CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: hambaAllah

1st nite

[Copy link]
Post time 1-4-2009 10:55 PM | Show all posts

Balas #2 True-X\ catat

hambo setuju....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-4-2009 01:07 PM | Show all posts
Beberapa tip mencari jodoh!

Assalamualaikum,

Jodoh pertemuan ditangan Tuhan tetapi kita sebagai manusia perlulah berusaha mencari jodoh yang sesuai dengan citarasa kita dan kehendak agama. Mungkin ada yg. tertanya-tanya, macam mana nak cari jodoh ni yeeee...

Berikut adalah beberapa tips untuk anda mendapat jodoh.

1. Minta bantuan dari ibu bapa (teknik turun temurun) - teknik ini sangat popular ketika dahulu dimana ibubapa mencari jodoh untuk anak mereka tetapi ia masih lagi boleh digunapakai untuk zaman ini kerana ibubapa mempunyai kenalan dan mungkin mereka tahu bagaimana akhlak anak rakan mereka tersebut untuk dijadikan calon.

2. Hadiri aktiviti - sertai pelbagai aktiviti. Lagi banyak anda terlibat, lagi banyak pendedahajan dan perkenalan. Orang yg. aktif tentu ramai kenalan kan...

3. Minta bantuan rakan - Mungkin rakan anda ada kenalan yang sesuai untuk diperkenalkan kepada anda.

4. Minta bantuan adik beradik

5. Chat room - Anda perlu berhati2 dengan teknik ini kerana bimbang ada penipuan secara maya, maklumlah kita sukar nak tahu cerita sebenar melainkan bersemuka.

6. Laman cari jodoh - Teknik ini juga anda perlu berhati-hati.

7. Cari sendiri - Mungkin anda tahu pilihan yg. bagaimana yg. sesuai dengan anda. Kalau anda masuk universiti, ia merupakan platform yg. baik untuk pencarian jodoh, tapi jangan lupa batasan agama semada perkenalan.

Yang mana satu pilihan anda ?
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2009 01:11 PM | Show all posts
Kecantikan Lelaki & Kegagahan Wanita

Kecantikan Lelaki

Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani. Lelaki yang cantik,adalah: -

1) Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan
2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran
3) Lelaki yang memberi madu,setelah menerima racun
4) Lelaki yang tenang dan lapang dada
5) Lelaki yang baik sangka
6) Lelaki yang tak pernah putus asa

Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan Yang ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.

Kegagahan Wanita

Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan,tetapi pada Kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah,adalah: -

1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan
2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan
3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan
4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.

Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.

Sabda Rasulullah SAW :
"Sebarkanlah ajaranku walaupun satu ayat "

"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya,maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."
Surah Al-Ahzab : Ayat 71
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2009 01:12 PM | Show all posts

Reply #30 robotech's post

aku dah mengalami...no 7!
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2009 01:12 PM | Show all posts
Originally posted by pisang69 at 27-3-2009 11:59


itu baru sudu..blum garpunya lagi....


sib baik garpu..klu pisang?
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2009 01:13 PM | Show all posts
Melangkah Ke Alam Perkahwinan (Part1)

Kurangnya persediaan untuk menjadi pasangan yang bertanggungjawab menjadi punca utama sesebuah rumahtangga menghadapi masalah dan konflik. Oleh kerana itu pasangan yang ingin mendirikan rumahtangga disarankan supaya melengkapkan diri dengan asas-asas perkahwinan yang mantap. Memahami tujuan dan harapan perkahwinan serta mematuhi tatasusila pertunangan yang dapat menjamin rumahtangga yang bahagia dan berkekalan.

* Tingkatkan pemahaman dan penghayatan konsep perkahwinan dan kekeluargaan
* Mengenalpasti persediaan dan bimbingan sebelum berumahtangga
* Memupuk nilai murni dan memelihara adab tatasusial di alam pertunangan

Erti perkahwinan
* Perkongsian hidup yang disahkan oleh agama dan perundangan negara
* Suatu amanah yang disertai dengan tanggungjawab

Tujuan perkahwinan
* Memenuhi tuntutan agama
* Sebagai tanda komitmen terhadap pasangan
* Memenuhi keperluan biologi
* Mendapat zuriat yang sah dan mengelakkan tohmahan
* Mengelakkan maksiat

1. Persediaan Minda dan Kerohanian.
Pasangan yang ingin berkahwin perlu bersedia secara minda melalui dan juga memikul tanggungjawab sebagai suami/isteri.Setiap pasangan juga perlu bersifat matang. Banyakkan membaca dan berkongsi pengalaman dengan mereka yang telah melalui alam rumahtangga tentang cara-cara mengatasi masalah. Jangan cepat melenting. Ia mungkin membawa padah. Dan juga hendaklah mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam menguruskan hal ehwal rumahtangga. Soal hukum-hakam dan ilmu agama amatlah penting,begitu juga dengan kemahiran berkomunikasi,menguruskan sumber (masa,wang dan tenaga) dan kemahiran mengatasi tekanan.

* Bersedia untuk berumahtangga
* Bersedia memikul tanggungjawab
* Berkemahiran berkeluarga

2. Persediaan Fizikal
Bakal pasangan perlu bebas daripada sebarang penyakit berjangkit. Kesihatan yang baik akan membolehkan pasangan hidup bahagia dan dapat melaksanakan tanggungjawab dengan sempurna.Dan juga bakal pasangan hendaklah memiliki kemampuan seksual.Ia amat penting dalam menjamin kebahagiaan sesebuah rumahtangga.Ia juga merupakan faktor utama bagi membolehkan pasangan mendapatkan zuriat. Kematangan fizikal pula penting terutama bakal isteri yang inginkan anak sebaik sahaja berkahwin. Bagi seorang wanita,mengandung pada umur kurang 18 tahun adalah tidak digalakkan,kerana pada umur tersebut tubuh badan wanita itu sedang membesar dan belum bersedia untuk mengalami perubahan-perubahan fizikal dan fisiologikal semasa mengandung.Umur yang ideal bagi wanita untuk menjadi seorang ibu ialah antara 20-30 tahun.

* Umur yang sesuai
* Sihat fizikal
* Digalakkan pemeriksaan kesihatan
* Ketrampilan diri
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-4-2009 01:14 PM | Show all posts
Originally posted by robotech at 27-3-2009 11:05
Sudu dah gatal nak menikah le tu, prety .. you nak volunteer jd pengantin pompuan?


kte tgh belajar lg rob.mana leh...mak marah taw
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2009 01:14 PM | Show all posts
Melangkah Ke Alam Perkahwinan (Part2)

3. Persedian Kewangan
Tugas dan tanggungjawab utama suami ialah memberi nafkah kepada isteri mengikut kadar kemampuannya.Sebarang sumbangan daripada isteri berhubung dengan perbelanjaan rumahtangga adalah merupakan sedekah daripada isteri.

* Kemampuan kewangan
* Kemahiran pengurusan kewangan

4. Persediaan Sosial
Perkahwinan membawa kepada perubahan peranan ke atas kedua-dua pihak. Contohnya mereka yang berumahtangga kini mempunyai hubungan sosial dengan mertua dan saudara mara pasangan.Oleh itu bakal pasangan perlu memastikan diri masing-masing untuk menerima segala nasihat dan tunjuk ajar daripada mentua masing-masing. Ini termasuklah gaya hidup dan pergaulan.

* Penyesuaian dengan pasangan
* Penyesuaian dengan keluarga dan mertua
* Penyesuaian dengan jiran
* Penyesuaian dengan rakan-rakan

5. Persediaan Spiritual
* Pengetahuan agama
* Penghayatan agama
* Perubahan akhlak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-4-2009 01:17 PM | Show all posts

Reply #30 curik_tulang's post

tau le bini dia guide... kalo rasa sakit tu dtg sedap ok le..kalo rasa sakit tu bertambah2 sakit tu memang betul2 redah
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2009 01:18 PM | Show all posts
Himpunan Ayat Al-Quran & Hadis Mengenai Perkahwinan. (Part 1)

01. Rasulullah SAW pernah mengingatkan sesiapa yang berkemampuan tetapi enggan untuk berkahwin melalui sabdanya, "Kamu berkata begitu, ingatlah demi Allah sesungguhnya aku adalah orang yang paling takut kepada Allah dan yang paling taqwa kepada-Nya, tetapi aku berpuasa dan kadangkala tidak berpuasa; aku sembahyang dan aku tidur; dan juga kahwin dengan perempuan. Barangsiapa tidak suka dengan sunnahku, dia bukanlah pengikutku".

02. Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Kahwinilah wanita itu kerana empat perkara, kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikan dan kerana agamanya. Pilihlah wanita yang beragama, engkau akan selamat".

03. Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Sebaik-baik wanita itu ialah apabila kamu memandangnya kamu akan senang hati (gembira), apabila kamu perintah, ia patuh kepadamu, apabila kamu pergi, ia akan menjaga dirinya dan menjaga hartamu."

04. Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, Sejahat-jahat jamuan ialah jamuan walimah (perkahwinan) yang mengundang orang-orang kaya dan meninggalkan orang-orang yang fakir. (riwayat Bukhari & Muslim)

05. Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Wanita yang paling banyak mendapat kurnia ialah wanita yang murah mas kahwinnya, yang senang nikahnya dan baik budi pekertinya. Dan wanita yang jahat ialah wanita yang mahal mas kahwinnya, payah nikahnya dan yang buruk budi pekertinya.

06. Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Beritahulah kepada orang ramai akan nikah ini dengan pukulan gendang dan rebana". (riwayat Ibnu Majjah)

07. Diharamkan atas kamu mengahwini ibu-ibu kamu, anak-anak perempuan kamu, saudara-saudara perempuan kamu, saudara-saudara perempuan bapa kamu, saudara-saudara perempuan ibu kamu, anak-anak perempuan dari saudara-saudara lelaki kamu, anak-anak perempuan dari saudara-saudara perempuan kamu. (An-Nissa: 23)

08. Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Hak suami atas isterinya (tanggungjawab isteri terhadap suaminya), bahawa isteri tidak boleh meninggalkan hamparan (tilam) suaminya, hendaklah menerima dengan baik pemberian suaminya, hendaklah taat pada perintah suaminya, tidak boleh keluar dari rumahnya kecuali dengan izin suaminya, dan tidak boleh membawa (membenarkan) orang yang dibenci oleh suaminya masuk ke dalam rumahnya." (riwayat Al-Tabrani)

09. Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Bila isteri itu mengerjakan sembahyang lima waktu, berpuasa bulan Ramadan, memelihara kemaluannya dan mematuhi suruhan dan larangan suaminya, maka akan dimasukkan dia ke dalam syurga." (riwayat Abu Hurairah)

10. Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Tiga perkara yang dilakukan dengan bersungguh-sungguh dianggap bersungguh-sungguh, dan yang dilakukan dengan gurauan (main-main) akan menjadi sungguh-sungguh iaitu nikah, talak dan rujuk.
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2009 01:18 PM | Show all posts
Himpunan Ayat Al-Quran & Hadis Mengenai Perkahwinan. (Part 2)

11. "Maka kahwinilah perempuan-perempuan yang kamu sukai dua, tiga atau empat. Tetapi jika kamu tidak dapat berlaku adil diantara isteri-isteri kamu, maka hendaklah kamu berkahwin seorang sahaja." (An-Nisa: 3)

12. "Diantara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara kamu rasa kasih dan sayang. (Ar-Rum 21)

13. "Wanita-wanita yang keji diperuntukkan untuk lelaki yang keji. Dan lelaki yang keji diperuntukkan untuk wanita yang keji pula, dan wanita yang baik diperuntukkan bagi lelaki yang baik, dan lelaki yang baik diperuntukkan bagi waita yang baik pula." (An Nur: 26)

14. Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, " Sebaik-baik kamu adalah yang terbaik terhadap keluarganya dan aku adalah yang terbaik daripada kamu terhadap keluargaku. Orang yang memuliakan kaum wanita adalah orang yang mulia, dan orang yang menghina kaum wanita adalah orang yang tidak mempunyai budi pekerti." (riwayat Abu Asakir).

15. Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Takutlah kepada Allah, di dalam memimpin isteri-isterimu, kerana sesungguhnya mereka adalah amanah yang ada disampingmu, barangsiapa tidak memerintahkan agar isterinya mengerjakan solat, dan mengerjakan agama kepadanya, maka ia telah berkianat kepada Allah dan Rasul-Nya.

16. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari, Aisyah pernah ditanya apa yang dilakukan oleh Rasullulah SAW dalam rumahtangganya? Jawab Aisyah: Nabi SAW biasa membantu kepentingan keluarganya. Menyapu rumah, menjahit baju yang koyak, memperbaiki sepatu dan memerah susu kambing. Bila tiba waktu solat tiba baru baginda berhenti, kemudian menunaikan solat."

17. Terdapat beberapa cara untuk menggauli isteri secara baik antaranya tidak membuka rahsia isteri serta memperkatakannya di hadapan masyarakat umum. Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Muslim, Rasulullah SAW bersabda, "Seburuk-buruk manusia disisi Allah pada hari Kiamat adalah seorang lelaki yang menceritakan hubungan dengan isterinya dan isteri yang berhubungan dengan suaminya lalu menyebarluaskan rahsia mereka."

18. "Isteri-istei kamu adalah seperi kebun tempat kamu bercucuk tanam, maka datangilah kebun tempat kamu bercucuk tanam itu bagaimana sahaja yang kamu kehendaki." (Al Baqarah: 223)

19. Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Perbaikilah wanita, kerana sesungguhnya wanita itu diciptakan dari tulang rusuk. Paling bengkoknya tulang rusuk itu adalah di bahagian atasnya. Jika meluruskannya terlalu keras., maka ia akan pecah. Dan jika dibiarkan, maka ia akan tetap bengkok. Maka perbaikilah wanita itu dengan cara yang baik.

20. "Dan kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada kedua ibu bapanya, ibunya telah mengandungkannya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyusukannya dalam masa dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibu bapamu, hanya kepada -Ku-lah tempat kembalimu (Luqman:14)

21. "Hai sekelian manusia, bertaqwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, daripadanya pula Allah menciptakan pasangannya, dan dari keduanya dikembangkan laki-laki dan wanita-wanita yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah dengan (menggunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain; dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah sentiasa mengawasi kamu." (An-Nisa': 1)

Semoga kita sama-sama dapat manfaat darinya.

Terima kasih
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2009 01:20 PM | Show all posts
Istilah Munakahat.

Istilah tersebut adalah:

* Akad
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2009 01:23 PM | Show all posts
Tip Mengambil Hati Pasangan

Bahtera rumahtanggan memerlukan kerjasama dan toleransi penghuninya. Dalam konteks ini, suami isteri perlu bekerjasama dan saling memahami antara satu dengan lain. Berikut tip bagaimana untuk mengambil hati pasangan masing-masing.

Tips mengambil hati suami

1. Sentiasa berhias untuk suami. Bersiap dan berhias menunggu kepulangan suamii.
2. Sentiasa menjaga kecantikan diri seperti masa berkasih-kasih dahulu.
3. Memahami hobi suami dan sentiasa memberi dorongan selagi ia memberi manfaat dan menggembirakan suami anda tetapi berbincanglah jika hobi berkenaan terlalu memakan masa untuk anda bersama atau suami anda terlalu boros untuk hobi tersebut.
5. Menyediakan hidangan dan minuman untuk suami tanpa perlu disuruh.

Tips mengambil hati isteri

1. Memberi hadiah kepada isteri. Walaupun nilainya cuma beberapa ringgit tetapi ia akan dihargai oleh pasangan anda.
2. Memuji masakan isteri anda. Memasak dan menguruskan kerja-kerja rumah adalah pengorbanan yang besar dilakukan oleh isteri anda.
3. Temankan isteri anda membeli-belah dan memberi pendapat anda apabila diminta.
4. Selalu memeluk dan membelai isteri. Sebelum kahwin haram pegang tangan tapi ramai yang buat, bila lepas kahwin nak sentuh isteri pun susah.
5. Memuji kecantikan isteri apabila dia berhias. Jangan sekali-kali memuji kecantikan perempuan lain didepannya. Ini akan membuatkan isteri anda berkecil hati dan berasa kekurangan.
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2009 01:24 PM | Show all posts
Tip Mertua-Menantu

Tips ini adalah mengenai hubungan anda dengan mertua. Macam mana untuk anda menghadapi suasana keluarga baru disebelah pasangan anda. Tengok kat bawah ni saya ada berikan sedikit tip yang berguna untuk kita amalkan.

Semoga ia menjadi panduan kepada kita semua, yang baru kahwin dan juga yang dah lama kahwin.

Tips hubungan dengan mentua-menantu seperti berikut:

1. Cuba bermesra - Kuncinya adalah usaha. Anda bertanggungjawab untuk mengekalkan keharmonian bersama. Pokok pangkalnya, mentua anda adalah orang yang selama ini membesarkan pasangan anda dan bagi mentua yang ditakuti menantu, terimalah kenyataan yang anak anda sudah memilih menantu anda itu untuk menjadi pasangan hidup mereka. Kalaupun anda tidak dapat menyukai mereka, tunjukkanlah rasa hormat dan kewarasan anda. Jika kedua-dua pihak bercanggah pendapat, tunjukkan persetujuan atau bangkangan anda dengan cara yang betul dan jangan pula mengkritik atau memberi komen negatif di belakang mereka.

2. Dahulukan keluarga anda - Memandangkan anda sudah berumahtangga dan mempunyai anak,keutamaan seharusnya diberikan kepada keluarga anda kini. Mungkin kedengarannya tidak patut, namun jika anda terus meletakkan ibu bapa lebih dulu daripada pasangan anda serta anak-anak, mereka akan mula berasa 'jauh' dengan anda. Ini bermakna, jangan biarkan ibu atau bapa anda campur tangan dalam membuat keputusan untuk keluarga anda. Apabila timbul apa-apa masalah, anda haruslah tampil untuk mempertahankannya. Rungutan yang selalu didengari mengenai mertua selalunya membabitkan campur tangan yang keterlaluan mereka dalam kehidupan anak mereka yang sudah berkahwin. Mereka seharusnya sedar bahawa anak mereka kini sudah mempunyai kehidupan sendiri dan cukup dewasa untuk membuat keputusan sendiri. Bagi anda yang merasakan mertua terlalu masuk campur dalam urusan rumah tangga anda, cuba beritahu mereka secara baik dan pada masa sama melayan mereka dengan baik.

3. Usah babitkan anak-anak dalam masalah - Andainya hubungan anda dengan mentua tidak begitu baik, jangan babitkan anak-anak di dalamnya. Anak-anak tidak seharusnya didedahkan dengan hal negatif yang berlaku antara anda dengan datuk, nenek atau bapa saudara dan ibu saudara mereka. Lebih-lebih lagi jika anak-anak anda rapat dengan mereka. Pada ibu bapa pula, jangan sesekali menggunakan cucu anda sebagai umpan.

4. Dapatkan nasihat - Sesekali, mintalah pendapat atau nasihat daripada mentua anda. Dengan cara itu, mereka akan merasakan masih mempunyai impak dalam kehidupan anak mereka selain merasa dihargai sebagai seorang yang berpengalaman. Jika anda lakukannya sebelum perkahwinan, anda berpeluang mendapat sedikit sebanyak gambaran mengenai keluarga yang bakal anda sertai itu.

5. Terima seadanya - Jika hubungan anda dengan mentua tidak dapat dibantu lagi, terimalah ia seadanya. Lama-kelamaan, hubungan ini akan beransur baik. Apapun, pastikan mereka tahu bahawa anda sayangkan anak mereka dan sanggup berkorban apa saja untuk keluarga.
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2009 01:26 PM | Show all posts
PETUA-PETUA KAHWIN (Part 1)

Bagaimana mengekalkan perhubungan bahagia?  Apakah petuanya bagi suami untuk menambat hati isteri?

* Sentiasa berdoa agar disayangi.
* Apabila balik rumah, tegur dan sentuh isteri sebelum buat kerja lain.
* Tunjukkan keprihatinan dengan bertanya secara khusus mengenai kegiatan isteri sepanjang hari.
* Jadikan seorang pendengar yang baik kepada isteri .Jangan tergesa-gesa untuk menyelesai masalah isteri. Apa yang lebih penting adalah simpati.
* Berikan masa sekurang-kurangnya 30 minit perhatian yang berkualiti terhadap isteri.
* Berikan bunga, minyak wangi atau seumpamanya sebagai hadiah atau untuk memujuk ketika isteri sedang marah.
* Tolong masak atau ajak makan di luar sekali sekala.
* Beri pujian mengenai penampilan isteri (rambut, wajah, pakaian dan sebagainya).
* Pujuk apabila isteri marah atau kecil hati.
* Beri bantuan atau kerjasama setakat yang mampu.
* Luangkan masa yang lebih agar tidak mendesak isteri untuk lebih cepat bergerak atau bertindak.
* Jika lambat pulang, beritahu lebih awal atau telefon rumah.
* Sekiranya isteri minta bantuan, nyatakan boleh atau tidak dengan tidak mengungkit atau banyak komen.
* Jika anda perlu bersendirian untuk berfikir, beritahu bila anda akan pulang.
* Apabila sudah sejuk, beritahu isteri apa yang mengganggu fikiran secara sopan. Jangan menyalahkan isteri.
* Bila isteri bercakap, beri perhatian sepenuhnya.
* Apabila keluar, tanya isteri kalau ada sesuatu yang ingin dipesan.
* Beritahu bila kita ingin berehat atau tidur.
* Peluk isteri dengan penuh kasih sayang sekurang-kurangnya empat kali sehari.
* Telefon isteri dari tempat kerja untuk bertanya khabar, sekadar ingin memberitahu "AKU CINTA PADAMU ".
* Ucapkan kata-kata sayang sekurang-kurangnya dua kali sehari.
* Tolong kemaskan katil atau bilik tidur.
* Ajak isteri berjalan-jalan tanpa anak-anak.
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2009 01:27 PM | Show all posts
PETUA-PETUA KAHWIN (Part 2)

* Cuba tunaikan apa yang isteri hajati.
* Nyatakan anda merinduinya bila berjauhan.
* Bawa pulang buah tangan, kuih kegemaran isteri sekali sekala.
* Sentiasa lakukan ibadah bersama.
* Jika keluar daerah,telefon isteri memberitahu nombor telefon tempat penginapan dan memberitahu anda sudah selamat sampai.
* Sentiasa kemas dan wangi sebelum tidur bersama.
* Urut belakang isteri sekali sekala.
* Peluk dan belai isteri sekali sekala tanpa implikasi seksual.
* Sabar dan tenang apabila mendengar cerita dan masalah isteri.
* Pamerkan kasih sayang di khalayak ramai. Jangan abaikan isteri atau tinggalkannya jauh ketika berjalan.
* Apabila keluar berjalan, elok berpegangan tangan untuk menunjukkan kemesraan.
* Buatkan air minuman untuk isteri sekali sekala.
* Ketika makan di luar, jangan harapkan isteri memilih tempat makan setiap masa.
* Beri perhatian lebih kepada isteri daripada orang lain ketika di kalayak ramai.
* Lebihkan isteri daripada anak-anak.
* Bila isteri kurang sihat, beri perhatian sewajarnya. Manjakan isteri sepertimana dia memanjakan anda.
* Seeloknya masuk tidur serentak.
* Belai isteri sebelum pergi kerja.
* Ucapkan terima kasih setiap khidmat yang isteri berikan.
* Cari masa untuk berdua-duaan sekali sekala.
* Lakukan riadah bersama isteri.
* Pergi berkelah sekali sekala.
* Tolong cuci atau jemur pakaian sekali sekala.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-4-2009 01:29 PM | Show all posts
Al-Kisah, tamat citer mukadimah pra & pasca akad nikah. Masyukkk la kita ke bab JIMAK adanya ...
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2009 01:32 PM | Show all posts
MALAM PERTAMA

Pelayaran malam pertama


MALAM pertama adalah satu cabaran jika pasangan berkenaan tidak berpengalaman berasmara. Jika pasangan wanita selama ini menyimpan kesuciannya untuk jejaka idaman, pasti malam pertama memberi makna kepadanya apabila dapat memberi anugerah yang sangat bernilai itu kepada pasangannya dan mereka mengecapi gelora malam berkenaan.

Namun, perlu diingatkan kepada wanita supaya tidak perlu takut dengan pelayaran malam pertama kerana ia akan memberi tekanan kepada dirinya dan juga pasangan. Sebaik-baiknya, mereka melayani dengan mengikut gerak hati dan memberi kerjasama kepada pasangan supaya sentuhan malam pertama berjalan lancar.

Seseorang wanita juga perlu bersabar jika tidak disentuh pada malam pertama kerana mungkin pasangan mereka masih dalam peringkat menyesuaikan diri atau terasa letih dan lesu selepas proses perkahwinan.

Jika keadaan mengizinkan, hubungan keintiman seksual dilakukan dan sentuhan malam pertama akan berlaku, tetapi pasangan wanita perlu tahu fungsinya apabila pasangan mereka mendekati dan mula menyentuh tubuh sambil melucutkan pakaiannya sehelai demi sehelai.

Dia boleh membantu pasangannya bersedia dengan menyentuh mengikut keselesaan pasangannya. Menyentuh anggota sulit pasangan ketika itu mungkin mengakibatkan pasangan hilang kawalan syahwat dan boleh menyebabkannya terpancut.
Apabila sentuhan intim berjalan hingga ke peringkat pasangan lelaki hendak mendekatkan ereksinya ke paras anggota sulit, pasangan wanita perlu melegakan pahanya bagi memudahkan proses berkenaan.

Paling penting ketika malam pertama ialah pasangan wanita perlu melegakan kemut bagi membolehkan ereksi lelaki dapat terlepas daripada ?enahan? iaitu selaput dara yang mengelilingi pembukaan faraj.

Jika terasa kesat untuk permulaan, geselan boleh dilakukan secara lembut dan sentuhan tubuh badan dilakukan serentak supaya rangsangan berlaku dan mukosa faraj menjadi lebih lembap serta memudahkan pergerakan zakar ke dalam faraj.
Andainya masih juga kesat, tidak salah untuk pasangan berkenaan menggunakan jeli bagi memudahkan lagi kemasukan zakar ke dalam faraj kerana apabila sudah "mengenali" sentuhan pertama itu, mereka akan rasa yakin dan tidak teragak-agak mengulanginya mengikut kehendak dan cita rasa mereka.

Bagaimanapun, perlu diingatkan bahawa masalah boleh berlaku. Pasangan lelaki boleh terasa tertekan atau cemas kerana memikirkan tanggungjawab yang hendak dilakukannya, iaitu hubungan penetratif.

Jika berasa seriau, pasangan lelaki akan mudah hilang kawalan dan perasaan rangsangan menyebabkan ereksi yang membina itu terus kendur, sekali gus dia gagal melakukan tanggungjawab malam pertama kepada pasangannya.

Keadaan ini dikenali sebagai mati pucuk malam pertama. Perkara sama boleh berlaku kepada pasangan wanita. Jika seriau, dia tidak dapat mengawal pembukaan faraj dan ketika pasangan ingin menyalurkan ereksi, farajnya akan mencengkam tanpa kawalan. Oleh itu sebaiknya perlulah biasakan foreplay dahulu sebelum memulakan langkah yang seterusnya.
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2009 01:33 PM | Show all posts
Rahsia Malam Pengantin

Suami yang mendekati isteri di malam pertama dengan pujian-pujian verbal mahupun tidak, patutlah menjadikan anda rasa gembira dan senang. Tapi samada itu adalah tanda cinta yang tulen, satu pujukan untuk melakukan hubungan seks, atau hanya tinggal pujian adalah bergantung kepada apa yang menyusuli perlakuan itu:

1. Tanda Pada Matanya.
Jika matanya merenung, itu menunjukkan dia berminat tetapi dia mendapati anda sedikit menekan perasaannya. Jika keningnya terangkat itu tandanya dia lebih berani. Jika renungan matanya tepat, itu adalah tanda dia berani menawan anda.

2. Tanda Senyumannya.
Sekiranya suami memberikan senyuman yang hangat dan kelihatan terbuka, ia tanda bahawa dia secara tulen berminat kepada anda. Jika dia senyum tetapi kelihatan tegang dan tertutup itu menunjukkan dia kurang yakin atau mungkin dia tidak percaya pada isteri.

3. Menjilat Bibirnya.
Walaupun wanita tidak begitu menyukai kelakuan seperti ini, ia adalah tanda bahawa lelaki itu berani syahwatnya bangkit, dan dia akan melakukan cumbuan-cumbuan dengan bernafsu.

4. Berjenaka.
Jika dia banyak berjenaka pada ketika itu, dia adalah suami yang merasa tidak selesa apabila mahu menjadi agresif. Hubungan seks memerlukan lelaki menjadi agresif, bukan seperti tunggul kayu. Anda perlulah memberikan keyakinan kepadanya agar dia berani meneruskan niatnya untuk mencumbui anda.

5. Menyentuh Dan Membelai.
Dia adalah lelaki yang berani dan yakin. Dia dikawal oleh rasa keberahian dan menggunakan sentuhan dan belaian untuk mengawal hubungannya dengan anda.

6. Memuji.
Ini perlulah diperhatikan. Ada suami yang memang ikhlas dengan pujian, sedangkan ada pula yang mempunyai tujuan lain. Apa yg harus anda lakukan ialah menumpukan perhatian kepada apa yg dia katakan. Sekiranya dia memuji secara patut, anda telah menemui suami yang tidak takut untuk menyuarakan apa yang dirasakan di dalam hatinya.
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2009 01:34 PM | Show all posts
Tip Hubungan Seks

Hubungan seks merupakan aktiviti yang dapat menimbulkan kesenangan dan kenikmatan. Aktiviti ini tentunya akan menjadi sesuatu yang sangat nikmat jika dapat mencapai orgasme. Tapi, bercinta (making love) seperti apa yang mampu menghasilkan orgasme dahsyat?

Berikut resepi hubungan intim agar mampu menghasilkan orgasme yang dahsyat :

Jangan menggerutu
Tidak ada satu lelaki ataupun wanita yang ingin mendengarkan ngomelan pasangannya saat di ranjang. Hal ini sudah pasti akan mempengaruhi proses mendapatkan kenikmatan saat berhubungan intim.

Hindari mengatakan pasangan kelebihan berat badan atau terlihat lebih tua. Ini akan menyakiti hatinya dan membuatnya tidak berselera lagi untuk bercinta dengan anda. Kini adalah masanya anda meluncurkan kata-kata pujian yang mampu melambungkan perasaannya.

Hubungan Seksual Malam Pertama
Melakukan hubungan seksual pertama kali kerap menimbulkan rasa tidak percaya diri bagi setiap pasangan. Bahkan, di antara mereka pun mengaku sulit untuk melakukannya. Tak hairan bila mereka lantas dihinggapi rasa cemas dan khuatir jika acara bercinta di malam pertama tidak berbuah manis.

Untuk mengatasi masalah itu, anda tidak perlu takut. Anda cukup memberikan isyarat cinta kepadanya sehingga mahu berhubungan seksual.

Atur pernafasan
Hal kecil yang sering kali dilupakan saat berhubungan seksual adalah mengatur pernafasan. Aturlah pernafasan sedemikian rupa agar aktiviti seksual anda berdua tidak terganggu. Salah satu kaedah relaksasi yang baik adalah menghirup nafas dalam-dalam dan membuangnya secara perlahan. Lakukan cara ini berulang kali sehingga anda tidak merasa tegang sebelum memulai aktiviti bercinta.

Buatlah perubahan
Anda perlu mengubah gaya dan posisi bercinta yang berbeza dari biasanya. Alhasil, pasangan pun semakin bergelora setiap kali menerima rangsangan seksual .
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-1-2025 12:00 PM GMT+8 , Processed in 0.089374 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list