisah golongan ketiga sering diperkatakan dan selalunya bersifat negatif. Kalau ia dipaparkan di layar kaca atau perak sekalipun, golongan ketiga dihadirkan sebagai ‘pak lawak’ untuk memancing ketawa penonton.

Raja Azmi yang saya kenal, penerbit yang berani. Bukan sekadar suka-suka mencetus kontroversi, sebaliknya kontroversi itulah yang mudah menangkap perhatian kita, untuk dia jelaskan apa yang ingin disampaikan, termasuk menerusi Dalam Botol. Memang pengisian berat tetapi itulah beratnya bebanan kita terhadap persekitaran sendiri yang semakin tercemar.

Saya sedar, tidak ramai penonton kita sukakan isi berat. RM10 harga tiket hanya untuk gelak-gelak dan melayan perasaan sendiri.

Mereka tidak mahu membazirkan harga itu untuk sebuah pemikiran yang cerdik. Nak buat macam mana, inilah cerminan masyarakat penonton kita.

Saya tidak berani komen pembikinan daripada aspek teknikal kerana biarlah yang lebih arif berkata. Sebagai pemerhati juga, hati saya sukar bergerak untuk diajak menonton lawak Senario, penat!

Namun begitu, Senario masih diperlukan untuk menggeletek golongan pemerhati yang lain. Bukankah rambut kita sama hitam tapi hati lain-lain?

Wassalam!
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2011 12:11 AM | Show all posts
Dengarnya... 45 panggung saja?
Oleh Normah Becok

2011/03/14


BARU-BARU ini, rakan Cik Normah menghadiri beberapa majlis pratonton filem Melayu yang akan memasuki pawagam negara kita dalam masa terdekat. Maklumlah, dalam seminggu, ada sebuah judul tempatan akan diputarkan di panggung. Jadi, banyaklah juga filem tempatan kita yang diadakan majlis tayangannya, untuk wakil media dan jemputan khas.

Antara filem yang sudah pun dipertontonkan kepada wakil media beberapa hari lalu ialah Cun!, arahan Osman Ali. Menurut kawan Cik Normah ini, antara beberapa filem yang ditontonnya, dia memang tertarik dengan filem komedi romantik terbitan Tayangan Unggul dan Nuansa itu.
Biarpun publisiti untuk filem terbabit tidaklah sebesar beberapa judul lain, namun dia tetap berpuas hati dengan hasilnya. Pendek kata, dia memang ketawa terbahak-bahak dalam panggung, bersama ratusan jemputan lain. Riuh-rendah suasana dalam pawagam ketika filem lakonan Maya Karin dan Remy Ishak itu diputarkan.

Turut memeriahkan filem terbabit ialah Faezah Elai, Ning Baizura, Jehan Miskin, Kartina Aziz, Nadia Nissa, Marsha dan Mislina Mustaffa.

Dia turut memberitahu, kebanyakan rakan lain yang hadir sama turut memuji filem komedi pertama arahan Osman itu. Masing-masing berasa seronok apabila keluar panggung. Kisah seorang gadis bandar yang jatuh hati dengan ‘hero kampung’ dianggapnya cukup menjadi.

Kiranya, matlamat asal filem itu dihasilkan, iaitu untuk memberikan hiburan kepada penonton, tercapai. Malah, khalayak juga terkesan dengan mesej kekeluargaan dan kasih sayang yang dipaparkan.

Cuma, dia agak terkejut apabila diumumkan filem terbabit akan hanya ditayangkan di kira-kira 45 pawagam seluruh tanah air, mulai 31 Mac ini. Sedangkan, filem itu berpotensi untuk meraih perhatian lebih ramai peminat, menerusi cerita menarik dan persembahan memberangsangkan barisan pelakonnya.
Apatah lagi, pada ketika ini, rasanya kebanyakan filem tempatan sudah pun mampu menembusi lebih 60 panggung. Takkan Cun! yang dilihat sebagai filem cukup menjadi itu hanya ditayangkan di 45 pawagam? Dia berasakan, Tayangan Unggul sepatutnya menayangkan filem itu di lebih banyak pawagam, supaya lebih ramai peminat dapat berkongsi keseronokan menontonnya.

Cik Normah juga dengar cerita, hanya sebuah pawagam di Kedah akan menayangkan filem ini. Padahal, kisah yang dipaparkan dalam Cun! berlaku di negeri terbabit. Malah pelakon juga kebanyakannya menggunakan loghat Kedah dalam filem ini. Jadi, sepatutnya lebih banyak panggung di utara tanah diperuntukkan untuk menayangkan Cun!

Entahlah, Cik Normah sendiri tidak pasti apa sebenarnya percaturan yang cuba dibuat Tayangan Unggul dalam hal ini. Cik Normah ni bukanlah reti sangat dalam bab seperti ini. Namun sebagai penonton, Cik Normah dapat rasa Cun! mampu menarik lebih ramai peminat untuk menonton di panggung. Takkan nak harap tayangannya di TV saja?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-3-2011 12:20 AM | Show all posts
most review on diz movie was good!
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2011 12:57 AM | Show all posts
Harian Metro: Rudy Imran

Cun! komedi terbaik Osman Ali

     




MENONTON Cun! filem cereka ketiga arahan Osman Ali sewaktu majlis previu di Berjaya Times Square, baru-baru ini adalah pengalaman menyeronokkan sehingga ramai tetamu dan wakil media keluar panggung sambil tersenyum puas.
Ternyata gelak tawa menyaksikan babak-babak menarik dalam filem berkenaan terutama aksi pelakonnya yang bersahaja, cukup berbekas. Malah ada yang melontarkan pandangan Cun! adalah karya komedi terbaik Osman setakat ini.

Bertemakan komedi romantik, Cun! mengangkat konsep yang sering ditampilkan Hollywood namun disuntik semangat Melayu. Gandingan pelakon seperti Kartina Aziz bagi watak Tok Chah, Jehan Miskin (Ryan), Ning Baizura (Candy), Tom (Faizah Elai), Nadia Nisa (Manis), Mislina Mustaffa (Bedah Tonggek) dan Siti Nor Faridah (Eton Gebu) mengukuhkan lagi perjalanan cerita filem yang bakal ditayangkan pada 31 Mac ini, terutama apabila ia mengetengahkan isu cinta bukan saja antara kekasih tetapi juga ahli keluarga. Tambahan pula keserasian antara Maya Karin dan Remy Ishak sebagai pasangan yang baru hendak bercinta sangat menyerlah. Hubungan kekeluargaan yang penuh dengan kasih sayang juga sangat indah digambarkan Osman. Selepas ini tidak mustahil andai penonton mengaitkan Cun! dengan filem Hindustan diminati ramai seperti Kuch Kuch Hota Hai mahupun Kabhi Kushie Khabie Gham.

Ditemui pada majlis sidang media selepas tamat tayangan, jelas Remy, bukan mudah untuknya mencari keserasian memandangkan itulah kali pertama dia digandingkan dengan Maya sebagai pasangan kekasih.

"Sampai sekarang saya masih lagi gementar dengan Maya Karin. Maklumlah dia seorang heroin yang besar. Sewaktu berlakon dalam Anak Halal pun saya hanya memainkan peranan pembantu. Pembikinan filem ini sudah lama. Sewaktu kali pertama ditemukan dengan Maya saya tidak mempunyai keyakinan kerana rasa hormat saya terhadapnya sangat tinggi," katanya.

Disebabkan perkara itu juga jelas Remy, dia berasa janggal apabila berada di samping Maya. Pembikinan terpaksa dihentikan buat seketika. Bagaimanapun kerana Cun! tidak menemui hero sesuai menyebabkan bakatnya diperlukan.



"Pembabitan kami dalam pementasan Natrah banyak membantu untuk saya dan Maya mencari keserasian. Apabila penggambaran diteruskan kembali saya sudah dan mula rasa selesa," katanya.

Menjayakan wataknya Atan seorang jejaka kampung bekerja sawah dan mengembala kerbau, jelas Remy bukan satu masalah memandangkan ia sangat dekat dengan dirinya, selain itu keakraban dan komitmen sepenuhnya diberikan para pelakon Cun! membantunya untuk menghidupkan lagi peranan.


"Saya sendiri orang kampung. Dalam melakonkan watak ini sebagai pengarah, Osman memberikan kebebasan untuk kami memainkan watak masing-masing. Katanya dia tidak mahu kami terlalu mencuba sebaliknya melakonkan watak secara bersahaja agar watak nampak benar-benar hidup. Mengenai dialek Kedah pula, saya tidak punya masalah kerana pernah belajar di sana selama lapan tahun. Seperkara lagi ada beberapa pelakon berasal dari utara antaranya Kartina Aziz dan Faizah. Saya sendiri banyak bertanya kepada mereka," katanya.

Selain itu pendatang baru Nadia melakonkan watak gadis istimewa iaitu Manis dengan cemerlang, ramai memuji bakat dan kesungguhannya. Begitu juga dengan Faizah sebagai Tom, seorang gadis tomboy juga pembantu peribadi kepada Luna lakonan Maya seorang pengacara rancangan gosip popular.

Menceritakan pengalamannya menjayakan watak Manis, cerita Nadia selain menjalani latihan selama sebulan, pihak penerbitan filem ini iaitu Nuansa Sdn Bhd dan Tayangan Unggul turut membawanya melawat sekolah kanak-kanak istimewa. Di sana dia mengenal pasti seorang kanak-kanak untuk digambarkan dalam Cun! "Untuk melakonkan watak gadis kurang upaya terencat akal berupa satu cabaran besar. Namun bantuan dan latihan disediakan pihak produksi banyak membantu. Setiap manusia mempunyai sifat kanak-kanak dalam dirinya, dan saya cuba keluarkan agar ia nampak hidup," katanya.

Sementara itu Faizah pula berkata, hubungan kekeluargaan yang wujud bukan saja di dalam filem tetapi di luar antara pelakon terbabit turut membantunya menghidupkan wataknya dan jalan cerita. Selain itu katanya, ikhlas yang wujud sepanjang menjayakan filem ini menyebabkan ia mampu menarik perhatian penonton.

Memegang watak Tok Chah yang menjadi tunjang kepada semua watak dalam Cun! dilakonkan Kartina Aziz dengan begitu baik. Malah pelakon berpengalaman itu tidak pernah mengecewakan setiap kali muncul dalam filem.

"Lagipun kebanyakan pelakon yang terbabit dalam filem ini sudah menganggap saya seperti nenek mereka jadi keserasian bukan satu masalah. Bayangkan babak pergaduhan antara Jehan dan Remy di dalam tali air sebenarnya tidak membabitkan saya. Namun kerana semangat seorang nenek yang kesiankan cucunya, tiba-tiba membuatkan saya terus masuk dan bergelumang sama dengan mereka. Waktu itu apa yang saya fikirkan adalah sekiranya ada orang mahu menyakiti cucu saya mereka harus langkah mayat saya dulu!" katanya.

Waktu sama Kartina tidak menafikan banyak cabaran harus ditangani bagi menjayakan Cun! apatah lagi mereka harus berkampung hampir sebulan di kawasan bendang, bertarung dengan nyamuk, lumpur dan beraksi di bawah terik matahari. "Semua itu saya boleh harungi tetapi paling tidak tahan apabila saya terpaksa menghisap curut murah setiap hari bagi menjayakan watak Tok Chah. Bayangkan saya tidak pernah makan sirih apatah lagi merokok jauh sekali tapi apabila disuruh hisap curut setiap hari sampai satu ketika saya berasa seperti terawang-awang. Pandang orang pun sudah tidak betul. Sampaikan saya lihat orang berkulit gelap dah jadi putih," katanya sambil ketawa mengingati peristiwa itu.

Bagaimanapun atas semangat kekeluargaan yang kental wujud antara mereka menyebabkan segala kerja menjadi mudah dan senang. Setiap hari berada di lokasi menjadi satu perkara cukup menyeronokkan bagi mereka.

Sementara itu Osman menjelaskan, kekuatan filem Cun! terletak kepada lawak situasi dan dialog spontan. Tambahan pula sebagai pengarah dia tidak begitu mengongkong pelakon dan memberi kebebasan kepada pelakon mereka menjayakan wataknya.

"Tidak dinafikan komitmen dan bakat tinggi diberikan pelakon sepanjang penggambaran Cun! turut membantu. Saya memberikan mereka kebebasan dan mereka menggunakan sebaik mungkin. Banyak juga tambahan dialog dilakukan mereka bagi menghidupkan watak. Ternyata ia membuatkan penonton menggemarinya," katanya.

Menyentuh mengenai pembabitan Maya dan Remy dalam filem ini berdasarkan gosip cinta mereka sebelum ini jelas Osman, projek filem ini dilaksanakan sebelum perkara itu ditimbulkan lagi. "Kebanyakan pelakon yang terbabit dalam filem ini pernah berlakon di bawah arahan saya sebelum ini iaitu Anak Halal dan Ning pula pernah menjayakan filem pendek saya hasilkan, Malaikat Di Jendala. Bagaimanapun ada beberapa pelakon yang saya lihat mempunyai bakat dan mampu menjayakan setiap watak yang ditulis seperti Faizah.
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2011 11:45 AM | Show all posts
morereview to come....!
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2011 02:31 PM | Show all posts
so..bila nak kuar dlm astro first?

ai menunggu penuh sabar..xde masa nk g panggung..hoho
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-6-2024 08:10 PM GMT+8 , Processed in 0.078303 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list