CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: arjunadewa

Bolasepak Sukan Sea 2009!

[Copy link]
Post time 11-12-2009 09:18 PM | Show all posts
44# JUSTcircle  


errrrrr......... bukan hari jumaat lawan ka......
jofizo Post at 11-12-2009 08:19 AM

hehehe!! yer maafkan saya.. saya bersalah..
tahniah Malaysia.. last minit nyer gol telah kick out thailand masuk semi!!! :pompom:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-12-2009 11:04 PM | Show all posts
akhirnya...tersenyum gumbira aku bila dengaq brita pasal skuad bolasepak negara
tewaskan thailand 2-1..pencapaian yg perlu dibanggakan...
namun, perjuangan blum berakhir...laos main di tpt sendri..so, watch out..!!

apepun, kpd para pengkritik di luar sana (termasuk gak aku ), at least kali ni kasi kredit to them atas kemenangan hari ni...jgn asyik dok kutuk ja....
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2009 06:49 AM | Show all posts
yesss!!
menang akhirnya..
puas hati aku..
mane haters2 seblum nie
yg asyk  reti kutuk je..
ambik korang kn dah menang lwn thailand..
kalo team luar negara boleh plak korang sokong
siap gaduh2 lagi..
pooodah
jgn duk malaysia la kalo cam 2...
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2009 11:37 AM | Show all posts
akhirnya malaysia menang.. hehe best gila..
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2009 12:07 PM | Show all posts
tahniah malaysia!~!!
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2009 12:43 PM | Show all posts
hobinn jang malaysia...pasni men jangan bagi zaquan ar..aku sendiri pon tak kompien goalscoring ability die bile main ngan skuad negara ni.nasib bek s.kunalan gak yg power..huhu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-12-2009 01:16 PM | Show all posts
Harimau malaya sudah bangun..kasi terkam laos plak pasni..bangga kami sebagai anak malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2009 09:12 PM | Show all posts
aku cam mimpi jek malaysia menang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-12-2009 05:57 PM | Show all posts
Siaran langsung bola sepak Sukan SEA?
13/12/2009 5:48pm

VIENTIANE 13 Dis. - Usaha sedang dilakukan bagi membolehkan penyokong dan peminat bola sepak Malaysia menyaksikan secara langsung perlawanan separuh akhir bola sepak Sukan SEA antara Malaysia menentang tuan rumah, Laos esok, kata Timbalan Menteri Belia dan Sukan Datuk Razali Ibrahim.

Beliau berkata kementeriannya melalui Majlis Sukan Negara telah pun berbincang dengan Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan untuk mengadakan siaran langsung itu.

"Sukan bola sepak adalah sukan utama di negara kita... oleh itu pasti ramai yang mahu menyaksikan perlawanan itu secara langsung menerusi televisyen,” katanya kepada wartawan Malaysia di sini.

Skuad negara kendalian K. Rajagobal mara ke separuh akhir untuk bertemu Laos, esok selepas menewaskan juara lapan kali berturut-turut, Thailand 2-1 dalam aksi terakhir saingan Kumpulan A pada Jumaat lepas.

Menurut beliau siaran langsung itu akan memberikan galakan kepada semua pemain kerana pasukan yang akan mereka berdepan ialah pasukan tuan rumah yang sudah tentu mempunyai kelebihan daripada segi tempat dan sokongan padu penyokong.
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2009 06:01 PM | Show all posts
hobinn jang malaysia...pasni men jangan bagi zaquan ar..aku sendiri pon tak kompien goalscoring ability die bile main ngan skuad negara ni.nasib bek s.kunalan gak yg power..huhu
MetalFire Post at 12-12-2009 12:43


yup.. btol ckp ko tuh.. aku pun kureng yakin ngan dia..
arap2 coach turun kan skuad yg sama time mng ngan thai ari tuh..

bagian sayap kita mmg power la...
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2009 07:33 PM | Show all posts
LIVE KAT RTM BOLA SEPAK SUKAN SEA MALAYSIA VS LAOS ESK CONFIRM!! PUKUL 8 MALAM TV 2..TENGOK JANGAN TAK TENGOK
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2009 08:38 PM | Show all posts
btoi ka ada live ni??? kalo btoi, baguih laa...
dah siar live ni, hope malaysia main btoi2 & menang...kalo x, kang kena kutuk laie...

apala sea games kali ni..xdak live...cam xdak ja sea games niii...
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2009 09:13 PM | Show all posts
btoi ka ada live ni??? kalo btoi, baguih laa...
dah siar live ni, hope malaysia main btoi2 & menang...kalo x, kang kena kutuk laie...

apala sea games kali ni..xdak live...cam xdak ja sea games nii ...
sukanduniaaku Post at 13-12-2009 20:38


kompem ade live bro..
rtm byar 10k usd utk siaran nie
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2009 10:44 PM | Show all posts
aku yakin... mesia mng lawan laos nih...

laos pun bkn hebat sgt.. igt x time tournament dulu
lawan team u18 kita pun tercungap2.. tu pun mng penalti kn?
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2009 03:38 AM | Show all posts
Post Last Edit by h@i at 14-12-2009 03:53

fakri dan amirul tak boleh main.. gantung 1 game sebab kad..

pasukan takraw malaysia acara regu dah dimalukan laos, harap bolasepak tak macam tu.
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2009 09:18 AM | Show all posts
Siaran langsung


RADIO Televisyen Malaysia (RTM) menerusi TV2 akan menyiarkan siaran langsung perlawanan bola sepak separuh akhir di antara Malaysia dengan tuan rumah, Laos, hari ini bermula lapan malam.

Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Ibrahim Yahaya, berkata keputusan menyiarkan acara berkenaan secara langsung sejajar dengan tanggungjawab RTM menyediakan khidmat terbaik untuk tontonan rakyat.

“Ia sejajar dengan amalan RTM sebelum ini,” katanya, memenuhi permintaan rakyat negara ini selepas pasukan negara melangkah menewaskan juara bertahan, Thailand 2-1, Jumaat lalu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-12-2009 09:19 AM | Show all posts
tahniah la buat skuad negara kerana melangkah ke semi-final........

selepas dibimbing Steve Darby, moga2 pasnih tim Siam tuh jadik taraf tim kejor yob kejor dah ler.......... hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2009 09:40 AM | Show all posts
semi final bolasepak nanti......

Laos v Malaysia
Singapore v Vietnam

2 tim tradisi dah out iaitu Thailand & Indonesia, so peluang nak dpt emas tuh still ada cuma kena berhati2 dgn Laos la w/pun M'sia pernah dimalukan oleh Laos dlm Sukan Sea 1997. Pencapaian Laos dlm saingan kumpulan nih boleh tahan gak.....

Laos 1 v Myanmar 1
Laos 2 v Indonesia 0
Laos 0 v Singapore 0

Jelas sekali selaku tuan rumah Laos ada spirit yg kuat utk menumbangkan lawan yg kuat dan mempunyai ranking yg jauh lebih baik dari mereka.

Kedudukan semasa ranking Fifa dan Asia (dlm kurungan)
152 (28)  Malaysia
174 (38)  Laos
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2009 12:34 PM | Show all posts
Laos suka pantas

LAOS membawa jelmaan Vietnam apabila turun berdepan Malaysia pada perlawanan separuh akhir bola sepak Sukan Sea Ke-25 di Stadium Utama Kompleks Nasional, bagi mencipta sejarah layak ke final buat kali pertama dalam sejarah bola sepaknya, malam ini.

Skuad bimbingan Alfred Riedl yang menjalani latihan selama setahun di Vietnam dengan kelab Hoang Anh Gia Lai (HAGL) khusus sebagai persiapan untuk menghadapi Sukan Sea ini.

Maka tidak hairan, Laos yang mengamalkan permainnan pantas mirip gaya jirannya itu lega apabila tidak bertemu Thailand, sebaliknya Malaysia pada separuh akhir.

Sejarah membuktikan Laos pernah menyingkirkan Malaysia dengan kemenangan 1-0 pada Sukan Sea Jakarta 1997 yang ketika itu di bawah pengurus Datuk Dell Akhbar Hyder Khan serta jurulatih Wan Jamak Wan Hassan.

Malah kekalahan 3-1 pada Vietnam, menambah keyakinan mereka bahawa Malaysia boleh ditewaskan dengan mudah sambil dibantu faktor tuan rumah serta bermain di hadapan ribuan penyokong tempatan.

Akhbar Laos juga sudah meramalkan perebutan pingat emas edisi kali ini adalah antara mereka dengan Vietnam.

“Ia adalah perlawanan menarik dan berdasarkan kemuncak prestasi pasukan, saya yakin pemain saya tidak akan menghampakan rakyat mereka,” kata Riedl yang menganggap gelaran pasukan kerdil tidak lagi sesuai buat skuad kendaliannya.

Beliau tidak mempunyai masalah kecederaan pemain utama dan sepanjang sesi latihan, pemainnya memberikan reaksi positif menjelang perlawanan itu.

Beliau tetap mengharapkan sentuhan bintang Laos, Lamnao Singto serta perancangnya, Keysone Soukhrong untuk merosakkan persembahan Malaysia.

“Jelas kami lebih berupaya tapi saya tetap mengingatkan pemain agar menghormati Malaysia namun tidak takut kepada mereka,” kata Riedl.
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2009 01:19 PM | Show all posts
Jangan lupa Malam ni pukul 8.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 11:22 AM GMT+8 , Processed in 0.428735 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list