|
AnBulisia posted on 29-10-2012 02:38 PM
bila main pilim ni?
ke dah main...
1 nov 2012
|
|
|
|
|
|
|
|
jac_diehard_fan posted on 17-3-2009 08:19 PM
jeton samehon
memang ada iras ngan ayu..ehh..ayu yg memang ada iras dia
|
|
|
|
|
|
|
|
dru_helle posted on 22-9-2010 05:29 PM
Dah siap ke filem ni kak fauziah oi...
seriously buruks dia pakai camni..macam maknyah pun ada..
huhu..sori..tapi itulah yg nampak dimataku
|
|
|
|
|
|
|
|
hazim86 posted on 27-10-2012 01:43 AM
assalamualaikum....saya budak baru kat sini....
maybe niat penerbit nak tolong zaiton sameon.in ...
takdak nak buli aihhh
|
|
|
|
|
|
|
|
Ni poster filem Zaiton Ceritaku yg second version..(1st version arahan Fauziah Nawi kan kena reject ngn producer)
|
|
|
|
|
|
|
|
kureng suka slogan film nih...."hidup mati balik pun aku tetap nak nyanyi" |
|
|
|
|
|
|
|
eddlisa_uyuk posted on 4-11-2012 12:47 AM
kureng suka slogan film nih...."hidup mati balik pun aku tetap nak nyanyi"
agree sgt....i rasa kalu kita mati, dh rasa seksa kubur, takdernya ingin nak nyanyi2 dah...
|
|
|
|
|
|
|
|
er review ??? pergh lama tul thread ni.. filem yang ori ada orang kata memang hampeh.. |
|
|
|
|
|
|
|
Takda sapa dah tgk kah? Teringin nak tgk gak.
|
|
|
|
|
|
|
|
aku dah tengok. walaupun part kontroversi eton dgn imej seksinya tak byk dipaparkan tapi cukup untuk kita jadikan pengajaran yang bila-bila saja tuhan boleh bagi musibah dekat kita tanpa kita mengira masa dan usia.
filem ni lebih kepada menceritakan macam mana kehidupan eton selepas kemalangan. kesian dan sedih bila keluarga sendiri biarkan dia macam tu.
pergilah tengok. kita pun dah penat membebel bila filem rempit, hantu, gangster keluar kat pawagam. so sekarang dah ada filem yang memberi byk pengajaran dalam kehidupan... (agak2 ramai tak yg nak tgk filem berat macam ni sbb dok pong pang pong pang marah filem tak meransang minda mcm rempit yg melambak kat pawagam)...
ending yg sgt menyentuh bila di tayangkan semula eton mng juara lagu (or muzik2 kot time tu) dan gambar eton bersama arwah anaknya irwan. |
|
|
|
|
|
|
|
dah tengok.
sedih cite ni. pegi lah tengok.
kalau tak minat zaiton sameon pun. Tengok lah sebagai pengajaran kepada diri sendiri.
storyline tak berapa detail dan patutnya boleh detailkan lagi. tapi ni pun dah cukup untuk buat hati kite tersentuh.
|
|
|
|
|
|
|
|
aku dah tengok cerita ni. mula-mula rasa ingatkan xbest.aku tengok pon sebab cerita lain kat panggung now semua dah tengok. layan je lah zaiton ni. bila dah tengok, rasa best lah pulak cerita ni. better than cerita melayu yg ada sekarang (ex: rempit,hantu rempit, budak pailang and yg seumpama dengan nya)
Suka sangat dengan budak perempuan yg bawak watak zaiton sameon tu(budak yg dalam poster tu, nama aku xtahu). pandai beno dia berlakon. pastu cerita ni memang sedih lah. baru aku tahu banyak jugak dugaan zaiton ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku tepek artikel lama masa 2009 dari forum CARI gak. Pasal keluarga angkat ni ada dalam Filem Zaiton Ceritaku
***************************************************
Kecoh sekampung kerana Zaiton Sameon
Masa pergi ke Sabah atas urusan kerja minggu lalu, Niezam dapat satu panggilan telefon yang mendakwa penduduk dari kampung Melayu Subang, Selangor. Pemanggil itu merayu-rayu minta Niezam tulis sikit mengenai satu benda penting yang nak Niezam sampaikan ini.
Yang membuat panggilan telefon tu hanya mahu dikenali dengan nama samaran dia sebagai Kak Mala saja. Tapi bukan Normala Shamsuddin atau Normala Hamzah wartawan Utusan tu! Jangan silap pula ya.
Kata Kak Mala, dia sebenarnya tak sampai hati nak mengadu perkara ni tapi dia dah tak boleh nak pekak telinga dia lagi bila penduduk di kampung tu heboh bercerita kisah penyanyi Eton atau Zaiton Sameon.
Menurut Kak Mala, Eton sekarang dijaga oleh sebuah keluarga angkat di kampung tersebut hampir setahun yang lalu. Keluarga angkat itu boleh terbuka hati nak jaga Eton kerana kasihan dengan nasib dia yang terabai.
Jadi sebagai manusia, keluarga tersebut pun ambil Eton duduk bersama walaupun mereka tak ada pertalian saudara.
Gara-gara Eton dijaga oleh keluarga itu, penduduk kampung mula rasa kurang selesa kerana takut benda-benda yang tak elok berlaku. Niezam tanya Kak Mala apa benda tak elok yang dia maksudkan?
"Maksud Kak Mala, tak manis la bila ada bukan muhrim tinggal di rumah tu. Walaupun yang menjaga Eton tu orang yang sudah berumah tangga, tapi orang kampung sudah mula bercerita itu dan ini. Harap Niezam faham ya maksud akak ni," katanya.
Menurut Kak Mala lagi, ada beberapa penduduk dah panggil keluarga angkat itu supaya menyerahkan semula Eton kepada saudara-maranya.
Bila dengar cerita ni rasa sedih juga sebab ingatan Eton sebenarnya masih belum pulih sepenuhnya. Kalau tak ada orang nak jaga Eton, tentulah hidup dia semakin susah dan bertambah melarat.
Tapi yang jadi tanda tanya sekarang ni mana pergi adik Eton iaitu Shahril Sameon? Kalau dulu Shahrillah orang yang banyak tolong kakak dia tu walaupun mereka pernah dihalau dari rumah pusaka peninggalan keluarga di Rembau, Negeri Sembilan.
Niezam ingat lagi Shahril terpaksa menumpang di rumah kawan dia di Cheras tak lama dulu semata-mata nak jaga kakak dia tu. Tapi bila Shahril tak ada, nampaknya kehidupan Eton menjadi semakin derita. Bukan saja seperti dibuang tetapi adik kesayangan dia pun dah hilang entah ke mana. Nasib baiklah ada juga orang nak jaga Eton. Tapi sayangnya bila ada orang ambil berat, orang kampung tak suka pula?
Harap-harap Eton tidak terus menderita. Kasihan juga bila difikir-fikirkan nasibnya. Di mana Eton nak 'menaruh harapan' lagi lepas ni?
NIEZAM: Kecoh ada wartawan kena kurung dalam bilik mandi. |
|
|
|
|
|
|
|
gitulah manusia. dari diorng mengata keluarga tu, lebih baik sama-sama bantu. |
|
|
|
|
|
|
|
missdirector posted on 6-11-2012 02:51 AM
dah tengok.
sedih cite ni. pegi lah tengok.
takleh terlampau detail sgt sebab mungkin ada yg sensitif bagi keluarga eton.
trailer dia, nampak best, nak pegi tgklah nanti, nadia pun nampak ok je berlakon
http://www.youtube.com/watch?v=C_Q3OGysKVc&feature=relmfu
harap2 penerbit buleh kuarkan versi mislina di astro first atau direct to DVD terus sekurang2nya bolehlah dapat duit sikit cover pembikinan yg lepas daripada rugi gitu je. lebih2 lagi ramai juga yg nak tgk versi tu sebagai perbandingan
|
|
|
|
|
|
|
|
Kutipan terkini sehingga 05 November 2012 : RM 0.039 juta 
Sumber : FINAS (updated on 06/11/2012)
|
|
|
|
|
|
|
|
Zaiton Ceritaku hanya Mampu bertahan 7 hari sahaja dipanggung. Kesian
kesian sungguh. zaiton ceritaku hanya mampu bertahan selama seminggu tayangan.
industri filem dah temui zaman kejatuhan ke?
cerita yang bagus.. tapi takder sambutan... |
|
|
|
|
|
|
|
napa cepat sangat? bukan ke skim wajib tayang lpf wajib tayang filem tempatan 14 hari?
|
|
|
|
|
|
|
|
sangat menyedihkan sambutannya. nampaknya jalan selamat nak buat filem kat malaysia ni ialah 4 ciri ni bak kata edry KRU, rempit, gangster, hantu dan komedi
|
|
|
|
|
|
|
|
adik, kenapa tak sambung je kat thread filem Zaiton? |
|
|
|
|
|
|
| |
|