CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: zeey

REVIEW LENTERA TIMUR

[Copy link]
Post time 30-12-2008 07:33 PM | Show all posts
sekarang ni aku asyik ulang2 main bintang malam. wpun lagu ni taklah grand mcm lagu2 konsep thai lain ( hala timur, rambong bercanggung ), ttp ia sgt ez listening...lagu ni boleh jadi kawan masri manis dan sulam sembilan

aku rasa jugak ada bbrp lagu kalau dikeluarkan dr album ni, pasti ia lebih menarik.

suka intro di kayangan kita....

suka siti sebut 'insyaAllah' dlm lagu joget menanti kasih

suka vokal siti dalam ada masa mata. lirik simple sebab dah ada dua lagu konsep siam. bintang malam dah berbuga, so AMM perlu ringkas.

lagu jelmakanlah ayumu ada sikit2 bunyi lagu etnik pak ngah yang dibuat utk ameer vsofar ( sewaktu hujan tiba )dan cinta laila ( syazliana ). cuma muzik dia lebih modern.

syorkan siti buat pertandingan cipta lagu utk dia utk next album dan kita cdgkan gandingan2 yang ideal.
contoh:-

aidit alfian/ ad samad
pak ngah/hairul anuar@che kem
sharon paul/fedtri yahya
dll

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-12-2008 09:04 PM | Show all posts
Betul 2 album Lentera Timur ni mmg sgt berlainan drpd ketiga2 album tradisional Siti sebelum ni sbb konsepnya lebih modern,meriah dan variasi.AMM mmg antara yg paling catchy dlm album ni selain Senyum Minang Manis,Di Kayangan Kita dan macam2 lagi lah.Rasanya lagu-lagu yg dimuatkan dalam album kali ni mmg punya kekuatan berbanding album sebelum ni cuma 3 ke 5 lagu jer yg potensi besar agak mmg patut Siti gabungkan komposer lama dan baru mmg akan ada magis tersendiri.

Paling menarik bagi saya apabila permulaan album ni dibuka oleh lagu Di Kayangan Kita sbb melodi yang cukup berat dan tragis digabungkan elemen arab,gambus dan balada menjadikan ia sebuah lagu kontemporari yg sangat menarik.Irama yg slow dan menyentuh jiwa dan lirik yg mempesona..mmg ia kekuatan sebenar selain vokal luarbiasa drpd Siti utk lagu ni.Cukup lenggoknya,tinggi dan rendah kawalan vokal cukup hebat.Mmg patut dijadikan lagu pembuka.

Di Taman Teman dan Jelmakanlah Ayumu sebenarnya punya pengaruh rock latin dan gypsy yang diadun dlm irama padang pasir selain memasukkan unsur samada jazz dan balada sbb Di Taman Teman ternyata lebih berlatar belakang balada ala gypsy kalau dibandingkan dgn Jelmakanlah Ayumu yg lebih kuat pengaruh salsa san sambanya.

Tapi bagi saya saya lebih suka kalau single yg dipilih antara Ada Masa Mata dan Senyum Minang Manis sbb ia memberi kelainan utk promosi album ni.Untuk saya antara single dlm turutan yg saya buat adalah..

1)ADA MASA MATA
2)DI KAYANGAN KITA
3)DI TAMAN TEMAN
4)SENYUM MINANG MANIS
5)JELMAKANLAH AYUMU
6)SELOKA BUDI

Untuk album seterusnya mmg bersetuju dgn cadangan korang untuk buat pertandingan cipta lagu tradisional.Gandingan ideal pun perlu diambil kira utk dptkan lagu yg benar2 killer!

Pak Ngah/Hairul Anuar Harun/Ce'kem/Nurul Asyiqin
Azmeer/Senibayan
S.Atan/Nurul Asyiqin/Siso
Khir Rahman/Megamutiara
Ahmad Nawab/Habsah Hassan
M.Nasir/Keon
Aidiet Alfian/Ad Samad
Adnan Abu Hassan/Fedtri Yahya
Johan Nawawi/Fedtri Yahya
Suflan Faidzal/Lokgha

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2008 09:05 PM | Show all posts
dah bbrapa kali dengar LT..

banyak lagu2 cam dah pernah ada rentaknya..  takde originality
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-12-2008 02:00 AM | Show all posts

Reply #63 badai's post

apalah sangat nak bezakan rentak tradisional...pada saya yang membezakan lagu2 tradisional adalah mesej dari liriknya yang utama...dan banyak pembaharuan dari segi LIRIK terutamanya pada lagu ada masa mata..

lagu senyum minang manis memang tipikal ...tapi bukan sebarang tipikal ...tipikalnya lagu ini ialah bakal disukai ramai kelak ..
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2008 02:06 AM | Show all posts
Originally posted by badai at 30-12-2008 09:05 PM
dah bbrapa kali dengar LT..

banyak lagu2 cam dah pernah ada rentaknya..  takde originality

mcm mana nak betul2 orginal sedangkan lagu tradisional sendiri komposisinya mmg serupa.. berakar umbi dari irama yg sama iaitu sama ada zapin, ghazal, masri, inang, joget, keroncong.. bla2.. kalau dulu bunyi zapin mcm tu, sekarang pun camtulah bunyinye.. begitu juga dengan irama2 yg lain.. itulah pasalnya kena ada sedikit suntikan daripada irama2 terkini tapi janganlah nampak sgt keterlaluan sehingga mencacatkan nilai tradisional itu..

pada aku apa yg terhasil pada LT sudah berada pada tahap yg memuaskan.. fresh dan masih mengekalkan nilai tradisonal..

love it

[ Last edited by  eddysheddy at 31-12-2008 02:20 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2008 08:09 AM | Show all posts
dah lama menantikan buah tangan Abot......

Senyum Minang Manis memang menarik hati... begitu juga Ada Masa Mata..

nnt2 ar nk wat full review album neh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-12-2008 10:06 AM | Show all posts

Balas #66 beta_carotene\ catat

memang happening giler la lagu senyum minang manis tue..first time dengar pon dah tertarik...melethorpsss

[ Last edited by  fredbok87 at 31-12-2008 10:07 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2008 10:08 AM | Show all posts
TOP 5 LAGU 'LENTERA TIMUR'

*Ada Masa Mata* M.Nasir/Ad Samad

Lagu ciptaan komposer dan penulis lirik favourite aku. Siapa kata lagu etnik perlu lirik yang berbunga2 to be a great song?
This song proves it. Rentak lagu yang berentak rambong dengan iringan instrumen bertali cukup menangkap di telinga.
Liriknya, walaupun pendek2 rangkapnya, cukup memberi makna. An exceptional writing prowess from Ad Samad.
Dengar lagu ni, teringat lagu Hala Timur nyanyian Noraniza Idris.

*Joget Minang Manis* Zul Mahat/Abot

Lagu ni tersangatlah catchy, ada mirip lagu Masri Manis (lagu CT daripada album dulu2).
Suka dengan eksperimentasi muzik dalam lagu ni, contohnya tetiba ada rapping dan rentak muzik berubah di tengah2 lagu.
Liriknya walaupun xbegitu kuat, tapi sesuai dengan irama lagu.

*Di Taman Teman* Fauzi Marzuki/Hairul Anuar Harun

Lagu yang diketengahkan sebagai single pertama album ni. No doubt. Lagu ni ada fusion irama padang pasir yang menarik, ada klimaks n lirik yang puitis.
Intro ada sikit2 macam lagu Mawi/Heliza, but it is forgivable because the whole song is just too good.
Track pilihan untuk diulang2 sampai lebam.

*Bintang Malam* Johan Nawawi, Amran Omar

Lagu ni unik sebab walaupun lagu ni berentak irama Malaysia, CT berjaya improvise dengan menggunakan lenggok suara ala2 R&B at certain parts.
Ada background conversation and sound effects here and there untuk mewujudkan suasana gembira dan meriah, making the song really enjoyable.
Lirik banyak repetition dan xkuat. But still worth it for top 5 sebab lagu ni seronok.

*Jelmakanlah Ayumu* Pak Ngah

Aku expect something great from Pak Ngah. Tambah2 pulak tajuk lagu ni ala2 gempak gitu kan.
Nampaknya Pak Ngah nak lari dari stereotype irama Malaysia padang pasir mcm Balqis, Nirmala etc. Kali ni, Pak Ngah menyerapkan irama jazz dan irama Latin spt salsa dan cha-cha serta penggunaan instrumen seperti saksofon. CT ada dua karakter vokal dalam lagu ni, vokal asli dan vokal jazz (teringat dengan persembahan Farhan AF4 - Spain masa final).

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-12-2008 11:30 AM | Show all posts
aku rasa aku dah paham lagu jelmakanlah ayumu tu..
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2008 01:04 PM | Show all posts

Reply #69 eddysheddy's post

Siso adalah antara penulis lirik terbaik Malaysia tetapi sangat di underated. Mungkin sebab dia tak banyak buat lagu pop. Tulisannya mempunyai tema atau mesej yang jelas, bukan sekadar mengguna perkataan2 yang indah. Gaya bahasanya, klasik yang cantik. Sangat menarik sekiranya dapat melihat pemikiran beliau dalam lagu lagu pop kini.

Berbanding dengan Hairul Anuar Harun, kesinambungan rangkap ke rangkap, perenggan ke perengan dalam hasil penulisan Siso mempunyai kesimbungan yang lebih baik. Ini mungkin kerana Siso telah terlatih dalam penulisan skrip dan lain lain. Gaya penulisan Hairul Anuar Harun cantik, tetapi sukar dimengertikan tema yang nak di sampaikannya (menulis secara umum mengenai hasil tulisan Hairul).  Dari rangkap ke rangkap dan ke perenggan, penulisan Hairul 'disjointed' atau tidak punyai kesinabungan yang baik. Ini juga salah satu masaalah yang saya sedari mengenai hasil penulisan Loloq. Penulisan Allahyarham Loloq jugak selalunya disjointed, sebagai contoh lagu Nafas Cahaya oleh Misha Omar. Begitu jugak dengan lagu Lagu Jiwa Lagu Cinta. Cuba anda perhatikan rangkap ke rangkapnya. Mungkin anda akan sedari rangkap perkataannya 'terbanjir' atau terlimpah kepada perenggan yang berikutnya. Satu lagi cntoh klasik ialah lagu Kala Hujan Zamani, dimana ayat dari verse terjatuh ke korus. Adakah ini gaya atau terleka?

Berbanding dengan Azam Dungun, penulisan Siso adalah lebih romantik. Azam Dungun punyai masaalah 'jalan cerita'. Mungkin sebab Azam Dungun sudah kehabisan cerita? Inilah masaalah utama para penulis apabila mereka kehabisan cerita untuk diceritakan.

Berbanding dengan Fedtri Yahya (sebab Fedtri adalah penulis lirik yang prolific dewasa ini dalam irama etnik kreatif), penulisan Siso bijak tanpa terlalu mencuba menjadi bijak. Manakala tulisan Fedtri, adakalanya seperti trying too hard. Siso tidak sekadar mengguna perkataan bombastik semata mata hendak mengguna perkataan bombastik. Manakala penulisan Fedtri tidak 'natural' alirannya, kerana terlalu taksub kepada penggunaan perkataan perkataan yang pompous, bombastik. Tetapi kerana Fedtri adalah seorang yang muda, saya yakin penulisan beliau akan bertambah baik melalui masa ke semasa apabila dia sedari bahawa "yang hendak disampaikan adalah lebih penting dari cara menyampaikan". Dusta berkalang atau Tipu Beralas?  Mana lagi mudah difahami pengertiannya?

Begitupun, syabas kepada semua mereka.

Dan, Siso seharusnya mendapat perhatian ramai.

[ Last edited by  kapalangkasa at 31-12-2008 08:04 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2008 02:06 PM | Show all posts
aku pon nak review jugak la...album xdpt lagik..



Jelmakanlah Ayumu..
bagi aku lagu ni best...tp mungkin sbb ader yg tak berape minat lagu irama padang pasir sbb tu kate xbest...aku suke dengan instrumen2 yg digunakan...kadang2 aku dgr lagu ni ader bunyi mcm lagu kita kan bersama dlm album adiwarna...ader muzik ala2 latin jugak terselit...mmg world music...hehehe ...lagi 1 kalo qasidah tu siti yg alunkan lagi tmbh perfect lagu nie sbb suare razak ahmad tu mcm xmatch je  n kedengaran mcm jauh sgt.....kalo lagu ni masuk ajl ke..biorlah siti yg qasidahnye..
10/10

Cinta ini..
1st time dgr lagu ni aku dah jatuh cinta...intro dier ade cam music telenovela mexico sket..kdgran cam gipsi..oklatu..kirenyer etnik utk belah2 latin..hehe...walaupon hanya berbekalkan seruling sbg pelengkap utk jadikannye tradisional..lagu ni ttp ada keistimewaannya yg tersendiri..ok sikitlah dr lagu persoalan cinta farawahida..dah bape kali dok ulang2 lagu nie...besttt..kdng2 terdengar cam mahligai gading lak...
..aku rase kalo lagu ni dijadikan 2nd single pon jugak..tajuk lagu cam xsesuai sgt utk tradisional...
10/10

Joget menanti kasih..
lagu joget sudah semestinya aku minat..rase nak joget je...intro dier best tp mase time ct stat masuk tu mcm xkena je...pelik sket..sbb rase cam sblm part ct tu dah ade org nyanyi je..cam ct sambungkan lagu tu..intro dier dgr mcm lagu joget kenangan manis n bila dah lepas  intro tu..kdgrn mcm lagu kalau ku tahu sm salim plak...tp aku lebih minat lagi joget hantaran kasih nyanyian haziq..
8/10

Ada Masa Mata..
lagu ni unik.....cam lagu siam pon ader...hehehe...tp 1st time dgr xlekat kat tlnga lagi..bila dah dgr byk kali..best jugak...
8/10

Bulan yang mesra
hmmm..1st time dgr lagu ni terasa bila la nak abiss....ngantuk la..hehe..tp bila dah 2-3 kali ok jugak la...xngantuk dah....
7/10

Di kayangan kita
wlpon lagu ni slow..tp sedap didengar..sama cam lagu selamat tinggal bungaku n kenang daku dalam doamu nyanyian s m salim ..teringt lagu mohon kasih yg dia nyanyi kat konsert orkestra sm salim tu.......
10/10

Seloka budi
mmg meriah lagu nie...ala2 kurik kundi..tp kurik kundi lagi best...hehehe....lagu ni sesuai utk kempen budi bahasa n bulan citrawarna...lagu ni aku suka part yg tengah tu..yg ala2 soprano tu...mcm koir lak dgrnyer...
9/10

Senyum minang manis
lagu ni 1st dgr pon dah rase best..dah tngkp cintan..terasa mcm warna warna malaysia plak muziknye...hihihi...aku pun suke part yg dia ulang 3 x menjeling2 tu...
10/10

Bintang Malam
lagu ni lak stat cam lagu cina lak...hehehe...ader dgr cam muzik2 suku kaum kadazan jugakk..best jugak dgr byk2 kali...
8/10

Di Taman Teman
..best lak dgr ....ok jugaklah dijadikan 1st single...xdela truk sgt...sbb dah slalu dgr sblm ni lagu ni yg live..so kirenye xde hal la nak melekat ngan lagu ni..
9/10

Rasa Antara Kita
nape aku rase mcm lagu raye je...mcm lagu meriah suasana hari raya.....
8/10

Ikut Ranking

Cinta Ini
Senyum Manis Minang
Jelmakan Ayumu
Di Taman Teman
DI Kayangan
Ada Masa Mata
Seloka Budi
Bintang Malam
JOget Menanti Kasih
Rasa ANtara Kita
Bulan Yang Mesra

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2008 07:19 PM | Show all posts

Reply #70 kapalangkasa's post

kao ni SISO kew
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2008 07:20 PM | Show all posts

Reply #70 kapalangkasa's post

Ad Samad lagih best dari Siso
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2008 11:24 PM | Show all posts
Reserved

:->  sbgai bekas pljr kelas melalak
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2009 01:10 AM | Show all posts
Saya berasa serba salah kerana baru memahami lirik lagu Jelmakanlah Ayumu yang pada awalnya saya rasakan sebuah lagu yg aneh dan tidak difahami.. setelah saya mendengarnya berkali2 saya baru sedari bahawa ia membawa mesej yg amat besar.. pada saya ia adalah lambang album lentera timur dan ia sebenarnya bukan sembarangan.. lagu ini begitu simbolik sekali.. ia adalah berkenaan irama tradisional itu sendiri.. bonda yang dimaksudkan dalam lagu ini bukan bermaksud ibu.. tetapi jawapannya berada di dua perkataan terakhir lagu iaitu `lagu bonda' iaitu lagu yang diwarisi dari zaman berzaman tinggalan nenek moyang/ lagu irama tradisional la.. sungguh bijak penulis lirik ini.. lirik lagu ini adalah membawa mesej agar kita menyintai dan menghidupkan lagu-lagu irama Malaysia/ketimuran dan di sinilah barangkali terletaknya cahaya Timur (lentera timur) .

di sini saya review lirik lagu ini berdasarkan pemahaman saya.. wah bersaya2 pulak aku.. tibe2 penuh sopan dan ketimuran pulak aku kan.. hehe..

JAUH TAPI DEKAT TAK TERPANDANG
DEKAT TAPI HAMPIR TAK TERSENTUH
INDAH TAK BERHIAS
CANTIKNYA TIDAK TERNILAI
BILA MASA AKAN DIBONGKAR....
- Maksudnya lagu irama tradisional ni ada macam takde je dgn kita.. lagu tu lagu lama tapi sebenarnya dekat dengan kita dan kadang2 kita tak pandang pun lagu camtu.. sampaikan kalau dah dekat dengan kita pun, belum tentu perasan.. sedangkan ia indah walaupun tanpa hiasan dan ia juga tak ternilai.. ntah bilalah orang2 zaman sekarang ni dapat betul2 membongkar keindahannya dan benar2 menikmati keindahannya

ASALNYA BUKAN SEMBARANGAN
BENIHNYA DARI RENTAK ZAMAN
NAFSU TERBUNUH GELIMPANGAN
MABUK PERANTAU KEASYIKKAN
BONDA.... JELMAKANLAH AYUMU
AKU... HAYAL MANISNYA
- Maksudnya, irama2 Malaysia/asli ini bukanlah sembarangan.. sebab ia hadir dari warisan zaman.. dari zaman datuk nenek kita dulu.. nafsu terbunuh gelimpangan dan mabuk perantau keasyikan itu adalah merujuk2 kepada mereka yang terlebih dahulu berjuang demi lagu2 sebegini agar ia terus kekal untuk kita hari ini.. sanggup tinggalkan segala kepentingan demi memastikan irama bonda ini dapat dinikmati dan diwarisi..

Justeru, kita berharap agar lagu2 irama ini dapat dijelmakan keayuannya dalam kata lain diserlahkan keindahannya.. kerana keindahannya itu begitu mengasyikkan..

LAMA TAPI BARU MEMPERSONA
USANG TAPI MASIH BERKILAUAN
TIDAK REPUT HUJAN
TIDAK LEKANG DALAM PANAS
LEMBUT TIDAK PERLU DILENTUR
- maksudnya, tak kiralah lagu tradisonal lama atau diberi nafas baru ia masih mempesona.. walaupun ia irama lama namun ia tetap berharga, irama itu mengagumkan kerana terus kekal zaman bezaman, tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas, dan irama tradisional sememangnya lembut dipendengaran tanpa kita buat apa2pun..unik sekali

ASALNYA BUKAN SEMBARANGAN
BENIHNYA DARI RENTAK ZAMAN
NAFSU TERBUNUH GELIMPANGAN
MABUK PERANTAU KEASYIKKAN
BONDA... JELMAKANLAH AYUMU
AKU... HAYAL MANISNYA

MUZIK

JANGAN MENUNG... KEBINGUNGAN NANTI
SATU KASIH.... SEMPURNA CINTAMU
JANGAN RINDU... GENTAYANGAN DIRI
TERANG ARAH.... PUSAKA MENUNGGU
- Maksudnya, kita tak perlu nak menung2 mencari identiti bangsa kerana ia memang sudah ada.. tak perlu gentayangan (tak perlu berkeliaran mencari lagu2 irama lain) irama pusaka yg satu itu sudah sedia menunggu untuk kita nikmati bersama..

MARI BERSAMA MERAIKAN
ASYIK IRAMA DAN RAGAMNYA
BIARKAN MALAM MEMPERSONA
SEPANTUN BERLANGGAM LAGU BONDA
- Maksudnya, jomlah kita sama2 dengar lagu irama tradisional ini, dengar iramanya dan ragamnya (seninya) yang mengasyikkan.. biarkan malam kita dperindah dengan lagu2 bonda (lagu irama tradisional tinggalan nenek moyang)...

apa yag boleh aku katakan, penulis lirik ini sangat luar biasa

[ Last edited by  eddysheddy at 1-1-2009 02:02 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2009 11:06 AM | Show all posts
Kalau Transkripsi dianggap album pop terbaik drpd Siti jadi Lentera Timur boleh diangkat sbg album etnik terbaik drpd Siti.Maybe pandangan kita berbeza,Sahmura mmg antara album etnik Siti terbaik ttp masih bertandang dgn kekurangan iaitu terlalu banyak elemen zapin dlm satu lagu..saya membayangkan kalau untuk tahun depan Siti akan terus menghasilkan album etnik dgn memasukkan irama minang,masri, keroncong,zapin kreatif,ghazal,jawa,cha-cha,irama padang pasir,samrah,thai/jepun dan china/india dlm satu album mesti berterusan gempak...

Bagi saya album Lentera Timur ini mmg cukup ramuan,bervariasi dan bereksperimental tak salah asalkan tidak merosakkan irama budaya.Harap penulis2 lirik dan komposer akan terus berkampung menghasilkan lagu-lagu tradisional terbaik agar muzik bangsa terus kekal diminati..

kan best kalau Siti buat satu lagu tema utk album ni guna judul album iaitu Lentera Timur..tgk signature eddysheddy cam best lak utk dibuat lirik..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-1-2009 11:06 AM | Show all posts
lepas ni korang banding la album ni dengan album Haziq - Zapin Suri...
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2009 11:17 AM | Show all posts
Dah dgr dah member pasang ok jer...cuma nak kata killer sgt tu takla...tapi mmg soothing!Ramai lak kata suara dier x ori lebih cam klon Ahmad Jais...saya dgr x pun cam ori jer..tapi x tgk tajuk lagu main dgr jer..
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2009 11:21 AM | Show all posts

Reply #78 aznorazizul's post

memang album ni xberapa killer dibanding dgn album Tokti..
tapi satu percubaan yang baik utk album pertama seorang artis baru..

Tracks to look out for: Aneka Goda, Menelah Peri, Akhirnya..
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2009 11:25 AM | Show all posts
Cuma pelik skarang ni payah nak cari lagu yg tajuk dia unik guna satu perkataan jer cam Balqis,Cindai,Nirmala,Samarenda,Logamaya..harap tahun depan ada sbb saya banyak jumpa tajuk yg sesuai dibuat lagu kt dlm kamus dewan..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 08:16 AM GMT+8 , Processed in 0.106904 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list