CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: zzcbr

AP, kereta recon, kedai potong hapus 2015 ~ latest kereta tua selamat

[Copy link]
Post time 30-10-2009 08:23 AM | Show all posts
keter baru...org tua bawak mcm mana...kalau org tua kena wajib beli keter baru...bila usia keter lama dia dah sampai 15 tahun????
mycos79 Post at 30-10-2009 08:15

Mikos, org2 yg dah berumur@ org tua je yg mampu beli Beemers 7 series ka, Merc Kompressor ka, GTR ka, atau baru2 ni beli Evo X...geng2 muda baru kerja takat Satria dgn Civic okay lah...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-10-2009 08:30 AM | Show all posts
Mikos, org2 yg dah berumur@ org tua je yg mampu beli Beemers 7 series ka, Merc Kompressor ka, GTR ka, atau baru2 ni beli Evo X...geng2 muda baru kerja takat Satria dgn Civic okay lah...
maxxsa Post at 30-10-2009 08:23


tulah maxx
tua tapi ganazz
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-10-2009 08:32 AM | Show all posts
Mikos, org2 yg dah berumur@ org tua je yg mampu beli Beemers 7 series ka, Merc Kompressor ka, GTR ka, atau baru2 ni beli Evo X...geng2 muda baru kerja takat Satria dgn Civic okay lah...
maxxsa Post at 30-10-2009 09:23 AM


org tua yg beli ebo x tu, org tua tak sedar diri. chis bapak sape lah tu
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2009 08:37 AM | Show all posts
Dari org tua-tua amik Evo X, baik kahwin lagi satu. Lagi ummphhhhh!!! Walapun bawak evo X boleh inzal tp kawin dua boleh inzal tanpa ada kemungkinan terlibat dlm kemlngan...;)
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2009 08:38 AM | Show all posts
Dari org tua-tua amik Evo X, baik kahwin lagi satu. Lagi ummphhhhh!!! Walapun bawak evo X boleh inzal tp kawin dua boleh inzal tanpa ada kemungkinan terlibat dlm kemlngan...;)
Bell Post at 30-10-2009 08:37


kalo haku evo x dulu baru kahwin 3 lagi....
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2009 08:49 AM | Show all posts
Evo X ganaz jadi pemandunya pon musti ganaz in whatever situation lah...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-10-2009 08:52 AM | Show all posts
kalo haku evo x dulu baru kahwin 3 lagi....
mycos79 Post at 30-10-2009 08:38


mapiau biler nak kawen ngan wid nieh.. direnjis-renjis diplis.. ditepungi lah tawar, hai beras kunyit ditabur, disirami air mawar...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-10-2009 08:52 AM | Show all posts
secara kasar lelaki ni ada dua kategori

pertama, yg suka tukar2 kereta ~ jenis ni selalunya  setia pada bini~ kira masuk dalam kategori pencinta sejati ~ bagus dibuat suami

Kedua, yg tak suka kereta atau tukar2 kereta ~ yg jenis ni memang suka tukar2 bini
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-10-2009 08:56 AM | Show all posts
tapi ahli GGH lain...special sikit.....jenis yang tukar2 keter dan suker tambah bini...tau...
mcm toss, micos, maxx, din, jini dan t@t
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2009 09:04 AM | Show all posts
mapiau biler nak kawen ngan wid nieh.. direnjis-renjis diplis.. ditepungi lah tawar, hai beras kunyit ditabur, disirami air mawar...
Fast-N-Furious Post at 30-10-2009 08:52


kompang dipalu...pengantin baru...:pompom:
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2009 09:19 AM | Show all posts
Rakyat didahulukan kononnnnnn.

Buat polisi bincang sesama yg banyak duit, yg tak berduit mcmana.

Nak tiru negara maju kononnnn, tengok ler dulu pendapatan perkapita dorang berapa dan tgk sekali harga keta dorang.

Tujuan memang baik tapi fikir2 ler sikit kat orang kurang mampu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-10-2009 09:20 AM | Show all posts
ni dari pengamatan (observation) teman semasa tinggal di UK dan jepang. Teman tengok, org2 tua kat negara2 ni memang tahu to enjoy their life. Dah tua2 tapi berkereta sport, berkereta GT bagai ~ kalu umur dah baya tu di Malaysia, tapi pakai kete sport/GT, mesti ada yang kata dah nak buang tabiat ke orang tua tu, atau sekurang2nya ada yang sound, `dah2lah tu pakcik hoi, buat2 duduk mesjid lak pulak hoi'.
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2009 09:25 AM | Show all posts
Kalau kat sini, abis duit epf pun belum tentu dapat pakai apa yg abg zek tulis.
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2009 05:59 PM | Show all posts
Kaji semula dasar automotif

SAYA merupakan salah seorang pemilik kereta berumur melebihi 15 tahun, yang dilaporkan berjumlah 2.7 juta buah di Malaysia.

Saya amat tertarik dengan berita di akhbar mengenai Dasar Automotif Negara (DAN) yang telah diumumkan oleh kerajaan baru-baru ini. Walaupun DAN dilaporkan secara ringkas sahaja tetapi hati saya mulai gusar dengan apa yang bakal berlaku selepas ini.

Saya menulis berdasarkan pemahaman saya melalui laporan akhbar kerana saya hanyalah rakyat biasa, seperti kebanyakan rakyat di kampung atau luar bandar yang rata-rata tidak begitu mengerti dengan dasar yang kerajaan akan laksanakan.

Saya bukanlah antara orang yang mampu menukar kereta bagaikan menukar pakaian seperti taukeh besar, pegawai ataupun ahli Yang Berhormat di luar sana.

Sejak akhir-akhir ini, saya lihat pelbagai peraturan telah dikenakan kepada saya serta orang seperti saya untuk meneruskan kehidupan dengan memiliki kereta berusia.

Tidak cukup dengan kenaikan premium insurans pihak ketiga dan keengganan pihak insurans untuk menerima kereta kami, kali ini kami dikejutkan pula dengan DAN yang saya lihat akan banyak menguntungkan ahli korporat automotif sahaja.

Dengan adanya DAN yang kononnya dibuat atas dasar membantu merancakkan industri automotif negara, kami dipaksa secara halus untuk melepaskan kenderaan kami dan membeli kenderaan baru yang didakwa lebih moden serta berteknologi tinggi.

Kami tidak memerlukan kenderaan moden atau canggih untuk ke tempat beribadat atau ke tempat kerja. Cukuplah dengan ketenangan fikiran yang kini bebas daripada hutang pinjaman kenderaan.

Kenderaan yang moden dan canggih tentu sekali datang dengan harga yang kami tidak mampu membelinya secara tunai.

Tetapi jika DAN terus menekan kami, maka terpaksalah kami membelinya secara hutang. Kami ingin bertanya kepada pihak yang berkenaan, adakah dengan berhutang menandakan kita telah maju dan negara akan semakin cepat membangun?

Saya juga amat tertarik dengan menteri berkaitan mengenai kenyataannya untuk menghentikan kemasukan alat ganti kenderaan terpakai ke negara ini serta komitmen beliau untuk memberi insentif kepada mereka yang ingin membangunkan alat ganti automotif di dalam negara.

Saya berpendapat, tindakan tersebut hanya akan menguntungkan sebelah pihak sahaja. Tentu sekali pihak kami iaitu rakyat biasa akan rugi selamanya.

Mungkin ada antara kami mampu untuk membeli kenderaan baru secara hutang tetapi belum tentu kami mampu untuk mendapatkan alat ganti kenderaan dengan harga yang munasabah.

Jika kemasukan alat ganti kenderaan terpakai dihentikan, kami terpaksa mendapatkan alat ganti baru yang bukan semuanya datang dengan harga yang mampu dibeli.

Sebagai contoh, harga gearbox canggih kereta nasional yang dilancarkan dahulu bagaikan mimpi ngeri kepada pemiliknya.

Harganya mencecah belasan ribu dan tidak sepadan dengan harga keretanya yang kini dalam promosi mudah milik oleh pengeluarnya.

Ia bagaikan kata orang tua-tua di kampung, mahal tali daripada lembu. Inilah yang menjadi persoalan kami. Adakah DAN akan memberi jaminan kepada kami untuk mendapatkan harga alat ganti yang murah dan berkualiti?

Justeru, kami amat berharap kerajaan dapat mengkaji semula DAN demi kepentingan seluruh rakyat Malaysia.

Kami bukanlah menentang pelaksanaan DAN tetapi biarlah DAN dapat memberi manfaat kepada seluruh rakyat, bukannya kepada pihak tertentu sahaja.

Dengarlah rintihan orang seperti kami. Jangan hancurkan kepercayaan kami. Jika rintihan kami diabaikan, maka konsep 1Malaysia yang dicanangkan akan gagal di tengah jalan kerana apa yang kami lihat, keutamaan hanya diberikan kepada pihak tertentu sahaja.

MOHD. NAJIB ABD RASHID

Kuala Lumpur

**dipetik dr utusan
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2009 06:01 PM | Show all posts
Kaji semula dasar automotif

SAYA merupakan salah seorang pemilik kereta berumur melebihi 15 tahun, yang dilaporkan berjumlah 2.7 juta buah di Malaysia.

Saya amat tertarik dengan berita di akhbar ...
mycos79 Post at 30-10-2009 17:59


Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2009 06:03 PM | Show all posts

t@t Post at 30-10-2009 18:01


aper citer??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-10-2009 06:07 PM | Show all posts
"Kami tidak memerlukan kenderaan moden atau canggih untuk ke tempat beribadat atau ke tempat kerja. Cukuplah dengan ketenangan fikiran yang kini bebas daripada hutang pinjaman kenderaan.

....rintihan rakyat ader sapa2 dengar ker????:@
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2009 06:08 PM | Show all posts
aper citer??
mycos79 Post at 30-10-2009 18:03


dpt pinat tu
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2009 06:09 PM | Show all posts
dpt pinat tu
t@t Post at 30-10-2009 18:08


tengkiu abe t@t
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2009 06:14 PM | Show all posts
eh mikos mu x balik umah lg ke? pkerja hrapan ni....wa siap 2 round dah hujan2 ni kat umah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 12:32 AM GMT+8 , Processed in 0.065661 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list